lebar. Dia duduk di hadapan gadis itu. Jauh Arissa membawanya sehingga ke Queens Bay untuk makan tengah hari.
Sama-sama. Aku beritahu Kimi nak bawa kau sekali... dia kata dah alang-alang beli untuk aku, belanjalah kau sekali tudung. Arissa ketawa.
Cakap kat dia, terima kasih banyak-banyak.
Lama dia memandang Arissa yang sudah bertudung. Semasa Arissa mengambilnya di rumah tadi, gadis itu tidak bertudung pun. Sampai di kedai tudung, terus Arissa bertudung dengan tudung yang dibelinya. Banyak helai jugalah Arissa memborong.
Bestnya kahwin dengan lelaki kaya kan
Arissa sengih sambil memandang menu yang baru diletakkan oleh pelayan tadi.
Alah... sekejap je ni, Shima... lepas ni tak adalah nak macam ni. Dia separuh mengeluh.
Lepas selesai ni, kau bertudung ke soal Shima sedikit takut-takut. Bimbang kalau-kalau Arissa tersinggung. Padanya Arissa lebih cantik bertudung begitu. Nampak manis sangat-sangat.
Dah kau kata aku cantik. Aku terus pakailah. Arissa ketawa sambil menyelak menu di hadapannya.
Perasan! cebik Shima.
Eh, tadi Mak kau tak kata apa-apa soal Arissa lalu menutup menu dan memandang Shima sambil melipat tangan di atas meja.
Ada, hari tu dia tanya. Kau nikah dengan siapa Aku beritahulah... aku cakap dah rezeki kau nak kahwin dengan orang kaya. Arissa senyap.
Selepas semua selesai kau nak ke mana KL JB atau berhijrah ke Doha Tapi, janganlah jauh-jauh dari aku. Aku tak ada kawan nanti! Shima sudah merengek. Arissa tidak menjawab.
Minta kerja di hotel sini je. Tak payah jauh-jauh. Mesti Encik Kimi boleh rekomen kau kan
Ya, lagipun hotel-hotel banyak di pulau ni. Pilih je, pasti Hakimi boleh rekomen Arissa. Sebenarnya dia juga keberatan hendak keluar dari Pulau Mutiara ni. Dia benar-benar suka dengan kehidupan di sini biarpun sedikit kalut dan kelam kabut.
Tengok keadaannya. Susah nak cakapkan sekarang, sebab suspectnya belum sampai. Arissa ketawa lalu melambai tangannya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
Shima ketawa.
Sabar jelah. Umi dia bila sampai soal Shima sebaik pelayan tadi pergi membawa pesanan mereka berdua. Dia membetulkan duduknya sambil meletak beg tangan di kerusi bersebelahannya.
Tak tahulah... kata hari tu dua minggu. Ni dah masuk dua minggu. Bila-bila masa la tu, jelas Arissa.
Tiba-tiba dia jantungnya berdebar. Bagaimanalah penerimaan wanita itu terhadap dirinya kelak Ahh... lantaklah, sementara je semua ini! Namun hatinya tetap rasa tidak keruan bila memikirkan wanita itu.
Aku risaulah, Ris... dia orang ni orang kaya-kaya. Kalau tak puas hati, apa pun dia orang boleh buat kat kita tau. Shima menyatakan rasa bimbangnya.
Insya-Allah, tak ada apa-apa.
Arissa senyum. Sebelum ini pun dia sudah merasakan begitu. Tambahan kepulangan Puan Hanim membawa bakal menantu tak jadinya dan wanita itu masih tidak tahu yang Hakimi sudah bernikah.
Entahlah, Ris...
Kau rasa Umi dia pengsan tak tengok aku nanti soal Arissa.
Mungkin dia tengok kau tak pengsan, tapi dia tahu kau dan Encik Kimi dah kahwin tu yang buat dia pengsan. Shima ketawa lagi.
Sabar jelah kau ni. Aku seriuslah!
Betullah... ibu mana yang tak terkejut balik-balik tengok anak dia dah nikah. Macam nikah tangkap basah pula. Shima pula melepas keluhannya.
Arissa senyap. Pandangannya dilontar ke luar restoran barat itu. Memandang orang yang lalu lalang. Betul kata Shima. Pasti Puan Hanim akan terkejut dengan pernikahannya dan Hakimi. Dia yang tidak dikenali oleh wanita itu. Nampaknya dia menjadi menantu yang tidak dijangka.
Apa-apa pun kau hati-hati ya. Kalau dia orang buat jahat kat kau, cepat-cepat call aku, tau! Shima sudah mengesat matanya yang berair.
Laa... janganlah menangis. Aku okey ni. Segera Arissa menyeluk poket beg tangannya sebaik mendengar bunyi dari telefon bimbitnya.
Bukanlah... aku risau tau! Tercebik-cebik Shima mengesat hidungnya pula.
Arissa senyum sambil menggeleng beberapa kali.
Matanya menatap mesej dari Hakimi.
Hakimi:
Awak dekat mana Dah beli tudungnya Saya dalam meeting ni. Pening entah apa-apa yang Dato brief. Petang ni balik sana. Jangan nakal-nakal.
Amboi, mesej macam tak bagi ruang dia hendak membalas. Segera jejarinya menaip huruf-huruf di skrin.
Arissa:
Saya dekat QB dengan Shima. Nak makan lepas beli tudung tadi. Jaga diri baik-baik.
Itu sahaja yang mampu dititipkan buat suami di sana. Dia senyum sendiri sebaik mesej itu dihantar.
Encik Kimi ke
Arissa memandang Shima dengan anggukan.
Dia kat mana Kata ke KL
Aah. Pagi tadi. Petang ni baliklah. Arissa kembali melihat telefon bimbit sebaik mendengar mesej masuk.
Hakimi:
Cuba kenakan tudung tu. Saya nak tengok.
Mengada-ada pula orang tua ni. Macam-macam pula permintaan dia, gumam Arissa sendiri.
Arissa:
Balik nanti tengoklah.
Dia membalas mesej Hakimi. Macam tak nak balik ke sini pulalah orang tua ni!
Hakimi:
Nak tengok sekarang juga!
Gilalah dia ni! kutuk Arissa dengan rasa geram lalu meletak telefon bimbitnya di atas meja.
Kenapa Shima memandang Arissa.
Arissa mengangkat mukanya memandang Shima.
Bos aku ni, nak tengok aku bertudung. Ada rasa nak marah. Tetapi untuk apa
Apa salahnya suami nak tengok isteri bertudung kali pertama. Kira okeylah tu. Supporting sungguhlah Encik Kimi ni. Nampak sweet, manja. Shima ketawa.
Banyaklah manja kau! cemuh Arissa. Balik nanti boleh tengok apa
Balik nanti tengok lain. Shima mengerling sambil mengangkat keningnya.
Ya Allah, gediknya kau ni.
Shima sengih sambil mengisyarat dua jarinya. Dia suruh selfielah tu. Aku nak tumpang sama! Gedik! Jeling Arissa.
Lama tak berselfie dengan kau kan
Kau okey ke soal Arissa masih memandang Shima.
Okey je, balas Shima. Guna handphone kau jelah ya Shima sengih kembali. Bangun dan duduk bersebelahan Arissa. Bahu teman dipeluknya.
Ya, jawab Arissa sepatah dan terus merakamkan gambar mereka berdua.
Dah
Dah. Arissa segera menghantar gambar mereka tadi kepada Hakimi.
Shima bangun dan kembali semula di tempat duduknya tadi. Nanti send kat aku, tau!
Ya!
Kau dah nikah dengan Encik Kimi tak rasa apa-
apa ke Mata Shima terus menikam wajah Arissa.
Arissa memandang Shima.
Ini kerjalah Shima!
Itulah yang dianggapnya sekarang. Namun ada rasa takut dengan soalan Shima. Ya, dia takut akan jatuh hati terhadap Hakimi kelak. Bagaimana agaknya masa tu
Eh, Bos dengan setiausaha yang tak ada apa-apa pun boleh jatuh cinta... inikah kau dengan Encik Kimi. Dah nikah. Tinggal satu rumah. Tinggal sebilik tak Shima ketawa dengan soalannya.
Haish, mana ada! sangkal Arissa.
Nanti kalau Umi Encik Kimi balik sini, macam mana Lain-lain bilik juga ke soal Shima ingin tahu.
Arissa senyap. Lebih baik begitu. Nanti lagi banyak pula Shima tahu perkara-perkara yang menjadi rahsia antara dia dan Hakimi.
Jom makan! ajak Arissa sebaik pelayan menghantar pesanan mereka tadi.
Shima menggeleng. Dia tahu Arissa sengaja mengelak untuk bersoal jawab dengannya tentang hal-hal di dalam bilik. Alahai, Shima, yang kau sibuk sangat kenapa Pandai-pandailah Arissa dan Hakimi. Dia senyum sendiri melihat wajah kucam Arissa.
LAMA dia memandang mesej bergambar yang dihantar oleh Arissa. Gadis itu kelihatan begitu manis sekali dengan tudung ala-ala Neelofa. Alahai... tiba-tiba dia rasa tak sabar hendak pulang ke Pulau Pinang.
Arissa:
Okey tak tudung ni Tadi lepas beli terus pakai.
Lebar senyuman Hakimi sebaik membaca mesej dari si isteri. Semakin hari semakin terserlah kenakalan si isteri. Gelagat Arissa seringkali membuat dia tersenyum sendiri apabila mengingatkan gadis itu.
Hakimi:
Tak basuhlah tudung tu ya Tak bau busuk ke
Semakin lebar senyumannya menitip mesej untuk si isteri. Nak tengok apa mesej balas dari Arissa pula. Senang dia melihat Arissa bertudung. Gadis itu nampak lebih manis begitu, dari gaya free hairnya sebelumnya ini.
Arissa:
Bukan Encik Kimi cium pun.
Hakimi senyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Hakimi:
Tak apa balik nanti saya cium.
Sengaja dia menyakat Arissa. Hendak melihat apa jawapan dari gadis itu. Tiba-tiba dia merasa rindu hendak bergaduh dengan Arissa. Semalam dia pulang agak lewat kerana menghadiri mesyuarat bahagian pengurusan Sweet Arena Management dengan lembaga pengarah berkenaan hasrat Encik Razali hendak meneruskan projek pembinaan sebuah resort di Pulau Langkawi yang telah tertunda sekian lama. Alongnya, Hazami yang baru tiba dari Doha semalam akan bertindak sebagai wakil Walidnya. Pelan perancangan sudah pun terlakar di dada kertas di hadapannya, ianya telah dirancang sebelum Hotel Sweet Arena, Johor Bahru di bangunkan lagi.
Arissa:
Yalah... saya letak tudung tak berbasuh tu atas katil Encik nanti.
Hakimi mengangkat mukanya semula dan terpandang Naim yang sedang senyum memandangnya sambil mengangguk-anggukkan kepala. Hakimi membetulkan duduknya sambil meletak telefon bimbitnya di atas meja.
Selesai mesyuarat, kesemua mereka bergerak menuju ke dewan bankuet kecil di mana mereka akan disajikan dengan hidangan tengah hari.
Umi kata nak balik. Tapi, tak tahu bila. Hazami bersuara sebaik Hakimi duduk berdekatannya selepas mengambil makan di meja panjang yang menghidangkan pelbagai masakan Melayu.
Walid ikut sama
Hakimi mula berasa cemas sambil meletak telefon bimbitnya di sebelah pinggan yang baru diletaknya. Dia memandang Hazami. Abangnya itu masih tidak tahu yang dia sudah bernikah. Harap-harap tiada siapalah yang tahu lagi. Kalaulah Hazami tahu, mahu runtuh bangunan 10 tingkat Hotel Sweet Arena ini.
Doktor suruh Walid berehat dulu. Tengoklah lepas raya macam mana, jelas Hazami.
Raya tak balik ke sinilah ya
Kaulah yang ke sana. Dah lama sangat kau tak balik Kenapa! Keras suara Hazami menentang mata Hakimi.
Encik Razali baru sebulan menjalani pembedahan jantung di hospital di Doha. Dan lelaki itu masih lagi di dalam pengawasan doktor biarpun sudah nampak cergas dan sihat.
Hakimi senyap.
Keduanya menoleh sebaik mendengar suara orang berdehem. Kaget Hakimi melihat Naim sudah menarik kerusi bersebelahannya. Dia membetulkan duduknya. Macam tak ada tempat lain. Banyak lagi kerusi kosong, dengusnya sendiri.
Walid minta Kimi wakil dia untuk projek di Langkawi tu dengan Sweet Arena Management . Dua minggu lepas Dato Ilyas datang ke sana, bincang pasal ni. Sebab dah bincang dengan Walid sebelum Walid operation hari tu. Along memang tak dapat nak keluar selalu dari sana. Tambahan Walid tak berapa sihat sangat. Insya-Allah, bila Walid sihat nanti dia sendiri akan handle projek tu. Sekali lagi Hazami bersuara.
Hakimi menarik nafas dalam-dalam. Dia juga yang kena. Mentang-mentanglah dia paling dekat dengan Pulau Langkawi. Peliknya, dia bukan dari project team. Biarlah Project Team Management yang uruskan. Bukan tak ada yang berkelayakan, keluhnya. Akhirnya dia mengangguk setuju dengan cadangan yang diutara oleh Walid melalui Hazami walaupun hatinya membantah keras.
Pelan projek tu kan dah lama, celah Naim pula.
Ya, tapi management tergesa-gesa nak up kat JB dulu selepas pelancaran Iskandar Malaysia! keras suara Hazami. Itu adalah projek utama Encik Razali sebelum Hotel Sweet Arena di Johor Bahru dibangunkan.
Naim tidak membalas. Kalau Hazami bersuara begitu maknanya janganlah bertanya apa-apa lagi. Dia tahu bahagian pengurusan yang berkeras mahu melabur di Iskandar Malaysia, walaupun tidak dipersetujui oleh Encik Razali dan beberapa orang ahli lembaga pengarah Sweet Arena Management yang lain. Along balik bila soal Hakimi ingin tahu.
Malam ni... Hazami terus menjamah hidangan di hadapannya tanpa memandang Hakimi.
Hakimi mengangguk.
Umi pula sibuk nak balik ke Malaysia dengan Wafa. Along tak faham, apa penting sangat Wafa tu dengan dia. Belum jadi menantu lagi. Ke hulu ke hilir perkenalkan si Wafa tu. Hisy! Malu kalau tak jadi! Hazami memandang Hakimi.
Selama di sana memang dia tidak pernah ambil tahu tentang kisah adiknya. Kerjanya terlalu banyak itu tak termasuk dengan masalah anak-anak dan isterinya lagi. Dah tak ada ruang nak fikir tentang orang lain.
Tergamam Hakimi dengan kata-kata Hazami. Ekor matanya dapat melihat reaksi Naim yang teranggukangguk. Apa maksud anggukan si Naim ni Berbulu matanya terhadap lelaki itu.
Along nak cadangkan Wafa transfer balik ke
Malaysia.
Ke mana sampuk Naim.
Mana-manalah. Hazami menyuarakan cadangannya.
Jangan Along letak di Penang sudahlah! Desis Hakimi sendiri.
Letak je dekat KL. Kita kan short of staff kat sana. Sekali lagi Naim mencelah.
Hazami tidak bersuara dan hanya menjeling. Seketika dia bangun melangkah menuju ke meja panjang untuk mengambil buah-buahan pula.
Kau apa khabar
Baik. Acuh tak acuh sahaja Hakimi menjawab. Cuba dinikmati nasi bersama ayam masak halia dan sedikit sayur campur.
Wafa
Hakimi menoleh. Naim senyum memandangnya.
Mana aku tau Kau nak kan dia Ambillah! tingkah Hakimi bengang.
Jangan macam tu bro. Naim ketawa sambil terus menyambung makannya.
Hakimi menjeling. Putus seleranya dengan soalan Naim sekejap tadi.
Apa jadi dengan Ainul Aku ingat kau nak nikah dengan dia lepas kau perangkap dia dulu soal Hakimi geram. Sakit hatinya mengingatkan kisah itu. Apa yang dia tahu Ainul masih sendirian sehingga kini. Sengaja Naim mempermainkan hidup gadis itu sebagai untuk menyakitkan hatinya.
Naim ketawa, Entahlah... tiba-tiba aku rasa tak sesuai pula dengan dia. Tak ada keserasian!
Semakin hangat dadanya dengan tutur Naim yang menyakitkan hatinya, Eh, kau ni lelaki jenis apa ha! keras suara Hakimi walaupun intonasinya perlahan.
Kimi... kita lelaki. Kena cuba semua benda. Sekali lagi Naim ketawa kecil sambil menikmati hidangannya.
Ehh... kepala otak kau! Perkara macam tu bukan boleh main cuba-cuba. Salah disisi hukum agama. Lelah dia mendengar penjelasan Naim yang seolaholah menolak agama dalam hidupnya. Semakin berbahang dadanya.
Naim senyap dan terus menjamah hidangan di dalam pinggannya dengan berselera sekali. Hakimi meneguk air kosong yang berada di sisi pinggannya.
Nampaknya kau simpan yang lebih menarik dari Wafa, ya
Terkesima dia menatap wajah Naim. Pandangannya ke arah telefon bimbitnya. Ya Allah, kelihatan gambar Arissa dan Shima tersenyum di situ.
Hmm... kita serupa aje! Ejek Naim dan terus ketawa.
Celaka kau! Hakimi bangun sambil mencapai telefon bimbitnya. Segera Hakimi mendapatkan Hazami untuk memberitahu lelaki itu yang dia hendak ke surau untuk bersolat Zuhur.