MY DARLING ANGEL - 12
ELZAARA menyiapkan meja makan dan menyediakan air sirap sejuk untuk mereka makan malam. Dia sempat memanjat tangga untuk memanggil Lisa, Lyn dan juga Haziq yang masih lagi belum turun sejak tadi. Puan Rahayu pula ke ruang tamu menunggu Encik Yusuf yang belum pulang.

Amboi! Bergosip pula kau orang bertiga dekat sini. Jom turun makan. Semua dah siap dekat bawah. Perut ni dah lapar kot. Elzaara bercekak pinggang apabila melihat dua beradik bersama anak terunanya yang sedang sibuk berchit-chat di atas katil.

Haziq hanya menayangkan giginya kepada Elzaara kerana turut sama menyertai persidangan katil acikaciknya. Masing-masing mencicit menuruni katil dan keluar dari bilik untuk menyertai makan malam.

Hah, mana semua pergi Ingatkan dah ada dekat dapur ni tadi. Dah, duduk-duduk semua. Sergah Puan Rahayu sebaik sahaja mereka semua muncul di dapur.

Bergosip Bu. Termasuklah sekali cucu kesayangan ibu sekali tumpang sekaki. Cebik Elzaara.

Puan Rahayu hanya tersenyum manakala Lisa dan

Lyn hanya tersengih. Masing-masing mula patuh dan mengambil tempat masing-masing. Suasana di meja makan senyap seketika kerana masing-masing sibuk menyenduk lauk pauk untuk diisi ke dalam perut. Sempat Lisa dan Lyn menyalami tangan Pak Longnya sebelum masing-masing menyuapkan nasi ke mulut.

Makan Lisa, Lyn. Tambah-tambah, jangan malumalu. pelawa Encik Yusuf yang sedari tadi hanya diam sahaja.

Ayah, tadi pergi mana El balik tadi tak nampak pun. Tegur Elzaara. Melihatkan Encik Yusuf yang berbaju melayu dan berkain pelikat mengundang seribu persoalan di benak Elzaara.

Erm, ayah dari surau tadi. Lepas solat asar tadi ada usrah dekat surau sampailah ke manghrib. Lisa, Lyn,mak dengan ayah kamu kenapa tak datang sekali Kalau tak boleh kita makan ramai-ramai. Dah lama juga kita tak berkumpul macam ni.

Tadi Lisa keluar dengan El, yang Lyn ni pula dari office dia. Tak rancang pun sebenarnya nak ke sini, tapi Insya-Allah nanti sabtu ke ahad kita kumpul ramairamai. Nanti Lisa bawa mak dan ayah sekali. Usul Lisa.

Masing-masing terus sahaja bersetuju dengan cadangan Lisa untuk mereka sekeluarga berkumpul beramai-ramai. Sudah agak lama mereka tidak berkumpul ramai-ramai. Kali terakhir mereka semua berkumpul adalah pada waktu zaman sekolah mereka.

Kalau ada mama dengan papa sekali pun mesti best juga. Haziq teringin nak jumpa ama dengan papa. Haziq tiba-tiba melontarkan keinginannya untuk berjumpa dengan Mama dan juga papanya.

Masing-masing terus terkedu mendengar permintaan Haziq yang sememangnya mustahil utuk mereka penuhi kerana arwah Elfira takkan bangkit semula. Puan Rahayu, Encik Yusuf, Lisa dan juga Lyn memandang antara satu sama lain dan kelihatan bingung bagaimana untuk menerangkan kepada Haziq soal mama dan papanya. Hanya Elzaara sahaja yang seakan-akan tidak mendengar apa-apa dan terus menyuapkan nasinya ke dalam mulut.

Haziq, mama Haziq sebenarnya...

Mama, kenapa acik Lisa Lisa cuba untuk membuka mulut untuk memberitahu kisah sebenar kepada Haziq.

Elzaara cepat-cepat memotong kata-katanya, Haziq, makan. Nah ni Acu bagi kerang. Sedap tau kerang ni. Rugi kalau Haziq tak cuba. Riak wajah Elzaara selamba sahaja.

Perhatian Haziq dapat dialihkan kerana dia sudah termakan umpan oleh Elzaara. Telatah Haziq yang cuba mengopek cengkerang kerang tersebut menarik perhatian yang lain sekalian menutup buah bicara soal arwah mama Haziq. Riuh meja makan dengan gelagat Haziq yang lucu. Keadaan yang senyap terus bertukar riuh apabila Haziq cuba mengetuk-ngetuk kulit kerang itu dengan sudu untuk memecahkannya sementelah dia tidak dapat membuka cengkerangnya. Berkeletakkeletuk bunyi pinggan berlaga dengan kulit kerang dan juga sudu yang sedang dipegang oleh Haziq.

Meh sini Acu kopekkan. Elzaara menghulurkan bantuan setelah melihat Haziq susah payah cuba untuk membuka kulit kerang itu. Berbagai-bagai ekspresi ditunjukkan oleh Haziq yang tidak berpuas hati.

Benda ni main lari-lari dengan Haziq. Dia tak nak buka, dia takut Haziq makan dia ke, Acu Soalan polos daripada Haziq membuatkan suasanan di meja amkan menjadi semakin riuh. Gelak tawa tidak berhenti-henti dan terus bersahut-sahutan daripada tadi. Haziq yang geram dengan kerang tersebut terus sahaja tertawa.

Suasana yang bahagia dan penuh dengan kegembiraan di meja makan mengurangkan rasa sepi dan sunyi di rumah itu. Suasana yang sama bagaikan kembali sewaktu 6 tahun yang lalu sewaktu arwah Elfira masih lagi berada bersama-sama dengan mereka. Elzaara yang sudah lama tidak tertawa besar kini sudah boleh bergelak sakan dan dia bagaikan terlupa bahawa kesedihan yang membelenggu jiwanya selama 6 tahun.

Aduh Haziq! Haziq buat lawaklah. Keras perut acik Lyn gelak tau. Dua ulas bibirnya memberikan komen akan gelagat spontan Haziq sambil gelak tawanya masih lagi bersisa. Encik Yusuf dan Puan Rahayu hanya tergeleng-geleng melihat gelagat cucu kesayangan mereka.

Acu, Haziq nak tanya ni.

Apa dia sayang Tanyalah.

Mama dengan papa Haziq makan tak kerang Mama dengan papa senang tak nak buka kulit kerang ni Pandangan mata Haziq yang redup beralih kepada Elzaara yang sedang meratah isi kerang.

Elzaara terus berhenti meratah dan pandangan kosong diberikan kepada anak buah kesayangannya, Kenapa Haziq tanya macam tu Suaranya yang bergetar nada kesayuan cuba ditahannya.

Haziq saja tanya. Yelah Haziq kan tak tau mama dengan papa makan kerang ke tak. Kalau mama dengan papa ada mesti mama dengan papa gelak besar macam Acu gelak tadi. Nada suara Haziq sudah berubah menjadi sayu.

Elzaara tidak menyangka bahawa plannya dengan meletakkan kerang di atas pinggan Haziq tidak dapat mengalihkan perhatian Haziq terhadap mama dan papanya. Dia terkelu apabila Haziq masih lagi mengutarakan soalan berkisarkan mama dan papanya. Haziq, makan. Lepas makan Acu buat susu lepas

tu masuk tidur. Dah, makan cepat. Gesa Elzaara. Dia sempat lagi mengelak daripada menjawab soalan Haziq tanpa melihat wajah Haziq yang redup.

Acu, kenapa Acu tak jawab. Haziq tanya je. Mama dengan papa makan tak kerang

Haziq! Kenapa degil sangat ni Acu cakap habiskan makan lepas tu boleh minum susu. Kejap lagi nak tidur kan Degil kan! Cubalah dengar cakap Acu ni! suara Elzaara memetir.

Dia gagal untuk mengawal kemarahannya lalu dilampiaskan terhadap Haziq. Haziq yang terkejut akibat dijerkah terus sahaja bangun dan meninggalkan meja makan lalu mendaki anak tangga untuk ke biliknya. Yang lain juga turut terkejut apabila Elzaara tiba-tiba melampiaskan kemarahannya kepada Haziq.

Elzaara Natasya! Kenapa dengan kamu ni Kamu sedar tak apa yang kamu buat ni Yang kamu pergi jerkah budak tu kenapa Dah tak boleh nak jawab elok-elok ke ayah tak faham kenapa sikap kamu makin lama makin aneh.

Encik Yusuf sudah mula membebel. Dia sendiri tidak mengerti mengapa Elzaara harus menjerkah Haziq sedangkan cucunya itu hanya bertanyakan secara baik-baik.

Lisa, Lyn dan Puan Rahayu hanya terdiam melihat Encik Yusuf melampiaskan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap anak bongsunya itu. Lisa terfikir untuk menyuraikan ketegangan yang berlaku di meja makan pada waktu itu tetapi dia takut dia pula akan dijerkah. Masing-masing amat maklum dengan ketegasan Encik Yusuf. Puan Rahayu yang tidak sampai hati untuk melihat anak bongsunya dimarahi terus menyampuk cakap suaminya.

Abang, dah, dah. Jangan di marah lagi El tu. Ni kan depan rezeki. Dah, dahlah tu. El, pergi pujuk Haziq. El minta maaf balik dengan dia. Janji dengan dia jangan bentak-bentak dia lagi, tak baik buat anak yatim macam tu. El kena ingat Haziq tu anak yatim piatu. Berdosa kalau El buat dia macam tu. El pergi pujuk Haziq balik ya sayang pujuk Puan Rahayu. Bahu Elzaara diusap perlahan bagi memujuknya.

Puan Rahayu bangun mengangkat pinggan-

pinggan kotor yang telah digunakan oleh mereka tadi untuk dibawa ke singki. Elzaara masih lagi terkenyut dan diam membungkam di atas kerusi tanpa membuat apa-apa. Encik Yusuf yang tidak berpuas hati masih lagi merenung tajam ke arah Elzaara yang sedang menunduk ke bawah. Lisa memujuk Elzaara dan susu Haziq diletakkan dihadapan Elzaara oleh ibunya. Lisa mengambil gelas susu tersebut lalu disuakan ke Elzaara. Elzaara bangun dan menapak ke arah tanggan perlahan-lahan. Rasa bersalahnya kerana menengking Haziq tadi terus bermukim di hatinya.

Hmmmm... Sebuah keluhan berat dilepaskan oleh Encik Yusuf sebaik sahaja kelibat Elzaara hilang daripada pandangan.

Abang, dahlah tu. Janganlah marah budak tu depan Lisa dengan Lyn. Malu dia. Lagilah memberontak dia. Abang tu pun satu. Depan rezeki pun Abang nak membebel dekat dia. Macamlah tak ada masa lain. Tegur Puan Rahayu.

Macam mana Abang tak marah Ayu. Awak tengoklah tu. Haziq tanya dia elok-elok, apa dia buat Dia pergi jerkahnya budak tu. Mana budak tu tak merajuk. Bukannya dia tanya yang bukan-bukan, dia tanya pasal Mama dan papa dia je. Itu pun salah ke. Dah makin naik lemak Elzaara ni. Abang betul-betul geram dengan tindakan dia tadi tu. Protes Encik Yusuf.

Encik Yusuf menerangkan bahawa tegurannya pada Elzaara sebentar tadi tidaklah terlalu keras sebaliknya sikap Elzaara sudah melampaui batas!

Pak Long, Mak Long, dahlah tu. Elzaara tertekan kot. Bagi dia masa untuk berfikir. Lisa yakin, dia akan pulih. Pak Long dengan Mak Long jangan risau ya. pujuk Lisa.

Macam mana Pak Long tak risau Lisa, dah enam tahun berlalu. Enam tahun dia macam tu. Selama ni mana pernah dia bertindak keras dengan Haziq macam tu. Entah apa yang merasuk dia sampai bertindak macam tu sekali. Pak Long dengan Mak Long dah tak tau nak buat apa dah nak bagi Elzaara tu sedar, nak bagi dia terima hakikat yang arwah Elfira dah tak ada. Pak Long ni dah buntu sangat-sangat. Keluh Encik Yusuf.

Reaksi wajah Encik Yusuf yang kusut menandakan bahawa dia sudah sangat kecewa dengan anak bongsunya yang berperangai seperti orang yang tiada pedoman. Elzaara bagaikan tidak mahu menerima hakikat dan menolak apa yang sudah tertulis pada takdir Elfira. Mujur juga dia tidak melakukan perkaraperkara yang dilaknati oleh Allah swt.

Lisa dah cuba bercakap dengan El tadi. Pak Long jangan risau, Insya-Allah El akan Okey. Dia pun dah mula untuk terima sikit-sikit nasihat. Cuma sekarang ni kita kena bagi masa untuk dia pulih. Jiwa dia rapuh sangat sekarang ni. Dah macam-macam yang El lalui sebab tu dia susah nak pulih. Tak apa, Pak Long dengan Mak Long jangan risau. Lisa akan tengok-tengokkan El tu. Nanti Lisa akan nasihatkan El lagi. Janji Lisa kepada Pak Long dan Mak Longnya.

Mak Long dengan Pak Long harap sangat Lisa dapat nasihatkan Elzaara tu. Cakap Mak Long dengan Pak Long ni tak makan dek samannya si Elzaara tu. Dah berbuih mulut kami ni nasihatkan dia. Bila Pak Long kamu tu berkeras mulalah dia buat perangai. Kemas beg nak pergi jauh-jauh. Bukannya sekali dua, tapi dah banyak kali juga. Masa dia dekat universiti dulu pun lagilah. Banyak kali dia tak balik bercuti dekat rumah masa cuti semester sebab dia marahkan Pak Long sebab sentuh barang-barang arwah dulu. Itu yang Mak Long dengan Pak Long tak berkeras sangat dengan dia. Dia tu bukannya boleh dijangka sangat pun perangainya sekarang ni, luah Puan Rahayu. Dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya di hadapan Lisa dan Lyn dua beradik.

Insya-Allah Mak Long, Pak Long. Lisa akan cuba nasihatkan El lagi lepas ni.

Hah, Lisa, dah balik Malaysia ni ada apply manamana kerja ke soal Encik Yusuf menukar topik. Dia tidak mahu mereka terus membahaskan soal Elzaara dan menganggu emosi mereka tika itu.

Dah Pak Long. Minggu depan Lisa dah mula masuk kerja. Lisa jadi lecturer kolej swasta je Pak Long.

Alhamdulillah. Mana-mana kerja pun tak apalah Lisa, yang penting halal. Niat kena betul, usaha kena kuat baru boleh berjaya.

Insya-Allah Pak Long. Lisa pun kalau boleh biarlah mula daripada bawah dulu walaupun Lisa dah ada rancangan lain untuk masa depan. Mungkin satu hari nanti ke tapi yang penting sekarang Lisa nak timba pengalaman dulu.

Erm, baguslah tu. Pak Long sokong rancangan Lisa tu. Lagipun tak perlulah nak tergesa-gesa, masa depan Lisa masih panjang lagi. Timba pengalaman dulu, dah banyak pengalaman rasa dah yakin buatlah apa yang Lisa nak buat. Bukan senang nak berjaya pada zaman yang makin mencabar ni. Hujah Encik Yusuf.

Betul tu Pak Long. Insya-Allah!

Pak Long, Mak Long. Erm, Lisa nak bagi cadangan sikit boleh tak ujar Lisa.

Apa dia Lisa soal Puan Rahayu.

Macam ni, Lisa tengok Elzaara tu lebih banyak menghabiskan masa dia dengan Haziq. Haziq pula macam terlalu bergantung dengan Acu dia. Masingmasing terlalu bergantung antara satu sama lain. Tak salah El nak manjakan Haziq tu tapi kadangkadang perhatian yang El bagi dekat Haziq tu terlalu berlebihan. Sebab tu El tak mampu nak pulihkan hati dan jiwa dia sampai sekarang ni pun sebab Haziq.

Maksud Lisa

Maksud Lisa dekat sini, El kena kurangkan beri perhatian dia pada Haziq. Bukan kurang apa. El macam terlupa siapa Haziq dalam hidup dia. Haziq tu cuma anak buah dia je, anak arwah Elfira. El tak boleh nak lupakan arwah pun sebab Haziq. Wajah Haziq, gaya dia memang sebijik macam arwah. El sepatutnya berfikiran terbuka, lebih pandang ke depan. Ni tak, dia tutup pintu hati dia untuk sesiapa pun. Dia terlalu paranoid kalau Haziq tak ada depan dia. Pak Long dengan Mak Long kena pisahkan mereka berdua.

Pisahkan mereka...

Masing-masing melongo apabila Lisa menyebut perkataan pisah. Mereka sama sekali tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Lisa tadi.

Maksud Lisa, Pak Long dengan Mak Long kena lebih berikan perhatian pada Haziq. Jangan bagi El terlalu bagi perhatian pada Haziq sangat. Dekat sini Pak Long dengan Mak Long yang kena mainkan peranan.

Lyn yang terdiam daripada tadi terus bersuara. Kak, El takkan lepaskan Haziq pada sesiapa pun. Akak pun tau kan yang El sayangkan Haziq sangat-sangat. Mustahil untuk kita pisahkan mereka Kak. Bantah Lyn.

Mustahil ataupun tak, kita kena buat juga dik.

Kalau tak sampai bila pun jiwa El takkan pulih. Kita nasihatkanlah dia berbuih-buih pun tapi kalau dia tak nak dengar tak guna juga. Mungkin cara ni agak kejam tapi inilah satu-satunya cara untuk kita sedarkan El tentang hakikat ni. Dia kena terima sama ada dia nak ataupun tak. El kena bagi peluang pada Pak Long dan Mak Long untuk membesarkan cucu mereka dan El juga kena fikirkan tentang diri dia sendiri. Sampai bila dia nak berkorban untuk orang lain sedangkan diri dia sendiri terseksa macam tu. Hujah Lisa.

Puan Rahayu dan juga Encik Yusuf saling bertukar pandangan manakala Lyn pula masih lagi melongo mendengar idea Lisa.

Cuma ini je jalan pernyelesaian yang Lisa dapat fikirkan sekarang ni. Lisa tersengih-sengih membuatkan yang lain tertanya-tanya.

Lisa pasti ke yang El sanggup berpisah dengan Haziq soal Puan Rahayu.

Erm...

Hah...!

Apa Kak tegur Lyn.

Apa kata kita suruh El kahwin. Mana tau dengan cara tu Insya-Allah dia akan lupakan apa yang berlaku dulu. Haziq pun dah tentu-tentu akan ada di bawah jagaan Pak Long dan Mak Long. Esok-esok dia dah ada anak sendiri Insya-Allah dia akan lupakan segalanya dan fokus pada keluarga dia sendiri.

Dia nak ke Kak El tu kan lain macam sikit. Anti dengan lelaki. Sahut Lyn.

Tapi setahu Pak Long, El tak ada teman lelaki. Pak Long tak pernah dengar pula daripada mulut dia yang dia ada kawan lelaki. Dia ada cakap dengan awak ke Ayu Encik Yusuf mengalihkan perhatian kepada isterinya.

Puan Rahayu menggeleng laju.

Tak apa. Yang tu nanti kita usahakan kemudian. Yang penting El dengan Haziq tu tak terlalu bergantung antara satu sama lain. Tak baik untuk mereka. Tapi Pak Long dengan Mak Long setuju ke dengan cadangan Lisa ni

Setuju! serentak Encik Yusuf suami isteri menyetujui cadangan anak saudara mereka kerana mereka yakin apa yang diusulkan oleh Lisa berkemungkinan besar dapat memulihkan jiwa anak bongsu mereka.

Lisa sudah tersenyum lebar apabila kedua-dua Pak Long dan Mak Longnya menyetujui cadangannya manakala Lyn pula masih lagi ragu-ragu dan gusar untuk mengikuti rancangan Kakaknya itu. Setelah lama mereka bersembang dari meja makan sehingga di bawa ke ruang tamu, akhirnya Lisa dan Lyn mula mengatur langkah untuk pulang.

Pak Long, Mak Long, kami balik dululah ya. Dah lama sangat ni. Nanti Insya-Allah kami datang lagi. Hari pun dah lewat sangat, kesian Mak dengan ayah tunggu dekat rumah. Kami balik dulu ya. Lisa dan Lyn menyalami tangan Pak Long dan Mak Long mereka sebelum masing-masing mengatur langkah ke arah kereta masing-masing.

Hah yelah. Bawa kereta tu elok-elok Lisa, Lyn. Nanti sampaikan salam Mak Long dan Pak Long pada

Mak dan ayah.

Baiklah Mak Long. Assalamualaikum!

Waalaikumussalam. Kedua-dua Encik Yusuf dan Puan Rahayu melambaikan tangan dan menghantar kedua beradik itu pulang sehingga kelibat kereta masing-masing hilang daripada pandangan.