MAT DAN MEL - 12
Pagi-pagi lagi Tamrin telah mengetuk pintu bilikku untuk mengingatkanku bahawa kami ada kuliah pagi. Aku membuka mataku. Matahari dah lama menunjukkan wajahnya. MALASNYA! Aku menjerit kuat-kuat. Aku berjalan ke arah komputer peribadiku yang tidakku matikan kerana mahu memuat turun beberapa mp3 dengan menggunakan perisian P2P. Aku mahu lihat jika aku ada terima emel baru. Ada, tapi tak berapa penting. Hampir semua emel yang aku terima adalah dari rakan-rakan sekuliah yang mahu berbincang tentang tugasan yang perlu mereka selesaikan. Aku malas nak membaca emel mereka. Aku ternampak emel daripada Melati. Aku buka emelnya. Dia hantar e-kad yang ada gambar awan. Dia kata dia akan merindukan aku nanti bila dia tak ada bersamaku hujung pada minggu ini. Dia akan balik ke kampungnya di Muar bersama Hamiza.

Aku membuka baju dan melondehkan kain. Terus aku ambil tuala lalu aku sarungkan kemas-kemas pada bahagian bawah pusatku. Seperti biasa, aku dapat dengar si Saadiah mencakarcakap daun pintuku untuk memastikan aku bangun daripada tidur lalu memberinya makan. Tugas aku adalah untuk memberi Saadiah makan pagi dan Tamrin pula makan malam. Saadiah dah tahu benar dengan jadual ini. Sebab itu dia hanya kacau aku pagi-pagi buta macam ini dan Tamrin pula pada malam hari. Aku ke dapur. Aku ambil makanannya. Dia menggeselkan pipinya ke kakiku kononnya untuk mengucapkan terima kasih. Aku tak tahu dia ikhlas sayang aku atau pun dia buat-buat sayang aku sebab dia nak makan.

Aku ke bilik mandi. Aku dapati pintunya terkuak. Tamrin dah mandi tetapi dia ingin bercukur. Dia sedang letakkan krim bercukur ke pipinya. Matanya terus ke cermin. Dengan selamba aku masuk ke bilik mandi lalu mengambil berus gigiku.

Perlu ke kau beritahu si Hasnah siapa bapa kau tu sebenarnya Tanya Tamrin sambil bercukur.

Aku buat-buat tak dengar. Aku terus menggosok giginya.

Dia tak perlu tahu, Amat.

Aku berkumur-kumur. Aku berdiri di sebelahnya dengan memandang ke arah wajahnya di hadapan cermin. Apa yang dia cakap kepada kau tentang aku

Dia kata kau tak sepatutnya merahsiakan hal ini daripadanya. Dia sepatutnya tahu awal-awal lagi. Semalam dia marahkan aku sebab dia kata aku cuba rahsiakan hal ini daripadanya.

Lantak lah!

Kau memang susahkan aku lah, Amat! Sekarang tengok apa dah jadi

Apa yang dah jadi

Tamrin merenung mataku. Dia nampak marah, tapi dia macam tak jadi nak marah. Dia tarik nafasnya dalam-dalam. Aku tahu sangat dengan perangai si Tamrin ni. Dia memang tak suka marah-marah, tapi bila dia dah marah dia akan melenting macam orang gila. Tapi hari ini dia tak melenting, jadi aku rasa dia taklah marah dengan aku sangat pun!

Tamrin keluar dari tandas tanpa berkata apa-apa lagi kepadaku. Dia diam. Aku tutup pintu tandas. Aku terus memandang ke arah wajahku di muka cermin. Aku mengeluh sendiri.

Pada tengah hari itu aku ponteng kelas tutorial sematamata kerana ingin ambil tempat Azri di tempat kerja. Sebaik sahaja aku mula bekerja aku terima pesanan SMS daripada Melati. Dia tanya aku kenapa aku macam tak ada mood bila aku jawab SMS dia pagi tadi. Aku jawab pesanan SMSnya dengan memberitahu aku sebenarnya sibuk dengan tugasan yang baru aku terima. Aku akhiri dengan perkataan: Awak tak perlu risau tentang saya. Saya okay jer ni.

Tapi aku tak okay. Bila masuk kerja aku kelesuan. Aku masih rasa bersalah kepada segala apa yang telah aku lakukan kepada Hasnah. Tapi daripada apa yang aku ketahui daripada Tamrin, Hasnah akhirnya telah memberitahu kepada ibunya bahawa kami telah mengambil keputusan untuk berpisah. Di tempat kerja aku banyak termenung. Tengok raket aku termenung. Tengok bola aku termenung. Entah berapa ratus kali aku pandang jam tangan aku sebab aku dah tak sabar nak pulang. Aku nak balik dan tidur sampai pagi.

Aku tak tahu apa dosa aku tapi minggu ini macam-

macam perkara berlaku kepadaku. Hari ini, satu lagi bala yang turun dari langit yang datang menghempas untuk merosakkan hari-hariku.

Ketika perkara ini berlaku aku masuk ke dalam stor. Aku sedang membantu Laksmi mengambil sepasang kasut yang ingin dicuba oleh seorang bakal pembeli. Banyak kasut yang ingin dicubanya, jadi aku cuba ambil keempat-empat kotak yang terpaksa aku keluarkan. Bila aku keluar dari bilik stor, aku terlanggar seorang pengunjung. Kotak-kotak aku jatuh. Aku cepat-cepat meminta maaf. Dia cuba tolong aku, bila aku dongak aku dapat melihat wajahnya. Begitu juga dirinya.

Amat Kau buat apa di sini

Masa tu aku rasa macam jantung aku ni nak gugur. Tersirap darah aku hingga ke umbun-umbun. Tanganku terketar-ketar.

Maaf encik. Silap saya. Maaf.

Aku cepat-cepat ambil kasut yang terjatuh di atas lantai lalu aku masukkan ke dalam kotak. Aku tak berani memandang ke arahnya. Bibirku terasa pucat, sebal tak berdarah.

Dia memegang tanganku. Agaknya dia tahu aku dah tak tentu arah masa tu. Dia suruh aku berhenti. Jadi aku berhenti. Dia ambil kasut-kasut yang aku jatuh kan kemudian satu persatu dia masukkan ke dalam kotak asalnya.

Aku toleh ke arah Laksmi. Dia hairan melihat keadaanku pada waktu itu. Dia menoleh ke arah lelaki yang sedang membantuku itu. Aku rasa dia mengenalinya. Apa tidaknya, muka lelaki ini pernah terpampang di muka hadapan surat khabar hampir setiap hari beberapa tahun yang lalu.

Kau bekerja di sini, Amat

Aku tidak menjawab. Tekakku tiba-tiba terasa kering. Dia memandang ke arah Name Tag yang aku pakai. Nama aku memang ada di situ, jadi dia tak salah orang.

Amat bekerja di sini

Tanya dia lagi lalu memegang bahuku. Kami berdiri lalu bertentang mata. Aku terus menepis tangannya.

Ya.

Amat masih belajar lagi di UM

Ya.

Dia terus berdiri di hadapanku, langsung dia tak mahu berganjak ke mana-mana. Dia menoleh ke belakang, ke arah seorang wanita yang telah ke sini bersamanya. Aku kenal benar dengan wanita itu. Usianya tak jauh dari usiaku sekarang ini.

Berani Papa keluar dengan dia!

Kataku dengan mataku terus kepadanya. Dia langsung tidak mengendahkan kata-kataku, seolah-olah kata-kataku tadi terus tenggelam ke lantai.

Nafasku turun naik dengan pantas. Dah lama aku tak berkata-kata dengannya inikan pula bersemuka dengannya. Tapi bila aku mula bersuara kepadanya tadi, perasaan marah yang meluap-luap terus singgah ke dalam jiwaku ini.

Kenapa Amat bekerja di sini Amat tak cukup duit ke Dia bertanya dengan nada serba salah.

Dia tahu bila aku berdiri diam di hadapannya dengan mataku berkelip perlahan begitu jawapannya adalah ya. Aku tidak mampu berbohong kepadanya walau pun dalam keadaan diamku. Hanya dengan dia sahaja aku akan jadi begini. Hanya dengan dia sahaja aku boleh menangis hatta dia menegur aku dengan cara halus sekalipun.

Nanti Papa akan berikan Amat duit... Amat tak perlu risau.

Saya tak mahu duit Papa. Dah saya katakan dahulu. Saya tak mahu sesen pun duit Papa! Kataku dengan sedaya upaya cuba mengawal suaraku.

Memang aku tak nak duit dia. Masa aku lagi sikit nak tumbuk muka dia, memang dia ada cakap; lepas ni, satu sen pun duit dia tak akan diberikan kepadaku. Dia ingat aku kebulur sangat dengan harta dia Bila dia cakap macam ni, dalam keadaan marah aku jawab: AKU PUN TAK NAK

DUIT KAU!

Sebelum kejadian ini berlaku, aku herdik dia cukupcukup. Aku cakap dia tak layak jadi manusia.

Lepas tu dia tolak aku sampai aku terjatuh. Tapi aku cepat-cepat berdiri. Terus aku nak tumbuk dia.

Nasib baik masa tu, mak tengking aku. Dia tarik aku jauh-jauh dari bapa aku. Kalau dia tak buat macam tu, aku rasa malam tu aku dah bertumbuk dengan bapa aku depan mak.

DIA DAH JAHANAMKAN HIDUP KITA MAK! Aku menjerit sekuat hati. Mak aku tempeleng muka aku lepas tu. Dia kata dia tak didik aku untuk jadi anak yang kurang ajar.

Lepas tu aku menangis. Aku menangis semahu-

mahunya. Mak aku yang selama ini tak pernah sentuh aku bila dia marahkan aku tiba-tiba sahaja tempeleng muka aku dengankuat sehingga merah pipi aku dibuatnya.

Bila aku menangis, mak terus peluk tubuhku. Dalam masa dia sedang menahan rasa sedihnya yang sedang di alaminya sendiri, dia masih sempat untuk meminta maaf kepadaku. Aku kata dia tak perlu minta maaf daripadaku kerana aku memang anak yangkurang ajar. Dia meminta aku menutup mulutku. Dia mengesat air mataku yang turun mencurah-curah. Dia kata dia tak mahu Hani dan Nani melihat abang mereka menangis begini.

Bapa aku mendengus marah. Dia melangkah keluar dari rumah lalu terus menghilang entah ke mana. Pada malam itu, mak telah mengemaskan barang-barangnya dengan tujuan untuk membawa Hani dan Nani keluar dari rumah kami. Pada malam itu juga dia mahu pergi membawa dirinya pulang ke kampungnya. Pada malam itu aku beritahu kepada Tamrin apa yang telah berlaku. Tak sampai setengah jam kemudian, dia datang dengan Abang Rastam. Pada malam itu juga Abang Rastam membawaku, mak dan adik-adikku ke Johor Bahru - ke rumah datuk dan nenekku yang terletak di sana.

Sebelum bapa aku menjahanamkan hidup aku, mak aku dan adik-adik aku, perangai aku tak macam sekarang. Dulu aku budak baik. Aku rasa masa aku mula-mula masuk matriks dulu, kawan-kawan aku ingat aku ni budak skema. Kalau aku masuk Akademi Fantasia, sah-sah aku boleh menang lalu diangkat menjadi Ikon Remaja Islam atau Contoh Remaja Islam yang Ideal macam Mawi. Ramai awek-awek nak berkenalan dengan aku sebab aku ni budak baik. Tapi masa tu aku langsung tak mahu tahu tentang awek-awek yang nak berkenalan dengan aku. Aku tak minat nak ada awek. Tapi sekarang lain pula ceritanya. Aku rasa aku dah banyak berubah. Macam-macam perangai aku bawak. Bertimbun-timbun dosa terpaksa aku tanggung kerana mengikut nafsu serakahku ini.

Bapa aku mengurut tengkuknya. Perempuan jalang tu pula berjalan mendekatinya. Dia sempat senyum ke arahku. Aku terus menjeling ke arah lain dengan rasa penuh jijik.

Papa tak mahu Amat bekerja di sini lagi. Papa mahu Amat tumpukan masa amat kepada pelajaran Amat.

Bapa aku keluarkan dompetnya lalu mengeluarkan wang berkepuk-kepuk. Dia mahu serahkan duitnya itu ke tanganku. Tapi aku tak mahu. Aku mengambil semula kotak yang aku ambil tadi lalu berjalan ke arah Laksmi.

Kalau dia tak nak, jangan paksa dia, bang. Dia kan memang degil, macam abang jugak! Kata perempuan jalang tu. Nak aja aku campak kotak-kotak kasut yang sedang aku angkat ke mukanya. Berkali-kali aku beritahu kepada diriku supaya jangan buat kerja gila macam tu. Jadi aku buat-buat tak dengar dalam keadaan telingaku merah padam menahan marah.

Aku menyerahkan kotak-kotak kasut yang diperlukan Laksmi. Di hujung mataku aku dapat melihat bapaku keluar dari kedai sukan tempat aku bekerja ini. Laksmi tanya kepadaku jika aku sakit. Aku menggeleng.

Muka dia familiar lah! Kata Laksmi kepadaku. Pelanggannya menyampuk dengan menyebut nama penuh bapa aku lalu mengingatkan Laksmi apa yang telah dilakukan olehnya sehingga membuatnya terkenal lalu dikenali ramai.

Aku meninggalkan mereka berdua lalu aku kembali ke stesen tempatku bertugas. Laksmi memandang ke arahku. Mungkin dia mula sedar bahawa lelaki yang dilihatnya tadi ada bapa aku sendiri.

Pada hari itu selepas aku menyelesaikan tugas ku, aku tukar baju lalu memasukkan uniform tempat kerjaku di dalam plastik. Aku tulis di atas sekeping nota kecil untuk memberitahu kepada Andrew aku mahu berhenti kerja.

Aku mahu berhenti kerja bukan kerana bapa aku menyuruh aku berhenti. Aku mahu berhenti kerana pada petang itu semua kawan-kawan sekerjaku mula sedar aku ini anak siapa.

Aku tak sanggup lagi ke situ untuk bekerja. Aku malu. Apabila aku pulang ke rumah, Tamrin memberitahuku bapa aku ada tinggalkan sekeping sampul surat kepadaku. Tamrin menyerahkan sampul surat itu kepadaku. Dalam sampul surat tebal itu ada wang. Aku rasa dia beri aku wang sebanyak RM2000.

Tamrin lihat aku berdiri kaku di ruang tamu. Aku tak tahu jika aku sedang marah, sedih, sebak atau pun bingung. Jom kita ke Muar! Kataku tiba-tiba. Dia tanya untuk apa. Aku kata aku nak hilangkan tension. Dia pandang muka aku lama-lama sebelum dia mengangguk perlahan. Dia amatamat memahami. Buat sekian kali, Tamrin telah membuktikan bahawa dia lebih memahami kepada segala apa yang terpaksa aku lalui lebih daripada orang lain...