Tiba-tiba telefon bimbit dalam saku seluarnya bergetar. Tanpa melihat nombor yang tertera, Abriel terus menjawabnya. Hello
Kau dah balik Semua okey
Abriel kaget. Suara itu sangat dikenalinya. Suara Yoohwan! Tapi dari mana Yoohwan dapat nombor telefonnya
Of course. Pasti dari Yongwung! Abriel menggerutu dalam hati. Dah, sahutnya akhirnya. Kenapa telefon aku Entah. Aku pun tak tau kenapa aku telefon kau, sahut Yoohwan dengan nada paling mesra pernah didengar oleh Abriel. Tapi aku gembira bila dapat dengar suara kau.
Gila! Kau tengah mabuk ke Biasanya orang mabuk yang berkelakuan begini.
Maksud kau
Tak tahu apa yang terjadi, tak tahu kenapa dia melakukan sesuatu, berperilaku aneh. Sekarang kau kedengaran seperti seorang yang baik. Jauh berbeza dari karakter asal kau.
Yoohwan tertawa lagi. Betul ke Jadi kalau menurut kau, aku ni serigala jahat Patut tak aku panggil orang alim untuk menghalau roh jahat ni dari badan aku Mungkin, supaya aku kembali normal. Lagi pun kau kan kekasih hyung aku.
Jadi itu maknanya kau kena berbaik-baik dengan aku, kan
Di sebalik talian, Yoohwan tersenyum pahit. Mungkin tak. Kau tak tau apa padahnya berbaik-baik dengan aku. Ada kemungkinan kau akan jatuh cinta pada aku dan mengkhianati hyung aku. Bahaya, kan
Abriel mencebik benci. Oh please! Celebrities and their humungous ego! Hampir saja Abriel menamatkan panggilan saat Yoohwan tiba-tiba bersuara. Kau sudah bincang hal
Chaekyong dengan hyung
Belum. Kenapa
Dia tu sangat bahaya, tau tak Aku pernah tengok dia menghancurkan ramai orang tanpa sekelumit kesal pun. Hyung patut tau pasal semua ni supaya dia boleh jaga kau dengan baik.
Tak perlu. Aku boleh uruskannya semua sendiri, sahut Abriel serius.
Kening Yoohwan berkerut. Apa maksud gadis ini
Ada apa-apa lagi Aku penat.
Nada suara Abriel yang dingin membuatkan Yoohwan agak kecewa. Okeylah. Selamat malam. Kalau boleh, simpan nombor aku, okey Mungkin satu hari nanti kau akan perlukannya, ujarnya sebelum meletak telefon.
Tak perlu! Aku tak perlu! jerit Abriel namun sia-sia. Talian sudah ditamatkan. Dia merenung layar telefon bimbitnya lama sebelum menyimpan nombor telefon Yoohwan dengan nama ORANG GILA.
jjj
Jaejoong sudah kembali ke parti di rumah Kibum. Yang tinggal cuma beberapa orang teman rapat mereka sahaja. Dia melabuhkan punggung di sebelah Yoohwan sebelum mencapai segelas minuman keras dan meneguknya senafas. Yoohwan memerhati wajah Jaejoong yang keruh. Ditambah dengan tingkahnya yang sudah mula mencapai gelas kedua, dia tahu ada yang mengganggu fikiran lelaki itu. Hyung, kau okey soalnya.
Jaejoong tertawa. Kau pernah dengar orang yang jatuh cinta itu okey Kalau bukan dia sangat bahagia, dia pasti sangat merana. Lagi pun kisah cinta yang sentiasa okey itu rasanya tak realistik, kan Kalau betul macam tu, Romeo dengan Juliet tak perlu mati bunuh diri, katanya.
Ah, kisah cinta, ya Yoohwan tersenyum tawar. Apa yang harus dilakukan sekarang
jjj
Keesokan harinya, Abriel membuka peti sejuk dan almari dapurnya bersilih ganti. Semalam dia terlupa membeli makanan dan hari ini dapurnya sudah kosong. Akhirnya dia memutuskan untuk pergi ke pasar basah yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Saat membuka pintu, dia tersentak melihat Jaejoong yang sedang bersandar pada dinding yang berhadapan dengan pintu rumahnya. Lelaki itu kelihatan sedang khusyuk dengan tablet di tangan. Tanpa sebarang kata, Abriel keluar, mengunci pintu dan terus berjalan meninggalkan rumah tanpa menoleh langsung ke arah Jaejoong.
Lelaki itu mengekori Abriel juga tanpa sebarang kata. Saat Abriel menunggu dan kemudiannya menaiki bas, dia setia duduk di sebelah Abriel. Begitu juga saat di pasar.
Selepas Abriel selesai memilih dan mahu membayar, lelaki itu sudah menghulurkan wang dan membimbit plastik barang-barang yang sudah dibeli. Beberapa orang penjual yang mungkin tidak tahu Jaejoong itu seorang artis kerap kali mengusik Abriel, memberitahunya yang kekasih kamu kacak orangnya. Jaejoong hanya akan tersenyum dan mengucapkan terima kasih dengan sopan.
Mereka tetap tidak berkata-kata walaupun saat sudah kembali ke apartmen. Walaupun agak kehairanan dengan tingkah laku lelaki itu, Abriel memang tidak ingin bercakap dengannya. Hatinya masih sakit dengan peristiwa semalam. Jaejoong pula kelihatan selamba sahaja, Dia hanya duduk santai di sofa sambil menonton televisyen sementara Abriel memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh.
Saat Abriel menghidupkan penyedut hampa gas, Jaejoong bangun dan melangkah menuju almari tempat Abriel menyimpan peralatan membersih. Dia mengeluarkan cecair pencuci tingkap, beberapa helai surat khabar lama dan kain lap sebelum mula mencuci tingkap. Saat Abriel mengemop lantai, dia sibuk menggosok lantai bilik mandi. Sesekali telefonnya berbunyi dan terdengar suaranya menyahut agak kasar, namun dia tidak berganjak dari rumah itu.
Setelah apartmen itu bersih, terdengar bunyi pancuran hujan dari bilik mandi. Tidak lama kemudian, Jaejoong kembali duduk di sofa selepas mengesat rambutnya sampai kering. Abriel masuk ke dalam bilik mandi sambil otaknya ligat berfikir. Apakah yang sedang berlaku Adakah dia harus mengalah dan membiarkan Jaejoong menganggap mereka sebagai pasangan kekasih Adakah dia patut memasak untuk satu atau dua orang
Fikiran-fikiran itu terus menghantuinya sehinggalah dia berada di dapur selesai mandi dan berpakaian. Dia bertanya dengan nada yang diharapnya kedengaran selamba dan tidak terlalu mesra. Awak nak makan tak
Sunyi. Tiada jawapan. Abriel menjenguk ke depan. Ruparupanya Jaejoong sudah terlena di sofa. Dia mengeluh. Entah kenapa sejak bertemu lelaki itu, dia semakin kerap mengeluh. Mungkin lelaki itu sengaja membuat dia selalu mengeluh.
Selesai selesai memasak, dia pergi ke depan dan mengejutkan Jaejoong. Jaejoong bangun tanpa banyak soal, pergi ke singki mencuci muka dan duduk di hadapan Abriel di meja makan. Selesai makan, dia membantu Abriel mencuci pinggan dan mengemas dapur sebelum mereka duduk di ruang tamu. Abriel menyiapkan tugasannya sementara Jaejoong masih leka dengan tablet di tangan. Mungkin dia menggunakan tablet itu untuk mencipta lagu kerana sesekali terdengar alunan muzik dari tabletnya.
Hari sudah gelap saat Abriel mematikan komputer ribanya dan menoleh ke arah Jaejoong. Awak nak makan malam Jaejoong mendongak dan memandang jam di dinding. Pukul 7.30 malam. Dia menggeleng. Ada meeting untuk konsert jelajah Asia pukul 8 malam nanti. Mungkin kami akan berbincang sambil makan. Awak makan sendiri saja, ya Jangan lupa kunci pintu lepas saya keluar. Esok awak ke kedai Kim
Abriel menggeleng. Tak, mereka balik kampung seminggu. Jadi saya diberi cuti.
Okey. Nanti saya sampai rumah saya telefon awak, ok
Abriel tidak merasa dia patut menjawab soalan itu. Prinsipnya masih sama. Jaejoong bukan kekasihnya, jadi dia tidak kisah apa yang lelaki itu mahu lakukan. Lagi pun lelaki itu pasti akan buat apa saja yang dia suka, tak boleh dilarang. Jadi buat apa susah payah menegahnya
Jaejoong mengambil jaket dan begnya yang tergantung di tepi pintu sebelum keluar. Abriel hanya memerhatikannya dari jauh. Ah, hubungan ini. Entah apa namanya. Tetapi cukup membuat Abriel rasa pening seperti baru lepas menaiki roller coaster. Sekejap marah, sekejap sedih, sekejap geram dan sekejap dia tertawa sambil makan semeja dengan lelaki yang mahu dibunuhnya dua belas jam sebelumnya. Tetapi dia sedar lelaki itu sudah berjaya menyelinap masuk ke dalam hidupnya yang mahu dijalani dengan tenang, dan sepertinya lelaki itu tidak berniat untuk pergi.
jjj
Keesokannya Jaejoong datang lagi. Dia membawa gitar dan peralatannya. Mereka duduk dan melakukan kerja masing-masing dalam ruang kecil itu tetapi entah kenapa rasanya begitu intim. Mungkin kerana sesekali jemari atau lengan mereka akan bersentuhan saat mengambil sesuatu. Tetapi lelaki itu pasti tidak merasakan apa yang Abriel rasa kerana dia kelihatan selamba sahaja sambil khusyuk dengan kerjanya. Kadang-kadang dia memetik gitar sambil mencoret-coret sesuatu, dan kadang-kadang dia sibuk dengan aplikasi pada tabletnya. Atau mungkin kerana ada irama petikan gitar yang seakan menambah suasana romantik kepada keadaan yang sunyi itu.
Sesekali Jaejoong menyanyi-nyanyi kecil sambil memetik gitar dan menulis. Memang suaranya sangat merdu sehingga Abriel terpesona. Begitu terpesona sehingga kadang-kadang dia merasa kecewa sekiranya lelaki itu berhenti menyanyi. Tetapi dia tidak pernah berkata apa-apa tentangnya pada lelaki itu. Kadang-kadang dia menangkap Jaejoong sedang memerhatikannya saat dia sedang leka dengan tugasannya. Saat Abriel mengangkat muka, lelaki itu akan kembali tunduk menatap kertas atau tabletnya. Pura-pura seperti tidak ada apa-apa yang terjadi.
Saat itu dia sedang memerhatikan lelaki itu memasak makanan tengah hari. Abriel cuma dibenarkan memotong sayuran saja. Dia cuba membantu tetapi Jaejoong melarang, katanya dia pandai memasak. Tengah hari itu dia memasak kimchi chigae dan ayam goreng. Dan Abriel harus mengakui, masakan lelaki itu memang enak.
Berkali-kali Jaejoong bertanya apa rasa masakannya pada Abriel. Mula-mula Abriel hanya diam tetapi selepas didesak beberapa kali, akhirnya dia memuji masakan itu. Lelaki itu kelihatan sangat bersemangat selepas dipuji.
Selepas makan dan mencuci pinggan, mereka kembali melakukan aktiviti masing-masing. Tepat jam empat, Jaejoong beredar. Sepertinya persiapan untuk konsertnya semakin giat dijalankan. Saat lelaki itu menutup pintu, Abriel sempat tertanya-tanya sendiri, apakah lelaki itu akan datang lagi esok
Dan memang benar Jaejoong kembali esoknya, dan pada hari-hari seterusnya. Perlahan-lahan ruang kosong di dalam hati Abriel mula terisi dengan keberadaannya, bau minyak wanginya, suaranya yang seksi, alunan petikan gitarnya dan barang-barang kepunyaannya. Jaejoong meninggalkan gitar kesayangannya itu di rumah Abriel, katanya supaya dia tidak perlu membawanya setiap hari. Baju-baju yang dipakainya mula menambun di dalam bakul pakaian kotor maka Abriel terpaksa mencucinya sekali dengan bajunya kerana pemiliknya selalu terlupa untuk membawa baju-baju itu pulang. Kemudian ada bendabenda kecil yang tertinggal, atau sengaja ditinggalkan di situ. Pensel, pen, kertas muzik dan sebagainya. Seandainya ada kertas muzik dengan tulisan Jaejoong ditemui, Abriel akan menyimpannya. Khuatir itu semua penting untuk Jaejoong. Semua barang-barang itu disusun rapi di meja tempat dia selalu menyimpan buku-buku kesukaannya.
Kini ruang ini bukan miliknya sendirian. Itulah yang difikirkannya sebulan kemudian. Jaejoong sudah menyentuh hampir setiap bahagian apartmen ini sehingga suasana rumah ini tidak lagi sama. Lelaki itu datang tiaptiap hari, walaupun cuma lima belas minit. Menceritakan tentang apa yang telah dilakukannya dan memujuk Abriel agak menaiki teksi setiap kali pulang kerja lewat malam. jjj
Beberapa hari kemudian, Jaejoong mengkhabarkan yang dia akan ke Jepun selama beberapa minggu untuk promosi album bahasa Jepun mereka yang terbaru. Dia akan cuba balik setiap minggu tetapi mungkin bukan hujung minggu kerana jadualnya agak padat pada waktu itu. Dia tidak berani berjanji untuk kerap pulang tetapi dia berjanji akan menghubungi Abriel setiap hari.
Telefon berdering. Pengurusnya menelefon, meminta dia segera ke pejabat kerana mereka akan bertolak dua jam lagi. Selepas meletak telefon, Jaejoong mengulangi janjinya dengan cepat sambil menyarung jaketnya dan bersedia untuk beredar.
Tiba-tiba dia rasa jaketnya ditarik. Dia menoleh. Abriel memegang hujung jaketnya. Renungannya tidak begitu sukar untuk ditafsirkan oleh Jaejoong. Jaejoong tersenyum, menarik tangan gadis itu dan menggenggamnya erat. Dia menundukkan tubuhnya untuk mencium Abriel dengan segenap rasa yang membuncah di dalam dadanya. Gadis itu tidak melawan, sebaliknya membalas ciumannya dengan sepenuh hati. Sedikit canggung, sedikit malumalu. Ada bahagia yang manis tetapi pahit. Seandainya boleh memilih, pasti Jaejoong akan membatalkan penerbangannya sekarang. Abriel. Abriel kesayangannya, akhirnya mengalah dan membenarkan dia masuk ke dalam hidupnya.
Nanti saya pulang. Tunggu ya Jangan lupa pastikan telefon bimbit awak sentiasa on. Saya akan risau kalau tak boleh telefon awak. Jangan tidur lambat, dan balik kerja mesti cuma naik teksi. Nanti saya masukkan duit dalam akaun awak. Dan jangan lupa kunci pintu, okey Panjang sekali pesanannya. Dahinya dan dahi Abriel masih bersentuhan, mesra. Abriel boleh merasakan nafas lelaki itu di wajahnya. Abriel mengangguk. Jaejoong mencium Abriel sekali lagi sebelum meninggalkannya dengan langkah tergesa-gesa.