KARKUMA - 12
ENAM tahun telah berlalu. Khaufli kini mencecah usia 18 tahun, menjadi anak muda yang gagah, berani dan paling kacak pernah dilihat di Pulau Nabui. Kulitnya putih gebu seperti kapas mewarisi kulit ibunya sejak lahir. Walaupun lasak berpanas berhujan tetapi kulitnya tidak pernah dimamah kepanasan matahari. Anak muda gagah perkasa dengan ilmu persilatan yang diwarisi dari ayahnya itu, juga dikenali sebagai agamawan oleh orang-orang Nabui Arshi.

Ilmu agama Arshi yang dimilikinya hampir setaraf dengan ayahnya, Karkuma. Khaufli Shuhada digilai gadis-gadis Nabui Arshi dan Nabui Huku.

Mengikut khabar-khabar angin yang didengar, sejak akhir-akhir ini ada beberapa anak gadis golongan bangsawan jatuh hati kepada Khaufli Shuhada. Dan berita kekacakkan Khaufli juga sampai ke telinga puteri kepada Maharaja Sultan Lembayung.

Kata orang, Puti Manggis juga kebelai akan inginnya bersua muka dengan Khaufli, bisik Hakap kepada Karkuma.

Dustalah hendaknya kata orang. Gusar hati ku dapat khabar bagini. Moga Dianya melindungi anak ku dari malapetaka, kata Karkuma.

Sekiranya benar puteri Maharaja Sultan Lembayung gilakan Khaufli, boleh jadi puteri itu ingin bersuamikan Khaufli, dan sangat mustahil pula Karkuma hendak menolak, kecuali kalau dia sanggup menerima hukuman bunuh sekeluarga.

Ada pun Khaufli atawa puteri utu, dua-duanya masih mentah. Usah digelisah akan hal inen. Dak mentak Maharaja berkenan bermenantu akan Khaufli, kata Teggal yang sedikit sebanyak telah mententeramkan hati Karkuma yang mulai gelisah dengan khabar angin mengenai anaknya.

Telak hendaknya cakap dikau utu, Teggal. Lapang dadaku mendengar, jawab Karkuma mengurut dada.

Bagaimanapun, siapakah gadis yang bakal menambat hati Khaufli Apakah dia akan mengulangi sejarah ibunya dahulu ketika menjadi rebutan setiap pemuda termasuk Jameng, sehingga menyimpan dendam sepanjang hayat dek kerana tidak dapat memperisterikan Sirehpani Namun, sejak enam tahun kebelakangan ini, Jameng seolah-olah berdiam diri, seperti tiada lagi dendam terhadap Karkuma dan Sirehpani.

Sejak enam tahun kebelakangan ini juga, orang-orang Nabui Arshi aman tenteram mengembangkan agama dan memperkuatkan perniagaan. Dari usaha serbuk kunyit dan daun sirih, mereka berkembang pada perniagaan membuat pisau, golok, belati, parang, lembing dan terutama sekali, pedang.

Ini adalah permintaan dari pihak kerajaan kerana istana memerlukan senjata yang banyak untuk keperluan tenter di Tanah Nabui yang ditugaskan berperang, menyerang bahagian perairan India dan Sri Lanka. Sudah lama Sultan Lembayung menyimpan cita-cita dan menyusun strategi untuk menakluki kedua-dua kawasan perairan itu. Inilah masanya.

Tidak dinafikan, orang-orang Nabui Arshi aman selama lebih enam tahun ini adalah kerana Jameng sibuk menyusun atur struktur di Bangkir Ghadabi yang sudah kekurangan ramai warak.

Warak Gebang juga telah letak jawatan, hatinya tidak lagi berkeyakinan dengan agama Huku. Malah beliau berputus asa untuk beragama.

Kini Ketua Warak Jameng memperkuatkan kembali kedudukan Bangkir Ghadabi setelah berjaya mengisi beberapa kekosongan kerusi warak di bangkir itu menjadi tujuh orang warak semula. Dia melantik mereka yang setia dan patuh dengan arahannya. Tidak kira sama ada arahan itu bersifat peribadi, mementingkan diri sendiri atau tidak.

Yakin dengan kedudukannya yang teguh itu, Jameng sekali lagi menyusun strategi untuk menimbulkan masalah kepada orang-orang Nabui Arshi. Tetapi semua ancamannya dapat ditangani oleh Karkuma dengan bantuan orang-orangnya yang bukan sahaja semakin ramai tetapi juga kuat.

Khaufli Shuhada sudah dewasa dan seperti bapanya, dia juga mempunyai pengaruh besar di kalangan anak-anak muda. Bagaimanapun, kejahatan Jameng tidak berhenti selagi dendam kasumatnya terhadap keluarga Karkuma belum dibalas. Dia bersiap memperkuatkan ilmu sihirnya. Orang kuatnya iaitu Warak Dongga dan Warak Langkus juga diturunkan ilmu sihir yang dahsyat.

Kala inen, orang-orang Nabui Hakir udah pandai tagih keadilan dan hak penduduk, dari kerajaan, lapor Warak Dongga kepada Ketua Jameng.

Mau saja dema daku sumpah jadi beruk! Marah sungguh Ketua Jameng apabila mendengar laporan itu.

Adakah dema idak tau, keadilan atawa hak selaku penduduk bawahan idak pernah wujud di dalam pemerintahan Maharaja Sutan Lembayung! Jameng mendabik dada dan meletakkan dirinya konon juga seorang pemerintah.

Sebenarnya, di sebalik kejahatan yang dilakukannya, Jameng bercita-cita menjadi pemerintah Kerajaan Pulau Nabui.

Bukan utu saja, dikara! Langkus menyampuk.

Lalu apa lagi beruk-beruk sekalian utu mau Tanya Jameng dengan bengis.

Makin hari makin biadap dema memohon agar dibagi kebebasan beragama, kata Langkus.

Gampang nengar dema mohon bebas beragama Dema ingat dema apa! Marahnya Jameng mendengar berita itu, seperti cacing kepanasan dia berjalan sambil tunduk tengadah.

Tanpa membuang masa, beberapa hari kemudian Sutan Lembayung pulang ke Pulau Nabui dari peperangan di Perairan India, Ketua Jameng terus menyampaikan berita itu kepadanya.

Mohon dibagi bebas beragama Sergah Sultan Lembayung.

Benar, tuanku maharaja yang agung, jawab Ketua Jameng dalam nana membodek.

Idak akan ada kebebasan apapun untuk rakyat di negeri kita! Sergah Sultan Lembayung, Andai kata ada rakyat yang menentang, dema akan dihukum pancung! Inen titah kita!

Sultan Lembayung mundar-mandir di singgahsana, dan kemudian menunjukkan jari telunjuknya tepat ke muka Ketua Jameng. Mika selaku Ketua Besar Warak Negeri, mika leraikan kekusutan inen selekas-lekasnya! Bentak Sultan Lembayung. Jameng terkedu mengangguk dan berkata, Kula menjunjung titah perintah tuanku di atas jemala.

Nyawa mika adalah galang gantinya, kalu mika gagal! Selepas mengeluarkan perintah itu, Sultan Lembayung terus beredar dari singsahsana. Terpinga-pinga Jameng dibuatnya.

Sambil berjalan meninggalkan bangunan Istana Bijinga, Jameng tersengih senang hati mendapat lampu hijau dari maharaja untuknya bertindak, mengatasi masalah rakyat jelata yang inginkan kebebasan beragama.

Tidak pula dititah maharaja bahawa Jameng boleh berbuat sesuka hatinya, tetapi itulah yang bermain di dalam fikiran Jameng.

Idak lama lagi, Karkuma dengan orang-orangnya akan tau, betapa tinggi atawa rendahnya langit. Daku penghulu agama di Tanah Nabui, dema ingat dema boleh sesuka hati mau bebas beragama Gampang! Kata Jameng pada Dongga dan Langkus dengan penuh geram dan marahnya.

Misalan dema lawan juga telunjuk daku, akan daku hembus biji mata dema, melayang bagai butiran pasir. Ucap Jameng. Dongga dan Langkus tersengih mendengar.

Dengan sangkaan Sultan Lembayung memberi kebenaran dia bertindak mengikut kehendak hatinya, Jameng menyimpan hasrat untuk berperang dengan Karkuma dan menghapuskan semua pengikut-pengikut Karkuma.