Nurul terkejut dan menggeleng. Lekas dia mendapatkan Leman. Imah ditinggal berdiri seorang.
Leman, kenapa kau mahu bertanding perkara yang kau tak tahu Nurul menyinga. Bahari dan Faduli bangun serentak. Meletakkan jari telunjuk di bibir masing-masing dengan harapan tiada siapa yang ketahui perkara tersebut. Wajah Nurul masih kemerah-merahan, marah.
Sedang seluruh sekolah sudah pun bergema perlawanan antara Raslan di sekolah Kampung Getuk menentang Leman dari Pasir Rawa, Nurul masih lagi tidak boleh menerima hakikat yang Leman akan bersama dalam pertandingan tersebut. Kelas hari itu nampak tenang, hati Nurul sahaja yang bergelut-gelut mahu penjelasan. Leman cuba mengelak dan berpaling setiap kali bertembung dengan wajah kesukaannya. Hingga kejelikan tidak mahu bertentang itu cukup ketara. Meluat.
Jumpa aku dekat kaman tepi padang, aku tak peduli. Aku mahu penjelasan! Nurul terus memecut langkah kakinya.
Habis sahaja sekolah, Nurul sudah pun menuju ke kaman yang dijanjikan. Bangsal bersaiz lapan kali lapan ini dibina oleh Cikgu Muhammad sendiri dengan keringat beberapa orang tukang kebun. Dibuat dari kayu getah yang dikumpul setempat, kemudian dipotong di bahagian hulu untuk dicacakkan ke tanah.
Lantainya pula menggunakan kayu setebal dua inci yang dibeli dari syarikat perkayuan Cina di Batu Lima. Disyelek kemas berwarna coklat kehitaman. Kadang-kadang kaman ini dijadikan tempat lepak jantan-jantan kampung yang bermain bola sepak di waktu petang. Kadang-kadang menjadi tempat bermesyuarat para artis sekolah bersama cikgu masing-masing.
Atapnya pula diperbuat dari kayu-kayu yang disusun menurun dari tengah. Kelihatan seperti sisik ikan yang tersusun cantik. Punya penjuru sebanyak empat dan terdapat seperti kubah kecil di bahagian tengah.
Aku tanya kau sekali lagi, kenapa kau mahu lawan renang
Aku yang sahut cabaran, kau tak payah campur hal orang lelaki. Jaga hal kau saja.
Nurul membeliakkan mata. Terus melayang penampar padu ke wajah Leman. Leman terkejut dan memegang panas pipi sendiri. Nurul terus berlari menuju pintu pagar sekolah meninggalkan Leman yang masih terpinga-pinga.
Kau bergaduh lagi Leman
Eh taklah mak.
Habis kenapa pipi kau merah Siap berbekas lima jari, tanya Mak Cik Vijaya.
Eh Lekas Leman masuk ke bilik dan menghadap cermin. Ya sungguh, berbekas tangan Nurul di pipiku, ini barulah cinta! Leman ketawa sekuat hati sedang Mak Cik Vijaya terkejut semasa mengintai peel pelik anaknya ini.
Leman lekas mengambil senaskhah karya Buya Hamka dan kemudian berbaring di atas lembek nipis. Masih mengesat licin pipinya dan tersenyum sendiri sambil ditutupi oleh naskah tersebut. Kisah Percintaan Zainab dan Hamid dipegang kemas. Malah tidak sedikit pun dia boleh lupa bagaimana kisah itu diangkat menjadi karya antara paling agung di seantero Tanah Melayu dan Indonesia. Konon-konon mahu mencontohi kisah cinta sebegitu rupa walau ternyata tidak bersama, tetapi cinta mereka bersatu. Sedang enak memejam mata bertelungkup Di Bawah Lindungan Kaabah, bahu leman disentuh Cikgu Muhammad.
Abah!
Ha apa kau berangan ni, dah mandi Petang nanti kita pergi Semantan belakang rumah Mak Lang, Abah dah siapkan pelampung. Itu tiub kereta dah siap pam.
Leman menjenguk luar jendela, kelihatan pelampung hitam yang dibuat dari tiub tayar kereta entah siapa. Yeay! Terima kasih abah! Hoi, petang nanti!
Yalah, yalah, nak rasa pegang pelampung dulu! Leman berlari mendapatkan lembaga hitam yang sememangnya boleh mengapungkan sesiapa sahaja di atas air. Bermain-main dan melompat-lompat seorang diri di luar rumah. Walau tinggal hanya dua minggu sahaja perlawanan antara Leman dan Raslan, Leman masih boleh bersuka-suka.
Petang itu Semantan mengalir tenang. Mak Lang duduk sahaja menghadap di belebas pintu dapurnya. Cikgu Muhammad sudah siap sedia dengan seluar steng paras lutut. Leman pula dengan boxer pendek kelabu. Bussssss!! Keduanya terjun ke tengah sungai. Cikgu Muhammad menunjukkan kemahiran berenangnya kepada Leman. Leman ketawa dan bermain-main dengan air. Faduli pun sampai dan turut serta.
Untuk permulaan, Cikgu Muhammad meminta Leman dan Faduli membuat bubbling. Mereka perlu merendam sepenuhnya kepala dan menghembuskan nafas melalui mulut di dalam air. Kemudian naik semula mengambil nafas dan kembali mengeluarkan nafas bubble di dalam air. Ini penting untuk mendapatkan stamina semasa berenang.
Awal lagi keduanya sudah dibuli Cikgu Muhammad, untuk bubbling sahaja mereka perlu berbuat sebanyak lima puluh kali. Tercungap-cungap keduanya.
Usai sahaja dan masih lagi termengah-mengah, Cikgu Muhammad minta Leman meniarap di atas permukaan air. Membuat simulasi bagaimana mahu terapung dengan betul dan bagaimana kaki perlu dikayuh serta tangan yang perlu membuat pecutan. Faduli mengangguk faham. Selepas dua tiga kali percubaan, Leman dan Faduli sudah mula mendapat perkara asas dalam berenang. Cikgu Muhammad memberi isyarat sudah masuk senja.
Petang itu berlalu dengan pantas. Faduli pulang ke rumah dengan lemah longlai. Kepenatan. Leman pula bersenang lenang menaiki basikal Cikgu Muhammad siap memberi lambaian persis Sudirman di Konsert Chow Kit Road. Sambil tersengih bagai kerang busuk, Faduli menyambut lambaian dengan mencebik.
Asas pertama sudah pun digenggam kemas. Bolehlah mereka praktis selepas pulang dari sekolah setiap hari. Leman sudah merangka perjalanan untuk berdepan dengan Raslan. Sama ada menang atau kalah, itu perkara kedua. Yang penting menyahut cabaran terlebih dahulu.