angin bertiup kencang. Hujan turun merembas membasahi permukaan jalan tanah merah yang sedia licin. Dedaun kering berterbangan tidak menentu. Sesekali ran ting kecil, gugur dan menimpa bumbung jip. Pokokpokok meliangliuk seakan hendak patah. Sudah beberapa kali tayar jip yang ligat berputar, terjatuh ke lumpur lembik namun Salman tetap cekal memandu kenderaan tersebut. Kemahirannya memandu kenderaan pacuan empat roda, dipergunakan sepenuhnya.
Ramlan telah berulang kali meminta supaya dia dapat menggantikan Salman memandu. Sepanjang perjalanan mereka, Salman masih setia memandu. Ramlan risau jikalau Salman tidak dapat mengawal kenderaan itu ke rana letih dan mengantuk. Tetapi tawarannya ditolak mentahmentah.
aku masih boleh memandu! begitulah kata Salman setiap kali Ramlan menawarkan diri menggantikan pera nannya.
Suhaili terhenyak di tempat duduknya, di belakang jip. Dia membalut tubuhnya dengan sehelai baju panas te bal untuk menghindari kesejukan yang terus menyerkup ruang lingkup jip yang terhoyonghayang. Sesekali dia melemp arkan pandangan keluar melalui cermin tingkap jip yang kabur dengan tempekan lumpur dan air hujan.
aku tak sangka hujan turun selebat ni. Suara Suhaili keras, bertingkah dengan enjin jip yang mengaum dan suara ribut yang garang.
Ramlan menoleh. aku rasa inilah kali pertama orang macam kau mengalami kesukaran dalam perjalanan.
Suhaili terdiam. Jauh di sudut hatinya, dia mengakui katakata Ramlan adalah benar. Selama ini, dia bebas ke ma na sahaja, tanpa perlu risaukan keadaan cuaca. Dia bo leh keluar negeri dan balik keesokan harinya. Dia tidak per lu melihat tanah atau sakit seluruh badan kerana ter hoyonghayang di dalam sebuah jip yang melalui jalan berbonggolbonggol.
Kali ini, dia terpaksa berhadapan dengan se mua masa lah itu. Dia harus melupakan kesenangan dan kese lesaan. Dia harus bersusah payah sematamata kerana jumlah duit yang bukan sedikit.
Salman mencebik. Mungkin dia tidak senang dengan katakata Ramlan. namun dia tidak pula bersuara dan me ng ulas. Dia masih menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduannya.
Saoud masih mendiamkan diri. Sukar baginya untuk menge luarkan suara. Dia hanyalah penunjuk arah. Dia tidak berhak campur tangan dalam perbualan Salman dan Ramlan. Yang dia boleh lakukan ialah mende ngar.
Kali ini jip meraung kuat namun tubuhnya hanya ber hing gut tanpa bergerak. Salman gelisah. Jip pacuan empat roda itu terperangkap di dalam lumpur. Salman menepuk ste ring, melepaskan kemarahan yang mula bersarang di hati.
Sial! Keadaan di sini terlalu teruk. Lebih teruk dari bendang. nama sahaja pacuan empat roda, banyak pera latan yang sepatutnya ada, tak ada.
Saoud dengan aku boleh tolak dari belakang. itu pun kalau kau mahu.
Ramlan tersenyum. Keadaan ini memberi rahmat ke pa da nya. Sekurangkurangnya Salman yang sering ber sikap biadap, mula faham bahawa setiap seorang daripada me reka perlu saling bekerjasama jikalau tidak pun ber tolak ansur.
Dia sememangnya sudah bersedia untuk berhadapan de ngan keadaan sebegitu. baju tebal, sarung tangan dan but tinggi, memang tersedia di dalam sebuah begnya. Manakala dokumandokumen yang diperlukan, berada di dalam sebuah briefcase kulit yang lain.
Tak payahlah! Simpan sajalah kederat kau tu untuk perkara lain. aku boleh atasi masalah ni sendiri.
Kau bercakap macam seorang lelaki tulen.
Salman merenung Ramlan dengan wajah masam. Mungkin untuk memperlihatkan rasa marahnya, dia me ne kan pedal minyak jip itu sehingga rapat. enjin jip meraung lagi. asap putih dan ungu berkepul dari lubang ekzos.
Saoud duduk bersahaja seperti tiada apaapa yang ber laku. Dia juga seperti Ramlan, bersedia dengan pakaian dan sarung tangan untuk menghadapi cuaca seperti itu. Dia hanya menunggu masa, menunggu untuk Salman men gu rangkan keegoan dan keangkuhannya.
Sedangkan Suhaili pula terus merapatkan diri dengan Saoud. Dia cuba menghilangkan kedinginan tubuhnya dengan cara itu. Tetapi Saoud seperti seketul batu pejal, tiada sebarang reaksi yang ditunjukkan walaupun di sebel ah nya seorang wanita jutawan sedang berusaha men da patkan pertolongannya.
Roda jip terus berputar. Melemparkan lumpur lembik ke belakang. namun jip itu tetap tidak bergerak. Salman sema kin tidak sabar. Dia tetap menekan pedal minyak de ngan tapak kakinya yang dilandasi kasut. Sesekali dia meng goyangkan badannya, seolaholah dengan cara itu, jip dapat bergerak lancar seperti tadi.
apabila jip masih tidak bergerak, dia menepuk stering dengan geram. Salman mematikan enjin. Dia keluar dan terus menyepak tayar hadapan jip.Hujan lebat membungkus seluruh badannya.
Sial!
Ramlan mengenakan pakaian hujan dan sarung ta ngan yang dibawa bersama. Titisan air jatuh dari juraian rambut dan menitis ke baju hujan tebal yang dipakainya.
Saoud turut keluar. Dia juga bersedia dengan pakaian dan sarung tangan. Sekalipun Salman atau Ramlan malah Suhaili sendiri tidak mengarahkan dia supaya membantu me lancarkan pergerakan jip ini, dia tetap keluar.
Ramlan memandang Saoud kemudian mengalihkan perhatian kepada Salman yang masih dikuasai perasaan marah.
biar kami tolak jip ini.
Sial! Sepatutnya tak jadi macam ni. Patutnya tadi lagi, sebel um kita mulakan perjalanan aku tukar tayar yang sesuai. aku tak sangka pula keadaan jalan ini teruk betul. Salman ti dak mempedulikan tawaran Ramlan. Petang semalam ri but petir. Hari ni hujan pula.
Salman menyepak tayar jip lagi. Mungkin untuk mele paskan kegeraman yang terbuku di hatinya.
Salman! Ramlan cuba melembutkan suaranya seka li pun nadanya tenggelam di dalam deru hujan yang sema kin menggila.
Sehelai daun jatuh ke atas kepalanya. Ramlan menguis. Dengar sini! Suasana di kawasan ini semakin se juk. Kita mesti keluar dari tempat ini segera. cuba tengok ibu kau, dia dah mula menggigil. Tak ada cara lain selain daripada tolak kenderaan ini agar keluar dari lumpur.
Rambut Salman yang lebat pekat berwarna hitam, mel ekat ke kulit ke palanya yang basah. Dia mengangkat tangan, menggamit Suhaili.
aku terpaksa mengaku, kau betul. Jip ini terpaksa di tolak. Kita bertiga yang akan menolaknya. ibu pula boleh jadi pemandunya.
Dan itulah yang mereka lakukan. ngauman enjin jip pa cuan empat roda itu bergema di hutan sekeliling. Udara yang dibayangi titisan hujan, berbau asap. Tayar jip ber putar ligat. bahkan mungkin juga berasap. Lumpur ber terbangan ke belakang dan jatuh bertepek dalam bec ak di belakang. bau hangit tayar getah, menggigit perna fasan. Kemudian menghilang ke udara yang berg erak ganas. Jip bergerak sedikit ke hadapan. Suhaili me no leh keluar dari tingkap. Tersenyum, bangga dengan dirinya sendiri.
Tidak jauh dari tempat di mana Salman, Ramlan, Suhaili dan Saoud sedang berusaha untuk melepaskan di ri daripada cengkaman lumpur becak, seorang pemuda se dang me numpukan perhatian terhadap jalan di hada pannya.
berpandukan kesan tayar di per mukaan jalan tanah merah, dia dapat mengekori dengan mudah. Sekalipun ter paksa berhadapan dengan hujan dan becak, dia masih mampu mengawal tunggangannya dengan baik.
Mereka masih tak jauh dari sini. Mungkin mereka ter sangkut di dalam becak, dia bersuara sendiri.
Sesekali dia menoleh. Tetapi cepatcepat dia meman dang ke hadapan kembali. Motosikalnya bilabila masa sahaja boleh terbabas. Jalan yang dilaluinya sekarang terlalu teruk. Jikalau dia tidak berhatihati, dia akan jatuh. Motosikal itu juga akan terperosok ke dalam lumpur.ngauman enjin jip kedengaran sebaik sahaja dia sam pai di puncak sebuah bukit kecil. Dia tersenyum. Dia mem ber hentikan motosikal yang ditungganginya.
Tepat seperti apa yang dijangkanya, jip itu memang se dang bergelut dengan lumpur di tengah jalan tanah merah itu.
Mereka bodoh! Kerajaan dah buat jalan raya meng hala ke Gunung Kemuning, mereka masih gunakan jalan la ma ni. Lori balak pun dah tak lalu di sini. agaknya mereka mendapat maklumat salah, dia bersuara perlahan.
Dia cuba mengeluarkan kotak rokok tetapi apabila meng ingatkan tentang hujan yang turun, dia membatalkan niatnya itu. Jikalau dia menghidupkan api rokok sekali pun, rokoknya tidak akan menyala.
Dia tidak perlu memulakan perjalanan sekarang. Orang yang dijejakinya berada tidak jauh dari puncak bukit di mana dia sedang memerhati. Tambahan pula jalan ini memang tiada simpangsiur. Jikalau ada sekali pun, dia masih dapat menjejaki dengan mudah berdasar kan kesan tayar yang tertera pada permukaan tanah.
Dia teringat kembali peristiwa sebelum dia mula men jejaki mereka tadi. Hatinya mendongkol geram. Jikalau tidak kerana tugas yang lebih besar, dia akan terus menjejaki pengemis buta bersama ularnya.
celaka betul orang tua tu! Dia terlalu cepat.
Hairan betul aku. agaknya dia pakai ilmu ghaib kut
Pengemis buta itu hilang tanpa sebarang kesan. apa bila ditanya kepada orang yang ditemui selepas selekoh di mana pengemis itu menghilang, orang yang ditanya juga tidak tahu. bahkan mereka mengatakan, mereka tid ak nampak pun seorang pengemis tua bersama ularnya.
Dia terpaksa mencari. Sudahnya dia terpaksa mengha biskan beberapa jam untuk menjejaki lelaki tua itu.
Mungkin dia muncul untuk melengahkan aku, dia cuba membuat andaiannya sendiri.
Pengemis tua bersama ularnya itu menimbulkan se buah mis teri kepadanya. Mereka muncul setiap kali dia hen dak menja lan kan tugas. Sedangkan setahunya, penge mis buta itu sudah meninggal dunia. Dia yang mencabut nyawa pengemis itu. Mas akan ularnya pula yang mengh idupkan dia kembali seperti mana yang didakwa oleh pengemis tersebut tentang penglihatannya.
Tiada sebarang kehidupan yang boleh mati hidup balik. Lainlah halnya kalau Tuhan yang mahu hambanya menerima nasib begitu, dia bersuara perlahan. Dia benarbenar hanyut di dalam khayalannya.
Sesekali timbul pula pertanyaan dalam hatinya. Mung kinkah pengemis tua bersamasama ular tedungnya itu bertindak sebagai pelindung kepada Suhaili. ini adalah kerana, setiap kali dia hendak menumpukan perhatian kepada Suhaili, Ramlan dan Salman, pengemis tua itu muncul semula dengan senyumannya yang menyakitkan hati. Pengemis tua itu seolaholah mahu dia terus tersasar tujuan dan matlamat.
ah, pergi mampuslah dia dengan ularnya! Kalau aku ada peluang, aku akan bunuh dia. aku takkan biar dia hidup bebas dan menakutnakutkan aku lagi.
Titistitis hujan semakin kasar. Jalan tanah merah yang ada di hadapannya kelihatan licin. Dia perlu berhatihati ke tika menggunakannya nanti. Jikalau dia tersalah, sudah pasti dia akan menerima nasib. Tambahan pula di tengah hut an seperti ini, dia tidak mungkin mendapatkan perto longan sesiapa pun.
Pengemis buta bersama ularnya! Kalaulah aku dapat...
Dia tidak menghabiskan ayat tersebut apabila dia mendengar enjin jip lancar. Jip itu sudah mula bergerak. bergerak meninggalkan tempatnya terlekat.
Motosikal yang ditunggangnya bergerak begitu per lahan. Dia terpaksa berhatihati. Dia tidak boleh tergesagesa. Di sini tidak sama seperti di bandar. Sekalipun jalan licin, tetapi dia tidak perlu mengelak daripada bonggol dan permukaan tidak rata.
nasibnya tetap malang. Ketika dia hampir dapat me ngelak sebuah lopak berair, tayar hadapan motosikal yang ditunggangnya itu, kempis tibatiba. Dia menjajar ke tepi, tetapi brek motosikal itu juga tidak berfungsi dengan baik.
ahhhhh!! dia menjerit panjang ketika motosikal itu menghala ke sebatang pokok besar.
Selepas beberapa jam perjalanan, mereka mula me nu runi lembah yang dalam. Udaranya berubah menjadi pa nas dan kering, seperti ada bahang api yang menyala di dasarnya. Matahari kembali bersinar dengan megah. Jalurjalur cahay anya mencuri ruang antara selaan de daunan rimba yang menjadi siling jalan tanah merah itu. Tiada langsung sebarang kesan yang menunjukkan hujan telah turun dengan lebat di situ.
Salman memberhentikan jipnya di tepi jalan, tidak jauh dari sebuah tebing. Mereka berempat keluar daripada kenderaan yang dinaiki. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menghilangkan lenguh dan kesakitan selepas melalui perjalanan yang tidak selesa. Pakaian yang tadinya lembab, kini semakin kering.
Kalau kau ada masalah, cakaplah kat aku, Ramlan cuba menawarkan pertolongan kepada Salman.
Salman merenung wajah peguam muda itu. Kemudian tersenyum.
Tak perlulah. aku rasa semua orang nak berehat seke jap selepas terpaksa mengharungi perjalanan yang tidak selesa. aku nak tengoktengok sekitar tempat ni dulu. Ka ki aku rasa kejang. Mungkin sebab aku dah duduk terlalu lama.
Salman terus menghilang di dalam sebuah belukar ber hampiran. Manakala Ramlan pula berjalan mencelah di pokokpokok balak yang tegap berdiri di lorong kaki pergunungan. Dia terus berjalan sehingga dia sendiri tidak lagi melihat jip dan jalan balak.
Dia teringatkan Suhaili. Teringatkan kejadian sema lam, kejadian di mana pengemis tua buta bersama ularnya dibunuh oleh seseorang. Pembunuhan itu bakal mengait kan dia dan Suhaili di dalam satu kancah yang cukup ru mit. Dia ingin memberitahu Suhaili tentang perkara itu.
namun telinganya segera menangkap satu bunyi yang cukup dikenalinya. Sesuatu yang diperlukan. Sesuatu yang akan menyegarkan tubuhnya kembali.
bunyi deburan air terjun menarik minatnya. Ramlan terus melangkah. Suasana hutan yang sunyi, jauh dari hirukpikuk manusia, ditemani suara unggas rimba, men damaikan perasaannya. Dari tempat dia berdiri sekarang, dia ternampak sebuah air terjun yang mencurah. Di ba wah nya, air sungai mengalir deras di celahcelah batu besar.
Ramlan menuruni bukit itu dengan secepat yang terdaya. Menguak pokokpokok kecil yang menghalang perjala nannya. Malah sesekali berpaut pada batang pokok yang lebih besar supaya tidak terbabas dan terjatuh ke dalam lem bah. akhirnya dia sampai ke pinggir air terjun. Kawasan seki tar air terjun itu lembab dan dingin. Ramlan merenung air yang terus mencurah ke kolam semula jadi. Dia tersen yum.
beberapa ekor ikan kelihatan sedang berenang dengan penuh keriangan di permukaan air. air yang hitam dan tenang di kolam semula jadi itu bagaikan menggamitnya untuk menyentuh.
Ramlan melutut dan menyembamkan mukanya ke da lam air yang jernih. Meneguk air sungai untuk membasahi tekak nya. apabila haus yang dideritainya hilang, Ramlan bangun, berdiri. Kembali menikmati pemandangan yang begitu mendamaikan.
Sayupsayup di celah lerengan gunung dan sungai, terdampar kawasan pergunungan yang bakal ditujui. Hi tam, bergerigi di puncaknya yang memanjang. Dia me mandang dengan penuh perasaan. ada kilat yang seakanakan menyambar di puncak sebuah gunung.
Dia cuba meneka sejauh mana lagi mereka harus ber gerak. Dia bersandar pada seketul batu besar di pinggir su ngai. Dan entah bagaimana, dia terlelap.
Tuan Ramlan!Ramlan membuka mata, menenyeh kelopak mata yang melekat dan terasa gatal. Kemudian memandang seke liling dengan rasa curiga. Saoud sedang berdiri; sudah menukar pakaiannya.
Maafkan saya Tuan Ramlan. Saya tak tahu tuan terlelap.
Tak apalah Saoud. Semua orang kata saya ni kuat tidur.
Puan Suhaili dan anaknya sedang merungut. Saya pun tak tahu apa benda yang mereka rungutkan.
Kau sepatutnya gembira kerana tak faham apa yang mereka cakapkan.
bagi saya, loghat orang saya sendiri sudah cukup aneh. Tapi kalau kita dah biasa, segalanya akan bertukar menjadi senang. Macam Tuan Ramlan juga.
Ramlan menguap, masih menahan rasa mengantuk. Semua benda di sini bagus kecuali...
Dia berhenti. Dia tahu orang seperti Saoud agak ku rang senang apabila diceritakan tentang pencemaran alam yang semakin berleluasa... pelbagai pencemaran.
Saoud seakan mengerti apa yang cuba diperkatakan oleh Ramlan. Dia mengangkat keduadua belah bahunya.
entahlah... pelbagai undangundang dah dibuat. Tapi perkara macam tu tetap juga berlaku, seolaholah para peng usaha merasakan kalau tak ada pencemaran, bermak na kemajuan dan keuntungan tak boleh dibuat.
Mungkin juga. Tapi tak semua yang bersikap macam tu.
Saya dibesarkan dalam hutan. Mencari makan dengan hutan, malah kalau mati nanti pun dalam hutan.
Tapi sekarang kau dah jadi pekerja upahan Suhaili dan anaknya.
bukan masalah jadi pekerja upahan. Tapi masa depan... masa depan kami yang hidup bergantung dengan hut an... ada juga pemimpin yang menggunakan kekayaan hutan ini untuk kepentingan perut mereka. Mereka jadikan orang se perti kami sebagai hamba. Kami tak dit em patkan di kawasan yang sepatutnya, tapi kami di biarkan tinggal dalam hutan, jauh dari kemajuan. Semua itu hanyalah alasan supaya mer eka dapat menebang balak dan mengaut keuntungan tanpa kadar buruh biasa. Kami yang jadi mangsanya, kemudian mereka laungkan yang kami menentang kemajuan.
Susahlah aku nak cakap, Saoud. Maaf... aku terlalu informal... sekarang ni bukanlah masa kerja aku... aku ha nyalah seorang peguam. Tugas aku ialah menegakkan keadilan.
Tuan tak mungkin dapat membantu kami. bayaran untuk meng guna kan khidmat tuan malah peguam lain ter lalu tinggi. Sedangkan kami, pendapatan kami tak sebe rapa. Kami pun tak tahu langsung tentang tatacara mahk amah.
Jangan cakap macam tu. adakalanya kami membe ri kan khidmat percuma kepada pelanggan yang tak ber ke mam puan.
Setahu saya, cara macam yang tuan cakapkan tu ha nya digunakan apabila terdesak. Peguam lebih meng uta makan pe langgan yang dapat membiayai bayaran yang tinggi dulu. Dengan kata lain, orang seperti kami hanyalah melukut. berguna ketika tak ada kerja. Malah ada juga peguam yang ambil kesempatan untuk mempromosikan diri mereka melalui cara itu.
Kau bercakap seperti kau tahu tugas sebenar seorang peguam Ramlan mencebik.
Saoud tersenyum. Saya banyak memerhati, Tuan Ramlan. Saya tengok, adakalanya peguampeguam yang ser ing menerima bayaran mahal selama ni, sanggup ber kejar untuk mendapatkan tugas yang mencabar. Maksud saya, per bicaraan yang besar. Kalau mereka menang, me rek a berupaya menarik perhatian lebih ramai pelanggan untuk mendapatk an khidmat mereka. Peguam yang bagus selepas itu, sukar untuk diminta khidmatnya secara percuma.
Jangan cakap macam tu. Tak semua peguam bersikap ma cam tu. nada Ramlan begitu lemah. namun jauh di da lam hatinya, dia terpaksa mengakui kebenaran katakata Saoud.
Saya tahu, bahkan itulah juga yang dikatakan oleh encik Salman.
Katakata yang pahit, sukar diterima oleh Ramlan. Ramlan cuba menghindari persoalan yang sedang diper katakan.
Sudahlah! Suhaili dan anaknya mungkin sedang me nung gu kita. Kalau kita lamalama di sini, pasti mereka akan mengamuk.
Saoud tersenyum lagi. entah untuk apa senyumannya itu. cuma satu perkara baru yang diketahui Ramlan dari pada lelaki bernama Saoud itu. Lelaki itu mempunyai pe mi kiran yang lebih baik berbanding tanggapannya sebel um ini. bahkan cukup baik.
Saoud dan Ramlan mendaki bukit yang memisahkan an tara lembah di mana Suhaili dan Salman sedang me nunggu sambil merungut.