Khairul Rasheed berpakaian ringkas dengan mengenakan t-shirt dan seluar jean sahaja. Dahi Kharlissa berkerut. Katanya hendak keluar makan malam tetapi mengapa dia berpakaian seringkas itu Kharlissa sudah pun mengenakan gaun paling cantik yang ada di dalam almari bajunya. Rambut juga bersikat kemas. Wajah disaluti solekan tipis. Dia mahu kelihatan sempurna di mata lelaki itu.
Jemput makan di rumah saya. Saya masak sendiri, kata Khairul Rasheed.
Kenapa tak cakap siang-siang. Kalau saya tahu, tak ada lah saya pakai gaun. Biar saya tukar baju, pakai t.shirt dan seluar trek.
Tak payah tukarlah! Saya suka tengok awak pakai cantik-cantik! usik Khairul Rasheed.
Hati Kharlissa senang mendengar ungkapan itu. Dia tersenyum manis sambil mengekori Khairul Rasheed menuju ke pintu rumah lelaki itu yang sengaja dibiarkan ternganga.
Awak masak apa tanya Kharlissa sebaik sahaja melangkah ke muka pintu.
Matanya memerhati sekeliling ruang tamu yang amat kemas. Sebuah televisyen bersaiz besar sedang menayangkan filem Inggeris dari saluran Fox Movie.
Masakan kampung. Saya tak tahu awak suka ke tak
Kharlissa diam. Memang sudah lama dia tidak makan masakan kampung. Dia sudah lupa akan rasanya. Dia boleh menguji seleranya sendiri dengan memamah masakan Khairul Rasheed kelak.
Kharlissa mencuri pandang sekeliling di rumah Khairul Rasheed sekali imbas. Kemas dan bersih, itulah perkataan pertama yang muncul dalam kepalanya. Dua bilik tidur dengan pintu berwarna putih bertutup rapi. Kharlissa terfikir sesuatu. Bilik tidur Khairul Rasheed! Pasti di sana tersimpan pelbagai rahsia. Ada debar mengisi dada, kehangatan menjalar di seluruh urat dan saraf. Dia ingin tahu rahsia lelaki itu.
Khairul Rasheed mengajak Kharlissa ke ruang makan. Di meja sudah terhidang masakan yang sungguh wangi aromanya. Masak lemak cili api ikan tenggiri campur belimbing, kangkung goreng belacan, ayam goreng berempah dan sambal tempoyak. Ulam pula adalah petai.
Huh! Kenapa petai yang jadi pilihan dia Soal hati Kharlissa.
Macam mana menu saya malam ni Menarik hati awak tak
Hmmm, menarik sangat melainkan petai. Takut berbaulah mulut.
Ada sesiapa yang akan awak cium ke malam ni Khairul Rasheed mengusik nakal.
Mengarutlah awak ni!
Apa lagi, duduklah. Kita makan, kata Khairul Rasheed sambil menyenduk nasi.
Setelah acara makan malam selesai, Kharlissa membantu Khairul Rasheed mengemas. Namun lelaki itu melarang.
Awak tetamu. Duduk saja di ruang tamu. Kejap lagi saya buat kopi.
Khairul Rasheed mencuci pinggan dengan pantas. Terdengar bunyi pinggan dan sudu berlaga. Dia hanya menelungkupkan pinggan di atas rak. Pinggan itu akan dilap dan simpan di dalam kabinet kemudian. Dia tidak ingin meninggalkan Kharlissa bersendirian di ruang tamu terlalu lama.
Kharlissa memerhati ke arah pintu bilik yang bertutup rapat itu dengan keinginan yang menggebu. Dia menjeling ke dapur, dapat dilihat kelibat Khairul Rasheed yang berdiri di tepi kabinet. Dia sedang membancuh kopi. Bau kopi yang harum sampai juga ke ruang tamu. Jika dia mencuri masuk ke kamar tidur lelaki itu, pasti sekurangkurangnya dia memerlukan lapan hingga ke sepuluh minit untuk menyelongkar.
Tak mungkin sempat! Khairul Rasheed sudah pun mulai mengatur dua biji cawan dan piring di dalam dulang. Dia berjalan ke ruang tamu sambil menatang dulang berisi dua cawan kopi dan buah kiwi. Kharlissa memerhati sahaja buah kiwi yang sudah dipotong-potong dan diletakkan mayonis di atasnya.
Jemput minum, pelawa Khairul Rasheed.
Terima kasih. Masakan awak sedap, Kay. Siapa yang kahwin dengan awak memang untung. Sebab isteri awak tak perlu masak.
Khairul Rasheed tertawa, Tapi kalau saya kahwin, saya akan test skill bakal isteri saya.
Kalau dia tak lulus test tu
Hmmm, saya akan reject dia! gurau lelaki itu, Awak pandai masak
Saya tak pandai sangat. Boleh la sikit-sikit masak masakan barat, jawab Kharlissa sambil menggeleng.
Awak sengaja merendah diri. Pasti awak pandai masak. Orang yang pandai biasanya dia takkan cakap dia pandai, tapi dia buat saja. Orang yang bodoh pulak asyik berlagak pandai, tapi bila disuruh buat semua tak menjadi.
Kharlissa hanya mengangkat kening. Dia mencapai cawan dan meneguk minumannya perlahan-lahan. Lelaki itu memang sempurna. Dia pandai memasak dan juga membancuh kopi. Kopinya sesedap rasa. Tidak terlalu manis dan tidak pula pahit. Memang amat menyelerakan.
Ketika Kharlissa sedang menghirup kopinya yang terasa sempurna itu, terdengar ketukan di pintu. Mereka berdua saling berpandangan. Wajah mereka kaget dan terkejut.
Siapa soal Kharlissa tidak keruan.
Cawan diletakkan di piring dengan segera. Dia sudah pun bangun. Khairul Rasheed juga bangun dan berdiri. Mata masing-masing memandang ke arah pintu yang bertutup rapat.
Pencegah maksiat soal Khairul Rasheed gementar.
Jika di luar sana pencegah maksiat, rosak binasalah reputasinya. Dia tidak sepatutnya mengajak Kharlissa datang ke rumah malam-malam buat begini, berdua-duaan sahaja. Dia tidak sanggup membayangkan dirinya jadi bualan masyarakat sebagai lelaki yang tidak bermaruah.
Cepat! Cepat awak pergi menyorok kat bilik belakang, Khairul Rasheed terus mendorong Kharlissa menghala ke bilik belakang yang paling hujung. Pintu bilik itu segera dibuka dan dia menolak perlahan Kharlissa masuk ke dalamnya. Pintu segera ditutup rapat. Kharlissa terperanjat. Dia didorong masuk ke dalam bilik yang pengap seperti sebuah bilik stor.
Khairul Rasheed buru-buru membuka pintu. Dadanya bagaikan hendak runtuh kala melihat dua manusia yang berdiri di hadapannya. Kala itu debaran jantungnya mulai menurun. Dia tersenyum, lega.
Mami! Kak Lin! Kenapa tak call nak datang sini
Sebenarnya kami tak plan nak datang. Tapi kebetulan lalu kat kawasan rumah kau ni, kami saja-saja singgah, jawab Datin Zora.
Masuklah! Pelawa Khairul Rasheed sambil mempersilakan kedua-dua wanita itu masuk.
Datin Zora memerhati ke arah meja di hadapan
sofa. Terlihat dua cawan kopi yang belum luak. Asap masih mengepul perlahan ke udara. Sempat jua matanya melirik ke arah salah sebiji cawan putih tanpa corak itu. Terdapat kesan lipstik di tepi mulut cawan tersebut.
Kau ada tetamu tanya Datin Zora.
Hmmm... Khairul Rasheed cemas sebentar, tetapi kemudian dia menggeleng cepat.
Dia belum bersedia untuk memperkenalkan Kharlissa kepada mereka berdua. Dia tidak tahu apakah perasaan Kharlissa terhadapnya. Dia bimbang hanya bertepuk sebelah tangan. Mereka belum rasmi menjadi kekasih. Hubungan dia dan Kharlissa hanya kawan biasa.
Taklah! Dia balik tergesa-gesa tadi sebab ada orang call dia. Sebab tulah kopinya pun tak sempat dihabiskan.
Perempuan
Lelaki, Dia cuba berbohong tetapi tak begitu menjadi.
Hmmm, lelaki apanya Ada kesan lipstik kat cawan ni, tempelak Datin Zora sambil tersenyum kecil dan menoleh pada Linda.
Linda ikut tersenyum kemudian senyumannya pecah menjadi tawa.
Kalau perempuan pun apa salahnya Kay. Kau
malu nak kenalkan dengan kami Linda mengusik.
Khairul Rasheed serba salah.
Belum masanya lagi, kak! Nanti kalau kami dah betul-betul serius saya akan kenalkan dia pada mami dan Kak Lin, Khairul Rasheed pantas mengelak dengan menawarkan kopi kepada kedua-dua wanita itu.
Macam mana perkembangan kes suami kakak Ada pihak berwajib di sana bagitahu Kak Lin apa-apa tanya Khairul Rasheed sambil meneguk kopinya.
Cawan kopi Kharlissa yang tidak sempat dihabiskannya tadi, dialihkannya ke dapur.
Setakat ni belum ada sebarang berita. Kakak ikut juga berita melalui internet. Katanya ia adalah satu kes yang sukar. Terlalu banyak kes yang tidak dapat diselesaikan. Penyiasatan akan terus dijalankan.
Mereka meneruskan perbualan, dari satu topik ke topik yang lain. Sesekali Khairul Rasheed menjeling jam. Pukul berapakah Datin Zora dan Linda akan beredar pulang Dia tidak tahu. Dia berharap mereka akan segera pergi. Namun Datin Zora terus bercerita tentang Dato Salihin yang merungut, menyatakan Khairul Rasheed sudah lama tidak pulang ke rumah ibu bapanya.
Saya sangat sibuk, mami. Ni pun baru balik dari Indonesia.
Berapa lama kau cuti tanya Datin Zora.
Tak pasti. Kalau dipanggil bertugas saya akan pergi. Tengoklah esok lusa saya akan balik jumpa dengan papa. Tapi kalau saya balik pun, papa pula yang sibuk.
Esok papa kau free. Balik lah Kay. Katanya ada perkara yang hendak dibincangkan.
Perkara apa pula
Kalau nak tahu, kau kenalah balik, kata Datin Zora.
Di dalam kamar pengap itu, Kharlissa sudah mulai lelah. Mulanya dia hanya duduk bersandar di dinding, sambil merenggangkan bukaan daun pintu. Dia ingin tahu siapa yang datang. Dapat jua telinganya menangkap suara perbualan. Terdengar Khairul Rasheed memanggil mami dan kakak. Oh, rupa-rupanya ibu dan kakak angkatnya yang datang.
Kharlissa merenung seluruh isi ruang kamar kecil yang dijadikan stor itu. Terdapat pelbagai barangan di situ. Tiga buah beg pakaian besar dan beroda tersusun dengan baik di satu sudut. Susunan surat khabar lama tinggi membukit menutup dinding. Ada juga pelbagai kotak yang tidak diketahui isinya.
Di satu sudut Kharlissa terpandang sebuah almari berlaci. Kharlissa mendekati dan cuba membuka laci itu. Tetapi ia berkunci. Apakah yang ada di dalam laci itu
Fikir Kharlissa. Pasti terisi dengan barang berharga. Sebab itulah ia berkunci. Kharlissa cuba mencari sesuatu. Mujur juga lampu di bilik itu masih berfungsi dengan baik. Kalau tidak, pastilah dia akan berkurung di dalam bilik yang gelap.
Kharlissa menyelongkar perlahan-lahan. Dia amat berhati-hati agar perbuatannya itu tidak diketahui Khairul Rasheed. Dia tidak ingin lelaki itu syak dia sedang menyiasat sesuatu. Dia ingin tahu lebih banyak tentang lelaki itu namun sukar mendapatkan apa-apa maklumat. Di dalam bilik itu pun tiada apa-apa yang ditemuinya melainkan barang-barang yang tidak lagi digunakan.
Kharlissa sudah mula terasa keletihan. Tubuhnya berpeluh. Dia duduk kembali bersandar di tepi pintu. Dia amat berharap supaya Khairul Rasheed datang dan mengkhabarkan kepadanya mereka sudah pulang. Dia ingin kembali ke rumahnya, mandi dan tidur.
Lissa, awak sungguh cantik! Suara Khairul Rasheed memuji Kharlissa dengan lembut.
Kharlissa mengerdipkan matanya beberapa kali. Dia memandang Khairul Rasheed. Lelaki itu tersenyum.
Lissa, saya... saya dah jatuh cinta pada awak.
Hah Oh, ya ke
Ya Lissa. Saya cintakan awak. Bukan kerana fizikal awak yang cantik tetapi hati awak juga inda dan mulia.
Saya jatuh cinta kerana keindahan hati nurani yang awak miliki, ucap Khairul Rasheed.
Suaranya sungguh syahdu. Kharlissa mengerdipkan matanya lagi, Saya juga.
Saya rindukan awak setiap saat bila kita berjauhan.
Saya juga.
Kharlissa! Hei! Kharlissa! Bangunlah!
Kharlissa terasa bahunya digoncang dengan kuat. Dia tersentak. Segala mimpi indahnya telah terpotong. Dia menggesek-gesek matanya yang masih pedih. Tengkuk terasa begitu lenguh.
Saya tertidur kat sini Kharlissa bertanya, terpinga-pinga sejenak.
Ya. Awak tertidur sampai bermimpi lagi. Apa yang awak mimpikan
Kharlissa diam sahaja, bibirnya digigit dengan kuat.
Awak asyik cakap, saya juga... saya juga... Apa tu tanya Khairul Rasheed ingin tahu.
Kharlissa bingkas bangun, meloloskan diri bilik kecil dan pengap itu. Tubuhnya rasa panas dan berpeluh.
Wajah terasa berminyak bila disentuh dengan hujung jari. Mereka dah balik
Dah, jawab Khairul Rasheed sepatah.
Okeylah! Saya nak balik. Saya mengantuk. Bilik ni panas. Macam dalam oven. Hangus saya dibuatnya.
Maafkan saya. Saya tak sangka mami dan kakak saya datang.
Kharlissa hanya merungut perlahan lalu terus menuju ke pintu hadapan.
Lissa! Jangan serik ya Nanti dinner di rumah saya lagi.
Jangan harap! Kalau tertangkap lagi saya tak mahu duduk dalam bilik stor awak, Balas Kharlissa dengan wajah serius.
Lissa... sayang! Sorry sekali lagi! ucap Khairul Rasheed.
Kharlissa sedikit tersentak. Apakah dia tersalah dengar Khairul Rasheed menyebut perkataan sayang Namun dia terus berjalan laju menghala ke rumahnya. Daun pintu dibuka dengan laju, lalu dia terus menerobos masuk. Langsung tidak ditoleh ke belakang, ke arah Khairul Rasheed yang masih berdiri di tepi pintu.
Khairul Rasheed menggaru kepala yang tidak gatal. Pertemuan dan acara makan malam antara dia dan Kharlissa sudah pun hancur. Kharlissa seperti marah kerana membiarkan dia terkurung sendiri di dalam bilik umpama stor.
Aku harus memujuk dia dengan bersungguhsungguh. Mungkin dengan hadiah dan sejambak bunga, hati Kharlissa akan kembali lunak.
KEPULANGAN Khairul Rasheed dari rumah ibu bapanya tanpa sempat menjamah makan tengahari. Meskipun makanan sudah terhidang, Khairul Rasheed menolak untuk makan tengahari bersama ibu bapa dan kakak angkatnya.
Saya nak makan tengahari dengan kawan, kata Khairul Rasheed.
Datin Zora merenung anak bujangnya itu dengan dahi berkerut.
Dia dah ada teman wanita agaknya, bisik Datin Zora. Tetapi masih mahu merahsiakannya daripada kami. Datin Zora tidak mengerti. Namun dia tidak akan menghalang niat Khairul Rasheed. Cuma dia sedikit kesal sudah lama tidak makan bersama.
Lain kali saya balik, tidur di rumah. Saya pergi dulu, katanya sambil bersalam dan menunduk mencium tangan si ibu.
Kereta dipandu laju menuju destinasi. Dia sempat singgah membeli bunga dan sekotak coklat berbentuk hati. Ingin dia hadiahkan kepada Kharlissa coklat itu. Semoga hilang rasa marah dan geram Kharlissa atas kejadian malam semalam.
Tiba di syarikat milik Dato Emmer dia terus naik ke tingkat atas. Dia tahu di mana bilik lelaki itu. Pasti Kharlissa berada di tingkat yang sama dengan Dato Emmer. Dia terus melangkah laju menghala ke bilik Dato Emmer. Namun langkahnya terhenti apabila terlihat Dato Emmer dan Kharlissa sedang berjalan beriringan menghala ke bilik mesyuarat.
Kay Seru Kharlissa terperanjat melihat kehadiran lelaki itu. Matanya sempat membuang pandang pada jambangan bunga lily putih di tangan lelaki itu.
Kenapa awak datang sini Saya tengah sibuk ni.
Dato Emmer memandang Khairul Rasheed. Dia tersenyum dan menghulur tangan. Mereka bersalaman.
I nak ajak Kharlissa lunch, beritahu Khairul Rasheed pada Dato Emmer seolah-olah meminta izin.
Oh, maaflah! Lissa nampaknya sibuk. Ada meeting dalam lima minit lagi. Tapi kalau nak berbual kejap tak jadi masalah. Liss, I akan terus ke bilik meeting dulu, kata Dato Emmer pula pada Kharlissa sambil menyentuh sedikit siku wanita itu.
Liss! Jangan lama-lama sangat berbual dengan Kay ya! I need you, kata lelaki itu lagi sambil terus bergerak.
Khairul Rasheed menggigit bibir, geram. Panggilan nama singkat Liss, yang merujuk kepada Kharlissa, terasa begitu mesra sekali. Kelihatan hubungan Kharlissa dan Dato Emmer begitu rapat walaupun wanita itu baru sahaja bekerja dengannya.
Sebenarnya saya dah makan. Pagi tadi saya tak sempat sarapan. So saya breakfast dan lunch sekali lebih kurang pukul 11 tadi. Memang saya masih kenyang lagi.
Breakfast dan lunch ataupun disebut sebagai brunch kerap dilakukan oleh mereka yang terlalu asyik dan sibuk dengan kerja. Dengan berbuat demikian banyak masa dapat dijimatkan.
Sia-sia saya datang. Saya belum makan lagi, tengah lapar gila. Tadi mami saya ajak makan tengahari tapi saya tolak sebab nak cepat-cepat datang ke sini, jumpa awak, kata Khairul Rasheed cuba meraih simpati Kharlissa. Sengaja dia buat muka orang tak cukup makan.
Alamak! Kenapa awak tak telefon atau mesej saya dulu tadi
Lissa! Sehingga sekarang saya masih tak ada nombor telefon awak. Awak tak nak bagi nombor awak kat saya tanya Khairul Rasheed seperti marah sahaja.
Lah, Kay... janganlah macam tu! Cepat catat nombor saya.
Kharlissa memberikan nombor telefon bimbit syarikat yang digunakannya. Dia tidak akan memberikan nombor telefon bimbit milik peribadi. Khairul Rasheed merekodkan nombor telefon bimbit Kharlissa di phone book.
Nanti saya tembak awak
Apa tanya Kharlissa agak terkejut mendengar perkataan tembak. Dia amat sensitif apabila mendengar perkataaan yang berkaitan dengan senjata api.
Maksud saya, saya akan buat miss call kat awak. Jangan lupa simpan nombor saya, terang Khairul Rasheed.
Oh, okey! kata Kharlissa sambil mengerling jam di pergelangan tangan.
Berapa lama awak meeting
Tak pasti. Sejam atau dua.
Kalau sekejap, saya tunggu.
Terpulang pada awak. Saya kena pergi Kay. Sorry!
Khairul Rasheed mengangguk, sambil memerhati Kharlissa bergerak laju menghala ke bilik mesyuarat. Lelaki itu yang masih berdiri kaku di tengah lorong hanya memerhati sahaja setiap langkah Kharlissa sebelum wanita itu hilang dari sebalik pintu yang tertutup rapat.
Khairul Rasheed bergerak ke arah ruang rehat. Di situ terdapat barisan sofa berwarna merah hati. Dia duduk di situ sambil merenung jam. Kalau setakat sejam mungkin aku boleh tunggu, bisik hatinya sambil membelek-belek bunga di tangan.
Agh! Terlupa pulak nak bagi bunga lily ni kat dia. Aku tak tahu apakah bunga kegemarannya. Hari tu aku pernah hadiahkan dia bunga mawar. Aku tak pasti dia suka atau tak. Agaknya dia suka tak bunga lily
Abang Kay
Khairul Rasheed tersentak dan menoleh ke arah datangnya suara itu. Dia agak terkejut melihat Shamila berdiri hadapannya, tiba-tiba sahaja muncul.
Mila!
Abang buat apa kat sini tanya Shamila sambil memerhati bunga lily di tangan Khairul Rasheed.
Nak jumpa kawan, tapi dia sibuk sangat nampaknya.
Siapa kawan abang tu Tentu perempuan. Bawa bunga segala nampaknya, tegur Shamila sambil tersenyum lebar.
Kharlissa.
Hah! Kharlissa PA baru papa tu kawan abang tanya Shamila dengan wajah terkejut.
Kawan biasa ke atau kawan istimewa ni bang
Kenapa kau tanya macam tu Mila
Tak salah kan kalau Mila sekadar nak tahu
Kan abang dah cakap dia kawan abang. Kawan biasa aje. Lagipun kami berjiran, jawab Khairul Rasheed dengan hati yang mulai hambar. Entah mengapa dia dilanda kecewa. Gagal untuk mengajak Kharlissa keluar makan tengahari dan terpaksa menunggu pula.
Lega dengar abang dengan dia hanya kawan biasa. Ingatkan dah jadi pasangan kekasih. Dia cantik dan ramai peminat di sini walaupun baru beberapa minggu kerja.
Eh, abang nak pergi makan. Mila nak ikut tak tanya Khairul Rasheed menukar haluan perbualan.
Cemburu rasa di hati apabila mendengar yang Kharlissa agak terkenal walaupun baru sahaja bekerja. Ramai pula lelaki di situ yang menyukainya.
Nak. Mila pun belum makan lagi ni.
Mila suka bunga lily soal Khairul Rasheed tibatiba.
Suka sangat.
Ambil je lah bunga dan coklat ni, Khairul Rasheed menghulur bunga dan coklat. Sudah lenguh tangannya memegang kedua-dua barang tersebut.
Dia agak kecewa mengingatkan betapa dinginnya sikap Kharlissa tadi. Tawar rasa hati untuk membujuk wanita muda itu. Kedatangannya disambut dengan sikap acuh tidak acuh sahaja. Dia terasa seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Mungkin tidak pantas aku terlalu mengharap pada Kharlissa. Aku tidak begitu mengenalinya tapi mengapa begitu mudah jatuh cinta Tiba-tiba ungkapan itu pula yang muncul dalam kepala Khairul Rasheed. Khairul Rasheed memerhati wajah Shamila yang berseri-seri gembira.
Shamila tersenyum lebar menerima bunga pemberian Khairul Rasheed. Dia mengambil bunga itu lalu meminta diri sebentar. Katanya hendak meletakkan bunga di dalam vase bagi menghiasi bilik kerjanya. Bilik Shamila terletak di tingkat yang sama dengan Kharlissa. Dia bekerja di bahagian kewangan di syarikat milik bapanya itu. Dahulu, Shamila belajar di State, selama hampir enam tahun menetap di sana sebelum pulang ke tanah air.
Khairul Rasheed mengenali gadis itu sejak dia berusia sepuluh tahun. Jarak usia antara mereka pun tidak begitu jauh hanya muda Shamila tiga atau empat tahun sahaja.
SELESAI mesyuarat lebih kurang pada jam tiga, Kharlissa tertunggu-tunggu mesej ataupun panggilan dari Khairul Rasheed. Lelaki itu berjanji hendak menembaknya dengan panggilan tetapi hal itu tidak pula terjadi. Khairul Rasheed terus membisu hingga ke petang.
Bunga yang dibawa Khairul Rasheed terlihat menghiasi meja Shamila. Kharlissa mengerut dahi. Apa sudah jadi Bisik hati kecilnya bersama segumpal rasa kesal.
Kharlissa pulang awal petang itu. Dia berharap lelaki itu berada di rumah namun harapan hanya tinggal harapan kosong. Mangga besar tergantung di gril. Khairul Rasheed belum pulang. Ke mana dia pergi Apakah malam ini dia punya rancangan dengan seseorang Sepanjang petang tadi hingga menjelang waktu pulang, Kharlissa melihat Shamila asyik bergayut di telefon. Bilik gadis itu terletak bertentangan dengan ruang kerja Kharlissa.
Bilik berdinding cermin dan hanya ditutupi dengan blind itu jelas terlihat dari luar. Kharlissa tidak tahu dengan siapa Shamila berbual panjang. Shamila adalah anak perempuan Dato Emmer dari isterinya yang pertama. Daripada staf di syarikat itu, Kharlissa merisik khabar tentang keluarga Dato Emmer. Isteri pertama lelaki itu lumpuh akibat kemalangan jalanraya. Itulah yang menyebabkan Dato Emmer berkahwin lain.
Sementara itu pula, isteri kedua Dato Emmer masih muda. Umurnya hampir sebaya dengan Kharlissa. Bersama isteri mudanya itu, dia mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil berusia dua tahun.
Pak cik isteri mudanya bekerja di syarikat ni. Adik beradik Dato Emmer, anak saudara, sepupu sepapat juga bekerja di syarikat ni. Maklumlah saudara mara, takkan Dato tak nak tolong bila diorang mintak kerja, cerita salah seorang staff di situ yang baik dengan Kharlissa.
Oh! Yang mana satu pak cik isteri mudanya tu, Nazri Kharlissa bertanya.
Nanti I tunjukkan orangnya. Dia pegang jawatan penting juga dalam syarikat ni, cerita Nazri lagi.
Dua orang adik Dato I dah kenal. Tetapi sepupu sepapatnya I tak kenal langsung.
Lebih lama you kerja kat sini nanti, you akan kenallah dengan diaorang.
You pun ada pertalian dengan Dato
Tak adalah. Jangan takut! Kalau you nak kutuk Dato, boleh je kutuk dia depan I. I bukan saudara dia, kata Nazri sambil gelak-gelak kecil.
Kenapa pulak I nak kutuk Dato Dia seorang lelaki yang baik, berkarisma. Walaupun dah tua, tapi dia masih handsome.
Kalau you berminat dengan Dato masih cukup kuota lagi. Boleh jadi isteri nombor tiga, Nazri cuba melawak.
You jangan merepek boleh tak Nazri I dah ada boyfriendlah!
You dah ada boyfriend Alah, melepaslah I.
Tapi mana boyfriend aku Keluh Kharlissa sendiri sambil mencampakkan kunci ke atas meja kopi. Dia merebahkan tubuh ke atas sofa, melayan tubuh yang kepenatan. Memandu lebih kurang sejam dari pejabat untuk pulang ke rumah membuat keletihan tubuhnya jadi berganda.
Bagusnya kalau dapat berendam dalam tub mandi sambil menghidu shower gel yang wangi. Lepas tu dengar lagu Adele, bisik hati Kharlissa sambil bingkas bangun menuju ke bilik mandi. Dia membuka paip, memasukkan shower gel dengan haruman lavender. Bau bunga lavender dapat memberikan ketenangan kepada fikiran dan merungkai segala keletihan.
Bertemankan lagu Adele, dia berbaring dalam tab mandi sambil memejamkan mata. Tuala yang dilipat-lipat diletakkan di bawah tengkuk. Lagu I Set The Fire To The Rain bermain dalam minda Kharlissa, bersatu dengan jiwanya. Dia terasa menjadi sebahagian dari lagu itu. Segala yang berlaku antara dirinya dengan Khairul Rashed. Dia bagaikan api yang telah memadamkan hujan.
Permainan apa yang mahu dilakukan oleh lelaki itu, Kharlissa keliru. Terkadang dia merasakan mereka tiada sebarang hubungan tetapi sebenarnya pertalian itu ada. Walaupun tanpa ungkapan cinta, namun sememangnya mereka sudah pun bercinta. Kharlissa terfikir, mungkinkah dia hanya bercinta dengan bayangbayang
Hari ini dia terasa bahawa semuanya sudah berakhir. Semuanya punah ranah. Tetapi jauh di sudut hati dia menginginkan pertalian itu disambung semula. Seperti semalam. Indah sekali menghadapi makan malam berdua dengannya tetapi datang sesuatu yang menggangu segala kebahagiaan.
Kau terlalu misteri buatku, Kay! Tapi entah mengapa aku tetap sukakan kau. Selama ini tidak pernah ada lelaki dalam hidupku. Hatiku kosong dan membeku. Namun sejak bertemu dengan kau, aku merasa hatiku yang dingin telah menjadi hangat. Sehangat mentari yang terik di waktu siang bolong.
Pun begitu, kenapa Khairul Rasheed harus menjadi seorang yang begitu cermat menyimpan rahsia
Tubuh Kharlissa mula terasa dingin setelah berendam begitu lama. Dia membilas badan dengan air bersih, keluar dari kamar mandi dengan hanya mengenakan tuala. Setelah memakai baju tidur, dia berbaring di atas katil. Telefon bimbit yang ditinggalkan di atas katil dicapai. Berkerut dahinya apabila masih tiada panggilan daripada Khairul Rasheed meskipun hari sudah hampir senja. Dan tidak lama lagi malam akan menjelang.
Kharlissa merenung telefon bimbit di tangannya seperti tidak percaya. Dia berharap telefon itu akan berbunyi dan terdengar suara Khairul Rasheed. Harapan itu tidak terpenuh. Malam bertambah panjang.
Huh! Kharlissa melepaskan keluhan berat. Dia bergerak ke ruang tamu, berdiri di tepi tingkap. Dia mendapati rumah Khairul Rasheed gelap gelita. Lelaki itu masih belum pulang.
Kau penipu! Kau kata kau akan call aku tapi kau langsung tak call. Kau membisu seribu bahasa. Kau belum balik. Aduh! Rimasnya aku tunggu kau balik! Aku tak tahu ke mana kau pergi dan apa yang kau buat sekarang. I hate you, Kay! Aku benci kau bila kau buat aku resah gelisah.
Kharlissa mundar-mandir di dalam kamar tidurnya. Kharlissa menggenggam telefon dalam telapak tanganya dengan erat, sambil berharap ia akan berbunyi. Namun hampa. Kharlissa mencampakkan telefon bimbit di atas katil. Telefon bimbit melantun-lantun di atas tilam empuk. Kharlissa melempar tubuh pula ke atas tilam. Rasa penat sudah hilang diganti rasa rimas dan tidak puas hati. Dia ingin tahu dengan siapa dan di mana Khairul Rasheed berada sekarang.
Apakah dia keluar dengan Shamila Anak gadis Dato Emmer itu tidak kurang cantiknya. Dia bertubuh tinggi lampai dan berambut panjang. Kulitnya putih gading, suara pula manja dan lembut bila bercakap terutama sekali dengan kaum Adam. Siapa yang tidak tertawan dengan perempuan begitu Penuh dengan sifatsifat kewanitaan, bisik hati Kharlissa.
Lebih baik malam ini dia tidur awal daripada memikirkan tentang lelaki yang satu itu. Menyakitkan hati saja.
Ketukan bertalu-talu di pintu, mengejutkan Kharlissa yang sedang lena. Spontan dia menghidupkan lampu tepi katil, sambil mata dipicingkan ke arah jam. Pukul tiga pagi Siapa yang mengetuk pintu lalu mengganggu tidurnya yang sedang lena.
Dia bergerak ke pintu. Ketukan tidak kedengaran lagi. Apakah aku sekadar bermimpi Bisik hati Kharlissa tidak keruan. Namun pintu hadapan dibuka jua. Tiada sesiapa di luar. Udara pagi yang dingin menyapa wajah Kharlissa. Dia memandang sekeliling, lorong di hadapan kondo terlalu sunyi. Namun dia lihat pintu lif yang dapat dilihat dari rumahnya, bagaikan baru sahaja tertutup rapat.
Dia memandang ke bawah. Di tepi pintu terdapat bungkusan.
Hmmm... pasti daripada Maxy lagi. Kalau datang bungkusan pada waktu-waktu yang tidak sepatutnya, tidak perlu dia berteka teki lagi. Bungkusan itu diambil dan dibawa masuk. Daun pintu ditutup rapat. Lampu berterendak di tepi sofa dihidupkan. Dia duduk sambil membuka bungkusan itu. Di dalamnya hanya ada sebuah telefon bimbit. Termasuk yang ini sudah ada dua telefon bimbit dari Maxy.
Dia terus menghubungi lelaki itu.
Sebulan dah berlalu. Apa perkembangan kau, Carra Maxy tidak buang masa bertanya.
Setakat ini aku belum buat apa-apa. Aku sibuk bekerja, cari duit halal.
Maxy tertawa galak.
Kau dah ada banyak duit, apa perlu cari duit lagi.
Tu semua duit haram! Bentak Kharlissa di dalam hati. Apakah gajinya, bekerja dengan lelaki yang akan dia bunuh layak dikategorikan sebagai rezeki yang halal Sekurang-kurangnya dia bekerja keras untuk memahami dan menekuni setiap tugas yang diberikan. Dia mengakui agak sukar untuk melakukan kerja itu namun masa telah mengubah segala kesusahan itu menjadi senang. Dia semakin mahir dengan tugasnya setelah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar. Dato Emmer seorang lelaki yang bertimbang rasa dan baik dengan staf bawahannya.
Semakin lama mengenali Dato Emmer dia semakin senang dengan lelaki itu. Apa yang boleh dikatakan lagi Dia sukakan bosnya yang baik hati itu.
Dan dia juga suka kerja yang dilakukannya sekarang. Kerja yang jauh lebih mulia dan dipandang tinggi oleh kebanyakan orang. Mereka yang bertemu dengannya akan memberikan anggukan hormat, lebih-lebih lagi kala dia berjalan dengan Dato Emmer.
Dia gembira dilayan begitu kerana selama ini dia tidak pernah bergaul dalam masyarakat. Dia hidup menyendiri, penuh misteri. Namun kebelakangan ini dia cenderung membuka sebahagian dari rahsia itu dan berharap untuk rapat dengan seseorang. Dia berharap untuk punya sahabat karib, seperti orang lain yang punya teman untuk bercerita. Seorang teman perempuan yang berkongsi kegembiraan punya kekasih dan menumpang bahu kala kecewa.
Entah siapa yang layak menjadi teman baiknya. Dia belum menemuinya lagi. Pertama kali bertemu dengan Shamila, dia merasakan dia ingin berbaik-baik dengan gadis itu. Tetapi setelah melihat bunga lily di bilik kerja Shamila, perasaan Kharlissa dengan cepat berubah. Bunga itu sepatutnya diberikan Khairul Rasheed kepada dirinya dan bukan Shamila. Tidak bolehkah Khairul Rasheed bersabar dengannya dalam sejam dua Menunggu dia keluar dari bilik mesyuarat dan menyerahkan bunga itu Mengapa dia harus memberikannya kepada Shamila Mengapa
Bagaimana kalau Shamila sahaja yang dia bunuh, bukan bapanya Melantun soalan itu dari tempurung kepala Kharlissa. Setujukah Maxy
Aku dapat panggilan daripada orang yang mengupah organisasi. Aku tahu kau sekarang bekerja dengan Dato Emmer. Kau terlalu berani tonjolkan diri kau Carra. Itu bukan style kau yang dulu. Kau ambil masa lama untuk bunuh subjek kau. Kenapa kau berubah tanya Maxy.
Kharlissa tidak terkejut apabila Maxy tahu bahawa dia bekerja dengan Dato Emmer. Pasti ada kaki yang dipasang untuk mengintip segala pergerakannya. Kharlissa benar-benar tidak suka segala yang berlaku. Hatinya mendongkol, marah dan geram.
Aku mahukan keadilan, kata Kharlissa dengan nada suara keras, Apakah dia layak untuk mati dihujung pistolku
Tak usah persoalkan itu semua. Aku tak suka diri kau yang baru, kata Maxy berterus terang.
Agh! Aku tak suka diriku yang lama. Aku suka diriku sekarang, balas Kharlissa bagaikan melawan katakata Maxy.
Remember, Ill be watching you, Carra. Anything can happen to you.
Aku sentiasa ingat Maxy. Tapi aku bukan boneka kau lagi.
Carra! Jangan melampau. Kata-kata kau sangat menyakitkan hatiku, bentak Maxy dengan suara yang kuat. Bentakan itu sedikit sebanyak membuat hati Kharlissa sedikit kecut.
Dia diam, tidak ingin terlepas cakap lagi. Dia tahu Maxy sedang marah. Bila-bila masa sahaja Maxy boleh hantar orangnya untuk bunuh Kharlissa. Kharlissa tahu hakikat itu. Apa yang perlu dia lakukan adalah menyakinkan Maxy dia masih setia dan bukannya hanya bermain-main dengan kata-kata kosong.
Sorry Maxy. I didnt mean to hurt your feeling. Sorry. Maxy diam sejenak.
Okey. Ario bertanya bila kau akan datang ambil senjata. Dia sudah siapkan senjata tu untuk kau, Maxy mengubah haluan perbualan.
Kharlissa menggigit bibirnya, kemudian melepaskan keluhan.
Aku mungkin takkan guna senjata api lagi. Lebih selamat guna pisau ataupun racun. Aku semakin rapat dengan Dato. Aku boleh letak racun dalam minumannya bila-bila masa saja.
Maxy puas hati dengan jawapan Kharlissa. Perbualan mereka berhenti di situ. Kharlissa duduk termenung sambil memerhati seluruh ruang rumahnya yang kelam. Matanya enggan tertidur semula. Dia terkebil-kebil hingga ke pagi.