Umar yang sedang berdiri di hadapan kaunter pendaftaran menunggu seorang pesakit keluar dari bilik konsultasi doktor berasa tersentuh mendengar luahan tersebut. Umar seperti sudah tidak sabar menunggu pesakitnya keluar dari bilik itu. Dia mahu mendengar pula luahan pesakitnya kali ini.
Selepas sabar menunggu, calon untuk ditemu ramah oleh Umar, Pak Cik Kamal, keluar. Selepas meminta izin, berkenalan antara satu sama lain. Umar memulakan bicaranya.
Pak cik, cuba cerita kepada saya, macam mana boleh terjebak dengan dadah Aju Umar.
Umar. Pak Cik Kamal, disuruh Umar memanggilnya Pak Cik K, memulakan bicara, Pilihlah rakan yang baik, membimbing kamu ke jalan yang baik, bukan yang membinasakan kamu. Pak cik pernah dengar orang kata; kawan adalah cermin diri kita. Pak Cik K senyum. Begitulah pak cik ni, Umar. Sekali lagi Umar tersentuh.
Dia mulai faham situasi-situasi para penagih dadah. Dahulu dia selalu bertanggapan buruk dengan para penagih dadah. Judgemental!
Namun, mulai hari ini, Umar berjanji untuk selalu berfikiran positif, optimistik dan tidak menghukum seseorang kerana menghukum itu tugas Tuhan Yang Satu.
Mengikut Pak Cik K, pada mulanya dia terpengaruh dengan rakan sekolah kurang lebih 30 tahun yang lalu dan padanya, dia hanya suka-suka mencuba bagaimana rasanya dadah itu. Namun, akhirnya dia terjebak sehingga ke hari ini. Katanya, Alah, biasalah orang muda mudi, darah panas.
Pada mulanya dia mengambil ganja atau nama lainnya cannabis. Kemudian dia upgrade kepada ice aka amphetamine, juga untuk mencuba-cuba. Dua jenis dadah tersebut tidak menyebabkan ketagihan. Tidak seperti dadah jenis opiates contohnya heroin. Pak Cik K menceritakan, dia juga mengambil heroin selepas beberapa tahun terjebak dengan dadah.
Sungguh-sungguh penerima rawatan methadone ini menceritakan tentang najis dadah, heroin. Dan sebenarnya ia adalah fakta yang menarik untuk diketahui terutamanya kepada Umar.
Katanya Pak Cik K, heroin adalah sejenis dadah yang mengkhayalkan. Jika di hospital, ubat mengkhayalkan sebegini selalu digunakan sebagai ubat penahan sakit terutamanya kepada pesakit yang menjalani pembedahan melibatkan abdomen. Pak Cik K menggunakan cara menyuntik dan menghidu heroin sehingga mencapai tahap khayal atau di panggil high. Kemudian, barulah dia berasa puas.
Sebagai seorang penagih, lama-kelamaan dengan jumlah yang sama dan frequency yang sama dadah tersebut tidak lagi berkesan terhadap badan. Justeru itu, mereka perlu meningkatkan jumlah dadah yang diambil pada setiap masa untuk mencapai kesan khayal atau high yang diingini.
Semenjak dia terjebak dengan najis dadah, dia telah dipinggirkan oleh keluarganya kecuali ibunya yang selalu menasihati Pak Cik K supaya berhenti.
Aku masih ingat ayat-ayat terakhir ibu aku; K apa nak jadi dengan kamu ni, berubahlah. Ajuk Pak Cik K seperti ibunya sedang membebel kepadanya.
Pak Cik K mengaku, dia pernah mencuba untuk berhenti daripada mengambil najis dadah. Tetapi, tidak mampu menahan kesan yang dipanggil withdrawal symptoms. Contohnya, tubuh badannya menjadi sakit seperti ototnya dicubit-cubit, demam, tidak boleh tidur malam, berpeluh-peluh badan sehingga basah bajunya, pening, muntah kadangkala sehingga cirit birit dibuatnya, hidung pula menjadi berhingus. Selepas mencuba untuk berhenti selama 8 hari, dia kembali semula kepada benda haram itu.
Banyak kali juga dia cuba berhenti, paling lama adalah ketika ibunya terlantar sakit selama dua bulan. Dia kuatkan semangat dan hidup tanpa dadah selama dua bulan. Hal ini kerana, ibunya selalu memberi kata-kata semangat, dan percaya dengan dirinya. Selepas ibunya meninggal dunia, dia menghadapi tekanan perasaan, tambahan stigma masyarakat dan sikap adikberadiknya yang tidak membantu dirinya, menjebakkan dirinya semula ke kancah kerosakan diri.
Nak, pak cik agaknya kalau bertaubat dari dulu, mungkin dah ada anak sebesar kamu. Adalah anak menjaga pak cik jika sakit demam. Umar tergamam, sentap dengan kenyataan berkenaan. Ini tidak, berpuluh kali masuk penjara, masuk pusat pemulihan pun tak juga berubah. Pak Cik K menggelengkan kepalanya, menyesal kerana terlalu mengikut hawa nafsu.
Pak Cik K mula mengambil methadone sejak 2005, antara penerima methadone yang terawal di HKL selepas ianya diperkenalkan. Kata Pak Cik K lagi, terdapat kesan sampingan methadone ke atas dirinya, seperti sembelit, selalu mengantuk, bertambah selera makan. Namun, itu semua tidak menghalangnya untuk berubah kerana dia nekad. Dia cuba berfikiran positif dan menjadikan kata-kata arwah ibunya sebagai pembakar semangat. Kini, Pak Cik K juga selalu mengikuti program-program di masjid untuk menambahkan ilmu agama.
Sungguh Tuhan Maha Kaya, Dia tarik nikmat dadah dari pak cik, tetapi Dia beri ketenangan dan peluang untuk pak cik dekat kepada Dia. Sungguh menusuk kata-kata Pak Cik Kamal di telinga Umar. Pak cik insaf, harapnya amalan pak cik diterima. Mana tahu, esok atau lusa pak cik meninggal dunia. Suara Pak Cik K perlahan tetapi jelas di pendengaran Umar.
Sebak.
Selepas itu, Umar dan Pak Cik Kamal bersalaman, Umar mencium tangan Pak Cik Kamal lagak seperti selalu seorang anak bersalaman dengan ayahnya. Umar juga menghulurkan sekeping wang kertas berwarna merah kepada pesakitnya itu.
Umar mencatat sesuatu dalam buku notanya sebelum berangkat pulang ke kampus bersama-sama dengan Hafiz yang juga telah selesai menemu ramah pesakit pada petang rabu itu.
****
Apakah itu methadone
Ramai yang mempunyai stigma bahawa penagih dadah sudah tidak mempunyai masa depan yang cerah. Walaupun ada benarnya penagih dadah adalah individu yang selalu menimbulkan pelbagai masalah sosial dan jenayah misalnya; kes curi, ragut, bunuh membunuh dan sebagainya. Namun begitu, ketagihan dadah boleh dirawati dengan kemajuan perkhidmatan kesihatan pada masa kini.
Penyelidik di barat telah mengkaji dan menyelidik mengenai methadone ini. Hasilnya, methadone telah diperkenalkan sebagai dadah sintetik yang membantu merawat ketagihan heroin atau opiate. Malahan, methadone juga terbukti dapat mengurangkan lama-kelamaan dapat menghapus ketagihan heroin.
Methadone adalah dadah sintetik di mana bahan-bahan yang digunakannya adalah; 90% bahan pengganti opiate, 10% adalah mengandungi jenis dadah lain misalnya dadah A atau B etc.
Di dalam buku oleh Gillian Tober dan John Strang bertajuk Methadone Matters: Evolving Community Methadone Treatment of Opiate Addiction menjelas beberapa kegunaan utama methadone;
Merawat withdrawal syndrome yang terjadi akibat tidak mengambil opiate.
Menggantikan perasaan ketagihan terhadap opiate.
Mengurangkan perasaan resah untuk mencari dan menggunakan opiate, heroin khususnya.
Meningkatkan kesihatan menyeluruh seseorang individu, dari sudut fizikal, psikologikal dan sosial.
Secara tidak langsung, mengurangkan kadar jenayah apabila perasaan ketagih berkurangan.
Kaedah rawatan methadone ini dinamakan sebagai, Methadone Maintenance Programme, selain membekalkan bekalan methadone kepada penagih, ia juga sebagai cara untuk memantau penagih-penagih ini. Pemantauan akan dilakukan secara rawak apabila mereka perlu melakukan ujian air kencing dan keputusan air kencing tersebut akan di masukkan ke dalam rekod. Justeru, pengenalan Methadone Maintenance Programme ini adalah seperti jalan pintas untuk menolong para penagih ini untuk bebas dadah.
Tiada siapa yang dapat merubah seseorang melainkan dia merubah dirinya sendiri.