[Lao Tzu]
Andai bisa saya meletakkan satu perbandingan similariti, alam universiti merupakan langkah pertama untuk saya meneruskan perjalanan sebenar dalam karier perubatan. Alhamdulillah, saya telah memulakan langkah tersebut dan kini dalam perjalanan untuk menamatkan kembara beribu batu saya yang mana penamat pada perjalanan tersebut adalah untuk menjadi seorang yang berilmu pengetahuan luas, berdaya saing, mempunyai skil yang mantap dan unggul baik dalam menjalankan tugas sebagai seorang doktor dan juga seorang Muslim.
Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini dapat menaikkan minat individu yang ingin menjadi doktor. Hakikatnya, apa yang saya lalui sewaktu di alam belajar hanyalah secebis dari apa yang perlu dihadapi di alam kerjaya.
Amanah paling berharga iaitu nyawa terpikul di atas bahu seorang doktor. Menjaga amanah tersebut adalah sukar hingga ramai doktor yang terkandas di separuh jalan karier mereka kerana stres ataupun masalah adaptasi. Semoga saya tidak menjadi salah seorang dari mereka.
Jika anda mahu menjadi doktor, tanamkan azam dan tekad bermula hari ini. Kejar cita-cita anda sehingga berjaya. Jika anda terpilih untuk memasuki kolej perubatan, gunakan masa tersebut untuk membina peribadi dan karakter anda demi masa hadapan yang bakal menjemput anda.