Jono ajak Phakdee teman dia tengok-tengok kamera satu petang di KLCC. Jono berhajat nak beli kamera Nikon. Dalam kepala dia yang ada Nikon sahaja. Bajet beliau agak tinggi, mencecah RM 5-6 ribu. Masuk satu kedai kamera, Jono tanya Nikon, Nikon. Setelah membelek-belek beberapa kamera lalu beliau ajak Phakdee keluar sebab kamera Nikon jenis yang dia suka tu tak ada. Nikon, Nikon. Begitulah template pertanyaan Jono seterusnya bila masuk 2-3 kedai kamera di sekitar KLCC.
Habis pusing satu KLCC, tinggallah satu kedai kamera di hujung aras 3. Jono pantas ajak Phakdee ke sana sebab kedai kamera tu nampak besar dan mewah. Maka pastilah kamera Nikon yang beliau hajati ada kat situ. Masuk je kedai Jono terus jumpa budak salesman lalu bertanyakan soalan template beliau Nikon, Nikon Jono tanya curious.
Mamat jurujual tu perhati muka Jono tanpa menjawab apa-apa. Mukanya seolah mengawal sesuatu yang berat.
Nikon! Nikon! Jono ulang agak keras.
Mamat jurujual dah agak tak boleh tahan.
Jono ulang lagi dengan soalan tak ikut standard template dah kali ni.
Brader, aku tanya ko ni, Aku nak tengok kamera Nikon apa-apa jenis yang ko ada.
Tak sempat habis, mamat jurujual tu bantai gelak terbahakbahak macam bangsat
Bang, tak baca signboard besar kat depan tu ke Ni kedai CANON. NIKON kami tak jual.
Phakdee tarik tangan Jono pergi tempat lain. Kalau ditunggu mahu patah gigi mamat jurujual tu Jono tumbuk.
Aku dengar Phakdee cerita, aku gelak tak boleh berhenti sampai esok hari.
p/s: Jono sekarang dah hebat gila main shoot-shoot photo ni. Setelah beliau dapat Nikon yang diidamkanlah! Jono, lu memang stylo!