In this crazy world, I am sure that there are still a lot of good people out there.
Touch and Go
I was queuing at Kota Damansara toll for my turn when a lady driver in front of me made a hand sign out of her car window. Hand sign that I couldnt comprehend (kereta rosak reverse hello) She came out of her car, young girl, looking very worried and rushed to the side of my car window.
Sorry sir, I dont have enough money in my card, can i borrow yours to get through Ill park my car at the road side and pass it back to you.
I looked at my mirror and saw more than 6 to 7 cars waiting. No honks yet. Boleh ke pass card and saya re-tap Nanti lepas tap dia lari terus, saya pula yang trap di tol ni (typical me cakap seorang diri dalam hati). My wife also looked confused. Zaim (my 3rd child) was on her lap. We were actually on our way to the hospital because Zaim had some kind of infection. Anyway, it took me probably around a minute before I replied.
You cant do that; this is the ticket terminal (entry point) of Kota Damansara. Once youve tapped you need to use the same card to exit.
Now the Chinese girl looked more confused.
Please sir, Im a student at Segi University back there, Ill pay you back. She said pointing to the direction of Segi University.
But that was not the issue. Then in that complicated moment I saw another Touch and Go card (the one with my family photo printed on).
Oh, why dont you take my card I think theres 8 bucks left in it. I just hoped theres enough balance in the other card.
Thank you sir. I owe you, please take my phone number. She passed the number to my confused wife and left. Thankfully not a single car honked.
One day later, my wife called and said the Chinese girl dropped by at her office with her boyfriend to return back my Touch and Go card, with RM3, a box of chocolate for my kids and a secret recipe coupon.
This is a real Touched and Go story. This is a real Malaysian story. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.
Motosikal
Saya sebenarnya tidaklah berminat sangat bawa motosikal. Motosikal pertama saya adalah sebuah motosikal kecil, skuter Suzuki V100 yang ayah saya belikan, untuk saya bawa semasa di Universiti Malaya pada tahun 1996. Mudah saja cara nak bawa skuter, electric start, tiada clutch, kecil dan mudah nak memintas. Helmet pun ada sekali saya pakai terbalik. Tapi selepas tahun 1999, saya mengambil keputusan untuk berhenti menunggang motosikal kerana trauma dengan kemalangan yang berlaku kepada seorang kawan saya.
Tetapi bila usia meningkat ni mulalah kadang kala tu terasa nak cuba semula benda-benda baru. Jadi saya pun adalah membeli sebiji motosikal. Bukan skuter. Motosikal yang saya bawa sekarang agak tinggi kuasanya (800 CC) dan perlukan lesen B penuh serta kemahiran menggunakan clutch. Saya pula pada awalnya tak pandai bawak motosikal dengan clutch. Proses nak membeli sebenarnya tak ada masalah, kedai motosikal cuma perlukan lesen L (bagi B penuh) untuk mendaftarkan nama sebagai pemilik dan pemegang insuran. Jadi semasa nak pergi ambil motosikal tersebut, saya pun mengajak kawan saya, Dr. Fahmi ikut sekali. Selepas selesai tanda tangan dokumendokumen berkaitan, jurujual pun ajak saya untuk merasmikan motosikal baru.
Okey doktor, sekarang doktor boleh rasmikan.
Saya pun masukkan kunci, pulas dan tekan starter enjin. Selepas tu saya pun cakap, Okey, dah.
Jurujual itu tercengang tapi sempat dia cakap, Eh, cuba la bawak pusing-pusing dulu doktor.
HmmSebenarnya saya tak tahu bawak motosikal ada clutch.
Laaamacam ni pun ada jawab jurujual tersebut sambil menggeleng-gelengkan kepala. Jadi Dr. Fahmi yang tolong bawa balik motosikal itu ke rumah.
Ada sekali tu saya bawa motosikal ke kedai berhampiran rumah saya. Boleh pula saya terlupa untuk tutup lampu selama hampir 6 jam. Seharian pula hari hujan. Apa lagi, sudahlah motosikal jarang dibawa, lampu terpasang dan cuaca pula sejuk. Seperti yang dijangkakan, enjin motosikal tidak boleh nak hidup. Bateri mati! Jadi saya pun hubungi jurujual kedai dan minta tolong. Memandangkan hari tu hari Ahad, dia kata lori cuma boleh datang keesokan hari untuk ambil motosikal dan bawa ke bengkel.
Selepas fikir masak-masak saya pun ambil keputusan untuk menolak motosikal balik ke rumah. Jarak kedai dan rumah saya dalam 3 kilometer saja tapi berat motosikal saya lebih kurang 160 kilogram. Empat lima kali juga saya berhenti tepi jalan. Sepanjang menolak, biasalah banyak orang menoleh tengok. Saya buat-buat tidak nampak saja. Control macho.
Kemudian apabila saya hendak melintas jalan besar, saya perasan ada satu motosikal kapcai dengan penunggangnya yang berjaket hitam, memakai helmet dengan separuh muka tertutup dengan kain hitam ala-ala penyokong bola Ultras Malaya memperlahankan motosikal sambil menoleh melihat saya. Takut juga saya waktu itu. Penunggang kapcai tersebut hampirhampir kena langgar sewaktu dia hendak membuat pusingan U untuk ke arah saya.
Saya waktu itu baca ayat kursi dan berselawat banyak sambil berdoa agar diberi perlindungan daripada perkara-perkara yang tidak baik. Bukannya apa, terfikirlah juga kes-kes peras ugut, rompakan, penipuan, ragut dan sebagainya yang kadang kala boleh berlaku.
Motor rosak ke bang Duduk mana bang
Bateri habis. Saya duduk depan ni je. Dah dekat dah. Saya jawab ringkas sambil melihat sekilas lalu wajahnya. Berjaket hitam, helmet dengan kain hitam menutup separuh muka. Dan saya perasan mata kirinya seolah-olah telah rosak dan mungkin juga buta.
Takpe bang, bagi saya tolong tolak dari belakang.
Dia pun melunjurkan kaki kanannya ke sisi motosikal saya dan tanpa berfikir panjang saya terus naik. Adalah dalam 2 kilometer dia menolak saya dari belakang. Bayangkan, kapcai tolak motosikal 800cc.
Bila sampai di depan rumah. Dia cuma kata, Okey bang, jangan lupa servis motor bang.
Terima kasih dik. Saya balas sambil bersalam dengannya.
Kemudian dia terus beredar. Terkedu saya. Muka dia pun tak dapat saya lihat secara penuh. Astaghfirullah. Rasa bersalah kerana ada prasangka buruk pada awalnya. Apa yang saya boleh kata dalam hati kepada pemuda yang bawa motosikal plate AGB 6401, mungkin secara fizikal kamu buta sebelah mata, tapi hati kamu Allah buka dengan seluas-luasnya. Sungguh mulia hati kamu. Terima kasih. Semoga perjalanan kamu sentiasa dirahmati dan dipelihara Allah SWT.