SEMBANG TEPI JALAN - 12
6JuUi2008 Cinta yang terbaik ialah ketika kewarasan akal dalam berfikir secara rasional, bukan emosional. Rasional itu selepas kita melalui pengalaman suka-duka, baik-buruk sifat dia seadanya. Emosional itu keterujaan, keghairahan keindahan dan bernafsu. Biasanya proses ini di peringkat budak-budak bercinta. Jika kita tidak dapat menerima yang buruk tentang pasangan kita, kita mengambil keputusan secara rasional iaitu berpisah. Kecewa itu kesan negatif dari perhubungan yang tidak kesampaian. Cuma semangat perlu menguasai kehendak akal yang tidak sampai. Semasa di alam persekolahan pernah syok dan perasan dengan sorang gadis di kampung. Dia lawa. Pada waktu itu, aku sudah berasa puas apabila dapat menengok bumbung rumahnya. Segalanya tentang dia melekat dan selalu terbayang di ingatan; rambut, senyum, mata, pakaian seragam sekolah yang dipakai, basikal yang dia naiki. Pendek kata segalanya tentang dia. Subjek utama dalam hidup kita, maka kita pun angau dan perasanlah. Sekiranya ada sebarang nota untuk dihantar, aku akan minta member tolong kirimkan - segan untuk bagi sendiri. Aku sedar yang dia tidak suka akan aku, tetapi itulah dia cinta; mencintai dan dicintai itu nikmat, menghargai pun juga ada nikmatnya. Saling mencintai itu proses penyatuan zahir dan batin dan hubungan seks yang halal atau haram. Yang halal selepas kahwin, yang haram pula sebelum kahwin. Itu suruhan agama kita - perlu patuh. Menghargai itu lebih suci kerana ianya bukan mengharap atau kita tidak perlukan tindak-balas dalam perhubungan. Apabila yang tinggal hanya harapan, maka itu lebih baik dan rasional. Kita pun tidak dikecewakan sebab tidak ada alasan untuk merasa kecewa. Cinta yang emosional itu cinta yang melulu dan tidak bijak. Apa yang terbaik ialah dengan meletakkan nilai cinta itu di jiwa. Jiwa itu sebahagian daripada kesempurnaan alam daft ciptaan. Jiwa itu penyerahan yang hakiki. Itulali sebabnya jika kita hendak mengadap Tuhan, perlulah dengan jiwa yang tenang dan rasional. Mengadap dia di dalam solat mahu pun di dalam jaga dan juga kehidupan. Perlulah kita belajar untuk menjadi seorang yang rasional. Apabila nafas tenang, segalanya aman damai sentiasa.