MENUJU NAFAS TERAKHIR - 12
Apa yang selalu terfikir di dalam kepala seseorang yang baru sahaja tamat SPM, adalah kerja.

Saya, Syamie dan Anas pantas ke pasaraya Jaya Jusco atau JJ yang berhampiran dengan rumah kami. Setiap kedai yang berada di dalam pasaraya itu, kami masuk dan bertanya tentang peluang pekerjaan. Pada waktu itu kami sudah tidak kisah kerja apa yang akan diberikan. Apa yang kami mahu, hanyalah kerja dapat duit gembira.

Banyak sahaja kedai-kedai makan dan kedai pakaian yang menyuruh kami menulis borang itu dan ini, meminta salinan kad pengenalan dan macam-macam lagi untuk keperluan mereka. Tapi, tidak ada satu kedai pun yang benar-benar menghubungi kami selepas itu.

Cuma nasib saya pada waktu itu mungkin agak baik sedikit.

Petang ni you datang sini, pakai kasut hitam, seluar hitam, pakai ini baju, pakai ini topi, datang kerja. Nanti I ajar sama you, kata Yap, majikan baru saya. Dia nampak baik dan tenang.

Pada petangnya, saya datang ke kedai makan itu semula. Baju dan topi yang sudah awal-awal diberikan telah disarungkan ke tubuh dan kepala.

Awalnya, saya diajar perkara-perkara asas seperti nombor-nombor tertentu yang terdapat di dalam menu, cara untuk mengambil pesanan makanan, apa yang perlu dibuat sekiranya pelanggan sudah pun mahu pulang dan macam-macam lagi. Ianya sebuah pengalaman yang menyeronokkan, mungkin kerana sebelum ini saya masih belum pernah bekerja di mana-mana.

Di kedai makan itu, saya mendapat beberapa rakan-rakan baru. Ramai di antara mereka berasal dari Myanmar. Pekerja-pekerja Myanmar itu menyewa sebuah rumah pangsa beramai-ramai bersebelahan dengan tempat kerja kami di Jaya Jusco.

Setiap pagi, mereka akan berjalan kaki bersama-sama dari rumah pangsa itu dan terus ke Jaya Jusco untuk memulakan pekerjaan. Begitu juga apabila sudah lewat malam, mereka akan berjalan bersama-sama menuju ke rumah sewa mereka dengan gelak dan ketawa seperti tiada apa-apa yang boleh dibuat duka.

Di antara pekerja-pekerja di kedai makan itu, saya paling rapat dengan seorang lelaki, yang juga dari Myanmar Kaung.

Bercerita dengan Kaung seperti bercerita dengan kawan-kawan yang sudah kita kenal bertahun-tahun. Tidak kekok dan tidak kaku. Walaupun bahasa Inggeris saya tersangat lemah dan sangatsangat teruk, tapi kami masih mampu berbual, bercerita tentang itu dan ini, dan macam-macam lagi.

Satu kebiasaan untuk saya dan Kaung apabila Yap tiada di kedai dan pelanggan tidak ramai adalah kami akan turun ke tempat meletakkan kereta di aras bawah pasaraya itu, menghisap rokok, berbual-bual dan berehat. Atau dengan erti kata lain, curi tulang.

Kaung benar-benar seorang lelaki Myanmar yang tulen. Segala apa yang dibuatnya setiap hari, adalah perbuatan dan sikap seorang lelaki Myanmar yang benar-benar asli. Cuma adat dan budaya yang ditunjukkan oleh Kaung itu diubah sedikit supaya ianya menepati perjalanan hidup di zaman yang terawal ini.

Adat dan budaya adalah satu perkara yang indah. Ianya akan lebih indah sekiranya mampu diubah-ubah mengikut zaman yang bertukar ganti, kata Kaung pada suatu hari.

Kaung tidak menghisap rokok biasa. Dia tidak menghisap rokok Dunhill, Marlboro, atau Nusantara, atau apa-apa jenis rokok sekali pun, dia tidak hisap. Kaung ada rokoknya sendiri.

Rokoknya panjang sejengkal. Kulit rokok itu diperbuat dari daundaun yang mirip seperti daun sireh. Tembakau rokok itu pula baunya aneh. Bau yang memeningkan dan memualkan.

Curut Myanmar, kata Kaung, apabila saya bertanyakan jenama rokok tersebut. Dia membelinya di sebuah kedai Myanmar Shop di Kota Raya. Rokok tersebut sudah siap dibungkus di dalam paket-paket kecil. Setiap bungkus mengandungi sepuluh batang rokok. Dan harga untuk sebungkus, bersamaan dengan sepuluh batang rokok, adalah seringgit.

Murah.

Setiap hari minggu, Kaung akan ke kedai tersebut untuk membeli curut Myanmar-nya, secara pukal. Jadi, pernah juga saya meminta Kaung membelikan untuk saya, sekadar untuk merasa. Tetapi curut Myanmar itu membuatkan saya pening dan rasa ingin muntah. Tidak sampai setengah batang, saya sudah memadamkannya. Kaung hanya mampu tergelak, memperlihatkan baris-baris giginya yang kuning itu.

Celaka Kaung.

Saya suka benar berborak dengan Kaung. Dia juga merupakan sejenis manusia yang suka berbual. Yang tidak putus-putus mengeluarkan patah perkataan dari anak tekaknya. Kaung sangat gemarkan cerita-cerita dari keadaan sekelilingnya. Apabila saya bercerita, dia akan bersandar enak-enak di dinding, meluruskan kakinya, menghembuskan nafas berserta kepul-kepul asap rokok dan melihat saya dengan hujung mata hitam.

Apabila dia pula bercerita, apabila mulutnya sudah tersedia ingin dibuka, badannya akan ditolak ke depan, tidak lagi menyandar. Bongkoknya akan kelihatan dan matanya akan dibesarkan sedikit apabila sudah mula bercerita.

Kaung, kenapa kau datang Malaysia tanya saya, pada suatu hari.

Kerjalah, balas Kaung. Sama seperti saya, dia juga menggunakan bahasa Inggeris untuk berbual.

Maksud aku, kenapa kau datang kerja kat Malaysia tanya saya semula, dengan gagap-gagap seperti biasa. Oleh kerana saya tidak begitu mahir bertutur dalam bahasa Inggeris, jadi, setiap perkataan menjadi tersekat-sekat dan tersangkut-sangkut. Seperti sistem-sistem di Malaysia.

Malaysia banyak kerja. Myanmar susah nak dapat kerja, kata Kaung lagi.

Kaung sudah dua tahun berada di Malaysia. Setiap bulan dia mengumpul wang gajinya demi pengajian yang tertangguh di sana. Dia mengambil jurusan Geografi di sebuah universiti. Oleh kerana dia tidak mampu untuk meneruskan pembelajarannya kerana masalah kewangan, jadi, inilah cara yang dibuat untuk memenuhi kehendak-kehendak itu.

Kau kat sana takde girlfriend tanya saya. Mustahil untuk pemuda yang agak kacak seperti Kaung itu tidak ada buah hati di sana. Pasti ada seseorang yang sedang menunggu dia pulang. Pasti.

Dia menyeluk sesuatu di poket belakang seluarnya. Dompet. Dompet kulit berwarna hitam itu dibuka. Kaung menunjukkan sesuatu.

Inilah dia, kata Kaung. Oh, kata saya.

Gambar Kaung bersama seorang wanita tertera di atas kertas yang terselit di sebalik poket-poket di dalam dompet itu. Dia tersenyum, melihat wajah perempuan muda itu.

Bila nak kahwin tanya saya sambil menghamburkan ketawa yang memanjang. Begitu juga Kaung. Sebelum dia menjawab pertanyaan saya itu, kekehnya sudah mula kedengaran.

Daripada apa yang diceritakan oleh Kaung kepada saya, teman wanitanya itu beragama Buddha. Manakala dia sendiri beragama Kristian. Pada waktu Kaung menceritakan hal itu kepada saya, banyak persoalan yang ingin saya tanyakan kepadanya. Cuma saya tidak mampu menyusun perkataan-perkataan itu menjadi satu ayat yang sopan. Kerana saya risau sekiranya soalan itu tidak boleh diterima dengan baik oleh Kaung. Tapi, tiba-tiba, Kaung menjawab salah satu dari soalan yang sedang saya putarkan di dalam kepala saya sendiri.

Cinta itu datang dari Tuhan. Jadi, aku tak rasa yang sebuah ikatan percintaan mampu diputuskan hanya kerana aku dan dia berbeza agama. Tuhan tak sezalim itu, kata Kaung. Saya hanya menganggukkan kepala. Tidak tahu untuk membalas apa lagi kata-katanya itu.

Selepas hampir tiga atau empat minggu saya bekerja di situ, Kaung tiba-tiba hilang. Dia tidak datang kerja selama beberapa hari. Saya bertanya kepada rakan serumahnya, Thu Ko, yang juga bekerja di situ sebagai tukang masak.

Oh Kaung dah balik Myanmar, kata Thu Ko, juga dalam bahasa Inggeris. Kata Thu Ko lagi, Kaung balik ke tanah airnya kerana duit belanja untuk pembelajarannya sudah cukup. Dan sebenarnya tarikh untuk Kaung pulang ke tanah airnya sudah lama ditetapkan. Entah kenapa dia tidak mahu memberitahu saya. Thu Ko cuba-cuba berjenaka, bahawa Kaung tidak mahu saya sedih sekiranya saya tahu dia akan pulang ke Myanmar. Ahahaha, saya memanjangkan ketawa.

Tapi sebenarnya saya agak sedih juga. Saya sedih merindukan seorang sahabat itu. Saya sedih apabila teringatkan curut Myanmarnya itu, apabila terlihat kembali sekeping kertas kecil yang ditulis Free Myanmar dalam tulisannya sendiri, apabila terkenang semula janji saya untuk membawa dia menaiki Vespa sekiranya sudah dapat gaji nanti, apabila teringat semula lagulagu dari sebuah kumpulan band rock Myanmar yang suka didengarinya, dan macam-macam lagi perkara bersama Kaung yang tidak dapat saya lupakan.

Hari-hari seterusnya di tempat kerja itu, menjadi bosan. Menjadi hambar. Saya semakin malas membuat kerja. Setengah jam sekali, saya akan mengintai ke dalam dapur, melihat jam yang tergantung di dinding. Waktu yang bergerak menjadi sangat lambat. Sehinggalah pada satu hari, selepas membuat keputusan yang benar-benar tekad, saya bertindak.

Bos. Pergi tandas kejap aa kata saya pada Yap. Dia menganggukanggukkan kepala tanpa memandang saya.

Selepas itu, apa yang telah terjadi hanya menjadi satu sejarah untuk saya kenang-kenangkan. Kedai makan itu tidak lagi saya jejaki sehingga hari ini. Ianya tamat begitu sahaja. Seperti tiada noktah.

Selepas berehat beberapa hari, saya menjadi bosan semula. Perasaan ingin bekerja mula timbul kembali. Saya bertanya kawankawan, di mana tempat kerja yang sesuai. Dan pada waktu itu, ramai kawan-kawan saya bekerja di sebuah hotel yang terkemuka. Saya mengambil keputusan untuk bekerja bersama-sama dengan mereka.

Kerjanya mudah sekiranya seseorang itu larat menebal telinga menahan maki. Kerja di situ benar-benar seperti seorang hamba. Kerana senior-senior yang sudah lama bekerja di situ seperti tidak langsung bekerja dan hanya memberikan arahan kepada kami semata-mata untuk berbuat apa-apa.

Saya tidak tahan. Tidak suka. Bekerja untuk orang-orang kaya seperti mengutuk saya, menghina saya supaya menjadi rendah yang paling terbawah. Saya seperti dihina-hina dan dipijak-pijak untuk berbuat itu, ini, itu dan ini.

Tambah pula, bekerja di hotel itu harus kemas. Rambut belakang tidak boleh mencecah kolar baju. Misai dan janggut haruslah botak dicukur. Di dalam poket seluar pula haruslah ada pen dan kertas. Sekiranya waktu bekerja pada hari itu adalah lapan jam, maka lapan jam itu haruslah bekerja semata-mata tanpa rehat untuk meneguk secawan dua air kosong atau menghisap sebatang dua rokok.

Saya jadi menyampah dengan perkara seperti itu. Mungkin sesetengah orang memerlukan kondisi kerja di tempat yang seperti itu. Mungkin mereka selesa bekerja di sana dan mendapat gaji yang untung iaitu paling sedikit, enam ringgit satu jam. Tetapi saya tidak. Saya tidak selesa bekerja di situ.

Pada satu hari, ketika sedang mengangkat gelas-gelas untuk dibawa ke dapur, seorang rakan Helmi, datang menghampiri saya.

Aku nak larilah. Aku tak tahan kerja kat sini, kata dia. Pada waktu itu, saya juga memikirkan perkara yang serupa. Cuma keberanian itu tiada kerana saya sangkakan hanya saya yang memikirkan perkara itu.

Apasal kau tak tahan pula Kau kata kau okay kerja kat sini tanya saya pada Helmi.

Aku tak sukalah kerja sini. Kat sini ada serve arak apa semua. Aku tak nak duit gaji aku tu haram, kata dia.

Sebab, ye lah, aku nak bagi duit gaji aku ni kat mak bapak aku, kata Helmi lagi, yang baru sahaja menghabiskan duit gajinya yang diambil pada minggu lepas untuk menukar segala bagai enjin, karburator dan macam-macam lagi di motorsikalnya.

Habis, kalau kau lari hari ni, kau nak kerja mana nanti tanya saya.

Seven-E, balas Helmi pendek.

Pada hari itu, sekali lagi dalam sejarah perkerjaan saya, saya melarikan diri. Bersama dengan Helmi, kami pulang ke rumah masing-masing untuk menghargai betapa sedapnya tilam untuk berbaring. Pemalas. Pemalas untuk mengikut apa yang disuruh dan diperintah oleh orang lain.

Selepas lari dari bekerja di hotel itu, saya kerap kali pergi ke sebuah kedai percetakan baju yang terletak di Wangsa Melawati. Hajat asal saya ke kedai itu hanyalah mahu sekadar belajar caracara mencetak baju. Tapi lama kelamaan, saya menjadi salah seorang pekerja pula di sana. Tuan empunya kedai percetakan itu, yang merupakan sepasang suami isteri tidak pula lokek untuk memberikan saya pelbagai ilmu yang mereka ada.

Bagusnya kedai percetakan itu adalah di samping mereka mengambil tempahan dari pelanggan yang rata-ratanya datang dari pelajar sekolah, serta persatuan-persatuan mahasiswa dari pelbagai jenis universiti, mereka juga membuka kelas mengajar mencetak baju pada setiap hari Ahad.

Ramai di antara rakan-rakan saya yang berbangsa Melayu membebel tentang ekonomi negara yang makin lama makin didominasi oleh bangsa lain. Dengan bangsa-bangsa lain, mereka jarang-jarang ingin bertegur sapa dengan sopan. Alasan mereka adalah, bangsa lain jahat. Bangsa lain memonopoli ekonomi negara. Kata mereka, dengan mata merah, urat-urat di leher tertimbul-timbul, tangan tergenggam-genggam dan sesekali menghentak meja perlahan kerana terlampau marah dan geram.

Kemudiannya, mereka-mereka yang bersungguh-sungguh itu duduk kembali dengan tenang di atas kerusi, mencapai secawa kopi panas, dan sambung bercerita tentang perkara-perkara yang melucukan, tentang kereta tentang motorsikal, tentang seluar tentang baju, tentang perempuan yang lalu di depan kami dan macam-macam lagi perkara.

Tapi, abang Azmi, tuan empunya kedai percetakan itu tidak seperti itu. Dia sedar akan apa yang sedang terjadi. Maka, dia tidak hanya pandai berbual dan sekadar menyedarkan orang lain. Tetapi dia lebih bagus dari itu, kerana dia mampu bangun bertindak, bekerja, membantu orang lain untuk sama-sama tersedar dan menolong orang lain yang memerlukan bantuan untuk sama-sama bergerak, berkongsi ilmu dan tidak hanya berkata-kata, malah bertindak.

Banyak perkara yang saya dapat belajar di tempat itu. Macammacam perkara tentang percetakan baju, tentang menghadapi perniagaan dan macam-macam lagi. Ilmu berada di merata-rata tempat. Dan di situ juga ilmu tersebut telah tersedia untuk saya teroka.

Namun begitu, tempoh saya bekerja di tempat yang menyeronokkan itu tidak terlalu lama. Kerana selepas beberapa minggu, sebuah pusat pengajian tinggi menerima saya sebagai salah seorang pelajar mereka. Pada mulanya saya tidak berminat untuk pergi. Kerana saya punya rancangan yang lain. Jadi, saya tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa, termasuklah ibu bapa saya.

Tetapi, tiga hari sebelum tarikh saya perlu pergi mendaftar itu tiba, ibu bertanya kepada saya. Selepas menyuapkan sesuap nasi ke mulutnya, ibu bersuara.

Ada dapat mana-mana tak Dyan call kelmarin. Dia kata dia dapat UiTM. Syafiq call, dia dapat UiTM juga. Nisak sambung belajar medic kat Indonesia, saya hanya diam mendengar pertanyaan ibu. Tidak tahu ingin menjawab yang benar atau tidak.

Selepas kali kedua ibu bertanya, saya akur. Saya perlu jujur. Dan tiga hari sebelum saya perlu pergi mendaftar itu tiba, barulah saya memberitahu ibu bahawa saya juga mendapat tempat di sebuah universiti di Alor Gajah, Lendu, Melaka.

Mendengar jawapan saya itu, ibu berhenti mengunyah. Dia berjalan perlahan ke sinki, membasuh tangannya sehingga bersih. Kemudian ibu datang menghampiri saya yang sedang menghabiskan baki-baki makanan di dalam pinggan, lalu memeluk saya erat-erat, dan kuat-kuat.

Ibu tidak berkata apa-apa. Tapi dari suam yang mengalir di bahu saya itu benar-benar menunjukkan bahawa ibu sangat-sangat gembira. Dan mungkin itu merupakan satu ucapan tahniah untuk saya. Saya suka, melihat ibu gembira.

Okay. Yang seterusnya, kata seorang pensyarah di depan Puan Zuraidah.

Angin di luar kelas masuk perlahan-lahan melalui tingkap yang sedikit terbuka. Saya tidak tahu, kenapa saya berada di dalam kelas yang membosankan ini. Bosan. Di mana-mana sekali pun, pasti akan ada acara memperkenalkan diri. Malas. Dan kenapa perkara ini perlu terjadi Tidak bolehkah kalau kita hanya berkenalan selepas ini Tidak bolehkah kalau Puan Zuraidah melihat sahaja data-data pengenalan diri pelajar yang sudah ada di tangannya itu selepas ini

Kenapa seorang demi seorang pelajar perlu bangkit dari kerusi dan memperkenal diri mereka Bukankah perkara ini langsung tidak menyeronokkan

Sudah beberapa orang pelajar bangun memperkenalkan diri mereka. Pelajar perempuan yang duduk di tepi pintu itu adalah Nabila. Seorang yang agak pemalu kerana sewaktu dia memperkenalkan diri tadi, suaranya gugup dan wajahnya berubah. Yang berada di sebelah Nabila pula adalah Rina. Seorang pelajar perempuan yang bertubuh kecil. Hanya dia yang memakai seluar jeans dan baju kemeja kotak-kotak sedangkan pelajar perempuan lain semuanya memakai baju kurung.

Di belakang sekali, yang sedang bermain telefon bimbit itu pula adalah Adam. Dari cara perkenalan dirinya tadi, dia mungkin seorang yang periang. Berasal dari Ipoh, Perak, dan tidak habishabis mengulang perkataan terkenal dari filem Mamat Khalid yang terbaru. Di sebelah kiri Adam pula, yang sedang meletakkan kepala di atas meja dan sedang tidur itu, namanya Amri. Dia nampak membosankan.

Dan yang lain-lain, saya masih belum ingat nama mereka. Biarlah. Selepas ini kami pasti akan bertambah akrab lagi.

Ok awak pula. Ya. Awak, kata Puan Zuraidah, menunjukkan ibu jarinya ke arah saya.

Dengan malas-malas, saya bangun dari kerusi dan memperkenalkan nama saya, tempat tinggal, dan soalan yang paling tidak masuk akal sekali tetapi perlu diberitahu adalah, markah keputusan SPM.

Selepas memperkenalkan diri dengan pantas, saya terus duduk dan menyandarkan belakang di kerusi. Ada lebih kurang sepuluh orang pelajar lagi yang masih belum bangun dari duduk mereka. Saya tidak sabar untuk menunggu waktu ini tamat, dan terus pulang ke bilik untuk tidur.

Seorang pelajar perempuan yang duduk dua baris di depan, menarik perhatian saya. Sebenarnya, semasa dari awal kelas bermula, saya sudahpun perasan akan pelajar perempuan itu. Dari belakang, dia nampak seperti seseorang yang pernah saya kenali. Tapi saya tidak perasan wajahnya, kerana dia duduk membelakangi saya. Dan saya agak terperanjat apabila dia mahu menongkat dagunya, baju kurungnya di pergelangan tangan jatuh sehingga ke siku, dan menampakkan parut kesan melecur yang sangat besar di keduadua tangannya. Saya terkejut.

Kenapa jadi macam tu eh tanya saya pada seorang kawan baru yang duduk bersebelah dengan saya Khairun Nisaa.

Entahlah. Kesian dia. Parut lama tu, kata Nisaa dengan loghat utaranya yang benar-benar pekat.

Saya hanya merenung pelajar perempuan itu dari belakang. Dan kemudian, apabila sampai gilirannya untuk memperkenalkan diri, pelajar perempuan itu bangun dari kerusinya.

Assalamualaikum semua. Hai. Nama saya Shahirah Elyana, katanya perlahan, hampir-hampir tidak kedengaran.

Saya mengecilkan anak mata, cuba mengingati sesuatu.