Kubah Gemawan membunyikan siren dan mengaktifkan medan kuasa untuk mempertahan dataran neo-Kuala Lumpur. Mama Juwita masih berada di dalam makmal ketika langit sedang terbakar. Tinta Pujangga masih berada di perkarangan pejabatnya ketika langit sedang terbakar. Laksamana Jaafar sedang menuju ke pusat pentadbiran ketenteraan ketika langit sedang terbakar.
Langit tiba-tiba terbakar!
Sebetulnya pada tahun 2112 masihi, tidak ada lagi istilah tiba-tiba yang harus menerjah masuk ke gegendang telinga neo-Human. Istilah itu seolah-olah menjadi cerminan kepada sebuah tamadun yang tempang lagikan lalai. Namun pada hari ini; langit tiba-tiba terbakar!
Kubah Gumawan yang terkesan daripada pencerobohan serangan Roket Pintar (mungkin sahaja daripada jenis Cyberia Bomber) serta merta mengaktifkan protokol pertahanan untuk melindung dan menyerang bomber tersebut.
Amuknya bukan kepalang. Jaafar mahu sahaja mengoyakngoyak muka si tua itu!
Serangan Roket Pintar itu mengenai sebahagian Pusat Inter-Global; memusnahkan binaan maha tinggi itu dan mencampakkan serpihan puingnya ke tanah. Serpihan logam itu pecah dan membentuk peluru tajam yang menikam-nikam neo-Human yang lalu-lalang di jalanan.
Langit tiba-tiba terbakar!
Situasi seperti beberapa tahun dahulu kembali lagi; sebagaimana Malaysia yang pernah dijamah Gempa Mega dan Tsunami Raya, mahupun Ribut Solar yang hampirhampir memejalwap umat neo-Human dan tanah jajahan neo-Kuala Lumpur.
Neo-Human.
Walaupun mereka telah dilengkapi dengan peranti anti-panik dan kit kecemasan (proses mengimplan peranti itu memakan masa selama 5 tahun), gerombolan manusia Cyborg itu sebenarnya masih lagi berusulkan DNA manusia. Lalu sebagai seorang binatang yang sofistikated, tidak dapat tidak; mereka bertempik lolong meminta pertolongan. Kedatangan Cyberia Bomber tidak pernah bersendirian jujukan roket pintar mula membawa bersama rampaian bahan bakar untuk merentungkan sebuah jajahan bernama neo-Kuala Lumpur. Seumpama lintasan burung Ababil yang membawa batu-batu maha panas, tak tersejukkan.
Tetapi umat neo-Human bukanlah tentera Abrahah!
Jujukan Cyberia Bomber yang maha sial itu (membawa bersama rampaian bom-bom cyberia) menggamatkan megalopolis neo-Kuala Lumpur. Dua buah pencakar langit terkena bedilan bom itu, lalu kerangka bangunannya mulai retak. Bunyi yang terhasil daripada retakan pencakar langit itu sungguh mengerikan; semacam bunyi pedang yang diasah-asah sebelum hukuman penggal kepala ala Timur Tengah dilakukan.
Neo-Human yang bekerja di dalam sturuktur pencakar langit itu tercampak keluar seolah-olah cebisan kelopak bunga Dandelion yang ditiup angin kencang yang kejam. Kebanyakannya jatuh dan menghempap antara satu sama lain hingga merentungkan papan litar yang tertanam di dalam cakera otak mereka.
Papan litar yang terpintas arusnya mula terbakar lalu berjujuklah neo-Human yang menggelupur saat kepala mereka meletup-letup hasil daripada litar pintas, bergempita mereka menjerit meminta belas ihsan. Arus elektrik itu berkumpul dan meletup. Letupan itu meremukkan tempurung kepala mereka seolah pesta darah dan arus elektik sahaja lagaknya neo-Kuala Lumpur pada hari ini. Bau daging dan papan litar elektrik neo-Human yang hangus bergentayangan, membelah sunyi damai neo-Kuala Lumpur sebentar tadi.
Aduh, langit tiba-tiba terbakar!
***
Sungguh abah, kalau bukan kerana kamu, aku sudah hapuskan dia!
Isa, apa ini yang diajar oleh Muhammad Yang Terpuji, rasul kita Buhaira sudah pulang dari Rumah Ibadat; ah ibadatnya sebentar tadi tidak khusyuk setelah dijentik memori bersama Tinta Pujangga lebih seratus tahun yang lalu. Ironinya, ini kali pertama Buhaira didatangi Pujangga dalam bentuk visual, lebih-lebih lagi ketika dia sedang ingin menyembah Alif Lam Lam Ha.
Bukankah Pujangga pernah menemuinya dalam bab yang lalu
Sebelum menyelesaikan permasalahan Razief, lelaki tua yang digelar seorang nabi itu harus berhikmah dengan anak tunggalnya. Isa mewarisi darah panasnya (dia pernah memukul bekas kekasih Nora kerana curang dengan seorang gadis dari Tanah Korea) tetapi marah adalah tanda pertama manusia itu sebenarnya sudah kalah.
Marah itu, bererti kalah.
Buhaira tahu, Alif Lam Lam Ha tidak pernah mengutuskan sesuatu dengan sia-sia. Umurnya yang dipanjangkan tanpa sedikit pun terencat dengan kesakitan masih lagi menjadi misteri buat semua manusia. Barangkali Alim Lam Lam Ha tahu, perjuangan proto-Human masih belum selesai.
Perjuangan proto-Human masih belum selesai.
Abah tahu apa yang berlaku tadi
Selain Razief sudah sedarkan diri Buhaira meneguk susu kambing yang terhidang.
Demi kita yang bertuhan ini, wajahnya begitu jijik saat mengetahui Isa ini adalah seorang proto-Human. Apa dia lupa kalau kita tidak menyelamatkannya, maka akan hangus si robot itu dicucuh matahari! Demi Tuhan, abah!
Buhaira bangun, tubuh tuannya menghadap ke luar jendela. Razief masih lagi nyenyak di perbaringan. Badannya masih berbau hangit mungkin litar elektroniknya perlu dibaiki, tetapi mustahil Pujangga akan mencemar duli sekali lagi.
Siapalah aku.
Ketandusan padang pasir itu ditenung sepuasnya. Malam nanti, aurora akan kembali menyapa penduduk neo-Kuala Lumpur. Entah bagaimana si Aurora Australis itu mampu sampai ke sini. Mungkin Alif Lam Lam Ha memindahkannya dengan hikmah yang hanya diketahui Dia. Buhaira berpaling mendapatkan Isaiah. Wajah pemuda itu ditenung sedalamnya; membuka ruang dan luang roh anak muda itu dengan senggamaan iris mereka berdua. Lembut Buhaira bertanya,
Kamu tahu Isa, abah ini digelar seorang nabi
Ya, malah sejak dahulu lagi.
Demi Alif Lam Lam Ha, kini abah sudah ada
pengganti!
***
Sialan!
Sudahlah Pujangga masih mahu berkeras kepala
(tuanya), kali ini dia dilanggar Garuda yang entah bagaimana boleh menceroboh ruang udara neo-Kuala Lumpur. Dewan Persidangan sudah mula dipenuhi dengan ketua barisan ketenteraan; masing-masing menelaah imbasan yang dihantar oleh Traffic Drone tentang serangan ala ababil itu. Garuda itu mungkin milik Kesatuan Isratin. Celaka!
Dengarkan aku!
Jaafar tidak punya masa untuk berseloka dan berteka-teki tentang dalang serangan ini. Jika Tuan Pemerintah mula campur tangan dalam serangan skala kecil ini, dia tahu bahawa kepalanya akan diceraikan daripada batang tengkuknya dengan sekelip mata. Kebimbangan itu mulai terpancar; peluh jantan neo-Human mula mencumbui dahinya. Ini kali pertama neo-Kuala Lumpur menerima tetamu tak diundang yang begitu jahanam.
Langit tiba-tiba terbakar!
***
Srikandai! Sri- Mama! Mama! Mama! Cincip berlari mendapatkan Mama Juwita. Dahi Srikandi itu berdarah saat serpihan monitor yang pecah membelah lembut wajahnya. Wanita itu rebah terjelepuk ke lantai, disambut oleh Cincip yang kini erat memeluknya.
Ah Cincip.... apa... apa yang... yang berlaku. Gempa... gempa... mega!
Cincip tidak pernah melihat Mama Juwita berada dalam ketakutan (trauma) sebegini.
Cin...cincip.... da... dapatkan Pujangga.. se... sekarang ...!
***
Ah!
Lambakan buku-buku yang dijilid tebal mula tercampak daripada rak, nyaris-nyaris menghempap Tinta Pujangga. Ketika srikandi itu sedang membaca kitab mengenai Tamadun Khmer dahulu kala, jujukan buku-buku yang tercampak (dan masih terus tercampak) seolah-olah menyerangnya dalam diam. Wanita tua itu sempat mengaktifkan terompah anti-gravitinya lalu terbang membelah ruang pejabatnya yang kini mulai bergegar.
Di manakah pesuruhku!
Sepuluh pemuda sasa yang biasanya membawa tandu titanium milik Pujangga berlari-lari mendapatkan Tinta Pujangga. Gegaran menara itu tidak langsung menggetarkan tulang-temulang mereka; kerana hidup mereka sudah diserahkan sepenuhnya untuk melindungi riwayat Tinta Pujangga.
Bawa aku ke Kompleks Ketenteraan segera. Apa
Jaafar sudah hilang akal!
***
Bilik perbincangan itu sesak dengan lambakan masalah dan ketakutan. Mujur bedilan dan rampaian bom seterusnya berjaya disekat oleh medan daya yang dipancar oleh Kubah Gemawan secara automatik. Namun sisa-sisa serangan itu bukan sahaja mencemarkan dataran neoKuala Lumpur, malah merencatkan pengaruh Jaafar supaya Tuan Pemerintah menaikkan pangkatnya sebagaimana Mama Juwita dan si tua kutuk Tinta Pujangga. (ah, tengah berperang pun masih beremosikah Macam-macam!)
Sebuah skrin yang maha besar mula memancarkan imej hologram 4D yang menunjukkan rakaman serangan pertama yang menyebabkan langit terbakar secara tibatiba itu. Lima belas Cyberia Bomber memecut laju sambil membedil rampaian Bom Pintar yang membentuk jaringan maha celaka sebaik sahaja memasuki ruang udara neoKuala Lumpur. Jaafar memejam mata apabila babak neoHuman yang meletup-letup kepalanya turut terakam siar. Imejan Gempa Mega dan Tsunami Raya mula meracun kebaculannya.
Kebaculannya teracun.
Sungguh, Harimau itu mati meninggalkan belang. Sedang kamu seorang manusia berakal, hanya meninggalkan sisa-sisa sialan! Jujurnya Jaafar terkejut (ataupun takut) akan jerkahan Tinta Pujangga; inilah kali pertama srikandi itu kedengaran seolah-olah terdidih darah amarahnya. Barangkali dia berang akan kebayanya yang sedikit koyak; atau serangan itu menempangkan egonya sebagai srikandi ulung di dunia.
Pujangga! Usah kau datang mengganggu! Demi
Tuan Pemerintah, kuasa kau terlucut di sini! Ini perbatasan aku! Kamu tiada layak untuk mencemar kedulianku, datang tak berundang di saat-saat genting sebegini. Apa kau lupa, serangan ini, kamulah puncanya!
Lalu apa Jaafar! Lalu apa! Mahu kita pancar kubahan putih, menyerah! Kamu tahu Juwita tercedera
Pujangga diam.
Pujangga, aku faham sentimen mu itu; aku tahu antara kita semua, kamulah pendukung umat neoHuman. Tetapi kamu harus ingat Pujangga, semua perkara ada laras dan ada adabnya. Ada sifir dan ada hadnya!
Berani kamu sifirkan aku Jaafar! Apa kamu mencongak kira untul menjual negara kah!
Jangan merumitkan
Dahulu proto-Human suka meminta pertolongan kuasa asing. Segalanya demi kebebasan bersuara, kesamarataan, dan segala rencam yang melucutkan keamanan; sedangkan batang tengkuk ekonomi dan geopolitik telah dipasung pegang oleh sang imperial yang celaka itu! Apa kamu lupa protoHuman itu sifatnya suka menyeleweng duit rakyat, menggunakan agama sebagai kepentingan peribadi, serta tampil dengan konsep liberal membuta-tuli
Apa kamu mahu kita kembali dangkal seperti mereka!
Apa kau mahu, dataran ini musnah, Pujangga! Kebaculannya teracun.
Tinta Pujangga mula menghampiri Laksamana
Jaafar; mata mereka saling tertancap. Kalau diikutkan hati (dan egonya), Pujangga masih belum mahu berhenti untuk menyekolahkan Jaafar hanya ada satu sebab utama sesebuah negara itu terjajah.
Sebab itu tidak lain dan tidak bukan adalah melupai sejarah.
Neo-Human yang melupakan sejarah akan menjadi seperti proto-Human; asimilasi budaya asing dan penerimaan ideologi menghakis nilai dan identiti. Kepatuhan itu akan diruncingkan dengan inferiority complex bahawa bangsa merekalah yang sentiasa mundur dan perlu mengikut buntut Barat untuk berjaya. Kalau diikutkan hati (dan egonya), Pujangga masih belum mahu berhenti untuk menyekolahkan Jaafar tentang hipokrasi bangsa asing.
Gempa Mega dan Tsunami Raya yang menjilat dosa proto-Human yang bobrok, liar dan angkuh dengan ideologi dan ketempangan pemikiran menjadikan persekutuan negeri yang bernama Malaysia lumpuh dalam sekelip mata.
Selama dua tahu yang pertama; manusia (protoHuman) pada zaman itu hidup terlalu hina; mencuri untuk mendapatkan sisa-sisa makanan yang tertinggal, sampaikan ada keluarga yang menyembelih kucing dan anjing kesayangannya untuk dijadikan hidangan. Mereka berbunuhan dan saling menyalahkan antara satu sama lain.
Hadirnya Kesatuan Antarabangsa hanya
merencatkan pembangunan tamadun; sedang manusiamanusia kuno itu bersorak riang akan kedatangan bantuan, mereka lupa bahawa tanah yang bernama Malaysia itu sudah terjajah. Mereka menyarung kembali jubah-jubah dari Tanah Arab dan beribadat untuk membodek Alif Lam Lam Ha tetapi mereka lupa batang tengkuk mereka sudah dililit dengan rantai-rantai neraka ciptaan Barat.
Melalui Tuan Pemerintah, manusia-manusia yang berada di luar negara ketika tragedi itu dikumpulkan, lalu Srikandi Mama Juwita membangunkan teknologi untuk memperbaik penciptaan manusia; lebih baik daripada ciptaan Alif Lam Lam Ha itu sendiri!
Tahun-demi tahun berlalu, sehingga proses pembentukan tamadun neo-Human telah siap disusun himpun, dan pada 1 Ramadhan, umat neo-Human akhirnya wujud di Malaysia, membangunkan manusia-manusia yang terpilih serta merencatkan proto-Human yang hanya membacul saat batang tengkuk dipegang.
Sejarah. Mereka melupai sejarah.
Pujangga tahu, Jaafar tidak lupa, dia sebenarnya takut kalau-kalau Isratin datang menyerang. Kesatuan Israel dan Palestin itu sepertinya Malaysia suatu ketika dahulu; batang tengkuk mereka sudah diikat Barat.
Status tanah kita, Jaafar Pujangga berlembut; ketika ini, sudah tiada kebaikan dalam merumitkan keadaan.
Iskariot baru sahaja menghantar status quo, kesemua Cyberia Bomber itu telah berjaya dilumpuhkan.
Dilumpuhkan
Military Drone telah mengambil alih peranan Traffic Drone dan berjaya memintas litar bomber itu, dan melencongkannya ke depot tahanan kita.
Ucapkan tahniah aku kepada Leftenan Iskariot. Apa sudah tahu, siapa yang menyerang kita
Kesatuan Israel dan Palestin!
Pujangga terkesima. Langit sebenarnya masih terus terbakar!