BLACK WIDOW - 12
BEGITULAH resmi alam. Yang buta itulah paling indah, dan yang buta itulah telah mencelikkan perasaan. Betul kata orang - cinta itu buta.

Siapa sangka, setelah sekian lelaki hadir, merayu cinta, membuah janji, semuanya ditolak kerana tidak wujud rasa cinta. Kini, tanpa rayuan dan pujukan, hatinya sendiri terbuka menyediakan pentas indah untuk lelaki bernama Murad masuk bersama cintanya. Lelaki Murad itulah yang berjaya mencuit hatinya.

Ayu semakin riang berenang, menyelam sambil mengecap keindahan di lautan cinta. Adakala dirinya bagai berterbangan di awangan. Sesekali dia berlarian menyusuri pelangi dan bercanda dengan Murad di puncak garisan tujuh wama itu.

Segala-galanya indah!

Barulah Ayu tahu, begini rupanya yang dinamakan cinta. Memang syahdu dan indah. Malah, dia 87

mengaku hatinya memang terpaut di dalam langkai hati Murad.

Murad telah kembali ke KL, membawa secebis rindunya. Dia keseorangan di desa ini, menyulam setiap kenangan indah. Diilusikan setiap saat manis walaupun Murad berada di sampingnya cuma beberapa hari. Setiap detik bersama Murad begitu indah dan hari-hari liburnya begitu terisi. Maka, setelah Murad berangkat ke KL, setiap detik indah itu menjadi memori manis peneman mim- pinya.

Ayu akan tersenyum sendirian di kala siang dan menjadi pengigau tatkala malam menjelang. Segala-galanya gara-gara Murad; lelaki pertama dan terakhir yang akan disayanginya.

Matanya terbuka, menyembulkan bebola dan setiap satu kenangan indahnya ghaib semerta. Ayu bingkas, melontar matanya ke arah perut yang semenjak tadi tidak ditutupi.

Seekor labah-labah hitam yang besar sedang berkisar tenang. Buntutnya yang hitam sebesar biji getah dengan kaki kiri yang lebih panjang daripa- da kaki hujung bahagian kanan mencengkam kulit perut yang lembut. Bahagian bawah tubuhnya berwarna merah saga. Ayu senyum, keindahan mula menjelma. Kepuasan akan tiba, setelah sang labah-labah menjalar kasih membuai setiap helai roma yang berkeliaran di sekeliling pusat, mem- bangkitkan rasa yang menusuk jiwa sehingga terlupa kenyataan.

Naluri labah-labah membentuk di dalam dirinya, melontar dia ke alam serba indah. Saat ini matanya terpejam. Dan, di sudut ruang yang terpencil di dalam benaknya, dia membayangkan ketangkasan Murad. Di sudut itu, dia benar-benar berharap jika Murad menjadi pasangannya.88

MURAD berasa tertekan dan dia mulai percaya kebenaran cinta pandang pertama. Dia tewas terha-dap Ayu, gadis yang berjaya mencuri hatinya di dalam jangka waktu singkat.

Murad bingkas, terus keluar dari biliknya. Dia menggagau di ruang tamu mencari kelibat ibunya. Dia akan berterus-terang mengenai gelodak jiwanya itu. Dia tetap dengan pendiriannya untuk menjalin ikatan dengan Ayu.

Mummy!" Suaranya pecah apabila menemui ibunya yang sedang lewa di serambi taman.

Hah! Ibunya senyum. Apa hal Tergesa-gesa saja!

Murad nak minta persetujuan!

Tentang apa

Ayu!

Ayu Masayu anak Uncle Dollah

Murad mengangguk.

Kenapa dengan dia

Murad bercadang untuk mengahwini dia! Ibunya hanya ternganga.

DUA keping hati, kalau sudah suka, lebih baik diikatkan walaupun tidak disatu. Begitulah antara Murad dan Ayu. Keluarga masing-masing bersetuju, malah, mereka sendiri menggalakkan agar Muraddan Ayu ditunangkan.

Majlis pertunangan berlangsung meriah, lalu akhirnya dua mempelai diikat janji, bersaksikan cincin di jari manis.

BAGAIMANA Ayu, setuju tak

Ayu tak setujulah... mak!

Tapi... mak tengok kau macam suka aje dengan Abang Murad kau tu. Nampaknya bukan main mesra 89

lagi!

Ya, Ayu suka dia, tapi bukan untuk kahwin. Ayu rasa masih belum bersedia. Tunang pun Ayu tak nak sebab Ayu nak kerja dulu!

Ayu sengih sendirian. Dia ingat lagi perbualan itu. Tetapi, hakikatnya dia sendiri yang meludah jilat semula. Direnungnya cincin tanda yang indah di jari manis. Kini, dirinya sudah menjadi tunangan orang.

Ayu! Abang Murad kau dah tiba!

Ayu bingkas. Segera dirapikan rambutnya. Hati membunga ceria. Rindu yang bercanda pasti akan dilepaskan sebentar lagi. Saat ini dia ingin bersama-sama Murad, dan hasratnya termakbul.

Ayu menarik daun pintu biliknya setelah dia puas hati dengan penampilan dirinya. Murad sedang duduk di serambi dan bibir terus terukir senyum apabila matanya menangkap kelibat Ayu. Mereka sama-sama tersenyum.

Nak ke mana hari ini

Entah... ikut suka Ayu... abang ikut saja!

Ayu tak tau! Ceruk kampung ni dah rata Ayu bawak...

Ada satu tempat yang belum! Murad sengih. Ada yang belum Ayu mencerun mata. Di mana

Ke pelamin!

Ayu mencebik bibir. Ha! Pelamin Apa pelamin tu

Murad ketawa. Jom Ayu... kita keluar makan angin... abang teringin nak hirup udara yang segar! Hai... baru kelmarin abang datang dan hirup udara segar... tak puas ke

Tak! Murad geleng.

Takkanlah di KL dah kehabisan tempat peranginan yang segar Ayu mencebik.90

Banyak... tapi ada sesuatu yang kurang! Apa

Di sana tak ada tunang abang yang nakal tu! Aleh! Nakal pulak, sapa yang nakal... abang tu yang nakal, betul tak

Hah... minum Murad! Aton tiba dengan dulang berisi juadah dan minuman.

Susah-susah aje.

Eleh... malu pulak... makan sajalah! Ayu mencebik membuatkan Murad ketawa besar.

Hah... minum Murad! Aton mempelawa seraya mengunjukkan piring berisi sedikit kuih. Kau selalu ke sini... mummy tak bising ke Murad sengih. Nak bising apa mak cik!

Bukan orang lain, bakal isteri sendiri. Matanya menjeling tajam.

Tunang tu memang tunang... tapi bukankah dari sini ke KL agak jauh

Nak ikutkan memanglah jauh mak cik, tapi hati dah bergelodak, macam mana

Aton sengih. Macam-macam dengan budak sekarang ni! Dia menggeleng dan terus bingkas teta-pi langkah terhenti apabila deringan loceng posmen kedengaran gamat di laman.

Aton... ni... ada surat ni! Neng Jenab melaung dari bawah. Kau turunlah... kalau ada apa-apa yang nak disain senang! Neng Jenab melaung lagi.

Yalah Mak! Aton turun, terus senyum apabila terlihat si posmen berdiri di sisi basikal merahnya. Surat dari mana

Dari KL mak cik! Dihulurkan sekeping surat. Nak sain ke

Tak payah! Senyum dan terus melompat naik ke atas basikal.

Aton membaca dan tertera nama Masayu di 91

sampul. Langkah disusun menaiki tangga dan terus menghulur kepada Ayu sebaik saja tiba di serambi. Untuk Ayu Ayu bingkas. Dari siapa mak Manalah mak tau! Kau bacalah sendiri!

Ayu terus membelek sampul. Eh... ini surat rasmi... dan cepat-cepat dia mengoyakkannya. Isi surat dikeluarkan lalu dibaca dengan tergesa-gesa. Matanya melambangkan ceria dan mulutnya separuh ternganga tanda gembira.

Yahoo... berjaya! Ayu melompat membuatkan lantai papan berkeriut.

Didakapnya kertas itu membuatkan Murad cemburu seolah-olah Ayu sedang mendakap lelaki lain. Ayu masih lagi memeluk dan Murad bingkas menghampiri.

Surat siapa

Panggilan untuk pergi temuduga di KL! Ayu tidak dapat mengawal suaranya dan kedengaran bagai menjerit.

Temuduga apa Murad mengerut kening dan matanya memancar api cemburu.

Flight stewardess!

Hah Mulut Murad sedikit terlopong. Tapi... kenapa selama ini Ayu tak bagi tau abang... Ayu ada apply untuk jadi flight stewardess"

Oh... Ayu sengaja nak surprisekan abang. Mak sendiri pun tak tahu! Lagipun... Ayu dah lama memohon... sebelum kita ditunangkan lagi! Ayu sengih. Temuduga pertama di Ipoh Ayu dah lulus!

Murad tunduk. Ada sepi di wajah, ada cemburu di mata. That is very sad... abang ni kan tunang Ayu, abang ada hak!

Alah... abang ni, janganlah marah. Surat ni cuma panggil interbiu saja!92

Tapi... kemungkinan untuk dipilih tetap ada, bukan

Betul... tapi Ayu tahulah menjaga batas susila!

Murad diam lagi. Dia cuba menimbangkan kata-kata Ayu. Namun, apa yang dia tahu, pramugari memang glamour, diburu ramai lelaki yang berma- ta ranjang. Malah, ada juga pramugari yang bijak mengatur hidup, memilih lelaki-lelaki yang ber- tokoh demi jaminan masa depan.

Mungkinkah Ayu juga begitu!

Ah, aku mampu berikan dia kemewahan. Diri aku sendiri sudah cukup kukuh!

Abang...

Wajah Murad tergambar keresahan. Ayu hanya melirik sepi, tidak berani untuk bertanya lebih lanjut. Dia akui kesilapannya. Dia patut menjelaskan kepada Murad mengenai permohonannya itu. Sekurang-kurangnya Murad tidaklah sebegini terkejut. Ah, aku tahu Murad sayang padaku dan dia cemburu.

Abang.... Sekali lagi Ayu bersuara.

Murad mengangkat kepala.

Abang marah pada Ayu ke

Murad menarik nafas. Abang khuatir... takut kalau Ayu berubah!

Ayu senyum. Ayu sayangkan abang... dan Ayu tahu untuk menilai buruk dan baik. Ayu meredupkan matanya membuatkan Murad terpencil. Ayu lebih sayangkan abang daripada segala-galanya... okey!

Murad membuah segaris senyum, hambar tetapi cukup bererti buat Ayu. Baiklah... abang percaya pada Ayu!

Terima kasih bang! Ayu memejam mata.93