Buang suram di bibirmu, Chanteq.
Kamu dicintai seperti
Nil
Eiffel
Tembok China The Beatles oleh kelilingmu.
Kamu
dicintai bukan sekali.
Berkali-kali tak pernah lali.
Sajak ini akan kekal jadi bekal bertahun mendatang takkan kontang.
Cinta untuk Cinta.
Kamu dicintai seperti matahari pagi marak menyala hangat bercahaya.
Kamu
dicintai Cintaku.
Sepenuh waktu tak jemu-jemu.
23 Mei 2014
Paris Gare du Nord
Madchester Buat Aku Mad
Kesedihan lama menyerap.
Banyak silap pernah gelap nampak malap jangan harap sampah sarap.
Kesedihan lama menyerap.
Sebar kurap bodoh merayap macam kayap waras senyap otak bengap.
Kesedihan lama menyerap.
Tak mahu ulang takut tak tenang.
Kesedihan lama menyerap harap tak terus meresap.
Berapa nilai
Jasad yang relai
Jiwa pokai tak boleh pakai; seorang aku
baraiiiiiiiiiiiiiii
&(#*#%^$(
26 Mei 2014
Tren Manchester London
Saya Nak Awak Tahu
Saya nak awak tahu.
Segala resah gelisah
membarah nanah kita sama jamah.
Saya nak awak tahu.
Semua pahit perit sempit terhimpit kita kongsi sama sikit.
Saya nak awak tahu.
Takkan mengalah selagi tak rebah belum diratah nyawa parah.
Saya nak awak tahu.
Tak selamanya ada nyah-hapus future sekarang kita berdua.
Saya nak awak tahu.
Henyak dunia redah segala perah kepala gembira or derita.
Lets talk about now ketika bibir mungil merahmu meratib merintih namaku.
29 Mei 2014
Equity Point, Paddington, London