Dalam firman-Nya yang lain, Allah mengisahkan perkataan Nabi Ibrahim a.s yang bermaksud:
(iaitu) di hari harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih. Surah As-Syuara : 88-89).
Hati yang bersih adalah hati yang selamat dari syirik, dengki, iri, kikir, sombong, cinta dunia, dan gila jawatan. Ia selamat dari seluruh perosak yang menjauhkannya dari Allah, selamat dari seluruh syubhat yang menentang kebesaranNya, selamat dari seluruh syahwat yang menentang perintah-Nya, selamat dari seluruh keinginan yang bertentangan dengan maksud-Nya, serta selamat dari segala sesuatu yang memutuskannya dari Allah. Hati yang bersih ini berada dalam syurga yang disegerakan di dunia, syurga di alam barzakh, serta syurga di hari kebangkitan.
Kebersihan hati tidak akan sempurna, melainkan setelah selamat dari lima perkara, iaitu
2. Syirik, yang berlawanan dengan tauhid
3. Bidah, yang berlawanan dengan sunnah
4. Syahwat, yang bertentangan dengan perintah Allah.
5. Kelalaian, yang berlawanan dengan zikir
6. Hawa nafsu, yang bertentangan dengan kemurnian dan keikhlasan
Inilah lima penghalang yang merupakan penghalang dari Allah. Masing-masing memiliki jenis yang beraneka ragam. Bahkan, setiap jenis mempunyai anggota yang tidak terbatas.
Bersihkan Hati Dari Akhlak-akhlak Yang Tercela
MARILAH kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subahanahu Wataala dengan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan segala larangan Nya semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Nya yang soleh dan dikasihi.
Kebersihan amatlah dituntut dalam Islam. Kebersihan itu juga bukan sahaja berbentuk zahir bahkan meliputi kebersihan batin. Kebersihan batin itu ialah membersihkan jiwa dari kesan-kesan dosa dan perbuatan-perbuatan yang tercela iaitu dengan cara bertaubat dan membersihkan hati dari akhlakakhlak yang tercela seperti hasad dengki, tipu daya, berperasaan dendam, takbur, riyak, ujub, syirik dan seumpamanya.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim yang maksudnya:
Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman.
Untuk membersihkan hati, kita perlu menjauhi segala penyakit-penyakit hati. Berdasarkan hadis itu tadi Al-Imam Al-Ghazali berkata : Bahawa iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat-sifat keji dan menanamkan dalam hati segala sifat-sifat yang terpuji.
Di antara penyakit-penyakit hati yang keji itu ialah perasaan hasad dengki, sifat riyak, ujub, takbur, terlalu banyak bercakap, terlalu banyak makan, pemarah, bakhil dan kasihkan dunia.
Perlu kita ingat, musuh dalam diri manusia bukan hanya terdiri daripada kuman-kuman yang menyebabkan diri kita dijangkiti penyakit. Tetapi adalah musuh-musuh yang tidak nampak, tidak boleh dilihat oleh mata kita dan tidak dapat dilakukan dengan kajian saintifik untuk mengesannya. Allah Subhanahu Wataala telah menegaskan hal ini dalam Al-Quran AlKarim untuk memperingatkan manusia tentang musuh dalam diri manusia yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan.
Sebagaimana firman Allah s.a.w Subhanahu Wataala dalam Surah Yusuf ayat 53 yang tafsirannya:
Kerana sesungguhnya nafsu itu terlalu menyuruh kepada kejahatan.
Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia. Jika hati sudah dikuasai, sudah ditawan maka manusia tidak lagi ikut perintah Allah Subhanahu Wataala dan Rasul Nya tetapi akan mengikut apa sahaja kehendak nafsu syaitan. Nafsu syaitan mahu mencorakkan hatihati manusia dengan sifat-sifat jahat, sifat-sifat mazmumah. Bila segala sifat mazmumah sudah bertapak pada hati manusia maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa sahaja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit-penyakit hati.
Untuk itu kita mestilah mujahadah diri kita, kuatkan iman kita, kita lawan serangan nafsu dan kehendak syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk menderhakai Allah Subhanahu Wataala.
Kecekapan nafsu, persediaannya, kesungguhannya, kejahatannya dan tipu dayanya itu berpuluh-puluh kali ganda lengkapnya dari peperangan senjata. Nafsu tidak tidur atau lena untuk membuatkan kita sentiasa lalai dan leka.
Kelebihan orang yang takut kepada Allah Subhanahu Wataala insyaAllah, Allah Subhanahu Wataala akan mengurniakan petunjuk hidayah kepadanya iaitu akan mendapat pimpinan dan bimbingan daripada Allah Subhanahu Wataala sehingga ia mendapat kemudahan dalam melakukan amal ibadat. Bersifat takut kepada Allah Subhanahu Wataala ini juga menjadikan seseorang itu akan sentiasa mentaati Allah dan akan memperolehi rahmat daripadaNya.
Apabila kita nilai, kita hitung segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada para hambaNya pasti kita sebagai hambaNya tidak akan ternilai dan tidak terhitung akan kebesaran dan keagunganNya. Betapa banyak nikmat-nikmat yang Allah limpahkan kepada hamba-hambaNya. Untuk kita bersihkan batin dengan mensyukuri segala nikmat yang Allah Subhanahu Wataala berikan itu, kita hindari segala kemungkaran dan dosa. Inilah kebersihan hakiki yang bakal membawa para pelakunya keuntungan di dunia dan di akhirat.
Perlu kita jaga kebersihan zahir dan batin ini, jika zahir sahaja yang bersih namun penyakit hati masih bersarang dalam diri, maka belum sempurna kebersihan itu, mudah-mudahan segala usaha untuk membersihkan zahir dan batin itu akan mendapat rahmat daripada Allah Subhanahu Wataala dan mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan menjauhi dan menghindari segala hasutan nafsu dan syaitan daripada hamba-hambaNya yang benarbenar beriman.
Firman Allah s.w.t:
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri. ( Al Baqarah:222)
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1) Kekalkan solat dan terus berdoa sebanyak mungkin.
2) Berselawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w sekurangkuarngnya 100 X sebelum tidur, kaedah ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan dan tiada kos. Di samping terampun dosa-dosa silam, otak menjadi tenang, mudah dan murah rezeki, bertambah ramai orang yang sayangkan kita serta tercetus semua kebaikan.
3) Segerakan solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, ia dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa. Sekurang-kurangnya bacalah Qulhuwallah sebanyak 3X.
5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan kesalahan kita.
6) Bisikan kepada diri sendiri tentang perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
7) Latihan minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8) BOLEHLAH CUBA!!
9) Berpuasa - Kita boleh terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
10) Selalu ingat tentang mati kerana sekiranya seseorang itu hendak melakukan sesuatu kejahatan, dia tidak akan tergamak kerana bimbang akan mati bila-bila masa.
11) Sentiasa dalam wuduk
12) Banyak Bersedekah
13) Belanja dan raikan orang makan.
14) Awasi makanan yang haram dan syubhah.
15) Berkawan dengan ulama dan orang alim.
16) Dekati dan dampingi dengan orang miskin (menginsafi).
17) Sering nasihat orang agar menjadi baik.
Peliharalah pancaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan cerita dan dengar orang mengumpat.