KITAB XX - 30 Langkah Memikat Lelaki - 12
Tentu kamu pernah mendengar perihal cinta yang terlahir dari pandangan mata. Cinta yang wujud akibat dari pertembungan mata dua orang yang berlainan jantina. Tentu sahaja banyak kisah yang kamu dengar.

Dari pandangan matalah yang akan membuatkan jantung kamu berdegup lebih kencang. Dek kerana mata juga membuatkan kamu tidak keruan. Ada juga yang menjadi kelu lidah apabila bertentangan mata dengan si dia.

Bagaimana kamu mahu menjadikan peranan mata ini sebagai daya penarik si dia yang kamu idamkan Adakah perlu kamu mengenyitkan mata di hadapannya Sudah tentu tidak. Kamu tidak perlu lakukan begitu untuk mendapatkan cinta yang kamu impikan selama ini.

Wahai gadis, peranan mata sangat besar buat manusia. Dengan matalah kita mampu melihat, membaca, bekerja dan mengenali antara satu sama lain. Sumbangan mata kepada kehidupan kita tidak terhitung.

Dengan mata juga kamu mampu menghasilkan tautan hati dengan insan yang kamu dambakan.

Walaupun dalam masyarakat kita masih mengekalkan budaya dan jati diri Melayu yang kuat, namun tidak salah juga kamu cuba lakukan sesuatu yang lain. Asal saja kamu melebih-lebih dalam hal ini.

Ketika berbual atau berhadapan dengannya, cubalah tidak bertentang mata dengannya dahulu. Larikan pandangan matamu ke arah lain. Ini adalah untuk memperlihatkan yang kamu bernilai tinggi dan sukar dimiliki. Lelaki sukakan perempuan yang sukar dipikat. Bagi mereka, kesukaran itu adalah cabaran. Mereka akan lebih teruja mahu mendapatkan kamu.

Kemudian pada waktu lain, kamu boleh juga hiasi sekeliling matamu dengan celak atau solekan yang cantik dan bersesuaian. Kecantikan kamu akan lebih terserlah dengan hiasan ini.

Cubalah, kamu akan dapat melihat hasilnya nanti.