Mereka menunggu laporan-laporan daripada LLB 7 dan 8 yang sedang bertugas di Genting Highland. Tetapi oleh sebab cuaca tidak baik, banyak hujan dan ribut petir maka laporan-laporan yang mereka harapkan itu susah didapati.
Pada suatu malam yang kabus Dr. Lipas Putih telah datang ke situ, merayap-rayap tepi kolam air pancut yang sentiasa memancut: agaknya nak mencari makanan dan minuman.
Apa halnya datang ke mari seorang diri di tengah malam gelap-gelita ni, yang sunyi sepi ni tanya LLB C yang juga sedang merayap-rayap pada tembok kolam air pancut itu.
Ah, di sini tidak gelap-gelita seperti dalam gua saya di tepi sungai sana. Di sini ada banyak lampu, tetapi bising, ya Bagaimana kerja-kerja kamu di sekitar Jalan Tenteram tu Profesor Doktor Mentadak Mentadu ada di mana sekarang Dah lama tak jumpa beliau; rindu rasanya, ujar Dr. Lipas
Pendeta kita itu sedang berehat dalam rimbunan pokok-pokok bunga tak jauh dari sini bersama dengan rakan-rakan saya. Marilah ikut saya ke sana, sahut LLB C.
Sekarang musim tengkujuh; saya bimbang gua saya di tepi sungai sana akan kena banjir. Lagipun Masjid Jamek dekat situ, tempat saya berulang-alik mencari makanan, sudah dibaiki semula sebelum dijadikan sebuah masjid baru yang lebih besar, yang lebih indah. Sebab itulah semenjak beberapa minggu yang lalu saya sudah pindah ke sini, sebab di belakang Restoran Rakyat yang dah lama terbengkalai ini, ada warung-warung yang berjual macam-macam jenis makanan dan minuman pula tiap-tiap malam. Malangnya, benda-benda makanan dan minuman yang dijual di sana kurang baik mutunya, kurang sedap, Dr. Lipas Putih menerangkan.
Ya, musim tengkujuh sudah bermula, dan kami pun terpaksa tinggal di sini. Menurut pendapat Profesor Doktor Mentadak Mentadu, ketua dan pendeta kita itu, masa depan kita kaum serangga adalah bertambah baik, sebab manusia semakin kuat bermusuh-musuhan antara satu dengan lain. Di Filipina sekarang ada kacau-bilau. Di Korea Selatan begitu juga. Baru-baru ini berbelas-belas orang para pembesar Korea Selatan telah mati kena letupan bom jangka di Rangoon, ibu negara Burma. Marilah kita ke sana. Saya fikir Profesor Doktor Mentadak Mentadu pun ingin nak berjumpa dengan tuan doktor untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat, ujar LLB C.
Sejurus kemudian Dr. Lipas Putih pun bertemulah dengan ketua besar dan pendeta kaum serangga itu, dihadapi dengan penuh hormat oleh keenam-enam labah-labah bara yang sentiasa waspada menjaga keselamatan ketuanya.
Bila dua pendeta, dua cendekiawan atau intelek dari kaum serangga itu bertemu maka anda boleh agaklah apa yang mereka cakapkan, bincangkan, atau dalam Bahasa Malaysia Moden, apa yang didiskusi-diskusikan oleh mereka hingga kering gusi. Dr. Lipas Putih, jika dikiaskan dengan pengajian dan ilmu pengetahuan manusia, adalah pakar ilmu antropologi dan sosiologi, termasuk psikoanalisis, mahir dalam berbagai-bagai bahasa. Mereka tidak perlu melanjutkan pelajaran di negaranegara lain, sebab alam serangga adalah amat luas sehingga ke alam-alam di angkasa lepas. Malahan, mengikut ramalan majalah Mad yang diterbitkan di Madison Square, Amerika Syarikat, ada lipas-lipas yang badannya, sayap-sayapnya dan kaki-kakinya keras seperti besi waja.
Bagaimanakah kedudukan kaum kita dalam dunia moden sekarang ini, tuan profesor tanya Lipas Putih.
Saya semakin yakin bahawa masa depan kita kaum serangga bertambah baik, sebab manusia nampaknya sedang porak-peranda hidupnya. Di negara-negara yang lebih maju nampaknya manusia sedang menempuh satu zaman yang bertambah bahaya, sebab jika berlaku perang dunia yang ketiga maka akan hancur leburlah negara-negara dan bangsa-bangsa di sana. Kita kaum serangga, mudahmudahan, akan terselamat daripada malapetaka yang akan berlaku kelak. Negara-negara Islam pun nampaknya semakin kacau-bilau. Pakistan tidak stabil, Bangladesh pun dua kali lima juga. Negaranegara Arab pun apa bezanya. Iraq baru saja berdamai dengan Iran sesudah berperang bertahuntahun lamanya. Tuan hamba pun tentulah lebih mengetahui daripada hal keadaan negara-negara asing itu, sebab ilmu tuan hamba tinggi daripada pengetahuan saya.
Tersengih-sengih dan senyum-senyum kambing Dr. Lipas Putih mendengarkan pujian daripada Profesor Doktor Men tadak Mentadu.
Usia saya memanglah jauh lebih tua daripada usia tuan hamba. Dengan kata-kata peribahasa, saya ini lebih banyak sudah makan garam dan air madu daripada tuan hamba, tetapi ilmu pengetahuan tuan hamba adalah lebih banyak daripada ilmu pengetahuan saya. Hidup saya ini sudah lama terkurung dan terpisah. Sebaliknya, tuan hamba boleh terbang ke mana-mana tanpa sebarang kebimbangan, kata Dr. Lipas Putih.
Hampir setiap malam saya pergi ke Kelab Selangor untuk mencari sisa-sisa makanan dan minuman manusia, sebab Masjid Jamek dekat gua saya itu sudah dirombak untuk mendirikan masjid baru yang lebih besar dan indah. Makanan di situ tidak enak, minuman-minuman juga, jika tidak hati-hati, akan memabukkan saya, malahan akan menyebabkan saya mati cepat. Muzik di sana pun, bak kata manusia yang mengetahui, adalah lousy. Nak tengok manusia menari bolehlah tengok di sana, dan sesudah menari-nari dan mabuk maka mereka pun baliklah berdua-duaan, kata lagi Dr. Lipas Putih.
Kemudian, bila Profesor Mentadak Mentadu tidak mengulas apa-apa, Dr. Lipas Putih bertanya pula darihal laporan-laporan yang sudah disampaikan oleh LLB 7 dan 8 yang bertugas di Genting Highland.
Manusia berjudi seperti biasa juga, dan mengikut satu amaran daripada Ketua Polis Daerah Bentong maka orang ramai hendaklah jangan pergi dan balik daripada Genting Highland pada waktu jauh malam sebab perompak dan penyamun selalu ada di sepanjang jalan, ke tanah tinggi itu, pendeta besar kaum serangga itu menyatakan.
Tetapi ada satu rakaman yang elok tuan dengar, iaitu daripada hal temuramah seorang wartawan dengan seorang editor bumiputera yang hendak menerbitkan majalah bulanan baru yang dinamakan Imakara. Mahu dengarkah
Dr. Lipas Putih menggeleng-gelengkan kepalanya. Saya sudah mengetahui banyak gejala dan gelagat, idaman atau angan-angan manusia zaman moden ini, termasuk orang-orang bumiputera. Yang diingati dan dikejar oleh mereka, siang malam, bahkan dalam mimpinya juga, ialah duit, duit, duit, riburibu ringgit, malahan berjuta-juta ringgit. Biarlah tanah airnya tergadai, tanah-tanahnya terjual, kata Dr. Lipas Putih.
Kalau tidak begitu kuatnya pengaruh duit, tarikantarikan kebendaan, tentulah tidak muncul orang yang mengaku Wali Allah, tidaklah timbul cerita hantu kumkum, kisah orang bunian tidur dengan wanita yang bukan bunian hingga dapat anak, sahut Profesor Doktor Mentadak Mentadu.
Tentu akan ada lagi kisah-kisah yang lebih lucu. Tentu akan ada lagi berita-berita yang lebih menggemparkan. Walau bagaimanapun, manusia sudah lama tertarik hati dan pandangan mereka kepada kita kaum serangga. Misalnya, dalam satu berita yang saya dengar dicakapkan oleh orangorang moden zaman sekarang ialah satu berita dari London daripada hal lintah boleh digunakan untuk mengubati orang-orang sakit kerana darah mereka beku atau terlampau banyak darahnya. Tetapi ada lagi satu hal yang lebih baik saya hendak ceritakan pada tuan hamba, kata lagi Dr. Lipas Putih.
Apa dia Profesor Doktor Mentadak Mentadu, dengan wajah ingin benar hendak mendengarnya, dan Dr. Lipas Putih pun berceritalah:
Pada suatu malam, ketika saya merayap-rayap di Kelab Selangor, dalam petak yang berisi dengan beratus-ratus botol arak, macam-macam jenis arak, saya telah mendengar beberapa orang intelek bercakap-cakap daripada hal seorang pujangga atau sasterawan Inggeris, tetapi namanya saya sudah lupa, yang telah menciptakan sebuah novel atau cereka yang dinamakan Lord Of Flies atau Raja Kaum Lalat. Cereka itu telah diterbitkan dalam tahun 1956, atau 27 tahun yang lampau. Dalam tahun ini, lebih kurang tiga bulan yang lalu, telah diberitakan dari Eropah, dari bandar Stockholm, bahawa novel itu, atau tegasnya pengarang novel itu akan menerima hadiah Pulitzer Prize For Literature yang bernilai hampirhampir dua ratus ribu ringgit wang Malaysia. Apakah hal-hal Yang diceritakan dalam novel Lord Of Flies itu tentulah kita tidak tahu. Tetapi yang menjadi soal besar kepada tuan hamba, ialah akan adakah seorang pujangga di Malaysia ini kelak yang boleh menciptakan satu cereka atau satu novel ataupun satu fiksyen mengenai kaum serangga Inginlah saya hendak mendengar pendapat atau ramalan daripada tuan hamba. Cerita Sang Kancil sudah ada, Kisah-kisah Pak Kaduk, Pak Pandir, Lebai Malang dan sebagainya sudah ada. Mungkinkah satu hari nanti akan ada seorang sasterawan di Malaysia ini yang akan menceritakan daripada hal tuan hamba, darihal angkabut, atau labah-labah, darihal lebah, semut, kerengga dan lain-lain serangga
Susah sangat saya hendak menjawab pertanyaanpertanyaan seperti itu. Sebab pertama ialah kurangnya galakan-galakan atau dorongandorongan untuk para pujangga dan sasterawan negeri ini. Kalau adapun hadiah-hadiah sastera di sini terlalu kecil, malahan apa yang dinamakan Anugerah Sastera Negara itu pun hanyalah bernilai sebanyak $30,000.00 sahaja. Itu pun untuk memenanginya bukanlah mudah. Kena tapis, tapis, pilih dan pilih dengan syarat-syarat yang tertentu. Satu daripadanya ialah pemenang atau bakal pemenang anugerah itu mestilah orang yang kuat bertaqwa, yang menyokong kerajaan ...
Tetapi tuan profesor, pada suatu malam barubaru ini ketika saya merayap-rayap dalam restoran Sate Ria, tidak berapa jauh dari taman ini, saya telah mendengar beberapa orang intelek Melayu, kebanyakannya berjanggut, bermisai lebat dan berjambang panjang, berbual-bual daripada hal sebuah novel yang akan diterbitkan. Nama buku itu ialah Cengkerik Cerdik dan nama penciptanya atau pengarangnya ialah W. Pisman. Tentu hebat kisahnya, Dr. Lipas Putih bercerita.
Ganjil sangat bunyi namanya itu Orang Melayukah dia itu tanya Profesor Doktor Mentadak Mentadu.
Zaman moden, tuan profesor. Kini ada wanita Melayu yang bernama Suzanita, ada lelaki Melayu yang bernama Dinsman, Ruestum, Ibuzbazi, Sutung dan sebagainya. Yang sebenarnya nama W. Pisman hanya satu nama samaran. Orang itu, seperti yang telah diterangkan oleh seorang tukang bakar sate di restoran itu, ialah Melayu keturunan Jawa, dan nama betulnya ialah Wak Paiman, tinggal di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang kini sedang dimajukan dan dimodenkan. Wak Paiman itu bilabila dia menyambut panggilan telefon akan berkata: Pisman here, Who is sopiking Kadang-kadang dia Nak sopik, sopiklah propoli Memang aneh-aneh gelagat manusia zaman moden ini, tuan professor.
Profesor Doktor Mentadak Mentadu terbahakbahak tergelak, geli benar hatinya.
Cengkerik Cerdik . . . sedap bunyinya nama itu. Boleh menang satu-satu hadiah sasterakah pengarang buku itu Di Hong Kong sana ada orangorang berlaga cengkerik atau kelirik, bertaruhtaruhan, kata Profesor Doktor Mentadak Mentadu.
Di Hong Kong ada orang-orang bertaruh berlaga cengkerik Itu perkara kecil sangat tuan profesor. Orang-orang bijak pandai, pemimpin-pemimpin negara, tokoh-tokoh politik yang selalu berkumpul di Kelab Selangor, Kelab Tasik Perdana, Kelab Sultan Sulaiman dan lain-lain, suka bercakap darihal BMF, kata pula Dr. Lipas Putih.
BMF itu apa binatangnya, apa bendanya Satu jenis serangga jugakah Atau Best Malaysian Food Atau Best Malaysian Food for thought
Tekaan tuan profesor itu hampir-hampir kena, BMF ialah ringkasan daripada kata-kata Bumiputera Malaysia Finance, daripada hal pelaburan wang Malaysia di Hong Kong, bukan sedikit wangnya, tuan profesor, bukan seribu dua, tetapi bermiliunmiliun, biliun-biliun ringgit, tuan profesor. Mahu dengarkah kisahnya kata lagi Dr. Lipas Putih.
Duit punya fasal beta tidak mahu dengar. Itu manusia punya kelemahan. Makin banyak duit mereka maka makin banyaklah racun-racun serangga yang mereka akan buat semuanya untuk membunuh kita kaum serangga. Go to hell with money . . .