1. Masa depan klien
2. Masa depan ejen
Kedua dua masa depan ini saling berkait rapat, kalau tidak bersilang dititik kerjaya pun, ia tetap akan bersilang dititik kehidupan. Dengan kata lain, setiap daripada kita, tidak kira ejen atau klien Takaful, menginginkan masa depan yang penuh kebaikan.
Dalam konteks berTakaful, masa depan ini saling memberi dan diberi antara kedua-dua pihak, ejen dan juga klien. i)
Dipihak klien, kepercayaan diletak atas baju ejen untuk memastikan keperluan klien di masa depan terlaksana pada bila waktu memanggil. Masa depan takaful klien akan menjadi pudar dan gelap jika ejen tidak memberi khidmat bantuan, lebih rumit bila ejen hilang lenyap entah ke mana tidak respon call, sms, WhatsApp tanpa sebarang sebab munasabah. Klien akan rasa marah dan tertipu, kerana masa depan Takaful mereka terasa dipermainkan.
ii)
Manakala dipihak ejen pula, kepercayaan diletak ke atas bahu klien untuk menjaga masa depan kerjaya ejen Takaful itu sendiri. Sebagaimana klien berasa bengang dan down bila ejen mereka tak respon call, sms dan WhatsApp tanpa alasan munasabah, begitulah juga perasaan ejen bila klien tak respon call, sms dan juga WhatsApp tanpa alasan munasabah. Hal ini selalu berlaku bila ejen ingatkan klien perihal contribution, dan ingatan-ingatan sebegini ada kalanya dipandang sepi oleh klien. Mungkin klien berfikir mereka adalah raja, dan sebenarnya tidak salah mengandaikan diri sebagai raja, tapi ingat lah bahawa seraja mana pun kita, masih lagi hidup di dunia atas nama manusia yang tidak boleh lari daripada nilai dan sikap hormat menghormati.
Kedua dua i dan ii saling berkait rapat, maka ketahuilah, ramai ejen yang hilang lenyap dan pudar kerjaya Takaful mereka antara sebabnya dek kerana ii.
Jadi mengharapkan hal yang baik-baik dalam Takaful tidak datang dari hanya satu arah, ia mesti hadir dari kedua dua arah, ejen dan klien.
Klien juga perlu sedar, komitmen berTakaful kita (aku juga klien) akan memberi kesan kepada rakan-rakan klien yang lain. Bayangkan seorang ejen menjaga 10 klien, 2 orang klien sangat baik tetapi 8 lagi culas hilang senyap tanpa bicara bila dihubungi, mungkin kah sang ejen boleh bertahan dalam kerjayanya
Jadi bila ejen sudah tidak berdaya, mereka akan mencari pilihan kerjaya lain, kerana kerjaya Takaful sudah tidak mampu lagi menyuap nasi ke mulut keluarga mereka dek kerana 8 orang klien yang culas hilang senyap sunyi entah ke mana.
Apa jadi pada 2 klien yang baik tadi
Mereka akan PM aku dan memberitahu;
Saya nak tukar ejen, ejen saya hilang senyap tak respon, tak guna betul saya bayar setiap bulan tak pernah miss dia buat macam ni kat saya!