PEREMPUAN ANGGERIK - 12
MALAM meraung melolong memanggil purnama ke muka langit gelap, tetapi tidak bersambut, kecuali langit hitam bukat tanpa awan, tanpa bintang-bintang bercahaya cerah. Sebelah utara sudah mulai diusik bahana dingin, kepingkeping salji halus sesekali kasar dan besar lebar mencuricuri jatuh ke bumi. Hujan gerimis di luar.

Cuti hujung minggu, mendadak rasa rindu mencubit sukma Junaidah di Tokyo. Kebetulan dia amat berhasrat menemui penulis Malaysia (amat digemarinya), Saudara Anwar Ridhwan yang berada di Tokyo University of Foreign Studies, sebagai Profesor Pelawat Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Pun sudah lebih tiga bulan melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah tinggi di Kyoto University, dia belum sempat menjengah Tokyo, apatah lagi menziarahi Junaidah sahabatnya sejak bersekolah yang kini dimiliki seorang pegawai diplomat di Kedutaan Besar Malaysia. Dalam hati, kerana suasana RM tidak mengizinkan, dia cuma berjimat untuk shinkansen hikari yang memecut bagai peluru, selebihnya dia berasa lelah untuk membeli belah barangkali yang termampu ialah berpusingan seputar Shinjuku atau menelan air liur melihat baju-baju serba cantik terpamer di kedai-kedai daerah Ginza.

Kemudian, secara tiba-tiba, dia dihubungi Tan Sri Hasnol. Dia separuh menjerit mendengar suara romantik itu.

Saya di Tokyo. Saya amat ingin berjumpa Nurhilyati. Harap Yati tak keberatan

Tentu, saya sendiri bercadang nak ke Tokyo petang Jumaat ini. Eh, mengapa tiba-tiba di sini Nurhilyati tidak dapat menahan rasa riang. Ada juga rasa hairan dan tertanyatanya.

Tan Sri Hasnol membiayai pengajiannya sejak sekolah menengah lagi; dan kehadirannya di Kyoto University itu pun atas tajaan Yayasan Tan Sri Hasnol yang sekian lama mengutus sejumlah anak bangsa untuk menuntut di luar negara. Dan, kerana dia tidak anak yatim, Tan Sri Hasnol memberi perhatian khas, dianggap semacam bapa angkat, malahan Allahyarham Puan Sri Delilah selalu menyatakan rasa sayang. Cuma jodoh cuba diatur antara diri dengan anak bongsu Tan Sri Hasnol, Basri, kurang menjadi bertentangan apa yang dirancang manusia dengan apa yang termaktub di langit, fikirnya memujuk rasa kecewa pun dia sedar dirinya siapa. Dan, dengan reputasi bakal menantu tidak jadi dan hubungan rapat penaja dan orang yang ditaja dia berasa amat terpanggil untuk menyambut Tan Sri Hasnol yang sudah tidak ditemui lebih dua tahun.

Saya ada urus niaga di sini danerada perkara yang saya perlukan pandangan daripada Yati sebagai tokoh intelektual yang dipelihara dari awal Tan Sri Hasnol di hujung gagang ketawa resik.

Untuk uncle, any time.

Dan, malam ini dia di Tokyo. Di rumah Junaidah, merenung ke luar jendela malam yang basah. Dia berasa kesepian membalut menggigit sekujur tubuh.

Kyo-nen no fuyu wa zuibun samukatta desu ga, kotoshi wa atataka de taihen raku desu. (Tahun lepas, musim sejuknya sangat dingin, tetapi tahun ini ia agak hangat dan selesa). Junaidah masuk ke kamar tumpangan tanpa memberi amaran. Senyum meriah diberikan dan segera menepuk bahu sahabat lama.

Betulkotoshi wo kyonen hodo samuku arimasen (Betul, tahun ini tidak sesejuk tahun lepas). Nurhilyati ketawa nipis dengan penggunaan bahasa Jepun, memberi ruang untuk Junaidah duduk bersimpuh di atas futon (katil jepun tanpa kaki) menghadap ke tingkap luar yang agak rendah. Hujan semula, renyai sebelum perlahan-lahan melebat.

Sudah tiba masanya. Kita perempuan, Yati, kau lebih-lebih lagi, tiada saudara-mara.

Dia cuma mengangguk. Memang dia buntu oleh pertemuan dengan Tan Sri Hasnol itu. Sangkanya memang Tan Sri Hasnol semata-mata ingin mendengar pandangan bernas ahli akademik tentang kesusutan ekonomi yang melanda negara khususnya dan dunia amnya. Akan tetapi, di sebalik mendapat manfaat diskusi, ada maksud lebih besar tidak terjangka terlafaz dari mulut lelaki itu. Serba salah sungguh.

Junaidah memegang punggung tangan Nurhilyati. Dan dia mengelamun mengenangkan pertemuan dengan Tan Sri Hasnol di kissaten (kedai kopi Jepun) Teduhan Esok milik beliau di pinggir Shinjuku, ke timur stesen yang berpusat di Kabukicho.

Saya mahu Yati jujur, lupakan status saya sebagai tokoh korporat tanah airjangan ingatkan hubungan rapat saya dengan pemimpin-pemimpin parti dan ahli politik. Benamkan saja. Yang mesti ada dalam benak Yati, diskusi spontan, jujur, dan saya mahu dengar pandangan yang benar-benar akademik.

Nurhilyati masih membiarkan mata merayau menyeluruhi ruang kissaten Teduhan Esok. Lagu keroncong duet Nora dan Pak Hussein bergema menerawang di ufuk telinga melantun di gegendang. Memang dia telah lama mengenali kissaten sebagai cafeteria minuman atau makanan ringan yang sedikit terekor dengan gaya kedai kopi Inggeris atau Perancis. Dia juga kenal kissaten sebagai tempat pertemuan secara tida formal, ahli politik, seniman, dan ahli niaga. Baru kali ini dia mencuba. Malah, sedikit terkejut mendapat tahu Tan Sri Hasnol memiliki rangkaian kissaten Teduhan Esok yang popular di Tokyo, Sendai, Kobe, Kitakyushu, Hiroshima, dan Niigata. kissaten dicantikkan dengan hiasan dalaman ukir Melayu yang mengagumkan, bumbung Minangkabau, tangga ruang dalaman marmar gaya seni bina Melaka dan bentuk jendela Bugis menggamit kehadiran pelanggan. Hidangan di sini ialah kuih-muih Melayu dari kuih koci ke kuih tahi itik. Turut disaji hidangan Jepun paling popular seperti yakitori ke ramen serta nigirimeshi. Pada bilik-bilik tempahan khas, pelanggan mendapat privacy, berbincang apa sahaja sambil bermain majan sejenis mahjung Jepun. Kalau mahu memilih permainan congkak pun ditawarkan. Lebih disesuaikan budaya Jepun dengan Demae (perkhidmatan penghantaran) begitu popular, apatah lagi pemberian tip tidak diperlukan.

Tan Sri Hasnol menghirup teh tarik dari gelas. Nurhilyati mengetis nagasari dari piring sambil mencicip kopi o suam perlahan-lahan. Mata Tan Sri Hasnol berkaca-kaca memandangnya. Dia gelisah dari awal. Pandangan itu dirasakan bukan pandangan meminta pendapat jitu, tetapi lebih kepada pandangan yang sukar ditafsirkan. Namun, dia menyembunyikan resah dan menuang pengetahuan berkisar kemelesetan ekonomi.

Mengapa uncle risaukan kemelesetan ekonomi saja, kemelesetan akidah, kemelesetan akhlak tak banyak orang bimbang seperti ini Nurhilyati memancing. Ia mengundang senyum comel Tan Sri Hasnol. Hampir-

hampir sarjana wanita itu cair, memang dia orang tua yang muda serba serbi. Lihat sahaja lesung pipit terbenam di kedua-dua belah pipi. Lemas!

Kita mendukung penuh sistem kapitalis dan kita ditindas, mengapa masih nak pertahankan sesuatu yang menyeksa kita

Maksud Yati

Ambil sistem lain.

Sistem sosialis Sistem Islamapa Nada mendesak.

Yahudi mencipta kerangka sistem kapitalisme ini. Yahudi perkenalkan penggunaan mata wang kertas. Sebab mata wang kertaslah Yahudi boleh kuasai sesiapa yang dikehendakinya dan memperhambakan kita tanpa disedari. Jangan berlagak tidak tahu. Jenayah wang itu boleh berlaku kerana mata wang di seluruh dunia daripada kertas. Mengapa kita nak marahkan Soros atau spekulator mana pun, kita telah lama terima cara dia

Jelaskan lebih lanjut

Ini masalah piawaian mata wang. Setelah institusi khilafah jatuh pada 3 Mac 1924, kita mengambil piawaian mata wang lain. Amerika menghapuskan piawaian emas pada zaman Nixon, ini gesit sebabkan nilai tara kewangan antarabangsa kalut. Sebagai ganti, nilai duit kita ditentukan oleh duit negara lain, iaitu rakan-rakan perdagangan yang besar. Jelas, niat Amerika atau dalang Yahudi mahu menjadikan dollar sebagai piawai mata wang dunia, dengan itu ia boleh memahkotai aset antarabangsa di pasaran dan menguasai kekayaan sepenuhnya. Sistem mata wang emas hancur lupus, dan hal ini menyusahkan pengiriman wang, barangan dan golongan pekerja. Nurhilyati berhenti sejenak, menghirup kopi yang semakin sejuk. Lelaki terhormat di hadapan merenung. Renungan manja bergaul kasih yang belum disedari.

Bagaimana dengan sistem mata wang Islam

Baik, rujuk Islam, ideologi menggabungkan akidah dan permasalahan kehidupan manusia. Piawai mata wang Islam ialah emas dan peraktengok dalil-dalil pada al-Quran dan Sunnah. Wang dalam Islam mestilah dalam bentuk emas dan perak. Tidak kiralah apa namanya uqiyyah, dirham, daniq, qirath, mitsqal, dan dinar.

Tan Sri Hasnol mengangguk, seingatnya perkara ini pernah disentuh oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dalam Warkah Eropah ketika memperkatakan tentang buku Ian Dallas (nama Islam Syeikh Murabitun). Dan serasarasa inilah juga wilayah yang dianalisis oleh Nurhilyati untuk kajian M.A.

Kebaikan mata wang emas terlalu banyakaktiviti monetari tidak akan terkesan oleh tekanan luar, sehingga mengakibatkan turun naik harga barangan dan gaji. Duit emas dan perak tetap. Saudagar antarabangsa tidak gentar bersaing kerana nilai tidak berubah.

Pada Yati, mengapa sampai jadi begini

Jangan salahkan sesiapa. Semuanya kerana salah urus. Sebelum ini ada penyelewengan ekonomi tapi mengapa kita tak pernah buka mulut Nurhilyati menghirup setengah cawan kopi.

Okey, Yati cukup jujur. Terima kasihtetapi apa yang dicadangkan sebagai perubahan, terlalu besarkena bawa kepada OIC. Tan Sri Hasnol ketawa dipaksa-paksa. Dalam nurani, sedar ia sesuatu amat serius.

Betul, tapi apa guna kita pertahankan sistem yang terangterangan menganiayai kita, mengapa tidak pilih yang disarankan Allah

Dalam keadaan sistem di dunia yang amat berbeza untuk kita lakukan sesuatu yang bertentangan, bolehkah

Ya, macam kata uncle tadi, kalau-kalau OIC yang usahakan, secara blok, mungkin ia boleh berlaku. Semoga kita akan terus bertahan, tidak memanggil IMFceti segala ceti di dunia.

Perbincangan itu berlarutan beberapa lama. Kemudian Tan Sri Hasnol menemankan Nurhilyati berlegar di sekitar Lebuh Shinjuku sesak dengan kedai-kedai serbaneka. Sesak nafas kemengahan di situ, mereka mengambil angin di Shinjuku Gyoen National Gardens, dan kala itulah Tan Sri Hasnol melafazkan apa yang menjadi rusuhan hati Nurhilyati di rumah Junaidah. Lamaran di sebuah taman! Argh, bunyinya seperti romantik.

Aku tak pernah menyangka, Jun. Nurhilyati menggenggam kedua-dua belah tangan Junaidah.

Kau tak bersedia, atau apa Junaidah kuning langsat, rambut lepas, dan bermata bulat menyeluruhi wajah Nurhilyati.

Bukan. Aku jangkakan lain

Jangkaan awal, Basri anaknya Tengok-tengok yang datang bapanya Junaidah ketawa melambak.

Nurhilyati menarik muka masam; tetapi melihatkan Junaidah beriya-iya menekan perut sambil terpingkalpingkal, dia ikut gelak sama.

Kau ketawakan aku Telapak tangan Nurhilyati menyinggah bahu Junaidah. Mesra.

Bapanya pun okey juga. Sekali pandang, bukan dua tiga kali pandang pun, aku rasa bapanya jauh lebih mengkhayalkan daripada anaknyatetapi yang aku tak sanggup, Basri jadi anak tiri! Junaidah mendorong kemudian ketawa lebih hebat. Kau nakal!

Tidak, aku serius, dan aku fikir kau juga patut serius dengan perkara begini. Kau sebatang kara, elok juga kauterima dia. Kita perlukan lelaki yang baik, Yatiya, sebagai teduhan untuk keesokan hari. Esok lebih mencabar tahu Untuk cabaran itu diredahi, bukan boleh seorang diri Junaidah beralih sifat menjadi orang berjiwa yakin dan tidak segan menggalakkan.

Nurhilyati terdiam.

Berkahwin dengan lelaki berumur bertaraf Tan Sri Tentu umpat dan cemuh berkesiuran. Jangan fikirkan orang, fikirkan diri. Yati, cinta macam angka jugakalau kena sifirnya, ada jawapan yang sempurna. Junaidah menggosok belakang Nurhilyati.

Petang Ahad itu di dalam kereta api laju pulang ke Kyoto, dia tidak berkelip memandang ke luar dengan pemandangan indah membasahi mata. Hari cerah melintasi beberapa danau segar. Barangkali semua ini mendadak kejatuhan ekonomi, kesedaran kepada sistem kewangan Islam atau permintaan Allahyarham Puan Seri Delilah supaya dia menjadi pengganti amat mengejutkan. Dia juga mendadak menerima teduhan esoknya. Dia tahu kasih sayang mudah datang kalau dibaja-baja selalu, tetapi tempat berteduh sempurna belum tentu diperoleh di mana-mana.

Jari manis tersarung cincin berlian.

Syukur dalam hati tetapi sesak rasa tidak percaya dan lucu sendiri. Pergi sebagai bujangan, pulang sebagai tunangan. Orangnya pula selayak taraf bapa.

Status bapa pun bapalahini bukan sebarang bapa. Dia terngiangkan kata-kata Junaidah, lalu ketawa melayan usikan memori.

Esok ada tempat berteduh.

Dan kereta api peluru bagaikan terbang menuju destinasi.