Sebenarnya sangat sukar diterima oleh akal bahawa kita sebagai manusia boleh bertindak sekeji itu kepada anak-anak yang usianya masih relatif muda. Sungguh aneh tetapi itulah kenyataannya, kata seorang teman yang bercerita kepada saya. Bahkan jika kita perhatikan binatang yang paling liar di hutan Afrika sekalipun, tidak ada yang menyeksa anaknya.
Meskipun demikian, marilah kita mencuba untuk tidak saling menyalahkan. Marilah kita lebih berusaha untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Mari kita gali fenomena ini dan mengkajinya secara lebih ilmiah. Jika kita bercakap tentang bagaimana manusia memberi reaksi terhadap sesuatu, ertinya kita tidak lepas dari membicarakan tentang susunan dan fungsi kerja otak. Ini kerana seluruh perilaku dan gerak-geri seseorang merupakan hasil kerja otak, dan sepenuhnya dikendalikan oleh otaknya. Otak adalah pusat operasi dari setiap reaksi manusia, baik yang disedari mahupun tidak.
Mari kita tinjau lebih dalam lagi tentang otak kita. Berdasarkan susunannya, secara sederhana otak kita terbahagi kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama adalah batang otak (brainstem) , iaitu otak yang mengatur fungsi asas kehidupan. Oleh itu, bahagian ini juga disebut The Basic Instinct. Fungsi utama dari batang otak ialah mengatur sistem automatik yang ada pada tubuh, seperti suhu tubuh, degup jantung, sistem pernafasan, termasuk seluruh gerakan refleks terhadap ancaman yang biasanya diwujudkan dalam bentuk serangan atau reaksi mengelak.
Bahagian kedua otak manusia adalah otak tengah (otak korteks)2. Otak tengah mengatur fungsi memori dan sebahagian besar fungsifungsi emosi, baik positif mahupun negatif. Fungsi kerja otak tengah ini adalah sebagai alat pengesan terhadap reaksi yang diterima oleh seseorang dari pihak lain, baik yang bersifat ancaman mahupun kegembiraan.
Dan bahagian ketiga adalah otak berfikir (otak neokorteks). Otak ini menangani proses berfikir aras tinggi manusia, baik berfikir kreatif mahupun berfikir secara logik. Otak berfikir ini sesungguhnya adalah anugerah terbesar Tuhan kepada manusia kerana hanya manusialah yang memilikinya secara sempurna.
Otak berfikir ini terbahagi lagi menjadi otak kiri dan otak kanan. Otak kiri pada umumnya digunakan untuk berfikir secara logik dan otak kanan digunakan untuk berfikir secara kreatif. Dengan kemampuan otak berfikir secara kreatif inilah, manusia berhasil menciptakan peradaban yang semakin maju dari waktu ke waktu yang tidak tertandingi oleh makhluk lain di muka bumi ini. Dengan berfikir secara logik, manusia dapat menganalisis keputusan yang tepat untuk memecahkan berbagai-bagai masalah yang dihadapinya.
Makhluk lain yang tidak memiliki otak, tidak boleh berfikir kreatif sehingga jika kita perhatikan dari abad ke abad, dunia binatang tidak pernah mengalami kemajuan peradaban, bahkan pada peringkat mamalia sekalipun.
Ibu bapa dan guru yang berbahagia, lalu apa hubungannya dengan tindakan kekerasan ibu bapa kepada anaknya Begini ceritanya, mari kita bayangkan... lapis pertama otak kita adalah batang otak yang memiliki fungsi reaktif menghindar, bertahan, dan menyerang. Lapis kedua adalah otak tengah, fungsinya sebagai pengesan apakah kita akan mengaktifkan batang otak atau otak berfikir kita. Jika ternyata otak tengah mengaktifkan batang otak, reaksi yang muncul tentu serupa dengan reaksi seekor binatang reptilia. Jika otak tengah kita mengaktifkan otak berfikir, reaksi yang muncul adalah reaksi logik dan penuh hati-hati.
Setiap hari dalam setiap kejadian, otak tengah kita terus melakukan pengesanan dengan menerjemahkan apakah hal tersebut merupakan ancaman atau kesenangan. Jika kejadian tersebut bersifat ancaman dan membuatkan otak tengah tertekan, otak ini akan segera memerintahkan batang otak untuk aktif dan bertindak lebih lanjut dalam bentuk kekerasan. Namun, jika kejadian tersebut membuatkan otak tengah berasa senang, dia akan segera memerintahkan otak berfikir untuk aktif.
Perlu kita ketahui bahawa antara batang otak dan otak berfikir logik tidak pernah aktif bergandingan, melainkan satu sama lain secara berganti-ganti. Itulah sebabnya, setelah melakukan kekerasan, pasti kita akan menyesalinya. Itu bermakna, ketika anda melakukan kekerasan, anda sedang mengaktifkan batang otak dan pada ketika anda menyesal, otak yang aktif berpindah ke otak berfikir aras tinggi.
Jadi, ibu bapa yang cenderung melakukan kekerasan kepada anak, pada hakikatnya pengesan otak tengahnya cenderung mengaktifkan batang otaknya.
Ibu bapa dan guru yang berbahagia, ada dua sebab utama mengapa seseorang cenderung mengaktifkan batang otaknya dalam memberi reaksi terhadap perilaku anaknya.
1. Hal itu terjadi kerana pola didikan yang diterapkan oleh ibu bapanya dulu. Jika ibu bapa kita dulu keras terhadap kita, kita akan mempunyai kecenderungan keras terhadap anak kita. Begitu pula jika dulu ibu bapa kita sering memukul, kitapun punya kecenderungan kuat untuk memukul anak kita.
2. Cara kita menanggapi situasi akan menentukan otak mana yang akan bekerja aktif. Jika ada perilaku anak kita yang kebetulan tidak sesuai dengan keinginan kita, itu diterjemahkan sebagai suatu pertentangan, bangkangan, kenakalan atau tiada disiplin. Dengan demikian, hasil terjemahan ini akan membuat kita kesal, dan jika ini terus terjadi berulang-ulang, kitapun akan segera naik darah. Dalam keadaan ini, kita punya kecenderungan kuat untuk memacu keaktifan batang otak.
Namun, jika sikap anak yang tidak sesuai dengan keinginan kita tadi diterjemahkan sebagai sebuah komunikasi yang dilakukan oleh anak kepada ibu bapa bahawa cara mendidik yang diterapkan tidak sesuai dengan dirinya, secara peribadi anda tidak perlu kesal. Sebaliknya, andapun akan mencuba membetulkan atau menilai diri agar boleh berbuat lebih baik.
Ibu bapa dan guru yang berbahagia, lalu bagaimana penyelesaiannya Mari kita bicara sedikit mengenai penyelesaian untuk pola didikan ibu bapa kita pada masa lalu. Saya dulu juga pernah mengalami cara mendidik yang kurang sesuai dengan diri saya secara peribadi. Marilah insafi dan maafkan ibu bapa kita agar kita tidak meneruskan tradisi ini kepada anak kita.
Sejak dahulu tidak pernah ada sekolah tentang cara menjadi ibu bapa yang baik dan mungkin dahulu ibu bapa kita juga mengalami kekerasan yang sama dari ibu bapanya dan tidak pernah ada yang memberitahu kepada mereka penyelesaiannya seperti kita saat ini. Ibu bapa dan guru yang berbahagia, jika bukan kita, lalu siapa lagi yang akan menghentikan tradisi turun-temurun ini
Nah... sekarang mari berbicara tentang cara berhadapan dengan sikap negatif anak kita.
Pernah datang kepada saya seorang bapa yang mengaku putus asa terhadap sikap anaknya dan dia sudah mulai menggunakan cara kekerasan untuk mengendalikannya. Namun, ternyata sikapnya semakin menjadi-jadi. Wah, dalam hati saya tersenyum. Kalau ini sepertinya reptilia besar sedang berhadapan dan bertarung dengan reptilia yang lebih kecil tetapi sama kerasnya.
Lalu, saya ceritakan hasil sebuah kajian tentang ciri-ciri umum perilaku anak kepada si bapa tadi. Saya jelaskan bahawa sesungguhnya setiap anak punya sikap berbeza antara satu dengan lain dan boleh dikategorikan ke dalam beberapa kelompok.
Ternyata, setiap perangai anak yang ditunjukkan kepada kita sesungguhnya merupakan petunjuk dari Tuhan yang berhubungan dengan keunggulan dirinya, kecerdasan yang dimilikinya, kemahirannya, dan peluang kejayaan yang dicapai pada masa depan.
Wow! Sungguh terkejut bapa ini mendengar penjelasan dari saya. Bahkan saya ingat betul dia sempat mengaitkan penjelasan saya dengan perintah Tuhan yang lebih kurang berbunyi, Bahawa sesungguhnya Tuhan tiada pernah menciptakan sesuatu secara sia-
sia.
Sungguh, saya sudah mempelajari dan memperhatikan setiap hari kelakuan anak-anak saya. Ternyata salah satu kelakuan anak yang dikeluhkan oleh bapa tadi juga dimiliki oleh anak saya. Ketika anak saya berusia dua tahun, ia juga berperangai sama dengan anak si bapa tadi, keras, tidak mahu kalah, suka memaksa, suka mengarah, bahkan kita ibu bapanya pun terkadang sering diberi arahan. Dia tidak sabar, ingin segera, suka memukul, tangisannya sangat keras, tidak boleh duduk diam, selalu melompat ke sana-ke-mari dan sebagainya. Begitulah saya katakan ciri kelompok kedua dari Perilaku Umum Anak.
Sebenarnya ada apakah di sebalik semua kelakuan yang sering kali kita konotasikan sebagai sesuatu yang negatif
Ibu bapa dan guru yang berbahagia, sebenarnya melalui kelakuannya tadi, anak saya dan anak si bapa tadi sedang menceritakan sebuah deskripsi masa depannya, yang lebih kurang begini isinya:
Papa, aku ini seorang yang berpendirian teguh, aku adalah seorang pembuat keputusan terhadap masalah yang sukar, aku adalah jenis pemimpin, dan kelak aku memiliki anak buah yang banyak untuk diuruskan. Kemahuanku keras dan aku cenderung memaksa dan kelak hampir semua rencana yang aku buat membuahkan hasil yang gemilang. Aku tidak suka diancam, jika aku menganggap langkahku tepat maka aku tidak takut menghadapi sesiapapun. Aku memang lincah dan banyak bergerak, kelak aku akan sanggup menangani berbagai-bagai macam masalah dengan lincah dan sedia dalam waktu yang singkat.
Papa ... tolong janganlah suka memaksa aku. Cubalah ajak aku berdialog atau berunding tetapi jangan kau bohongi aku kerana aku suka orang yang konsisten dan menepati janji. Jika tidak, aku akan menagih janjimu sampai bila-bila pun. Aku akan menuruti segala permintaanmu asalkan alasannya masuk akal kerana aku memang memiliki kekuatan logik dan tidak mudah ditipu. Aku ingin cepat dan tidak suka ditunda-tunda kerana kelak aku akan menyelesaikan semua pekerjaan dengan segera, lebih cepat dari sasaran yang ditetapkan.
Bukankah semua itu adalah ciri-ciri seorang pemimpin yang luar biasa Ya, seorang pemimpin besar mempunya ciri-ciri yang sudah boleh dibaca sejak usia kecil. Sungguh sayang sekali jika calon pemimpin masa depan ini mengalami tindakan kekerasan dari ibu bapanya kerana kelakuan yang dimilikinya.
Ibu bapa dan guru yang berbahagia, mulai hari ini marilah kita lebih banyak belajar bagaimana menterjemahkan sikap anak-anak kita yang selama ini kita anggap sebagai sesuatu yang negatif agar kita boleh mendidik pemimpin masa depan kita dengan lebih baik.
Antara batang otak dan otak berfikir logik tidak pernah aktif bergandingan, melainkan satu sama
lain secara berganti-ganti. Itulah sebabnya, setelah
melakukan tindakan kekerasan, pasti kita akan
menyesalinya.