Aliff terduduk lemah. Kakak Bisiknya dengan airmata bercucuran. Segalanya semakin jelas. Itukah sebabnya kenapa dia sering sakit kepala dan bermimpi tentang air Ini kerana dia hampir-hampir mati lemas angkara lelaki itu dan orang-orangnya. Semuanya gara-gara dirinya yang terlalu ikutkan darah mudanya yang meruap. Pasti kepalanya terhantuk pada sesuatu sehingga membuatkan dia lupa tentang banyak perkara. Dia lupa pada namanya, lupa pada asal usulnya dan lupa pada arwah ayah dan ibunya. Malah dia juga lupa pada kakak kandungnya sendiri.
Apa yang dah Naufal lakukan pada hidup kakak selama ini Kenapa kita mesti dipertemukan dalam keadaan begini Kenapa Bisiknya dengan perasaan sebak. Wajahnya diraup dengan kedua-dua tapak tangannya.
Naufal.suara itu memanggil lemah.
Aliff tersentak. Pandangannya segera dilarikan ke arah Danira. Entah sejak bila, gadis itu membuka mata dan memandangnya.
Ini Naufal adik kakak kan Tanya Danira lemah.
Aliff terkaku. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakannya. Hendak mengiya atau menidakkan, kedua-duanya tidak mampu diluahkan. Perasaan bersalah kini menyerangnya. Dia benar-benar berdosa pada gadis itu. Danira terseksa dan hampir mati hari ini kerananya. Begitu juga dengan enam tahun yang lalu. Dia hanya membawa nasib malang kepada kakaknya sendiri.
Nira Daun pintu dikuak kasar. Kamila terkejut melihat Danira yang sudah sedar diri. Melihat kehadiran Kamila, Aliff cepat-cepat menyeka air matanya. Dia segera melangkah keluar dari bilik itu secepat kilat. Danira hanya mampu memerhati tanpa ada kudrat untuk menghalang pemergian anak muda itu.
Melihat Aliff tergesa-gesa beredar, wajah Kamila berkerut sedikit. Kenapa Aliff di sini Soal Kamila ingin tahu. Dia sempat memandang wajah anak muda itu yang kelihatan keruh.
Dia cuma nak tengok keadaan Nira kak. Jelas Danira berdalih. Dia cuba bangun dari pembaringan. Badannya terasa sengal-sengal. Kepalanya turut sakit namun dia tetap memaksa diri. Kamila segera membantu mengemaskan posisi anak gadis itu. Kerusi di birai katil ditarik lalu diduduki.
Nira macam mana sekarang Ada rasa okey sikit Soal Kamila bimbang.
Danira hanya menggeleng. Nira tak apa-apa Kak Mila. Luka Nira ni tak teruk mana pun. Dia tersenyum hambar.
Tak teruk Nira kata Seluruh badan tu lebam-lebam, masih tak teruk Mujur tak ada pendarahan dalaman. Menggeleng Kamila mendengar jawapan anak gadis itu. Dia masih gerun memikirkan apa yang berlaku petang tadi. Hampir mahu luruh jantungnya melihat Danira dan Aliff dipukul lelaki-lelaki bertubuh besar tidak jauh dari taskanya. Mujurlah ramai anak-anak taska itu sudah pulang, jika tidak, tentu susah dia mahu menjelaskannya pada ibu bapa anak-anak jagaannya tentang kejadian itu.
******
Danira terdiam. Sesekali dia mendesis rasa ngilu apabila banyak bergerak. Bibirnya pedih dan kakinya terasa kebas. Kepalanya masih terasa pening. Kamila menatap anak gadis itu dengan wajah simpati.
Sebenarnya apa dah berlaku ni Nira Banyak sungguh benda-benda yang tak baik berlaku pada Nira semenjak dua menjak ni. Mula-mula kejadian pecah masuk, lepas tu ini pulak yang berlaku. Kakak bimbanglah Nira. Siapa mereka tu Mereka tu nak apa sebenarnya Soal Kamila bertalu-talu.
Danira terdiam. Dia sendiri tidak tahu apa-apa. Lagipun dia bukannya anak orang kaya atau anak jutawan. Dia hanya anak yatim piatu yang tidak punya apa-apa.
Jangan-jangan mereka mahukan sesuatu dari Nira tak Duga Kamila.
Danira menarik nafas panjang. Cuma ada seorang yang boleh menjelaskannya padanya tentang apa yang telah berlaku. Dan orang itu adalah Cobe. Lelaki itu pasti tahu sesuatu.
Aliff tak apa-apa kan kak Tanyanya tanpa disedari. Hatinya lebih risau dengan keadaan Aliff. Dia nampak jelas wajah anak muda itu lebam-lebam sebentar tadi.
Dia tak apa-apa. Kasihan dia tunggu Nira seharian di hospital. Kalau bukan sebab Filman yang gesa dia dapatkan rawatan, dia masih tercegat aje kat luar. Keluh Kamila.
Danira terdiam. Wajah Aliff terbayang-bayang di ruang matanya. Malah air jernih yang bergenang di kelopak mata anak muda itu menguatkan lagi sangkaannya. Memang Aliff dan Naufal orang yang sama. Kini dia yakin anak muda itu benar-benar Naufal, adiknya yang dicari-cari selama ini. Tapi bagaimana Naufal boleh menjadi Aliff, adik kepada Filman Itu yang gagal difahaminya.
Nira, Zulbhan ada datang bercakap-cakap dengan Aliff tadi.
bersambung
Bab akan datang:
Bagaimana Danira ingin menjelaskan kesemuanya pada mereka tentang apa yang terjadi selama ini terutamanya mengenai Aliff