A great thing about tulis kat note sini sebab inspirasi aku berbunga dan menghijau depan mata. Orang nampak ribut dan lebur, chaos dan mangkuk hayun, swing satu kali tepat kat realiti.
Padan muka.
Ha
Ha
Ha
Aku nak gelak ke lagi
So much stuff to say, yang kadang-kadang buat aku nak menangis.
Aku nak muntah ikut mana
Agaknya sebab tu kadang-kadang aku cuba melodikan tapi jahanam bila aku tak tahu apa cara memelodikan perasaan aku. Jadi terjemahan apa yang aku rasa cuma boleh
aku keluarkan dalam bentuk gerak badan.
Pah. Puh. Poh.
Pagi ni bukan revenge atau apa-apa.
Ironik Tidak.
Cuma satu perasaan euforia dan kerinduan yang amat sangat, keluar dalam bentuk djvu; pernah rasa dan akan meninggalkan.
Di meja tadi aku cuma nak cakap yang aku sayang semua ini,
Mahu text orang-orang tua sendiri, mahu cakap chenta sama kawan sendiri,
mahu pergi harung dunia, bawak balik sekarung guni harta dan melamar kamu dan menendang bontot keresahan yang jadi parasit dalam diri kau.
Ah.
Aku ada perangai hopeful macam ni bila aku rasa happy.
Kena tipu dengan hormon mungkin.
Tapi biarlah.
Asalkan hormon ini berjaya mendadahkan aku, supaya dapat bertarung hari-hari esok tanpa rasa sakit.
Kerana aku mahu jadi champion dan berada tepat pada masanya untuk semua orang.
Kita cuba.
Kerana aku manusia.
Kita adalah makhluk yang ada hobi hopeful dan yang suka menggembirakan.
Jadi gembiralah.
Daripada kita digantung tekanan dan bunuh diri.