Tapi Kak Mila..
Jangan bertapi-tapi lagi, lepas ni Nira tak boleh tinggal lagi di taska tu seorang diri. Kakak akan ikhtiarkan tempat tinggal lain untuk Nira. Pintas Kamila.
Danira hanya mampu mengeluh. Dia tahu tidak ada gunanya dia membantah jika Kamila kelihatan bertegas dengan keputusannya.
Oh ya ada satu hal lagi. Wajah Kamila bertukar muram. Danira terpisat-pisat menanti wanita itu meneruskan kata-katanya.
Fasal Filman.
Wajah Danira berkerut. Kenapa dengan Filman
Maafkan kakak Nira. Filman dah tahu fasal Nira. Kakak terpaksa beritahu semua perihal Nira pada dia. Kamila kelihatan serba-salah.
Danira terkedu. Kata-kata Kamila bagaikan selumbar yang melekat di hatinya. Meski ia kecil namun ia tetap menyakitkan. Kini Filman sudah tahu segala-gala tentang dirinya. Dia tidak berani langsung membayangkan reaksi lelaki itu.
Nira marah kakak Tanya Kamila sedikit gelisah.
Danira menggeleng lantas tersenyum. Tak apalah Kak Mila, Nira tak kisah. Mungkin lepas ni Nira terpaksa berhenti kerja. Filman tak mungkin suka kalau dia tahu bekas banduan yang menjaga anaknya. Tak mengapa, Nira redha kak.
Kamila tiba-tiba sebak. Masa Kak Mila beritahu dia, Filman memang nampak terkejut. Dia terus tinggalkan wad ni sebaik dia dapat tahu. Kakak cuba jelaskan pada dia baik-baik akan situasi Nira, tapi nampaknya dia diam sahaja. Maafkan kakak Nira. Kakak tahu selama ini Nira sukakan Filman. Kalau dia juga sukakan Nira dia sepatutnya boleh faham dan boleh terima keadaan Nira. Tapi Kak Mila rupa-rupanya silap fasal Filman. Ujar wanita itu sedikit kesal.
Danira terdiam. Hatinya luluh mendengar kata-kata Kamila. Ternyata Filman tak mampu menerima berita seperti ini. Mungkin pada ketika ini, Filman benar-benar membencinya. Mungkin ada baiknya dia pergi sahaja dari taska Kamila dan cuba memulakan hidup baru tanpa kehadiran Kamila. Juga tanpa kehadiran Filman dan Melia dalam hidupnya. Tapi bagaimana dengan Naufal Dia tak boleh hidup tanpa Naufal. Tapi jika benar Aliff adalah Naufalnya, maka dia juga takkan mampu lari dari Filman.
Filman memandu laju tanpa hala tujuan sepanjang malam itu. Setelah puas meredah jalan-jalan yang masih hidup sekitar pukul 1 pagi, akhirnya dia berhenti di hadapan deretan kedai-kedai yang masih meriah dengan pengunjung. Di dalam perut keretanya dia termenung panjang. Fikirannya sedang cuba mencerna semula kata-kata Kamila yang mengejutkan. Yang membuatkan separuh dari dirinya sukar mahu mempercayai apa yang didengarnya.
Danira bekas banduan. Gadis itu adalah pesalah hukuman yang baru sahaja dibebaskan dari penjara. Siapa sangka wajah lembut bertudung itu adalah bekas banduan
Dia menarik nafas panjang, Cuba mencari secarik kekuatan, namun seluruh hatinya kebingungan dalam mencari kebenaran kata-kata Kamila. Sungguh kali ini dia tidak mampu berfikir secara waras, Kerana itu dia bergegas meninggalkan kawasan hospital itu.
Kalau Fil ambil berat fasal dia, Fil sepatutnya boleh terima perkara ni. Kak Mila percaya Danira tak bersalah. Dia tak mungkin buat perkara macam tu. Kata-kata Kamila tiba-tiba sahaja tergiang-giang di fikirannya.
Danira gadis yang baik Fil. Walaupun Kak Mila baru kenal dia, tapi Kak Mila percaya Danira bukan gadis jahat. Dia cuma mangsa keadaan.
Filman meraup wajah. Berulangkali dia mendengar Kamila cuba menyakinkannya. Bukan dia tidak percaya, hanya dia belum bersedia untuk menerima berita seperti ini. Itukah sebabnya Danira diekori lelaki-lelaki yang tak dikenali tempoh hari Apakah itu juga sebabnya kenapa semua perkara-perkara buruk ini berlaku pada anak gadis itu Permusuhan apakah yang berlaku antara Danira dengan lelaki-lelaki tak dikenali itu Semua pertanyaan itu mengalir bagai air lalu, namun tidak ada satu pun yang terjawab.
******
Berjam-jam lamanya dia mengikuti kereta berwarna gelap itu. Apabila lelaki-lelaki itu singgah minum di sebuah warung mamak, dia sabar menanti di dalam perut keretanya sendiri. Sebaik kereta itu bergerak semula, dia akan terus memacu kenderaannya ke jalan utama. Kereta itu diekori sejak dari taska Sissy Kindergarden lagi. Dia benar-benar ingin tahu apa kaitan lelaki-lelaki di dalam kereta itu dengan Danira.
Tiba-tiba kereta itu berhenti di hadapan sebuah kelab malam yang diberi nama The Polka Dots. Dua lelaki keluar dari dalam perut kereta tersebut, lalu menghilang ke dalam kelab malam itu. Wajah Joshua berkerut. Dia teragak-agak sama ada mahu menunggu atau turut mengekori lelaki-lelaki itu. Setelah mencongak seketika, akhirnya Joshua keluar dari keretanya lalu menyeberang jalan menuju ke arah bangunan yang bergemerlapan di hadapannya.
bersambung
Bab akan datang:
Apa yang cuba Joshua siasat tentang dua lelaki yang tidak dia kenali itu