Mencari Kiblat Cinta - 122
Sebaik dia melangkah masuk ke dalam kelab malam itu, bunyi muzik yang amat membingitkan menerjah ke corong telinganya. Dia cuba mengesan kelibat lelaki-lelaki yang diekorinya, namun gagal. Kakinya terus dihayun ke arah bilik-bilik khas di kelab malam itu. Namun tiba-tiba tengkuknya dihentam satu benda keras. Joshua terpanar. Kepalanya berbinar-binar. Tanpa sebarang amaran, tubuhnya melayang!

Matanya terpisat-pisat cuba dibuka. Namun cahaya terang yang terperosok ke dalam retina matanya menyukarkan pandangan. Dia mengambil masa yang agak lama untuk membiasakan dirinya dengan cahaya yang agak terang di hadapannya. Setelah beberapa ketika, barulah dia sedar cahaya itu berasal dari mentol lampu yang sedang dihala tepat ke wajahnya dari jarak dekat.

Dia cuba menggerakkan tubuhnya, namun ianya mustahil dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat. Puas dia cuba mengingatkan apa sebenarnya yang sedang berlaku sejurus selepas dia berada di kelab malam tadi. Apa yang jelas di fikirannya, kepalanya dipukul dengan suatu objek keras sehingga dia pengsan tidak sedarkan diri. Dan kini dia berada di sebuah gudang kosong, entah di mana dalam keadaan tangannya terikat pada kerusi yang didudukinya.

Joshua meronta-ronta, cuba melonggarkan ikatan tangannya yang agak ketat. Puas dia mencuba namun ia tidak berhasil seperti dirancang. Sebaliknya kulit tangannya pula yang kemerahan dan terasa perit. Dia memandang persekitaran gudang itu yang kelihatan kosong.

Belum sempat dia berfikir panjang, telinganya mendengar bunyi derap sepatu melangkah masuk. Dia berpaling. Muncul beberapa orang lelaki yang tidak dikenali dari pintu masuk gudang tersebut. Nafasnya ditarik gusar. Jauh di sudut hati, dia gementar dengan kemunculan lelaki-lelaki itu yang pastinya bukan tergolong orang yang baik.

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dan berambut pendek yang sengaja diwarnakan putih, mendekatinya. Gaya lelaki itu seperti ketua di kalangan lelaki-lelaki yang lain. Ketika wajah lelaki itu menghala rapat ke arahnya, ketika itulah dia perasan ada tato berbentuk kepala naga di bahu kiri lelaki itu yang hanya mengenakan t-shirt tanpa lengan dan menyerlahkan otot-ototnya yang besar dan kekar.

Siapa kau Kenapa kau ekori kami Pertanyaan itu meletus di bibir lelaki itu. Wajah lelaki itu kelihatan tenang. Langsung tidak ada riak-riak marah terpapar di wajah itu.

Kau pula siapa Kenapa kau awasi Danira Soal Joshua pula teragak-agak. Dia cuba memperjudikan nama Danira kali ini.

Nama Danira yang meletus di bibir Joshua membuatkan lelaki bertatoo itu terdiam sejenak. Dia berpaling ke arah orang-orangnya. Salah seorang dari lelaki-lelaki itu menghampiri lelaki bertatoo itu lalu membisikkan sesuatu. Wajah lelaki bertatoo itu segera berubah. Pantas anak matanya menukas tajam ke arah Joshua.

Menyedari dirinya direnung sebegitu rupa, Joshua jadi gementar. Wajah tenang lelaki itu kini berubah dalam sekelip mata, membuatkan dia menelan liurnya berkali-kali.

Kau Joshua Lee Tanya lelaki itu dengan suara meninggi.

Dahi Joshua berkerut. Jarang mendengar orang menyebut nama penuhnya begitu. Separuh dari hatinya mula merasa sangsi.

Aku dah beri amaran pada kau dulu agar jangan masuk campur sebarang hal berkaitan dengan Danira lagi. Tugas kau membebaskan dia dah selesai. Ujar lelaki itu.

Joshua tersentap. Kata-kata lelaki itu membuatkan dia terfikir sesuatu. Bulat matanya menjamah wajah lelaki itu.

Kau orangnya bukan Soal Joshua.

Mata lelaki itu mengecil.

Kau yang hubungi aku tempohari. Memang kau bukan Teka Joshua. Dia masih ingat dengan jelas suara lelaki di dalam telefon itu. Suara yang memintanya membebaskan Danira secepat yang mungkin. Malah lelaki itu juga yang menyediakan kedua-dua saksi itu serta rakaman video di tempat kejadian.

Lelaki itu ketawa kecil. Matanya menjamah tepat ke wajah Joshua. Renungannya tidak berkelip. Kau memang suka menyoal. Itu sebabnya kau dapat habuan kau.

Joshua tersentak. Kau juga yang pukul aku tempohari! Dia mengetap bibir. Geram mengingatkan lelaki-lelaki yang memukulnya di hadapan pejabatnya malam itu sehingga dia terlantar di hospital hampir dua minggu lamanya.

Kalau kau tak cuba selongkar hal ni lebih dalam, tentu kami takkan apa-apakan kau encik peguam. Ujar lelaki bertatoo itu dengan wajah serius.

******

Joshua mendengus kasar. Untuk apa kau bebaskan Danira kalau kau berniat mahu mencederakan dia Marahnya memuncak entah kenapa. Hampir dia lupa sebentar di mana dia berada dan dengan siapa dia berada.

Aku takkan cederakan Danira kalau itu yang kau maksudkan.

Bagaimana dengan orang-orang yang menceroboh masuk ke taska itu tempoh hari Soal Joshua.

Bukan orang-orang aku.

Habis siapa mereka semua Apa mereka mahu dengan Danira Apa yang kamu semua mahukan Bertalu-talu soalan itu keluar dari bibir Joshua.

Lelaki bertatoo itu tidak menjawab. Sebaliknya pandangannya terperosok jauh ke wajah Joshua yang merah padam.

bersambung

Bab akan datang :

Adakah lelaki itu akan menceritakan apa yang mereka mahukan kepada Joshua