Macam mana kalau aku kena tipu
Dan sebelum ni aku salah baca tanda-tanda yang ada depan mata
Teringat Hachiko, seekor anjing bodoh yang tunggu tuan dia kat tempat yang sama sampai mati.
Aku selalu berada dalam situasi tu, dan aku tak pernah kisah pun.
Dan kali ni aku tercium satu benda menakutkan.
Bagaimana kalau situasi kali ni adalah apa yang aku jangkakan Penipuan paling epik dalam hidup aku, dan kesakitan yang sia-sia
Ah, tak. Tak sia-sia.
Bila aku campak jiwa aku, aku tahu benda tu tak sia-sia. Datang 1000 orang yang aku sayang, tikam dan cincang aku sampai lumat, sampai jadi pasir, sebab aku tahu, aku buat benda yang betul.
Dan sekarang ni cuma kau seorang saja yang aku rasa akan menipu macam ni,
Aku sentiasa merasakan yang tu.
Kalau. Kalau. Kalau.
Aku dah bersedia agaknya.
Tak. Aku dah bersedia. Tak ada agak.
Bila benda yang diteka ni betul-betul jadi, aku cuma nak rekod perasaan tu, gulung dalam perasaan, bakar, hisap, dan hembus kembali.
Jadilah luka yang aku tunggu-tunggu, teman yang aku harap-harap kepulangannya; kesakitan.
Tipu, tipulah aku. 1000 kesayangan hati aku.
Aku gubah, cantum, cerai, sambung. Dan jadikan semuanya magnum opus aku, seperti mana kehidupan mahu dari aku, projeksi kesakitan kepada layar-layar hidup aku sendiri.
Nak sakitkan aku
Ini bukan sekali.
Dan setiap darinya, aku jemput datang.
Mari. Kesakitan.
Aku adalah si masochist kesakitan sejati.
Mungkin.