Mencari Kiblat Cinta - 123
Mereka semua mahukan sesuatu. Dan mereka sangka benda itu ada pada Danira. Kerana itu dia diekori. Jelas lelaki itu.

Apa benda yang mereka mahukan Dahi Joshua berkerut seribu,

Lelaki bertatoo itu tersenyum lebar. Kalau aku jelaskan segala-galanya pada kau, mungkin aku terpaksa bunuh kau. Kau akan terlibat jauh dalam sesuatu yang amat besar yang tidak kau sangkakan. Danira sekarang berada di tengah-tengah bahaya yang boleh meragut nyawanya. Kalau kau benar-benar ambil berat tentang dia, kau boleh bantu aku dapatkan benda tu. Dan aku janji keselamatan Danira akan terjamin.

Joshua termenung panjang. Tawaran itu kedengaran menarik, namun tetap menyimpan kegerunan tersendiri. Hatinya masih ragu-ragu, haruskah dia mempercayai lelaki itu dan meletakkan nyawa Danira di tangan lelaki itu

Siapa kau sebenarnya Dan kenapa kau bantu aku bebaskan Danira

Lelaki itu membisu.

Kau tahu bukan Danira yang bunuh lelaki itu bukan Soal Joshua lagi.

Lelaki bertatoo itu memandangnya dengan tatapan mata yang cukup serius.

Aku tak tahu siapa kau dan apa hubungan kau dengan Danira. Tapi kalau kau boleh bantu dia dulu, tolong bantu dia sekali lagi dan buktikan bahawa dia tidak bersalah. Tolong aku cari pembunuhnya. Rayu Joshua.

Lelaki itu hanya berdiam diri. Dengusannya jelas kedengaran tapi bukan bernada marah. Bukankah dia sudah bebas Dia sudah terbukti tidak bersalah. Apa lagi yang belum cukup

Tapi yang mati itu kawan aku. Aku perlu tahu siapa yang membunuhnya dan apakah sebabnya. Sekurang-kurangnya aku boleh membantu keluarganya yang masih hidup dengan mencari pembunuh anaknya. Jelas Joshua.

Cobe tidak menjawab. Pandangannya dilempar ke arah orang-orangnya yang saling berpandangan sesama sendiri. Permintaan Joshua sukar mahu ditunaikan kali ini. Dia tidak mahu menanggung akibat yang cukup besar dengan mendedahkan segala-galanya pada lelaki itu. Belum masanya lagi! Pujuk hatinya seraya mengerling Tim yang turut memandangnya.

Aku mungkin akan beritahu kau siapa pembunuh sebenarnya, jika kau bantu aku cari benda yang mereka mahukan. Cobe kini bermain tarik tali.

Wajah Joshua berkerut. Apa dia

Snowman.

Snowman Kerut di dahu Joshua semakin melebar.

Tim merenung Cobe yang kelihatan cukup tenang melafazkan perkataan itu. Benarkah Cobe mahu mendedahkan segala-galanya pada peguam itu Entah kenapa Tim berat hati mahu menyetujui keputusan Cobe kali ini. Risiko ini terlalu bahaya buat mereka semua.

NAJLA membuka pintu besar mahu keluar berjoging seawal pagi itu. Entah sejak bila, dia semakin rajin berjogging. Dia cuba mengintai kelibat orang-orang di rumahnya, namun ruang tamu yang kelihatan sunyi membuatkan dia tertanya-tanya. Telinganya sempat mendengar celoteh ibunya dengan Mak Mah di dapur. Kedua-duanya sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi. Ayahnya pula masih berehat di biliknya. Sejak lelaki itu pulang dari hospital beberapa hari yang lalu, ayahnya lebih banyak berkurung di dalam biliknya sahaja.

Ketika dia melewati perkarangan garaj, matanya tiba-tiba terpandang sesuatu. Kereta Naza Rio milik Aliff terletak elok di parkir tersedia. Bila Aliff balik Najla tertanya-tanya sendiri. Tadi sewaktu dia mengetuk pintu bilik Aliff, lelaki itu diam sahaja. Dia menyangka Aliff tidak ada di biliknya, apatah lagi dia dan ibunya menunggu Aliff dan Filman pulang sehingga jam 2 pagi. Setelah jarum jam masuk pukul 2.30, ibunya sudah menyerah kalah. Dia pula tertidur begitu sahaja di atas sofa sehingga pukul 4 pagi. Apabila dia menjenguk keluar, petak garaj masih kosong menandakan kedua-duanya masih belum pulang.

Najla segera menghampiri kereta di hadapannya. Apabila dia menjenguk ke dalam, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Aliff sedang bersandar di tempat duduk pemandu dengan mata terpejam rapat. Cermin kereta itu segera diketuk bertalu-talu. Namun tubuh Aliff langsung tidak berganjak. Wajah Najla bertukar cemas.

Aliffbangun! Jerit Najla sedikit gusar. Namun tidak ada tanda-tanda anak muda itu tersedar. Najla segera berlari ke dalam rumah lalu memanggil ayah dan ibunya. Terkocoh-kocoh Tengku Amar keluar dari biliknya lalu melangkah ke arah petak garaj. Tengku Saida, Najla dan Mak Mah menurut dari belakang.

Ketika itu juga kereta Filman masuk ke perkarangan rumah. Melihat kelibat ramai berkerumun di kereta Aliff, wajah Filman segera berkerut. Dia cepat-cepat keluar dari keretanya lalu meluru ke arah ayah dan ibunya.

Kenapa ni ayah Tanya Filman bimbang.

******

Tengku Amar tidak menjawab sebaliknya terus mengetuk-getuk cermin kereta anaknya. Wajahnya cemas membayangkan kerisauan.

Naj kata Aliff tidur dalam kereta. Tapi dia tak bangun-bangun bila Naj panggil. jelas Tengku Saida turut cemas. Filman menoleh ke arah Najla.

Naj tahu kat mana Aliff simpan kunci pendua kereta dia Soal Filman.

Err..mungkin dalam laci bilik dia. Nanti Naj cari. Anak gadis itu segera meluru masuk lalu menghilangkan diri. Sebentar kemudian, Najla keluar semula lalu menyerahkan kunci kereta itu pada Filman.

bersambung

Bab akan datang :

Apa yang terjadi dengan Aliff