Aku berangan nak jadi Si Gemok,
yang tiap-tiap harinya cuma makan, makan, makan, makan dan makan.
Nampak makanan dan makan lagi.
Nampak lauk, dia libas dua pinggan.
Tiga pinggan, Habis.
Ayam goreng.
Cendawan goreng.
Belut goreng.
Tempe goreng.
Burger.
Steak.
Fries.
Semuanya menggila, masuk dalam satu pinggan.
Hadap masuk mulut.
Masuk dalam perut.
Tak puas, ambil lagi. Si Gemok tu,
aku nak jadi dia,
yang bakal mati 10 tahun lagi kerana Diabetes, Kencing Manis, Darah Tinggi, sakit jantung, Leukimia, Denggi, Taun dan segala jadah semuanya yang dipanggil penyakit.
Sebab bila dia terbaring, mampos keras.
Dia baring kat peha seorang perempuan gemuk, yang ada dengan dia.
Enjoy setiap makanan yang dia enjoy.
Kongsi setiap makanan yang dia makan.
Hirup apa yang dia hirup. Pinggan dan cawan yang tak pernah berbeza.
Jahanam betul.
Aku nak jadi Si Gemok tu.
Yang dah mampos keras kat peha orang yang dia sayang.
Dari jadi aku Si Kurus,
Berjalan atas papan buatan yang tak ada siapa nak pandang.
Cis.