Mencari Kiblat Cinta - 124
Tengku Amar dan Tengku Saida segera berganjak ke tepi. Sebaik pintu itu berjaya dibuka, Filman segera merapati Aliff. Bahu anak muda itu digoncang-goncang.

Aliff, bangun. Bangun Aliff! Panggil Filman cemas. Tengku Amar turut menjengah. Melihat keadaan anak muda itu, dia segera berpaling ke arah isterinya.

Awak telefon Doktor Hisyam sekarang juga dan suruh dia datang ke mari. Fil, bawa masuk adik kamu ke dalam. Arah Tengku Amar.

Filman mengangguk lalu terus mengendong tubuh Aliff. Aliff dibawa masuk ke biliknya lalu diletakkan di atas katil. Wajah Tengku Amar berkerut sedikit memerhatikan anak muda itu yang masih tidak bergerak-gerak.

Fil, kenapa dengan muka Aliff ni Soal Tengku Amar hairan.

Filman memandang ke arah Aliff. Wajah Aliff yang lebam-lebam ditatap dengan perasaan serba tidak kena. Dia tahu ayahnya pasti hairan melihat wajah Aliff. Semalam wajah itu biasa-biasa sahaja. Pagi ini lebam-lebam di wajah anak muda itu semakin ketara.

Ayah, kenapa dengan Aliff Najla turut terkejut.

Tanpa segan silu dia duduk di birai katil lalu memegang tangan anak muda itu. Nadi Aliff kedengaran lemah.

Aliff kena pukul. Jelas Filman separuh gusar.

Kena pukul Tengku Amar nampak terkejut. Najla juga ikut tergaman.

Filman menarik nafas panjang. Petang kelmarin, Fil minta Aliff jemput Melly di taska. Masa tu ada kejadian salah seorang cikgu Melly nyaris-nyaris diragut. Aliff datang membantu, itu sebabnya dia dibelasah penjahat-penjahat tu. Cerita Filman walaupun bukan semuanya benar. Dia langsung tidak menyebut tentang Danira yang nyaris-nyaris diculik oleh dua orang lelaki berhampiran taska itu. Begitu juga dengan kemungkinan kedua-duanya mempunyai dendam peribadi terhadap Danira.

Teruk Aliff kena pukul ni. Keluh Tengku Amar lalu mengusap-usap wajah anaknya dengan penuh kasih sayang. Filman hanya mampu memerhatikan perlakuan ayahnya terhadap Aliff. Dia tidak rasa cemburu, sebaliknya merasa senang melihat kasih sayang ayahnya terhadap Aliff.

Saya dah telefon Doktor Hisyam, kejap lagi dia datang. Tengku Saida menjengah masuk. Namun sebaik dia melihat keadaan Aliff, wajah itu segera berubah.

Kenapa dengan Aliff Soal Tengku Saida, menunjukkan rasa terkejut. Wajah suaminya dan Filman dipandang silih berganti. Namun kedua-duanya hanya membisu. Najla pula langsung tidak mengalihkan anak matanya dari wajah Aliff.

* * * *

Filman langsung tidak mampu menyembunyikan perkara sebenar dari ibunya. Hendak tak hendak dia terpaksa bercerita dari A hingga Z perkara yang terjadi di taska Sissy Kindergarden petang semalam. Segala-galanya dijelaskan tanpa berselindung.

Mendengar cerita anaknya, Tengku Saida tidak mampu menyembunyikan perasaan terkejut. Dia mengeluh panjang. Rasa gerun dan cemas muncul silih berganti.

Jadi cikgu Melly yang selamatkan Aliff Tanya Tengku Saida.

Filman mengangguk. Dia sekadar bercerita apa yang telah diceritakan Kamila padanya di hospital semalam. Menurut Kamila, Danira cedera teruk kerana cuba menghalang penjahat-penjahat itu dari terus memukul Aliff.

Di mana dia sekarang Tanya Tengku Saida.

Di hospital ma. Kecederaannya agak teruk, tapi keadaanya stabil.

Ma patut melawat dia dan ucapkan terima kasih. Kalau bukan sebab dia, entah apa jadi pada Aliff. Keluh Tengku Saida.

Filman terdiam. Dia sendiri tidak tahu patutkah dia membenarkan ibunya melawat Danira.

Cikgu yang Fil maksudkan ni yang selalu jaga Melly tu ke Yang pernah bawa Melly ke hospital waktu ayah kamu sakit tempohari Jadi semalam Fil dan Aliff balik lambat sebab hal ni Duga Tengku Saida.

Filman mengangguk lagi. Wajahnya terus muram.

Kasihan cikgu tu. Nanti Fil bawa ma ke hospital, kita lawat dia sama-sama. Ma kena ucapkan terima kasih pada dia sebab tolong Aliff. Ujar Tengku Saida lagi.

Filman menarik nafas panjang. Menyesal pula rasanya dia memberitahu ibunya segala hal yang berlaku. Kalau dia tahu begini jadinya, dia lebih suka membisu. Dia tidak bimbang jika ibunya tahu tentang Danira yang pernah dipenjarakan. Dia cuma risau jika ayahnya tahu siapa Danira. Lelaki itu berfikiran agak sempit dalam segala hal yang melibatkan pesalah undang-undang.

******

Tengku Amar ralit memerhatikan gerak-geri Doktor Hisyam yang sedang merawat Aliff. Setelah diberi suntikan, kelopak mata Aliff mula bergerak-gerak. Doktor Hisyam berpaling lalu mengisyaratkan sesuatu pada Tengku Amar. Bagaikan memahami maksud doktor berusia dalam lingkungan 50an itu, dia segera mengekori doktor itu ke luar. Najla dibiarkan menemani Aliff yang masih terlentang di atas katil.

Dia cuma pengsan akibat keletihan. Tak perlu bimbang apa-apa. Cuma dari imbasan EEG (Electroencephalograph) yang dilakukan tadi, frekuensi gelombang otak Aliff kelihatan agak aktif dari biasa. Ada apa-apa yang berlaku baru-baru ini pada Aliff Soal Doktor Hisyam.

Wajah Tengku Amar berkerut. Maksud doktor

bersambung

Bab akan datang:

Apa sebenarnya yang dimaksudkan doktor