Dahi Tengku Amar terus berkerut. Dia gagal memahami maksud kata-kata lelaki itu. Semua yang disebut oleh Doktor Hisyam, gagal dicerna dengan baik.
Tengku ada berbual-bual dengannya baru-baru ini Dia pernah tunjukkan kelakuan yang aneh atau sikap yang kelihatan berbeza Soal lelaki itu ingin tahu.
Tengku Amar menggeleng. Saya tak pasti. Doktor sendiri tahu saya baru keluar dari hospital beberapa hari yang lalu. Saya belum sempat berbual panjang dengan Aliff. Akui Tengku Amar.
Doktor Hisyam sekadar mengangguk. Tak mengapalah, saya pulang dulu. Nanti setelah Aliff pulih sedikit, minta dia datang berjumpa saya. Saya perlu lakukan beberapa ujian padanya. Sambung doktor itu.
Sebaik Doktor Hisyam beredar, Tengku Amar masuk ke bilik Aliff. Anak muda itu dilihatnya sudah terjaga dan sedang termenung panjang di katilnya. Najla di samping Aliff menoleh dengan wajah cemas ke arah ayahnya.
Ayah, kenapa dengan Aliff Kenapa dia tak nak bercakap dengan Naj Soal anak gadis itu dengan wajah sedih. Rengekan Najla langsung tidak dipedulikan Tengku Amar. Sebaliknya dia duduk di birai katil dan merenung Aliff yang kelihatan lesu dan muram.
Aliff. Panggil Tengku Amar perlahan. Aiff langsung tidak menoleh. Renungannya seakan jauh dan tenggelam entah ke mana. Seolah-olah ada sesuatu yang sedang bertamu di fikiran anak muda itu.
Aliff fikirkan apa tu Aliff tak mahu kongsi dengan ayah Soal Tengku Amar lembut. Namun seperti tadi, pertanyaannya langsung tidak disambut. Dia menarik nafas panjang. Wajah anak muda itu ditatap lama. Dia teringatkan kata-kata Doktor Hisyam sebentar tadi. Ada andaian berputik di fikirannya. Jangan-jangan anak muda itu sudah ingat segala-galanya. Apakah itu sebabnya Aliff berdiam diri seperti ini Tengku Amar benar-benar risau kini.
Pandangannya dilempar ke arah Najla. Dia mengisyaratkan agar anak gadis itu keluar dari bilik itu. Najla menggeleng, berat hati mahu mengikut suruhan si ayah. Namun sebaik melihat jelingan ayahnya, hendak tak hendak Najla terpaksa menurut. Dengan wajah masam mencuka, Najla keluar dari bilik itu.
Usai kelibat Najla menghilang, pandangan Tengku Amar kembali bertaut di wajah Aliff. Wajah anak muda itu ditatap penuh kasih. Meskipun dia dan Aliff tidaklah lama bersama, namun dia amat menyayangi anak muda itu.
Aliff kalau ada sesuatu Aliff nak cakap dengan ayah, Aliff cakaplah. Ayah akan mendengarnya. Jangan berdiam diri macam ni Aliff. Jangan buat ayah risau. Pujuk Tengku Amar. Seperti tadi nada suaranya tetap lembut dan mengendur.
Melihat anak muda itu diam sahaja, Tengku Amar sudah mati kutu. Dia bangun perlahan-lahan dengan wajah hampa.
Tak apalah, Aliff berehatlah. Ayah keluar dulu. Nanti kalau Aliff dah sedia nak beritahu ayah apa-apa, panggil ayah. Ujar Tengku Amar lalu melangkah ke muka pintu. Namun belum sempat dia keluar, dia mendengar anak muda itu bersuara.
Ayah.. panggil Aliff.
Tengku Amar berpaling. Melihat renungan Aliff singgah di wajahnya, dia terkesima. Ada sesuatu pada pandangan Aliff yang meruntun kesayuan di hatinya.
Aliff bukan anak yatim piatu yang ayah ambil di rumah anak-anak yatim kan Pertanyaan itu meluncur laju dari bibir itu. Wajah Tengku Amar berubah. Jadi benarlah andaiannya sebentar tadi Aliff sudah mulai mengingati peristiwa lalu. Peristiwa yang mempertemukan dia dengan anak muda itu suatu ketika dahulu.
Tak Aliff. Ayah tak ambil Aliff di sana. Dia mengakuinya. Mungkin sudah sampai masanya dia berterus terang dengan anak muda itu tentang segala-galanya. Dia duduk kembali di samping Aliff. Nafasnya dihela perlahan. Cuba mengumpul keyakinan diri untuk berterus-terang.
Enam tahun dahulu, waktu itu ayah dan seorang kawan baru balik dari Dengkil sekitar pukul 2 pagi. Kereta kami meragam dan terpaksa berhenti di tepi jalan. Ketika itu ayah terpandang Aliff sedang terbaring di tepi anak sungai di cerun bukit. Tubuh Aliff luka dan cedera parah terutama di bahagian kepala. Ayah bawa Aliff balik dan rawat Aliff. Bila Aliff terjaga beberapa bulan kemudian, Aliff dah tak ingat siapa diri Aliff atau apa sebenarnya yang berlaku.
bersambung
Bab akan datang:
Adakah Aliff akan berusaha mencari keluarganya yang sebenar