MELANKOLIA BISU - 125
Semasa acara Art for Grabs tadi ada yang mahu membeli buku dekat tempat yang aku jaga. Aku tanyakan,

Nak beli apa

Dia kemudian melempang aku. Seorang gadis. Lupa nak kasitau jantinanya.

Aku marah, tapi aku masih lagi rileks, sebab tak nak alarm-kan geng women rights yang selalunya ada di mana-mana waktu begini, tempat-tempat begini. Kan semuanya harus sama rata, termasuk syurga dan neraka

Aku tanyakan kat dia, Kenapa awak lempang saya

Dia renjis air sirap laici kat muka aku.

Aku sabar.

Jilat sikit air yang meleleh kat tepi mulut aku, sedap juga. Tanpa sebarang reaksi, terus aku capai secara random barang kat bawah meja untuk pertahankan diri aku. Sampah Biarlah, janji aku selamat. Tiba-tiba terus dia blah dan tersenyum. Aku pandang tapak tangan aku, ada tulisan,

Lain kali rindulah lagi, saya suka tau. *wink* *wink* <3

Aku blur.

Tom Araya kemudian menepuk bahu aku dari belakang sambil tersenyum.