suara pertama malaikat-malaikat kecil lahir dalam pelukan bumi melenyapkan kesibukan kotaraya kepala dan jiwa indah mewangi.
Ada satu waktu merengek malaikat-malaikat kecil memberitakan sakitnya jatuh di jalanan memerihalkan laparnya minta disuapkan hidup sedang bermula, sayang.
Ada satu tenggak
berteriakan malaikat-malaikat kecil dicemeti amarah benci dibaling hentak belulang mematah akal budi manusia hari ini bertuhankan iblis, sayang.
Ada satu ketika berserakan malaikat-malaikat kecil kaku dalam pelukan bumi merias pelosok pelosok tersembunyi
Jijik dan busuk kasihan. Dunia tempat kejam, sayang.
Barangkali kau diambil semula oleh Penciptamu
atas alasan tidak mahu kau menyesal menjadi dalam kalangan kami
kekallah di sisi Ilahmu, malaikat kecil di sini tiada yang mampu menghargakan dirimu
Tenang, sayang.