PEREMPUAN-PEREMPUAN MERBAHAYA - 126
Beradunya pada gelap langit bersusun seni bersama seisi denyut nadi masih bundar mencari tempat sendiri kalau bernasib baik tidak dicuri kau masih boleh bertapa di sini kita boleh kongsi

Aku pun bukan penghuni tetap sama macam kau, terperap dalam arus laju yang sebenar lembab dalam bebas meracau yang sebenar terperangkap aku perasan, kita makin malap dan tak pernah pasti pada dahan kita hinggap

Jangan berani kalah dihina jangan senyap hingga tercela andai hari ini sedikit terleka pasti mesingan berpindah empunya kita bangkit tunggu masa mereka bangkit tunggu mangsa

Padulah umat sejagat jangan biar selirat erat ini bukan rona biasa; kian pekat

Kita sudah lambat mahu aman atau darurat minta nyaman dunia akhirat jangan selesa mati terjerat