Budak, kau pun ikut sekali. Ujar Jaki.
Dia hanya mengangguk. Wajahnya berseri-seri mendengar kata-kata Jaki, yang boleh dikira sebagai atasannya. Minggu sudah dia mengikut Jaki dan orang-orangnya mengutip wang perlindungan di pasar-pasar malam. Dan upah yang diterima malam itu cukup lumayan. Hampir lima ratus ringgit masuk ke poketnya. Kali ini kerja apa pula yang mahu dilakukan mereka
Malam itu dia menaiki kereta bersama empat orang lelaki lain termasuk Jaki. Ketika kereta itu berhenti di sebuah bangunan, Jaki tiba-tiba menoleh ke arahnya.
Kau tunggu sini.
Dia mengangguk. Lelaki itu keluar dari perut kereta bersama teman-teman mereka yang lain. Muncul sebuah kereta berwarna merah hati dari arah bertentangan lalu diparkir di hadapan kereta mereka. Beberapa orang lelaki berwajah bengis keluar dari perut kereta itu lalu bercakap-cakap dengan Jaki. Dia yang menunggu di dalam kereta mula merasa cemas. Jangan-jangan sebentar lagi mereka akan memulakan pertarungan dengan kumpulan lelaki yang baru muncul itu. Dia memandang di sekelilingnya, mencari-cari sesuatu yang boleh dijadikan senjata. Namun tidak ada apa-apa pun di dalam kereta itu yang boleh dijadikan perisainya.
Selang beberapa minit menunggu, pertarungan imaginasi yang dibayangkannya tidak berlaku. Sebaliknya Jaki dilihat menepuk-nepuk bahu salah seorang dari lelaki-lelaki itu. Mereka bergerak ke arah belakang kereta merah itu lalu mengeluarkan sesuatu.
Dia mengecilkan matanya, cuba memerhatikan karung guni yang sedang diangkat lelaki-lelaki itu dari bonet kereta merah itu lalu dibawa masuk ke dalam bonet kereta Jaki pula. Karung guni itu dilihatnya bergerak-gerak.
Nafasnya berdegup kencang. Hatinya mulai merasa tidak enak. Dia amat pasti, ada seseorang di dalam karung guni itu. Namun hendak bertanya pada Jaki, dia tidak berani. Sudahnya dia hanya duduk diam di dalam kereta itu sehinggalah Jaki dan orang-orangnya kembali ke dalam kereta.
Jaki berpaling memandangnya sambil teresenyum. Budak, malam ni aku nak tunjukkan kau sesuatu. Ujar lelaki itu lalu ketawa kecil. Beberapa orang teman yang lain turut melempiaskan tawa masing-masing. Hanya dia yang tidak mampu tertawa. Mana mungkin dia ketawa jika perasaannya tidak beres saat ini. Seolah-olah ada perkara buruk akan berlaku sebentar nanti.
Setengah jam kemudian, kereta yang dipandu Jaki berhenti di belakang sebuah bangunan lama yang terbiar. Jaki mengarahkan mereka semua turun. Mereka ke belakang bonet kereta. Karung guni yang masih bergerak-gerak itu dipandang dengan senyuman lebar lalu dibawa keluar. Dia terpaku melihat teman-teman Jaki mengambil sesuatu di belakang bonet kereta itu. Senjata-senjata beraneka jenis itu seperti pisau dan kayu kini sudah beralih ke tangan mereka. Jaki mengambil sebatang kayu lalu dilemparkan ke arahnya.
Apa ni abang Jaki Nak buat apa dengan benda ni Tanyanya separuh bingung. Jaki dan teman-temannya hanya ketawa besar mendengar pertanyaannya yang lurus bendul.
Malam ni aku nak ajar kau jadi lelaki. Kalau kau nak terus bersama dengan kami, kau kena ikut cakap aku. Sekarang ambil benda ni. Ujar Jaki lalu mengisyaratkan sesuatu kepada teman-temannya. Dua orang lelaki itu segera membawa karung yang kelihatan agak berat itu ke arah kawasan belakang bangunan yang kelihatan gelap dan dingin. Dia mengekori keempat-empat lelaki itu dengan perasaan ragu-ragu.
Apabila karung guni itu dibuka, dia terkejut besar. Dugaannya ternyata tidak meleset. Memang ada seorang lelaki di dalamnya, dengan tangan terikat dan mulut yang disumbat kain buruk. Ya ALLAH!
Jaki tunduk ke arah lelaki yang lebam-lebam wajahnya. Ketawa Jaki meletus. Sekarang kau rasakan padahnya. Tak ada sesiapun yang berani cari fasal dengan kami. Selar lelaki itu lalu ketawa lebih kuat.
Dia yang memerhatikan situasi cemas di hadapannya menjadi semakin panik. Dia nampak jelas pisau yang panjang berkilat di tangan Jaki. Pisau itu diacah-acah ke arah lelaki yang masih terikat tangannya.
Aliff meraup wajah. Hanya dengan satu peristiwa, dia menjadi manusia berdosa. Hidupnya terumbang-ambing dan musnah dilambung badai. Ingatannya saat ini lebih dari satu sumpahan berbanding satu rahmat.
Danira termenung panjang menghadap ke arah jendela di biliknya. Sebaik seorang doktor selesai membuat pemeriksaan ke biliknya sebentar tadi, dia terus duduk termenung di situ. Kamila berjanji mahu datang menghantar sarapan untuknya pagi itu. Tapi sekarang hampir masuk tengahari, batang hidung wanita itu langsung tidak kelihatan.
Dia sudah menjamah makanan hospital pagi itu. Namun dia hanya mampu menelan sekeping roti bersama air milo. Mulutnya tidak berselera untuk meneruskan makannya, apatah lagi setiap inci fikirannya hanya dipenuhi dengan wajah Naufal.
bersambung
Bab akan datang:
Adakah Filman tahu bahawa Aliff itu adalah adik Danira sebenarnya