MELANKOLIA BISU - 128
18 Hari-Bulan Remdan 1434H

Aku dan sepinggan maggi goreng double yang dah habis mendengar teliti perbincangan yang agak pelik malam tu. Mula-mula cerita pasal projek animasi, entah macam mana boleh lompat dimensi masuk bab Imam Mahdi.

Dua orang brader kat depan aku ni dah macam ada kaitan dengan Al-Qaeda. Pelan-pelan aku angguk konon tengah follow sebab aku mana reti nak sabit benda ni salah ke tidak. Satu juzuk Quran pun tak hafal, apa lagi jadi pakar dalam bidang hadith. Sorang brader ceritanya variasi macam ni, yang sorang lagi variasinya macam tu. Alhamdulillah tak gaduh, aku pun tak payah pening kepala merisau.

Habis sesi meeting, aku gerak balik dari Bangi ke Pantai Dalam. Lone Ranger macam biasa. Motor jadi sebahagian dari life sejak jadi budak universiti lagi. Dua benda yang kasi aku bingung kalau tak ada; internet dan motor. Kalau tak ada salah satu dari dua ni, boleh mati akal sebab tak tahu nak buat apa dan pergi mana.

Sebelum sampai Serdang aku nampak beberapa mat motor bawak motor dengan laju. Oh, hari ni Nuzul Quran, gamaknya diorang berseronok meraikanlah kot, kata aku. Tak lama lepas tu aku nampak beberapa kereta dan motor berhenti. Ah sudah, kalau kat highway ni, dah tak ada benda lain dah ni, tentu kemalangan.

Aku perlahankan motor sebab kawasan agak sesak dengan kereta dan motor yang tak sabar nak tengok kemalangan. Dalam hati aku dah gugup lain macam. Aku ni tak boleh tengok kemalangan, mau trauma berbulan-bulan.

Oh, masih hidup mat motor ni. Alhamdulillah.

Aku teruskan perjalanan. Tak lama lepas tu ada beberapa motor datang dari arah bertentangan dengan arah aku. Diorang gunakan lorong kecemasan. Tak lama lepas tu ada pula mat motor yang ber-superman memecut motor dengan kegilaan. Pelan-pelan aku cakap sorang diri.

Harap-harap kalau Imam Mahdi muncul, dengan kepimpinan dia, harap dia perbetulkanlah benda-benda ni kat jalanraya. Aku dah naik muak melayan perasaan trauma setiap kali tengok orang mampos atas jalan, bertarung rasa takut setiap kali memandu di lorong kecemasan. Ah, bila fi kir-f ikir balik, aku pun kadang-kadang langgar lampu merah bila nak cepat.

Dasar manusia.