Mencari Kiblat Cinta - 129
Danira mengalihkan pandangan. Airmata yang cuba ditahan luruh jua kali ini. Kata-kata lelaki itu membuatkan dia dihujani sebak.

Filman diam-diam melirik ke sampingnya. Dia tidak ada niat untuk berkasar sebenarnya. Memang ada perasaan marah menjengah ke lubuk hatinya, tapi ia bukan kerana dia sudah tahu kebenaran tentang Danira. Bukan itu!

******

Sebaik pelayan lelaki itu meletakkan dua gelas jus oren di hadapan mereka dan berlalu pergi, kebisuan terus melanda kedua-duanya. Danira tunduk sahaja. Dia sedar renungan Filman sedang berlabuh di wajahnya sebaik mereka singgah di restoran itu. Tapi dia tidak tahan dengan sikap berdiam diri Filman kali ini. Lelaki yang banyak berceloteh dengannya sebelum ini, tiba-tiba sahaja berubah menjadi asing dan kekok. Danira memberanikan diri mengangkat mukanya. Memandang Filman yang sedang meraut wajahnya tidak berganjak.

Saya tahu apa yang awak nak cakap dengan saya Filman. Marahlah saya kalau itu boleh buat awak puas hati. Ujar Danira perlahan.

Lelaki itu tidak membalas. Sebaliknya gelas jus itu dicapai Filman lalu dihirup. Namun sebaik gelas itu diletakkan kembali, mata lelaki itu tertumpu semula ke arah wajah gadis di hadapannya.

Saya memang marah kalau itu yang Nira nak dengar. Ujar Filman serius.

Danira terkedu. Kata-kata Filman yang berterus-terang membuatkan dia sebak.

Tapi saya tak tahu kenapa saya marah Apa perlunya saya marah Sebab Nira seorang bekas banduan Atau sebab Nira muncul dalam hidup saya dan membuatkan hati saya menjadi perit dengan hanya memikirkan tentang Nira setiap masa Keluh Filman sukar.

******

Wajah Danira berubah. Kata-kata Filman membuatkan dia terkesima.

Saya tak tahu apakah hati Nira seperti saya. Hati saya sentiasa memikirkan tentang Nira. Mata saya sentiasa melihat Nira di mana-mana. Jiwa saya sentiasa gelisah setiap kali saya memikirkan Nira dalam bahaya, atau ada sesuatu yang berlaku. Semua perasaan ini membuatkan saya marah entah kenapa. Adakala ia seolah seperti satu perasaan benci yang manis. Yang mahu saya elakkan tapi dalam masa yang sama, ia tak mampu saya hindarkan. Saya sukakan Nira. Saya fikir saya mencintai Nira dengan setulus hati. Akui Filman tegas.

Wajah Danira merona merah. Pengakuan lelaki itu membuatkan dia bingung. Untuk sesaat dua dia seperti tersesat dalam dunia sendiri. Fikirannya tenggelam sejenak.

Saya sukakan Nira sejak pertama kali saya jumpa Nira di pusat beli tempohari. Dan selepas saya melihat Nira dengan Melly, saya fikir saya sudah jatuh cinta pada Nira mulai saat itu lagi. Bisik Filman tulus.

Walaupun selepas awak tahu siapa saya Walaupun saya seorang bekas banduan Duga Danira.

Filman mengeluh. Bohonglah dia kalau dia mengatakan dia menerima hakikat tentang Danira semudah ABC. Tahukah gadis itu sepanjang malam dia tak dapat tidur kerana memikirkan semua kebenaran yang diketahuinya Tapi bila bercakap soal cinta, dia hanya memandang Danira dan bukannya masa silam gadis itu.

Itu masa silam Nira. Saya hanya berminat mahu berbicara tentang masa depan kita. Masa depan Nira dan saya. Itu yang lebih penting. Dan itu yang saya fikirkan sepanjang malam semalam. Balas Filman tenang.

Awak tak tahu apa-apa tentang masa silam saya Filman. Mungkin awak boleh terima saya tapi keluarga awak takkan suka banduan macam saya.

Ya, mungkin mereka takkan suka Nira lepas mereka tahu semua ini. Tapi saya dan Melly sukakan Nira. Tidakkah kami berdua sudah cukup Bolehkah Nira terima saya dan Melly dalam hidup Nira Soal Filman dengan wajah serius.

Lidah Danira kelu. Kenapa dengan Filman hari ini Kenapa Filman bercakap yang bukan-bukan selepas apa yang lelaki itu ketahui tentang dirinya Apakah Filman sekadar mempermain-mainkan emosinya Apakah kerana dia bekas banduan, maka dia bebas diperkotak-katikkan lelaki itu sesuka hati

Saya tak suka awak buat saya macam ni Filman.

Saya hanya mencintai Nira. Salahkah Balas Filman tenang.

Ini bukan cinta. Ini hanya kesakitan yang awak berikan pada saya. Memikirkan taraf antara kita yang jauh berbeza sahaja sudah cukup untuk membuat saya rendah diri. Inikan pula memikirkan awak mencintai seorang bekas banduan macam saya.

Filman menarik nafas panjang. Wajah anak gadis itu ditatap lama. Dia tahu apa yang bermain di lubuk hati Danira. Dia mengerti apa yang dirasakan gadis itu. Tapi dia sudah berfikir semasak-masaknya. Masa lalu tidak penting baginya asalkan dia tahu ke mana hatinya berputik.

Berterus terang dengan saya Nira. Selama kita berkenalan dan keluar bersama, pernah tak Nira sukakan saya Pernahkah Nira merasa apa yang saya rasakan untuk Nira Soal Filman inginkan kepastian.

Danira terpaku. Pertanyaan Filman membuatkan dia serba salah. Hatinya bergetar sejenak. Untuk seketika lidahnya bagaikan kelu.

bersambung

Bab akan datang:

Apakah Danira juga akan meluahkan apa perasaannya terhadap Filman selama ini