Aku tak suka berada kat sini. Tak suka berada luar dari tempat biasa aku bangun tidur, makan dantengok dunia dari celah ketiak tingkap. Kalau tak pasal si kanak-kanak riang sorang ni, aku dah lama melengkar tidur waktu-waktu macam ni.
Ah, gila.
Woi, apahal duk sana je, meh la sini, main layang-layang. Tanya dia dari jauh. Eleh, ingat aku nak main ke layang-layang gambar Spongebob Squarepants tu Jatuh maruah comel aku.
Tak nak, kau mainlah Aku balas, malas.
Dia tak puas hati. Tak faham kot. Datang dekat aku, kemudian tengok mata aku tepat-tepat. Apa kau ingat ni permainan sapa paling lama tenung
Tepilah, angin tengah bercumbu dengan aku sekarang, jangan dengki. Kata aku, angkuhnya.
Ah, kau tak suka angin.
Sebab Bila masa
Kau manusia yang tak pernah mahu duduk luar, kan
Betul.
Aku baringkan kes aku.
Direct translation sangat tu oi, ha ha ha.
Lari balik. Bukan dia peduli mana dia tinggalkan angin sebelum ni. Tak pernah.
Woi, gila, sini kejap.
Esoklah, aku tengah main layang-layang sambil berangan ni. Berangan apa lagi ni Main je lah layang-layang tu, boleh pulak buat dua kerja sekali harung.
Aku ingat nak keliling dunia dengan basikal.
Walaupun idea ni gila, tapi dah selalu sangat orang dah buat, aku kecewa betul dengan angan-angan kau ni. Tunggu la kejap mangkuk, aku tak habis cakap ni.
Ha, cepatla, apa yang lembab sangat kau ni.
Aku ingat nak keliling dunia naik basikal, sambil tu, aku nak jual kopi.
Ini memang betul-betul bangang. Aku ketawa puas-puas, tak nak biarkan nafas aku masuk tekak.
Kenapa kau gelak Muka dia masam sikit. Nakkan jawapan dari aku. Tak ada apa-apa, aku cuma rasa benda tu kelakar dan aku tergelak, tak boleh
Tak boleh, ini angan-angan aku, penat aku fikirkan benda ni. Ok lah, hah, kenapa kau nak sangat buat macam tu Tak nak ke travel biasa-biasa je
Bosanlah, lagipun kopi ni adalah antara perkara yang merapatkan manusia.
Ha Tercengang aku sorang-sorang.
Bayangkan, tengah hidup sesak, ada orang jual kopi kat kau naik basikal, rare kan
Ah, aku kalah. Ini perbualan berat sebelah yang aku takkan menang. Tak peduli, aku sambung cakap.
169
Aku rasa ada sesuatu lagi yang lebih gila dari idea kau, nak tahu
Tak nak, kau manusia yang membosankan. Hari-hari kalau boleh nak tidur dalam bilik. Kalau aku tak paksa, mesti kau tak nak datang sini hari ni.
Ceh, ok lah, since kau tak nak, aku rasa, baik buanglah benda ni dalam tong sampah.
Dia terkebil, apa jadah yang aku cuba nak cakap ni
Apa benda woi, kasi lah tengok kalau ya pun.
Aku tunjuk.
Aku nak culik kau sebenarnya, kali ni, for real.
Warna emas sebentuk cincin menguning tengah petang tu. Dia tergamam sebab manusia yang tak pernah gila, terlalu biasa dan dikenali setiap langkah, setiap saatnya, sekarang manusia yang paling susah nak diagak.
Ish, cincin ni tak muatlah jari aku.
Ambil.
Buang tengah laut.
Oi!!!!! Mahal tu, kau ingat cincin tu barang mainan ke Setannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn, nak habis duit gaji aku beli tau tak. Oi! sini kau, tak guna.
Dia berlari sambil dikejar aku. Dalam pelarian tu, dia tergelak dan tunjuk jari; dah ada cincin terselit.
Tak guna, aku still lagi tak boleh tapau unpredictable-nya dia ni.