FARIZ senyum sinis. Tak sangka jumpa minah bunga tu di rumah Sofea.
Huh! Mata tu letak kat lutut! Main rempuh je tubuh aku! Ingat aku ni halimunan ke apa Kaki aku ni dahlah baru nak bernafas, dihempuk badan badak minah tu!
Fariz berjalan terhincut-hincut ke tepi tingkap. Balik dari majlis pertunangan Sofea tadi, dia batalkan niat nak ke kedai sukan. Rasa kebas di kaki masih terasa. Gara-gara minah bunga tu dah hempap kaki aku!
Hmmmama dan papa pergi mana Alia pun tak ada.. Fariz jenguk ke laman. Kereta BMW hitam baru memasuki laman rumah.
Hmmdah balik pun..
Fariz menapak keluar dari bilik. Dia menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Kakinya masih belum sembuh betul lagi.
Riz! Hati-hati! Kaki tu baru je nak sembuh. Puan Suraya bergegas mendapatkan Fariz yang terhegeh-hegeh menuruni anak tangga ke ruang tamu.
Kenapa abang ni Semalam okey je kaki tu. Hari ni dah senget pulak jalan tu. Alia turut memegang lengan Fariz.
Ni sebab minah bunga tu la! Fariz ketap bibir. Dia duduk di sofa.
Minah bungaPuan Suraya berkerut kening.
Alah..mama, kak Sha la tu! Alia sengih.
Laatak baik panggil macam tu. Dia kan ada nama, Felisha. Lagi pun mama nak sangat dia jadi menantu mama! Puan Suraya letak beg tangannya di atas meja kecil.
Apa Fariz menelan liur.
Alia ketawa mengekek.
Riz, mama dah lama berkenan dengan Felisha tu. Mama tak kira, Riz kena suka jugak kat Sha tu.
Fariz jeling Alia yang sudah mengekek ketawakannya. Dia pandang pula mama yang sudah tersenyum lebar di sebelah. Haihapa la si minah bunga tu dah jampi mama aku ni
Hamacam mana majlis pertunangan Sofea Encik Mustafa muncul di muka pintu.
Fariz menoleh. Alhamdulillah papa. Semuanya berjalan lancar.
Hmmbaguslah. Encik Mustafa angguk-angguk.
Sofea tu pun cantik. Dulu mama nak Riz bertunang dengan dia, Riz tolak. Sekarang ni Riz tak boleh nak berdalih lagi. Umur semakin meningkat, dah dua puluh tujuh tahun. Kawan-kawan Riz, mama rasa ramai yang sudah berdua. Seingat mama, Sofea tu yang last bertunang. Kawan perempuan Riz yang lain semuanya dah nikah kan Puan Suraya pandang Fariz tak berkelip.
Mamaitu semua jodoh la Suara Fariz sudah tiada nada perasaan. Nasib baik mama tak ingat pada Melissa. Kalau tak, mahunya mama tanya pasal minah gedik tu pulak!
Memang la..tapi jodoh bukan datang bergolek! Kena cari! Encik Mustafa mencelah.
Betul tu papa! Alia sokong seratus peratus! Alia sengih.
Bantal kecil dilontar ke arah Alia. Fariz jeling Alia yang sudah ketawakannya.
Jadi ke balik kampung hujung bulan ni Fariz tukar topik.
Jadilah! Serentak Puan Suraya dan Alia menjawab.
Fariz berkerut kening. Dia renung mama dan Alia silih berganti. Apa hal dia orang ni Teruja semacam je
Okey Fariz berkata tanpa nada perasaan. Dia sandar di sofa. Gelagat mama dan Alia sekejap tadi dah rasa lain macam.
Sekejap lagi, Taj, maklong dan pak long nak datang. Fariz teringat panggilan telefon yang diterima tadi.
Oh ya Kenapa tak beritahu awal Boleh mama masak. Mak long korang pun satu hal. Bukan nak beritahu kita dulu. Puan Suraya bergegas ke dapur.
Hah! Apa lagi Anak dara kena tolong masak! Kalau tak pandai masak, esok-esok tak ada orang nak masuk meminang! Fariz jeling Alia yang bermalas bersandar di sofa. Seronok tengok cerita kartun.
Yalah! Alia mencebik. Dia bingkas bangun mengekori mama ke dapur.
FARIZ jenguk ke laman. Kereta Tajdid sudah memasuki laman rumahnya.
Mama! Taj dah sampai!Fariz laung dari ruang tamu. Dia berjalan terhincut-hincut ke arah laman.
Riz! Kaki kau dah okey ke Tajdid bersalam dengan Fariz.
Fariz senyum. Dia mencium tangan mak long dan pak long.
Tajul tak datang ke
Dia dah balik asrama. Tajdid senyum.
Mereka melangkah ke ruang tamu. Puan Akma mula ke dapur. Encik Munawir pula sudah bersembang dengan Encik Mustafa.
Masak apa Puan Akma senyum di tepi meja makan.
Eh! Dah sampai Puan Suraya bersalam dengan kakaknya.
Alia dah besar panjang dah.. Puan Akma mengusap rambut Alia yang mencium tangannya.
Abang Taj ada sekali ke mak long Alia cuba jenguk di ruang tamu.
Puan Akma angguk. Senyum melihat Alia mula memakai tudung yang disangkut di kerusi.
Alia dah masuk U ke
Alia angguk. Dah mak long. Sekarang ni cuti semester pertama.
Hmmbaguslah. Kalau Alia dah tahun akhir, nak jugak mak long tunangkan dengan Taj tu. Usik Puan Akma.
Mak long ni! Alia belajar lagi la. Lagipun, abang Taj tu nak ke dengan Alia ni Alia muncung.
Haianak dara mama ni ada hati ke dengan abang Taj tu Puan Suraya pula ,mengusik.
Alia tunduk. Mukanya sudah kemerahan. Memang sejak dulu, dia suka pada abang sepupunya itu. Entah bila perasaan tu bercambah dalam hati kecilnya.
Alia tak tanya dia ke Puan Akma senyum. Suka menyakat anak buahnya.
Takkan perigi nak cari timba Alia menggumam.
Puan Akma dan Puan Suraya serentak ketawa.
Alia tunduk. Malunya bila bercerita soal hati.
Alia tu baru masuk U. Ada tiga tahun lebih lagi nak tamat pengajian. Kat U tu, ramai yang Alia akan jumpa nanti. Puan Akma sengih.
Alia diam. Entahlahaku pun hairan. Kenapalah dalam ramai-ramai jejaka yang ada di dunia ni, sepupu aku jugak yang aku berkenan..haih
Hmmdah siap mama! Alia tukar tajuk perbualan. Lauk pauk sudah siap dihidang atas meja makan. Dia tahu rasa cintanya tak akan ke mana.
Abang Tajdid mungkin dah ada pilihan sendiri.
Tengah hari itu mereka sekeluarga menikmati hidangan tengah hari bersama. Lauk daging salai masak lemak, sayur kailan ikan masin, sambal belacan, ikan siakap kukus cukup menyelerakan.
Kak long, hujung bulan ni kami nak balik kampung. Akak nak ikut tak Puan Suraya mula teringat niatnya.
Hari apa
Hari Ahad. Kami cadang nak balik seminggu. Saja nak rehatkan diri. Tambah lagi Riz tu belum sembuh betul lagi. Puan Suraya jeling Fariz yang leka berborak dengan Tajdid.
Taj macam mana Ada kelas ke seminggu tu Puan Akma menoleh pada anak bujangnya.
Tak dapat la mama. Taj kan baru mengajar. Seminggu tu lama sangat la.. Tajdid teringat jadual mengajar yang padat.
Hmmsayang la. Saya bukan apa..saya ada ajak sekali bakal isteri Riz ni. Kalau tak, bolehlah kenal-kenal! Puan Suraya jeling Fariz yang sudah tercengang.
Ohsenyap-senyap kau ya! Patutlah hari tu bukan main lagi tanya pasal perempuan ni. Tangkap muatlah, apalah! Banyaklah kau punya alasan! Tajdid siku lengan Fariz.
Fariz dah terkedu.
Ya ke Siapa Puan Akma dah teruja.
Nantilah saya kenalkan. Sebenarnya saya yang beria nak gadis tu jadi isteri Riz ni. Pertama kali tengok budak tu,
saya dah berkenan. Puan Suraya mula terbayang wajah Felisha.
Fariz dah menelan liur. Aduih! Mampus aku! Memang sah mama aku ni dah kena jampi dengan minah bunga tu!! Entah bomoh mana minah tu guna!
Bila nak langsung Puan Akma jeling Fariz yang dah terdiam. Malu la tu agaknya.
InsyaAllahkalau tak ada aral apa-apa, saya ingat nak langsungkan pertunangan hujung tahun ni. Puan Suraya pandang lagi Fariz yang dah tunduk.
Tahniah Riz!! Tajdid tepuk bahu Fariz.
Fariz sudah terbatuk-batuk. Sempat jeling Tajdid. Tahniah apa ke bendanya! Aku tak akan suka dengan minah bunga tu! Mimpilah nak jadi isteri aku!!
Alhamdulillahsenyap-senyap je Riz ni dah ada calon. Taj jugak yang masih solo. Tapi kan.akak berkenan kat anak kawan akak ni. Kawan akak masa di universiti dulu. Baik budaknya. Kami pun dah pergi rumah dia. Nampaknya Taj ni pun suka kat budak tu. Puan Akma pandang Tajdid yang dah senyum lebar.
Ya Siapa Puan Suraya sudah mula teruja. Nampaknya anak bujang masing-masing dah sampai masa nak menikah.
Belum jelas lagi kak. Budak tu minta masa. Ikutkan kak long ni, nak je cepat masuk meminang. Puan Akma dah tersengih.
Taj! Siapa Fariz cuit lengan Tajdid. Tersengih. Ohdah ada calon la jugak ni.
Tajdid hanya senyum kelat. Terbayang wajah Felisha yang ayu. Masih meneka hati gadis itu. Tiada tanda-tanda Felisha juga turut sukakannya. Tapi pelawaannya tidak pernah ditolak setakat ini.
Alia muncung. Dia bingkas bangun dan mula menapak ke bilik.
Ya Allahlupa pulak! Puan Akma tepuk dahi. Terlupa yang Alia ada hati dengan Tajdid. Tentulah dia tak suka bila berbicara soal gadis lain.
Puan Suraya turut rasa bersalah.
Kenapa mama Tajdid pandang Puan Akma dan beralih memandang Alia yang tiba-tiba melangkah laju ke tingkat atas.
Dia sebenarnya suka kat Taj Puan Akma berkata lemah.
Ya Tajsejak sekolah lagi dia suka Taj. Mak ngah harap, dia jumpa lelaki lain di universiti tu. Ya laselama ni dia hanya nampak Taj je. Bila dah masuk U ni, dia kena buka mata sikit. Ramai lagi lelaki kat luar tu. Puan Suraya terpaksa terangkan keadaan sebenar.
Kali ini Tajdid pula terdiam. Alia suka aku Haru macam ni!
Fariz pandang Tajdid yang sudah berubah rona mukanya. Faham apa yang sedang dialami Tajdid. Macam aku la jugakmama sibuk nakkan minah bunga tu jadi isteri aku tapi aku Haih.
Su, kami balik dulu. Puan Akma mula minta diri.
Tahniah Riz! Tajdid sekali lagi mengucapkan tahniah.
Puan Akma dan Encik Munawir mula minta diri. Tajdid pandang ke tingkat atas. Alia masih berkurung dalam bilik. Memang betul-betul merajuk.
Biarlah dia Taj. Rajuknya tak lama tu.. Puan Suraya faham pandangan Tajdid tadi.
Ya Taj..biarlah dia. Umur macam dia tu, kuat merajuk! Perangai budak-budak tu masih tebal! Fariz sengih.
ALIA baling bantal ke tepi dinding. Tak sangka, mak long sudah carikan isteri untuk Tajdid. Aku ni dia tak pandang pun! Apa, aku ni tak cantik ke Takkan sebab jarak umur aku dan abang Tajdid yang menyebabkan mak long menolak aku.
Tak apakalau ada jodoh..adalah tu. Alia pujuk hati sendiri.