JAI lepaskan pandangan ke tengah tasik. Tenang melihat air tasik yang berombak-ombak ditiup angin petang. Semalam, mak menghubunginya pasal calon isteri.
Adoi..pening la. Jai menopang dagu.
Lama dia merenung tasik. Masih fikir kata-kata mak yang memberi kata dua. Cari calon atau terima pilihan orang tua.
Eii!! Serabut otak aku ni! Jai bingkas bangun. Dia menelusuri sepanjang tasik. Masih memikirkan apa yang harus dibuat.
Abang Jai!!
Jai berpaling. Dari jauh Lisa dah terkedek-kedek menghampirinya. Eii!! Minah ni lagi! Mana aku pergi, dia ada! Macam tau je aku kat mana! Dia ni spy ke apa
Jai bingkas bangun. Baik blah cepat-cepat.
Abang Jai! Tunggu la jap!
Jai semakin laju melangkah.
Nak kejar apa Lisa sempat sambar lengan Jai.
Erk! Jai menoleh.
Awak nak apa Jai jeling tangan Lisa yang selamba dek je peluk lengannya.
Abang buat apa kat sini Lisa sengih. Dia peluk makin kuat.
Buat bodoh! Jai dah rimas. Dia lepaskan tangan Lisa.
Buat lawak pulak abang ni.. Lisa gelak.
Kan saya dah kata..panggil Jai!
Kenapa abangerr..Jai garang sangat dengan saya Lisa mencebik. Dah muncung.
Lain kali jangan buat macam ni lagi!Jai segera beredar dari situ.
Lisa kejar Jai yang laju meninggalkan dia seorang diri.Buat apa
Lisa..awak tu perempuan. Jaga sikit tingkah laku. Lelaki akan ambil kesempatan kat awak kalau awak buat macam ni. Jaga sikit maruah tu. Awak kan pakai tudung.. Jai cuba berlembut. Biar Lisa faham.
Saya buat kat awak je.. Lisa tunduk. Eleh..pegang tangan je pun!
Tak kisahlah siapa pun..awak tak boleh sesuka hati pegang lelaki bukan mahram macam ni. Tambah lagi awak tu pakai tudung, apa anggapan orang nanti. Saya pun tak nak terpalit sama dengan maksiat ni. Batas pergaulan kena jaga, kalau itu awak jaga dengan baik, insya-Allah, ramai lelaki yang sukakan awak nanti. Tak payah awak jatuhkan maruah macam ni.
Jadi..kalau saya jaga pergaulan saya..awak terima ke saya nanti Lisa dongak. Jai direnung seketika.
Jodoh di tangan tuhan. Sekarang ni..awak jaga dulu iman tu. Jai segera melangkah ke tempat letak motosikal.
Lisa pandang Jai yang pergi tanpa menoleh sedikit pun padanya. Dia mengetap bibir. Jaga iman konon..macamlah dia tu baik sangat! Tengoklah nanti, aku nak tengok sejauh mana iman kau tu!
HELMET dihempas atas meja makan. Jai pandang sekitar restoran. Mana tahu kelibat Lisa ada di situ. Lega.
Dia sandar di kerusi. Rasa mengah berjalan laju tadi. Ikut hati nak terus blah je balik rumah tapi memandangkan perut belum diisi, dia menapak ke restoran mamak. Restoran mamak itulah yang menjadi tempat persinggahannya tak kira waktu sarapan atau pun makan malam.
Jai!! Lama tarak nampak Mana pergi Bhai yang sibuk menebar roti canai mula menegur Jai.
Ada.. Jai sengih. Dia kemaskan rambut yang berserabai tadi.
Oh..mau makan ka mau minum Sempat lagi Bhai tanya.
Bhai! Kasi roti Najwa satu! Teh tarik satu, kurang manis aa! Jai angkat tangan tinggi-tinggi. Senyum melihat abang Bhai menebar roti canai.
Hah Roti Najwa Roti apa tu Jai Bhai dah pening lalat.
Ala..roti kosong la Bhai. Itu penyanyi Najwa Latif..ada lagu itu kosong la jugak! Sebab tu saya panggil roti Najwa.. Jai sengih.
Oo..itu kosong lagu ka Bhai dah gelang-geleng.
Jai angguk.
Wokey! Siap! Bhai turut angkat tangan.
Apa awak cakap
Jai menoleh. Seri dan Ojie dah terpacak di sebelah.
Erk! Bila masa pulak mereka ni ada kat restoran mamak ni
Saya tak..kata apa-apa..kenapa Jai tercengang. Salah ke apa aku cakap tadi Tiba-tiba nak marah bagai.
Tadi..awak sindir saya!
Bila saya sindir awak
Awak nak roti Najwa kan Seri jengilkan mata.
Jai angguk perlahan. Masih bingung.
Apa awak ingat saya ni roti canai ke Seri dah naik angin. Dia pantang orang mainkan namanya.
Eh..dia ni. Memanglah saya panggil roti Najwa..roti kosong!! Jai jeling Seri. Lantak kaulah nak faham ke tak. Janji tu roti yang aku makan. Bhai pun boleh faham bahasa Melayu!
Dah la tu Seri. Kau nak makan kan Ojie cuit lengan Seri.
Seri muncung. Dahlah panggil aku roti Najwa, lepas tu siap kata lagi kosong tu! Jangan-jangan Jai tahu aku yang chat dengan dia dalam FB tu.
Oh ya Bhai! Kasi dua lagi roti Najwa tapi itu roti kasi taruk itu pisang, kasi potong jugak dan masuk sama mentega. Jai sengaja cakap kuat bila Bhai dah hantar sepinggan roti kosong dan minuman yang dipesan.
Err..Jai mahu roti Najwa ka roti pisang Bhai dah keliru.
Ini roti Najwa saya makan. Itu roti pisang kasi itu perempuan jugak. Jai tuding ke arah Seri dan Ojie.
Wokey! Bhai sengih. Dia pandang Seri dan Ojie yang melangut menunggu pesanan makanan.
Seorang pelayan lain membawa dua keping roti pisang ke meja Seri dan Ojie.
Err..abang..kami tak pesan roti ni.. Seri dah berkerut dahi.
Tak pa..ini roti ada orang belanja. Cik adik manis makan saja. Ada order minum
Kami dah order tadi. Belum sampai lagi. Sekejap.. Seri tahan pelayan tu dari pergi.
Ya
Siapa yang belanja Seri dongak ke arah pelayan tu.
Pelayan tu tuding ke arah Jai yang sedang enak mengunyah roti kosong.
Dia
Pelayan tu angguk dan terus beredar dari situ.
Okey apa! Dapat makan free! Ojie segera tarik pinggan roti pisang.
Hish! Kau ni! Entah-entah dia jampi ke apa ke Seri tepis tangan Ojie.
Nak jampi apanya! Ni mamak handsome tu yang buat tau! Bukan Jai! Ojie tarik semula pinggan roti rapat kepadanya.
Seri diam. Dia tahu Jai sengaja nak sakitkan hatinya. Ingatkan Jai ni baik sangatlah, rupanya sama saja dengan Koci.
Eh yang kau nak sentap semacam ni kenapa Ojie tengok Seri yang masih muncung.
Tak ada la..aku sakit hati je..
Macam aku tak tahu..kau tu suka kat Lin Min Ho Malaysia tu kan Kan Ojie tuding ke muka Seri. Tersengih.
Seri diam. Sejak pertama kali pandang mamat Korea tu..dia dah tak keruan. Dulu, dia memang tak layan lelaki ni, apa lagi soal cinta. Hanya seorang lelaki je yang dia suka dan cinta dulu tapi itu pun dah lesap entah ke mana. Tak jumpa sampai sekarang.
Hmmkenapa dengan Jai ni aku rasa lain macam pulak Tadi..betul jugak kata Ojie, kenapa aku nak sentap dengan mamat tu Adoih
Kenapa diam Kan aku dah cakapkau tu mengada-ngada. Dah suka tu..berterus terang je la. Jangan dipendam beb! Ojie usik Seri.
Nasi goreng dan kopi o panas yang dipesan dah sampai. Seri hanya pandang Ojie mengunyah laju roti pisang.
Err..sedap ke
Ojie angguk. Kenapa Kau nak ke
Err..aaboleh ke Seri dah malu.
Apa tak boleh pulak Bukan Jai tu belanja kita berdua ke Ojie hulur sekeping roti pisang kepada Seri. Dia
ketawa mengekek. Tu la..jual mahal konon. Nasib baik aku tak bedal sampai habis tadi!
Kau ni kan..nasi goreng kau tu nak simpan mana Seri mencebik.
Alah..aku bungkus la nanti. Ojie gelak.
Seri sempat jeling Jai yang khusyuk mengadap surat khabar. Petang-petang baru nak baca berita Huh..dah basi la.
Hoi! Makan! Jangan duk tenung-tenung je. Tak ke mana Lin Min Ho kau tu.. Ojie ketuk tangan Seri dengan sudu.
Seri gelabah. Ojie ni..ingatkan dia sibuk duk makan, rupanya dia perasan aku duk tenung mamat tu.
JAI sempat jeling Seri dan Ojie. Dari tadi dia perasan Seri asyik merenungnya. Hmm..dia ni nak marah ke..atau suka kat aku
Bhai! Kasi satu lagi roti pisang bungkus! Jai angkat tangan. Pesan lagi satu keping roti pisang. Setelah siap, dia mula beredar dari situ. Sempat senyum pada Seri dan Ojie.
SAMPAI di rumah, Jai lepak sekejap di sofa. Roti pisang diletakkan atas meja bersama helmet dan kunci motor. Dia pandang sekitar ruang tamu. Sunyi.
Mana dia orang ni Tak habis lagi ke kerja Jai lihat jam di dinding. 7.00 malam.
Dia menapak ke tingkat atas. Usai solat maghrib, dia kembali menatap komputer.
Tak ada panggilan interview lagi.. Jai sandar di kerusi. Sudah sebulan dia memohon jawatan pegawai penyelidik di sektor kerajaan.
Kalau tak ada juga..aku kerja je la kat makmal tu. Kedua tangan diletakkan di belakang kepala. Mendongak memandang siling.
Jai senyum. Wajah Seri dah berlegar di ruang fikirannya. Tak sangka akan bertemu cik Kalut tu lagi setelah lebih tiga bulan projek NHES berakhir. Nampak sangat minah tu suka kat aku. Ada ke tenung aku sampai nak tembus dinding restoran mamak tu. Kacak sangat ke aku ni Rasanya kacak lagi Koci atau Acik tu. Eh! Perasan pulak aku ni. Entah-entah minah tu tak ada rasa apa-apa pun kat aku.
Kau ni..tak habis-habis mengelamun. Berangan. Melangut.
Jai berpusing. Acik dah sengih duduk di atas katil.
Bila kau masuk
Tu la..sejak dua menjak ni..kau macam angau je.. Acik duduk bersila.
Angau Bila masa aku angau Koci tu ya la. Jai berdehem kecil. Cuba tukar riak.
Ya ke Bukan kau ke Siapa perempuan tu
Aku mana ada steady. Kawan perempuan memang ramai tapi setakat kawan je. Bukan senang nak cari calon. Aku ni bukan baik sangat pun. Macam kereta, kena sentiasa service. Lagipun ekonomi aku belum stabil lagi. Nak anak dara orang kenalah stabil ekonomi jugak. Jai merendah diri. Dah kenapa dengan aku ni Sopan pulak bercakap. Skema.
Sebulan lagi birthday adik aku Acik mulakan mukadimah.
So
Jadiaku nak jemput kau datang rumah aku. Acik berkata perlahan. Dia tengok muka Jai dah lain macam.
Tu birthday adik kau..mesti dia jemput kawan dia, yang kau sibuk nak jemput aku ni kenapa Jai kembali menatap skrin komputer.
Memanglah..tapi dia tak kisah kalau aku jemput kawan aku sama. Acik luku kepala Jai.
Boleh tu boleh tapi jangan pulak macam hari tu, macam tunggul aku kat situ. Mati kutu! Kau hilang entah ke mana, aku dok sorang-sorang kat situ. Dah la aku tak kenal sangat keluarga engkau. Tapi masa aku tunggu kau tu, mak dan ayah kau ada tegur aku. Memang peramah. Jai senyum.
Jadi kau dah jumpa ma dan pa aku Acik bulatkan mata.
Jai tercengang. Apa kena dengan Acik ni
Kenapa dengan kau ni Teruja semacam je ni!
Eh..tak..tak ada apa..apa yang kau borak Acik sengih semula.
Tak ada apa..biasa saja. Cuma..mama kau tu kata macam pernah nampak aku.. Jai berkerut dahi.
Ya ke Acik sengih lagi. Makin lebar.
Yang kau sengih-sengih dari tadi ni kenapa Jai pula rasa pelik. Acik dah lain macam.
Err..biasalah. Aku kan suka sengih. Okey! Jadi tak kau datang rumah aku bulan depan ni Acik ulang lagi soalan.
Lambat lagi tu. Jai pula sengih. Acik..Acik..macam beri memo pulak. Sebulan lagi dah beritahu aku.
Aku beritahu awal-awal sebab mana tahu kau ada hal lain pulak. Jadi kau kena arrange jadual kau tu. Kau kena datang tau!
Acik tepuk bahu Jai sebelum beredar.
Hmm..pelik betul Acik ni. Sibuk betul suruh aku datang rumah dia. Beria nak kenalkan dengan adik dia. Special sangat ke adik dia tu Atau..aku ni yang special Hehehe..