CIK REEN makan dengan saya ni, boyfriend Cik Reen tak marah ke
Boyfriend Kening Zareen berkerut namun bibir mengukir senyum. Mana awak tahu, saya ada boyfriend ke tidak
Tadimasa photoshoot. Bukan boyfriend Cik Reen yang call ke
Ohyang call tadi tu Tawa Zareen meletus tiba-tiba.
Entah mengapa, tawa Zareen kedengaran indah di telinga Zack ketika ini.
Taklah. Dia tak marah pun, kalau makan dengan awak Sambung Zareen dengan tawa yang masih bersisa.
Zack menghembuskan asap rokok ke udara. Asap rokok tersebut menari-nari hingga akhirnya hilang dibawa angin lalu. Tapi senyum dan tawa Zareen, masih belum hilang di matanya. Perbualan dengan Zareen di kafe ketika makan tengahari tadi, masih ada dalam kepala. Dia rasa, dia sudah masuk ke dalam zon angau. Hisap rokok pun teringatkan Zareen. Payah! Tapi Zareen tak suka orang hisap rokok. Hmm.
Rokok dihisap lagi. Zareen masih berlegar dalam minda. Zareen, seperti yang Zack tahu, tinggal di Terengganu sebelum ini. Zareen ada lima orang adik-beradik, Zareen anak yang ketiga. Dua orang abangnya sudah berkahwin. Rumah yang Zareen tinggal sekarang adalah rumah milik kedua orang tuanya tetapi ibu dan bapa Zareen sudah tidak tinggal di situ. Mereka kini tinggal di kampung asal bapa Zareen di Bahau, bersama abangnya yang nombor dua.
Sedikit sebanyak, Zack dapat membaca sikap Zareen. Senyum Zareen saja, ada pelbagai versi. Senyum manis bila ceria. Senyum sinis bila marah. Senyum tawar bila ada sesuatu yang dia tak berkenan. Itu belum masuk senyum sindir atau pura-pura senyum. Mungkin, senyuman itulah yang membuatkannya terasa seperti ada tarikan magnet bila dekat dengan Zareen. Magnet
Zack mengeluh. Memang benar yang Zareen sudah ada teman lelaki. Niat untuk mencuba nasib cuba dipadamkan dari hati. Rasa macam tak ada sivik pula kalau mahu berebut awek dengan orang lain. Awek
Nama Liana muncul pula. Sebal turut bertamu sama. Dua bulan selepas putus hubungan dengan Liana, dengan senang hati Liana mengumumkan di Facebook yang dia sudah mempunyai pengganti. Dua bulan! Seolah-olah Liana memang menunggu masa saja untuk putus dan memulakan hubungan baru. Namun, jika difikirkan semula, memang dia tahu yang hubungannya dengan Liana tak akan ke mana. Mereka tak serasi. Dia tak betah menghubungi Liana setiap tiga jam sekali, hanya untuk bertanya awak tengah buat apa tu Ataupun menghadiahkan bunga setiap kali mereka keluar berpacaran kerana padanya, beli bunga sama dengan membazir.
Seingatnya, hanya dua kali saja dia menghadiahkan bunga pada Liana iaitu pada hari lahir. Untuk mengucapkan ayat-ayat cinta romantika memang jarang kerana dia...segan. Ucap I Love You pun mungkin, dua tiga bulan sekali. Itu belum lagi kalau Liana merajuk tak tentu pasal. Jika pergi menonton bola di kedai mamak dengan kawan-kawan, Liana tuduh dia keluar dengan perempuan lain. Tapi, bila diajak sama menonton bola di kedai mamak, Liana tidak mahu. Liana tak minat bola.
Dan Zack paling bengang kalau bergaduh dengan Liana. Liana akan selalunya mendiamkan diri sambil memasamkan muka. Bila ditanya kenapa, jawabnya tiada apa-apa. Tapi muka masam mencuka. Makan hari juga kalau mahu memujuk gadis itu. Makan hati pun ada. Tapi, tiadalah Liana itu buruk semuanya. Banyak lagi perkara yang baik pada Liana yang menyebabkan dia terpikat. Tapi itulah, tiada keserasian.. Bak kata pepatah orang barat First cut is the deepest. Liana cinta pertama. Jadi untuk melupakan terus, agak sukar.
Asap rokok dihembus lagi.
Hey!
Satu suara menegur. Tangan pula melambai-lambai di hadapan muka. Zack mengangkat kening. Ada aje si pelat ni
Kenapa termenang Soal Kate.
Menang Siapa yang menang
Kate mengerutkan kening. Berusaha keras mengingati perkataan sebenar. You knowits like you are daydreaming lost in a deep thought
TER ME - NUNG. Zack terasa seperti mengajar kanak-kanak tiga tahun bercakap.
Ah yes! Termenung. Kate bertepuk tangan.
Zack menggeleng, tersengih sendiri.
Kate duduk di sebelah Zack sambil menghulurkan tangan.
Zack mengangkat kening tetapi Kate hanya tersengih.
I tak sempat beli Kata Kate.
Zack menggeleng lagi. Kotak rokok dan pemetik api miliknya dihulurkan kepada Kate.
Do you know that, smoking is bad for your health Soal Zack.
Yes, I know. Tell that to yourself, idiot. Balas Kate sambil menyalakan rokok.
Zack ketawa.
Awak percuma tak hari Sabtu Soal Kate pula.
Percuma Berkerut kening Zack.
Kate angguk.
What do you mean by percuma.oh Tiba-tiba saja Zack tergelak besar.
You mean, am I free this Saturday Zack meminta kepastian.
Kate angguk lagi.
Percuma tu maksud dia lain Sambung Zack.
Whatever Kate menjongket bahu sambil menghembus asap rokok.
You nak ajak I keluar ke
Yes Mr. Zack.
Zack mengangkat kening. Pergi mana
Somewhere we can chill out
Zack terdiam sebentar. What time
Maybe around 9pm.
Okay. Jawab Zack setelah berkira-kira.
Wajah Kate bertukar ceria. Ill pick you up. Balas Kate.
Tak payahlah. I boleh jumpa you kat mana-mana Zack menolak.
Nope...Ill pick you up.
Tapi
I will pick you up. No compromise.
Zack menarik nafas panjang. Malas hendak bergaduh dengan Kate, dia akhirnya bersetuju.
Idiot. Kata Zack.
Is that a yes Soal Kate.
Yes.
Kate senyum.
ZACK berdiri sambil bersandar di pintu kereta Honda Jazz milik Kate. Kate pula sedang memerhatikan wajahnya di cermin kecil.
Mungkin mahu memastikan solekannya masih kekal. Sesekali, mata Zack memerhatikan suasana kelab VR1 yang terletak di Asian Heritage Row ini. Satu hembusan nafas kasar dilepaskan. Sebal.
Hey, are you okaySoal Kate.
Zack hanya mengangguk, sedaya-upaya cuba menyembunyikan rasa kurang senangnya. Timbul rasa menyesal kerana mengikut Kate ke sini.
Kate pula seperti tidak perasan dengan keadaan Zack yang serba tak kena.
Okaylets go. Ajak Kate, setelah puas membelek wajah di cermin.
Boleh takpergi tempat lain Tanya Zack.
Why You tak suka datang sini
Zack diam. Boleh saja berkata tidak tapi entah kenapa dia tak bersuara.
Come! Dengan selamba, Kate menarik lengan Zack supaya mengikutnya masuk ke dalam kelab.
MUZIK berbunyi kuat dan membingit, seperti hendak pecah gegendang telinga Zack. Sinaran lampu laser juga menyilaukan mata.
Pengunjung-pengunjung kelab yang riang menari mengikut rentak lagu merimaskannya. Apalah yang seronok sangat pergi clubbing Kate pula seperti sedang tercari-cari seseorang.
Kate! There you are
Nama Kate dipanggil kuat. Mungkin si pemanggil mahu menenggelamkan bunyi bingit lagu yang bergema.
Hey Kate membalas lalu berlaga pipi dengan si pemanggil.
Zack! This is Audrey Kate memperkenalkan Zack kepada rakannya. Dek kerana muzik yang kuat, Kate juga turut menjerit.
Zack mengangkat tangan kanan. Sebelah lagi tangannya dalam poket jeans sebelah kiri. Dia hanya senyum kepada Audrey. Tak bercakap. Dia malas nak menjerit.
Kate dan Audrey berbual-bual seketika dalam bahasa Mandarin. Zack pula menjadi tiang lampu di situ.
Lets meet our friends. Lengan Zack ditarik lagi.
Zack mengikut saja langkah mereka macam lembu.
Di satu sudut kelab, kelihatan sekumpulan muda-mudi sedang bersuka-ria. Mereka menghampiri kumpulan itu. Kate menjerit lantas menyapa rakan-rakannya dengan girang lalu berlaga pipi lagi.
Zack hanya memandang tanpa bersuara. Hati semakin sebal namun tiada siapa yang sedar tentang itu.
Guys! This is Zack.
Sekali lagi Zack diperkenalkan dan seperti tadi juga, Zack hanya mengangkat tangannya sambil senyum kurang ikhlas.
This is Mira, Syikin, Janice and Elsy Kate memberitahu nama rakan-rakannya satu demi satu. "This is Ronny, Julian..."
Zack angguk saja. Siapa Mira, siapa Syikin, siapa Ronny, siapa yang mana, dia tak beri perhatian. Dia tahu, rakan-rakan Kate yang lain sedang memandangnya dengan pandangan kurang senang. Dia buat tak peduli sahaja.
Zackdrinks Soal Kate.
Oh wellCoke. Jawab Zack, acuh tak acuh.
Coke Sure Kate bertanya seperti mahukan kepastian.
Yup.
Ok.
SUDAH 45 minit masa berlalu. Zack kekal duduk berseorangan di sudut yang sama. Kate, Audrey dan beberapa gadis yang baru dia kenal tadi berada di atas lantai tari, berseronok sambil menari. Walaupun beberapa kali diajak menari, dia hanya menolak dengan baik. Tak kuasa nak terkinja-kinja.
Zack sebenarnya mahu keluar dari situ secepat mungkin. Tapi, macam mana nak balik Datang ke sini tadi pun dengan menaiki kereta Kate. Dia mula berkira-kira untuk menaiki teksi saja. Dia sedar, dia pun bukanlah baik sangat. Pernah juga dia pergi ke tempat sebegini waktu dulu tapi hanya dua kali. Sekadar merasa kata orang. Siapa yang nak pergi kelab dan disko, itu pilihan masing-masing.
Dia tak pernah mempertikaikan hak peribadi orang lain. Tapi padanya, disko dan kelab bukanlah tempat untuknya beriadah. Dia rimas dengan muzik bingit dan suasana gelap serta pengunjung yang menari terkinja-kinja. Sudahlah harga minuman pun mahal. Coke saja, mencecah lapan ringgit setin.
Zack mula menyalakan sebatang rokok. Sambil-sambil itu, matanya mencari Kate. Dia mahu pulang.
Dia rela untuk menaiki teksi sahaja. Itu dia. Matanya tajam memerhatikan Kate dan Audrey menari. Gaya mereka lain macam saja. Macam pasangan bercinta. Patutlah kena tinggal dengan boyfriend.
Zack tak mampu bertahan lagi. Sakit mata. Sakit hati pun, ia juga.Tak berlengah lagi, dia terus pergi dari situ. Sambil berjalan, dia menatap skrin telefon bimbit dan mencari nama seseorang. Dia segera menaip mesej.
(Zack Iskandar)
Anep, kau kat ner
Hanif membalas 10 saat kemudian.
(Hanif Lokman)
Rumah. Kenapa
(Zack Iskandar)
Ambik aku.
(Hanif Lokman)
Mana
(Zack Iskandar)
Sheraton
(Hanif Lokman)
Okay
Zack menarik nafas lega. Nasib baik Hanif ada. Jimat duit. Sekurang-kurangnya, dia tak perlu keluar duit untuk membayar tambang teksi. Sekali masuk, dah tiga ringgit. Kalau berhenti pun, meter tetap jalan. Kalau dari sini nak balik ke rumah, kurang-kurang pun perlu membayar lima belas ke dua puluh ringgit.
Sambil menunggu, Zack menyalakan lagi sebatang rokok. Kebosanan mula melanda. Imej Kate dan Audrey muncul secara tiba-tiba. Dia menghembuskan asap rokok ke udara. Ketika ini dia cuba berfikir rasional. Mungkin itu cara mereka berhibur. Mungkin dia yang tersalah anggap. Mereka cuma menari. Ya, cuma menaridalam keadaan yang dia rasa kurang normal. Mungkin kurang normal padanya tapi normal pada orang lain, mungkin
Alah, Zack. Kau pun bukan baik sangat. Hati berkata sendiri.
Apa-apa sajalah. Yang dia tahu, dia menyesal datang ke sini. Kate pun satu. Bila ditanya nak pergi ke mana, tidak pula mahu berterus-terang. Rokok disedut lagi.
Telefon bimbit di dalam poket seluar bergegar. Ada panggilan masuk. Zack memeriksa telefon bimbitnya. Panggilan dari Kate. Dia membiarkan saja sehingga bunyi di telefon mati sendiri. Seminit kemudian, datang pula mesej dari Kate.
(Kate Banham)
Where are you
(Zack Iskandar)
Outside. I need to go
(Kate Banham)
But why
(Zack Iskandar)
Explain later
Tiada balasan dari Kate. Mungkin Kate merajuk Lantaklah. Kate bukan awek dia hingga perlu dipujuk. Setengah jam kemudian, Zack menerima pula mesej dari Hanif.
(Hanif Lokman)
Tunggu tepi traffic light.
Zack sengih. Cekap betul Hanif memandu sambil menaip mesej di WhatsApp. Selepas menyedut asap rokoknya buat kali terakhir, dia menapak ke tepi jalan sebelah tiang lampu isyarat. Nissan Sentra milik Hanif muncul hampir seminit kemudian.
Thanks Nep. Ucap Zack apabila masuk ke dalam kereta.
Tak ada hal. Balas Hanif. Kereta terus dipandu meninggalkan kawasan itu.
HANIF memandu hingga ke Keramat. Dia ajak makan. Zack menurut saja. Dah Hanif yang pandu kereta.
Sebuah gerai yang menyediakan masakan ala Thai menjadi pilihan. Kereta diparkir di tepi jalan. Enjin dimatikan lalu mereka keluar dari kereta. Langkah diatur menuju masuk ke dalam gerai. Sebuah meja tidak jauh dari pintu masuk dipilih lalu mereka melabuh duduk.
Kau tak masak hari ni Soal Zack lalu tersengih tiba-tiba. Sudah macam suami yang tanya pada bini.
Malas. Pendek Hanif menjawab.
Datang kakak gerai mengambil pesanan makanan dan minuman. Hanif memesan nasi goreng kampung dan jus tembikai. Zack pula hanya memesan segelas Teh O Ais. Tak ada selera nak makan. Setelah pesanan diambil, kakak gerai berlalu.
Apa cerita Soal Hanif, membuka perbualan.
Zack menceritakan apa yang berlaku. Dengan Hanif, dia jarang berahsia. Hanif yang tua lebih dua tahun darinya sudah dianggap seperti abang walaupun tidaklah dia memanggil Hanif dengan panggilan abang. Tak kuasa.
Hanif hanya terangguk-angguk mendengar cerita Zack.
Jadi, kau rasaKate tu Hanif tak menghabiskan ayatnya.
Agaknya Jawab Zack. Kalau dia terus-terang dari awal, mungkin aku tak terasa sangat kot.
Apa yang kau nak terasa sangat Tanya Hanif.
Zack diam. Soalan Hanif turut mengundang persoalan dalam dirinya. Apa yang dia terasa Dia sendiri pun tak tahu. Mungkin kalau Kate berterus-terang dari awal, dia akan lebih mudah menerima Kate. Tapi mungkin saja Kate tak mahu berterus-terang lebih awal kerana bimbang akan penerimaannya nanti.
Zack menolak rambutnya ke atas. Jika hendak difikirkan kembali, tidak begitu lama dia mengenali Kate. Banyak lagi tentang Kate yang dia tidak tahu. Mungkin tidak adil untuknya mengadili Kate sebegitu rupa.
Makanan dan minuman yang dipesan mula sampai. Mereka menjamu selera sambil berbual. Subjek tentang Kate digugurkan terus dari topik perbualan.
USAI menjamu selera, mereka mula hendak beredar. Hanif mengajak Zack untuk menemaninya ke Uptown Danau Kota. Nak beli kasut katanya. Zack setuju saja. Dah Hanif yang bawa kereta...
Aku bayar.Kata Zack dengan niat untuk berterima kasih.
Hanif hanya mengangguk. Rezeki jangan ditolak. Dia melambai ke arah seorang perempuan, tuan gerai itu untuk membuat bayaran.
Kira kak. Kata Hanif apabila kakak itu sampai.
Lapan ringgit dua puluh sen. Kakak gerai menyebut harga.
Lapan ringgit ajelah dik." Sambungnya sambil senyum meleret ke arah Hanif.
Dapat diskaun dua puluh sen. Baik hati kakak gerai. Sepuluh saat kakak gerai itu berdiri sebelah mereka sambil senyum-senyum pada Hanif. Zack masih tidak menghulurkan duit. Fokusnya telah terarah ke luar gerai.
Zack. Panggil Hanif.
Zack tak menyahut. Sepasang kekasih yang sedang bergaduh tidak jauh dari gerai itu yang menarik perhatiannya.
Lama menunggu, Hanif akhirnya menghulurkan wang lima puluh ringgit kepada kakak gerai tadi. Dia tiada wang kecil.
Zack. Kenapa Hanif menyoal.
Zack masih tak menyahut. Bibirnya dijuihkan kepada pasangan yang bergaduh tadi.
Ala, biasalah tu. Balas Hanif walaupun kini, dia turut mula memberi perhatian kepada pasangan itu.
Zack masih lagi memerhati dengan tajam. Semakin kuat pula lelaki itu memaki hamun pasangannya. Orang ramai turut mula memberi perhatian kepada pasangan itu. Dia bingkas bangun.
Eh Zack. Kau nak pergi mana Soal Hanif. Pelik melihat tingkah Zack.
Zack tak pedulikan teguran Hanif. Orang itu bukan sembarangan orang. Dia kenal sangat perempuan yang kena maki-hamun itu.
Hanif ditinggalkan. Dia berjalan pantas ke arah pasangan itu. Suara si lelaki yang memaki hamun semakin jelas di telinganya.
Eh, ini sudah lebih! Zack menjadi panas hati.