ARISSA termenung di balkoni bilik. Pulang dari Korea seminggu yang lalu, hatinya masih tidak tenteram. Sepatutnya dia gembira kerana Tan Sri Johari sudah beri kemudahan yang banyak untuknya dan Nelissa bercuti. Perasaannya masih tidak keruan. Ibu kandung yang dicari masih belum ditemui.
Manalah ibu aku tinggal..alamat yang arwah ayah bagi dulu tu dah tak boleh pakai kut..Arissa menopang dagu. Suasana malam yang mengadap panorama Kuala Lumpur dengan lampu berkerlipan memang nampak cantik. Tambah lagi suasana malam yang tidak pernah sunyi dengan kenderaan lalu lalang.
Arissa menapak ke katil. Usai solat isyak tadi, dia masih tidak dapat melelapkan mata. Masih sarat memikirkan di mana ibunya sekarang. Sejak sampai di bandar Seoul sehinggalah ke Pulau Nami, tidak ada yang tahu alamat yang ditunjukkan itu. Nelissa sendiri pun tidak tahu ke mana lagi hendak cari alamat seperti yang tertera atas kertas itu.
Ibu..ibu kat mana Arissa menekup muka ke bantal. Rindunya pada ibu kandung begitu terasa.
Telefonnya berdering kuat.
Assalamualaikum Arissa..
Kedengaran suara di hujung talian. Arissa senyum. Salam dari Tuah disambut mesra. Lama mereka berdua berbual di talian.
Hmm..nampaknya Tuah begitu serius. Nak masuk meminang bagai. Aku dah la tak pernah keluar dengan dia, apa lagi nak bercinta bagai.. Arissa menghela nafas. Ternyata Tuah begitu serius menjalinkan hubungan antara mereka berdua. Telefon bimbit diletakkan di atas bantal.
Lampu ditutup.
ENAM setengah pagi, Arissa sudah bersiap-siap. Baju kurung merah hati dengan sedikit solekan nipis dikenakan pagi itu. Rambutnya disikat rapi dan diselit dengan sepit riben putih berbentuk bunga daisi di tepi sebelah kiri rambut. Bergegas dia menuju ke makmal. Jalan pula agak sesak. Sudah lebih seminggu dia bercuti.Kereta MyVi dipandu agak perlahan. Kesesakan jalan di hadapan cukup membuatnya gelisah. Sesekali dia jeling jam di dashboard. Hampir lapan pagi. Lapan setengah, dia kena sampai di makmal.
TERKOCOH-KOCOH Arissa melangkah ke bilik mikrobiologi. Jam di pergelangan tangannya sudah melebihi lapan setengah pagi. Hari itu dia perlu siapkan tugasan yang diberi Syed Faizal minggu lepas.
Kenapa lambat ni
Arissa terkejut. Tiba-tiba Syed Faizal menegurnya di tepi tangga.
Err...jalan jam tadi. Arissa meneruskan langkahnya.
Jalan jam ke..atau awak dah ego
Arissa mendongak. Ego
Apa maksud awak
Ya la..dah jadi pekerja kesayangan Tan Sri. Terpampang nama dalam paper. Masuk kerja pun dan mula lambat.Perli Syed Faizal. Riak mukanya sudah sinis.
Siapa yang ego Saya lambat sebab jalan jam tadi. Ada kemalangan. Arissa mengetap bibir. Geram dengan kata-kata bos mudanya. Dia terus menapak ke bilik pejabat.Tubuhnya dihenyak atas kerusi. Datang lambat salah, datang awal pun salah! Habis apa yang betulnya
Arissa mula pakai baju makmal dan menukar kasut. Rambutnya ditocang satu. Itu juga arahan Syed Faizal bagi pekerja yang tidak memakai tudung. Dia terus ke bilik analisa. Hampir seminggu dia tidak masuk makmal. Entah apa yang berlaku.
Suzana, mana Shahrul Arissa buka inkubator. Banyak piring petri yang sudah dieram disitu ada pertumbuhan bakteria.
Dia cuti hari ni kak. Kenapa Suzana sibuk membasuh semua peralatan kaca makmal.
Berapa hari dia cuti
Katanya dua hari..wife dia sakit nak bersalin semalam. Suzana senyum. Tangannya ligat membasuh botol-botol kaca kecil yang digunakan
untuk membuat slant agar untuk pengkulturan bakteria.
Arissa anguk-angguk. Dia ambil keluar semua piring petri untuk membuat pengiraan koloni bakteria. Apa yang tumbuh di atas agar dalam piring petri itu dikira menggunakan Colony Counter.
Kak..nanti client nak buat bacteria identification. Saya dah sediakan semua bahan untuk itu. Ada di tepi singki. Suzana tuding ke arah bahan-bahan untuk pengecaman bakteria menggunakan teknik gram staining yang boleh mengetahui bentuk dan jenis bakteria
Okey,bila klien nak results Arissa letak piring petri yang mengandungi koloni bakteria dan diletakkan dalam Laminar Flow, tempat untuk melakukan ujian. Laminar Flow, alat yang sentiasa dijaga bersih dengan teknik aseptik. Bermakna,tidak akan ada pencemaran dari luar. Segala keputusan yang diperolehi samada mengandungi bakteria atau tidak, adalah sah mengikut prosedur yang betul.
"Minggu depan kak!" Laung Suzana.
Arissa hanya angguk. Tangannya lincah membuat ujian ketulenan bakteria. Sedar tak sedar sudah hampir jam enam petang. Hari itu terlalu banyak kerja yang perlu dibuat. Projek yang disuruh oleh Tan Sri Johari masih dalam peringkat kaijan dari segi kesesuaian kaedah analisa. Arissa segera menapak ke tempat punch card.
LAJU kereta MyVi Arissa membelah kesibukan jalanraya. Dia jenguk jam. Sudah menghampiri enam setengah petang. Keretanya membelok ke arah Putrajaya menuju ke Alamanda.
Hmm..harap-harap ada la kedai bunga kat sini. Kalau tak, terpaksa aku ke arah Puchong pula. Arissa menapak laju ke pusat beli belah itu setelah kereta diparkir di tingkat atas.Sudah lama dia ingin membeli bunga ros untuk hiasan di biliknya nanti. Biliknya sudah nampak kusam tak berseri. Sekali sekala nak juga dia hias dengan keharuman dan kecantikan bunga!
Melilau Arissa mencari kedai bunga. Satu pun tak ada.Haih..kat mana lagi la aku nak cari ni...
Keretanya dipandu pula ke arah pusat beli belah di Puchong. Terpaksa.
Hmm..alhamdulillah.Ada juga bunga ni. Arissa senyum.
Penuh kedua tangannya memegang dua jambak bunga ros itu. Dia menapak berhati-hati ke tempat letak kereta semula.
Arissa!!
Arissa berpaling. Zarul Dia menelan liur.Setelah dua tahun tidak bertemu, Zarul muncul semula.
Err..awak buat apa kat sini Arissa sudah menggelabah. Memang sejak di kampus, Zarul tidak pernah putus asa menggodanya.
Saja jalan-jalan. Banyak awak beli bunga Zarul jeling bunga di tangan Arissa.
Oh..ni untuk majlis kesyukuran. Arissa senyum kelat. Saja tipu lelaki tu.
Hmm..tak sangka jumpa awak kat sini. Makin cantik..kerja kat mana sekarang Zarul sengih. Tubuh Arissa dilihat atas bawah. Pertama kali melihat Arissa mengenakan baju kurung. Kalau di kampus dulu, Arissa lebih gemar berseluar jeans dan blaus lengan pendek.
Kat makmal.. awak Arissa senyum kelat. Banyak tanya pula mamat ni.
Makmal mana Zarul tidak hiraukan pertanyaan Arissa.
Makmal biasa je.. Arissa sudah bosan. Zarul seperti ingin mengorek kehidupannya.Bukan dia tidak tahu sikap dan perangai Zarul yang memang akan sentiasa cari peluang. Tak pernah serik dia ni!
Kenapa takut nak beritahu Takut saya cari awak sampai ke situ Zarul ketawa sinis.
Arissa diam. Tunduk.
Err..okey la awak. Saya nak cepat ni.Saya pergi dulu. Arissa mula melangkah.
Tunggu! Takkan cepat sangat awak nak pergi. Kan waktu rehat ni. Tak nak makan dulu keZarul tarik tangan Arissa.
Arissa menjeling tajam tangan Zarul yang sudah melekat di lengannya.
Maaf!Saya tak lapar. Arissa cuba tepis tangan Zarul.
Awak tinggal kat mana sekarang Zarul masih tak berputus asa.
Arissa tidak menjawab. Tangan Zarul ditepis kuat. Dia menapak laju ke tempat orang ramai. Kalau dia terus ke tempat letak kereta nanti, takut Zarul mengikutnya sampai ke situ pula. Lelaki kasanova macam Zarul bukan boleh percaya sangat.
Zarul hanya tersenyum memandang Arissa yang sudah hilang di celah orang ramai. Dari dulu Arissa memang susah didekati apalagi nak dijadikan kekasih hati.
Tak apa...aku akan dapat jugak kau satu hari nanti. Zarul senyum nakal.
Dude! Whats going on Bahu Zarul ditepuk kuat.
Zarul berpaling. Kau buat apa kat sini
Aku jumpa client tadi. Kau Daniel senyum. Dari tadi dia perasan Zarul bercakap dengan seorang gadis. Tidak nampak dengan jelas siapa gadis itu yang terselindung di sebalik orang ramai yang lalu lalang.
Aku nak lunch kat sini. Sekarang ni kan lunch time! Kau dah makan Zarul sengih.
Sudah tapi kalau setakat nak minum tu, boleh la. Daniel senyum lagi.
Ok! Lets go!
Zarul dan Daniel beriringan menuju ke sebuah restoran di situ.
BALIK dari IOI Mall tadi, Daniel memecut Lamborghini kelabu miliknya menuju ke pusat bandar raya. Perjanjian yang dimeterai bersama pegawai dari syarikat balak WCJ Log Sdn Bhd di IOI Mall tadi nampaknya berjaya. Kepercayaan yang diberi syarikat itu kepadanya untuk memasarkan kepingan papan balak perlu dijaga. Sebagai sebuah syarikat multinasional, Daniel seboleh mungkin inginkan reputasi yang baik di mata peniaga di Malaysia dan sudah tentu di peringkat antarabangsa. Senyuman lebar terukir indah di bibir merah Daniel. Tiba di pejabat di Mid Valley, Daniel segera membelek fail projek yang dimeterai sebentar tadi.
Hmm...I hope this company have enough stocks for the furnitures. Bibir merah Daniel sekali lagi tersenyum lebar.
Dia bersandar di kerusi. Mata menala ke siling. Alunan muzik Beethoven beralun merdu memenuhi ruang bilik pejabatnya yang luas. Puas hati dengan pencapaian yang diperolehi kini. Selama ini ayah bersusah payah menaikkan nama JB Corp Bhd. Dari sekecil syarikat, kini gah berdiri sama tinggi dengan syarikat besar yang lain yang sudah lama bertapak di bumi Malaysia ini. Pernah ayah menahan perut demi memajukan syarikat. Jatuh bangun ketika itu sudah seperti biasa. Lamunan Daniel mula terhenti. Bunyi deringan telefon bimbitnya kuat di cuping telinga.
Dad!! Terus ceria wajah Daniel.
When Ok!
Telefon bimbitnya diletak atas meja. Dia pandang jam di dinding. Sejam lagi ayahnya akan sampai di Malaysia. Benar seperti apa yang diberitahu ayah minggu lepas, semasa dia berada di Korea. Ayah akan kembali ke Malaysia. Sekejap lagi dia akan menjemput ayah di KLIA.
Rupanya ayah sudah mengambil penerbangan awal ke Kuala Lumpur dari Heathrow Airport di London. Daniel bingkas bangun. Perasaannya sudah teruja sangat. Tak sabar!
SUNGGUH seronok Daniel menikmati makan malam bersama ayah tersayang. Siang tadi, sebaik menjemput ayah di KLIA, sempat Daniel membawa ayah ke pejabat baru yang mengusahakan produk kosmetik dan mandian yang telah berkolaborasi dengan kilang di Korea sebelum pulang ke rumah mereka di Bangsar. Daniel puas bila melihat wajah ayah begitu teruja.
Dad..are you okay Daniel mula tidak sedap hati melihat wajah ayah tiba-tiba sugul.
Son, I think I want to seek advice from our lawyer.. Perlahan Datuk James bersuara. Daging panggang dalam pinggan tak luak.
Advice For what Daniel berkerut kening.
My case..Biotechology case..regarding the Bioremediation project and on top of that, of course, that lab itself! Datuk James bersandar di kerusi makan. Dia meneguk air kosong perlahan. Sejak diserang penyakit jantung, Daniel melarangnya minum minuman keras.
You mean...the project that is to do with the polluted river Daniel menelan liur.
Datuk James angguk. The most important thing is, the laboratory..its mine!
But dad..if you proceed this case, I dont think that we can win! Daniel mula membantah. Sebenarnya dia ada caranya sendiri.
How do you know Datuk James jeling Daniel yang sudah tidak puas hati.
Daniel diam seketika. Penyiasatan yang dibuat selama ini sudah jelas menunjukkan syarikat JN Biotech itu adalah milik Tan Sri Johari sepenuhnya.
Err..dad, I think we should let go this case. Theres no chance for us to win this case. That company obviously wants that project. And, they have proof for the owner title. All documented! Unless we have firm evidence saying that you deserved this lab. Daniel cuba memujuk ayah.
You know what Id lost almost thirty millions just like that! And now you are telling me, just let it go! Datuk James bingkas bangun. Muka putih Datuk James sudah mula merah.
Daniel menekup muka. Ayah dilihat sudah menapak ke dalam bilik. Jelas di telinganya pintu bilik dihentam kuat. Daniel mula mengemas meja makan. Daging panggang yang dimasak Mak Ti tadi masih banyak. Dia kemudian berehat di ruang tamu. Sempat jeling jam di dinding. Hampir enam petang.
Hello..Gagak! I need you to do something. See you later. Telefon bimbit dmasukkan ke dalam poket semula. Daniel jeling bilik ayah. Merajuk agaknya.
Perlahan Daniel menapak ke daun pintu bilik ayahnya. Dia mengetuk berkali-kali. Tiada jawapan.
Dad! Im going out! Please dont go anywhere! Laung Daniel dari luar pintu. Bimbang ayahnya keluar seorang diri dalam keadaan kesihatan yang masih lemah.
Dad! Do you hear me Laung Daniel lagi. Masih senyap.
Daniel segera capai kunci kereta. Dia perlu berjumpa Gagak. Dia perlu buat sesuatu.
DATUK JAMES mula bersiap. Dia sengaja mengurungkan diri dalam bilik tadi. Panggilan dari Daniel tidak diendahkan. Baju kemeja dipakai kemas. Dia segera capai kunci kereta BMW hitam dan mula memecut ke sebuah restoran. Dia sudah berjanji dengan peguamnya untuk berbincang mengenai kes JN Biotech. Tiba di restoran, Datuk James mula berbincang secara serius dengan Mr. Mahendran. Semua dokumen diperiksa. Mr. Mahendran mula minta diri setelah hampir satu jam berbincang.
Dont think too much Datuk. You need a lot of rest.. Mr. Mahendran tepuk bahu Datuk James. Dia mula beredar dari situ.
Datuk James juga turut melangkah ke kereta semula.
Datuk JB! What a coincident!
Datuk James berpaling. Tan Sri Johari sudah tersenyum di sebelah kirinya.
Oh Tan Sri Johari. How are you Datuk James cuba berbahasa.
Good! Very good! Bangga Tan Sri Johari bersuara dengan riak berlagak.
Err...hows the lab Datuk James cuba juga bertanya tentang makmal yang sudah terlepas ke tangan Tan Sri Johari.
Excellent! Well, some people said its good to have a business with a little investment but the outcome is splendid! Tan Sri Johari senyum.
Datuk James faham dengan kata-kata Tan Sri Johari tadi. Itu sindiran tajam untuknya.
A penny saved is a penny earned! Tambah Tan Sri Johari dengan nada sinis. Sengaja! Biar Datuk James tahu siapa Tan Sri Johari Nasir! The best business man!!
Well, thats good for you. Datuk James mula ingin beredar dari situ. Sakit hati mendengar kata-kata Tan Sri Johari kalau berlama di situ. Dia tahu sangat apa yang Tan Sri Johari ingin sampaikan.
Thanks for the money! Laung Tan Sri Johari sambil ketawa.
Datuk James tidak menoleh sebaliknya dia melangkah laju meninggalkan tempat itu. Dia perlu pulang awal sebelum Daniel tiba di rumah.
TIBA di laman, Datuk James menapak perlahan keluar dari kereta. Dia asyik memikirkan kata-kata Tan Sri Johari sepanjang perjalanan pulang ke rumah tadi. Sepanjang memandu tadi, rentak jantungnya berombak-ombak. Sesekali dia menekan kuat di dadanya yang terasa berat.
Arggghhh... Datuk James menekan dada. Terasa makin berat.
Datuk! Mak Ti, orang gaji Datuk James yang kebetulan berada di situ segera meluru ke arah Datuk James.
BUNYI telefon bimbit Daniel begitu kuat, jelas menerjah telinga.
Hello..ya..what
Telefon bimbit terlepas dari tangan. Daniel memecut laju menuju ke hospital. Tadi panggilan dari Mak Ti. Ayah dikejarkan ke hospital PPUM.
Tiba di hospital, Daniel berlari ke arah bilik ICU. Melalui cermin bilik, jelas dia melihat sekumpulan doktor sedang bertungkus lumus menyelamatkan ayahnya.
Mak Ti, macam mana ayah saya Daniel pegang bahu Mak Ti yang sudah menangis.
Masih tak sedarkan diri. Tadi Mak Ti kembali ke rumah tu sebab tertinggal dompet. Bila Mak Ti sampai di pintu pagar, Mak Ti nampak Datuk dah rebah di atas rumput sebaik keluar dari kereta. Mak Ti menjelaskan apa yang berlaku.
Keluar dari kereta Ayah keluar ke Daniel mengetap bibir. Ayahnya memang degil. Sudah banyak kali dia berpesan tadi.
Siapa yang bawa ayah ke hospital
Mak Ti telefon ambulan.
Daniel tunduk sambil meraup muka. Dia semakin gelisah. Matanya tak lepas dari melihat ayah yang bertarung nyawa.
Encik..anak kepada Datuk James Seorang jururawat menegur Daniel.
Daniel mendongak dan mengangguk lemah.
Saya rasa lebih baik encik masuk ke dalam. Jururawat itu buka pintu bilik ICU. Daniel dikehendaki memakai gaun hospital dengan penutup kepala. Mak Ti pula hanya menunggu di luar bilik.
Daniel menapak perlahan ke katil ayahnya. Sebak mula terasa melihat wajah ayah yang sudah semakin pucat.
Dad..please dont leave me..please.. Daniel genggam tangan kanan ayahnya yang masih tidak sedarkan diri. Berjurai air mata tumpah di pipi. Keadaan ayah semakin tenat. Kelihatan doktor dan beberapa orang jururawat bertungkus lumus merawat dan cuba menyelamatkan Datuk James.
Im sorry for your lost.. Doktor yang merawat Datuk James mula mengusap perlahan belakang tubuh Daniel yang sudah termengguk di tepi katil. Bunyi bip yang panjang di mesin yang menyambungkan tiub ke tubuh Datuk James jelas kedengaran.
Dad!! Laung Daniel sambil menangis. Bagai orang hilang akal.
Encik..maaf..kami terpaksa bawa keluar. Seorang jururawat yang dari tadi menjaga Datuk James mula meminta izin dari Daniel yang masih termengguk di tepi katil.
Daniel melangkah lemah bersama jasad kaku ayahnya yang sudah ditutup dengan kain putih.