SELEPAS kejadian itu, Ajai dan Cikgu Isa menjadi tidak sebulu. Ajai takut untuk terus menatap wajah Cikgu Isa yang semakin menjadi-jadi garangnya. Cikgu Isa pula tertekan dengan sikap Ajai yang suka mendesak.
Kematangan Ajai menuang gundah pada jiwa Cikgu Isa. Selain fizikalnya yang semakin tegap, geliga otaknya juga sedikit demi sedikit merencatkan kedamaian di hati guru itu. Andai dia boleh melarikan diri daripada setiap permasalahan, sudah lama dia gagahkan.
Hari demi hari, penyakit Cikgu Isa tampak sukar diubati. Dia sering digeluti tekanan sematamata memikirkan kehendak Ajai yang bukanbukan. Hakikatnya, tekanan yang berlarutan bisa membuatkan keadaannya bertambah teruk. Malah, kesakitan jasmani boleh merebak ke dalam rohani. Semakin dia tertekan, semakin jadi tidak keruan.
Menurut Doktor Syarifah, penyakitnya itu sudah sampai ke tahap kritikal. Dia menerimanya dengan hati yang terbuka. Dia sedar nyawanya
bagai abu di atas tunggul. Tiada tanda-tanda dapat bertahan lama. Bila-bila masa sahaja akan ditiup angin.
Sampai detik ini, dia masih menyalahkan dirinya atas peristiwa minggu lalu. Sikap panas barannya masih lagi tidak terpujuk oleh kesakitan yang didatangkan. Mungkin memang salahnya, atau mungkin Ajai yang perlu dipersalahkan kerana terlalu memaksa. Nasi sudah menjadi bubur. Tidak dapat tidak, mesti ditelan juga supaya perut tidak terus mengaduh, kiasnya dalam hati.
Cikgu Isa masih ingat sejarah hitam yang terpalit di benaknya. Malam itu di meja makan, mereka makan bersama. Setelah sekian lama tidak duduk semeja, akhirnya empat mata bertemu dilatari hidangan malam yang enakenak.
Cikgu, dah lama kita tak makan samasama.
Ya.
Cikgu sakitkah
Cikgu Isa menggeleng. Mulutnya masih penuh dengan makanan. Dia tidak menjawab. Selesai satu suapan, disuakan lagi sesuap ke mulut tanpa menghiraukan Ajai yang melongo menanti jawapan.
Cikgu, boleh saya tanya sesuatu
Boleh. Apa dia
Ajai menarik nafas. Dia tahu kini bukan masa yang paling sesuai untuk dibincangkan. Soalnya, dia sudah tidak larat lagi untuk terus dihentam kecaburan. Dia mahukan kepastian. Seperti kata Pak Teh, dia perlu bergelintar mencari diri sendiri. Moga selepas ini dia berharap dapat bermandiri.
Boleh saya tahu, mengapa cikgu berminat untuk mengambil saya Ajai betul-betul terdesak untuk menuntut janji lamanya.
Cikgu Isa menggeleng lagi. Tetapi, kali ini bukan bererti dia tidak sakit, sebaliknya dia tidak mahu disakiti.
Ajai, makanlah.
Cikgu dengar, bukan
Ajai, dengar cakap cikgu, ya Makanlah.
Kenapa mesti cikgu mengelak Dah hampir tiga tahun cikgu bawa saya ke sini, tapi tak pernah ceritakan alasan cikgu ambil saya. Cikgu sudah lupa janji dahulu
Ada drama lampau melegari ingatan Cikgu Isa. Ya, suatu ketika dahulu dia pernah berjanji. Memorandum persefahaman yang termetarai saat dalam perjalanan mereka ke Kuala Kumpur. Sebuah persepakatan yang sebetulnya mesti dilupakan oleh Ajai.
Tetapi kini remaja itu menuntut janjinya dilunasi. Apa sahaja yang dimahu Ajai sehingga begitu nekad untuk mengetahui segala rahsia
makhfi di bawah naungan negeri hati guru itu Mengapa pula dia semakin rakus meminta yang bukan-bukan
Maafkan cikgu, Ajai. Cikgu tak bersedia untuk ceritakan kepada kamu lagi.
Tidak bersedia Untuk tempoh hampir tiga tahun Tak masuk akallah, cikgu.
Ajai mula menyindir. Nafsunya bergejolak. Ada angin yang memarakkan lagi nyalaannya.
Bukan macam itu. Cikgu tak berapa sihat sekarang. Belum masanya lagi.
Oh, tadi saya tanya cikgu sakit atau tidak, cikgu tak mengaku. Sekarang, baru cikgu nak mengaku Nak perbodohkan saya
Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Ajai. Merah padam pipinya. Lalu ditekupkan tangan kirinya di telinga. Barangkali bingit dengan desingan tamparan itu.
Kenapa kamu tiba-tiba berubah, Ajai Kenapa Cikgu Isa merampang.
Ajai diam. Tidak pandai lagi memuntahkan kata. Ditenungnya dalam wajah Cikgu Isa. Sebu wajahnya.
Cikgu tak pernah ajar kamu biadab dengan orang tua, Ajai. Kenapa kamu macam ni Tolonglah, Ajai. Jangan buat cikgu macam ini. Sedarlah Ajai.
Sedar apa Sedar diri yang saya ni anak
angkat Yang saya ni sebatang kara tak ada ibu bapa, pengenalan diri pun tiada. Begitu Pantas Ajai memintas.
Mata Cikgu Isa sudah berbinar-binar. Bukan itu maksud cikgu. Cikgu nak kamu sedar kamu perlu hormat orang tua.
Ada esakan kecil pada bicara Cikgu Isa. Dia tidak mampu lagi menahan sedih di hulu hatinya.
Cikgu banyak beralasan. Entah apa yang cikgu fikirkan. Saya kecewa. Cikgu mungkir janji! Ajai melenting. Serentak dengan itu dia menghempas kasar pinggannya di meja makan. Terus meluru keluar dari perut rumah.
Cikgu Isa masih terkenang-kenang peristiwa itu. Pertama kali Ajai disentuh. Selama ini dia hanya mampu meninggikan suara. Tetapi tidak waktu itu. Tangannya juga turut meninggi.
Sekarang dia begitu menyesal. Egonya terlalu tinggi. Entah mengapa dia masih tidak bersedia untuk menceritakan segalanya.
O Tuhan, tunjukkanku jalan!
Bayang Ajai lenyap perlahan-lahan. Ubat di depan mata perlu ditelan. Dia tidak mahu terus tertekan. Tambahan pula masalah pengenalan Ajai masih terperangkap di jalan buntu. Dia perlu segera selesaikan semuanya sebelum tiba hari keberangkatannya nanti.
PEPERIKSAAN PMR semakin hampir. Ajai bertambah risau. Beberapa bulan lagi peperiksaan percubaan pula akan menyusul. Tekanan mula dirasai.
Lenggok tangan Ajai terhenti. Penanya diletakkan perlahan di atas meja. Menindih buku teks Matematik berkulit jingga itu.
Lalu dia memerhatikan Gana. Remaja
India itu asyik memicit-micit butang kalkulator. Bibir gelapnya sedikit muncung. Tampak bersungguh-sungguh.
Tiba-tiba Ajai mendesah. Disertai dengan ketukan di meja. Langsung pelajar lain di kelilingnya membelalakkan mata. Ada juga yang menekapkan jari telunjuk di bibir.
Gana turut menceber. Tidak selesa dengan tindakan Ajai mengusik tumpuan setiap yang ada di perpustakaan itu.
Kau ni kenapa, Ajai Relakslah! Soalan punya senang pun kau nak mengamukkah Gana bersuara kecil.
Kau pandai bolehlah. Ajai memuji tidak ikhlas.
Tak. Kita semua sama saja. Kalau aku pandai, dah lama aku ke sekolah budak-budak genius.
Ajai tidak berminat untuk melayan jenaka
Gana. Dibiarkan sahabatnya itu tersenyum sendiri. Ada perkara yang lebih penting perlu difikirkan. Yakni soal hubungannya dengan Cikgu Isa yang semakin merenggang.
Ajai, kalau kau ada masalah beritahulah. Mana-mana yang aku boleh tolong, aku cuba, ujar Gana cuba menawarkan diri.
Tak ada apalah. Aku cuma tertekan. Ajai mengaku.
Tertekan Kau ada masalah lain Atau sakit apa-apa Bapa aku doktor. Boleh rawat kau.
Ajai menjeling. Orang yang disangkakan pendiam suatu ketika dahulu kini telah mencabul hipotesis awalnya. Sekali lagi soalan Gana digantung.
Kau takut nak PMR soal Gana masih tidak berputus asa.
Adalah sikit. Aku terlalu banyak berfikirlah. Macam-macam benda menyenakkan otak aku. Sekejap pasal pelajaran, lepas itu Cikgu Isa pula. Sakit otak aku dibuatnya. Kalau macam inilah tiap-tiap hari, susahlah aku nak belajar. Aku nak berjaya juga. Ajai tidak sedar dia sudah membangkitkan suasana.
Oh, begitu. Jangan fikirkan sangat soal cemerlang atau tidak. Fikirkan kepentingan ilmu yang kau nak kaut tu. Belajar bukan sematamata untuk peperiksaan. Ikhlaslah sikit, Gana pula berceramah.
Ajai terenjat mendengar kuliah Gana. Rakannya itu tidak pernah berkata tentang keikhlasan sebelum ini.
Macam inilah, Ajai. Aku cadangkan kau selesaikan dulu masalah kau dengan Cikgu Isa. Ada sesuatu yang tak kena antara kau orang. Aku perasan semua tu sejak beberapa minggu lepas.
Aku bukannya apa. Sejak kita ada kelas tambahan, aku selalu balik dengan kau. Balik lewat petang pula tu. Tak banyak masa nak luangkan bersama. Malam dah tentu cikgu terperap dalam bilik. Aku pun sama. Sibuk nak mengulang kaji.
Waktu makan tanya Gana.
Kami dah jarang makan sama-sama, balas Ajai selamba.
Datang sekolah bersama, takkan membisu dalam kereta
Bukannya nak kata kami langsung tak bertegur. Cuma bila bertegur tu, dingin saja. Jadi, aku seganlah nak berlebih-lebih. Manalah tahu aku yang menyebabkan dia terasa hati.
Ajai tidak berterus-terang. Dia masih tidak mahu ceritakan kepada Gana tentang peristiwa kelmarin. Biarlah kesakitan di pipinya diperam.
Habis tu, kalau bertembung di rumah kau tak sapa
Ada. Tapi itulah. Bila ditanya, jawabnya tak ada apa-apa, baik-baik saja. Lepas tu ditanya aku balik, dah ulang kaji Sikit-sikit dah ulang kaji Manalah aku tak tertekan. Cikgu Isa tu macam mengharapkan aku berjaya sangat.
Baguslah kalau begitu. Ada motivasi.
Motivasi kata kau Kalau setakat paksa ulang kaji, baik tak payah. Aku belajar untuk diri aku, bukan untuk cikgu. Aku pun nak berjaya macam orang lain juga, suara Ajai melengking. Dia terlupa mengurung kemarahannya.
Gana terkesima. Seakan tidak percaya apa yang dilihatnya. Ajai bagai dirasuk makhluk halus.
Betul. Tapi, kau tak tahu apa masalah sebenarnya. Mungkin cikgu tidak mahu ganggu kau belajar. Cikgu pun buatlah kerja sendiri.
Ah! Tak mahu ganggu konon. Entah apa yang dibuatnya di dalam bilik seorang diri. Kadang-kadang aku ada juga terfikir mahu bertanyakan soalan subjek Bahasa Malaysia. Kalau dah muka asyik monyok saja, siapa pun tak berani nak tegur.
Sabar, Ajai. Cubalah bawa berbincang.
Tak mahulah aku. Tiap-tiap hari aku kena menghadap mukanya. Naik muak! Aku nak PMR, takkan dia tak faham.
Kenapa dengan kau ni Cikgu Isa cuma nak lihat kau berjaya. Itu sudah cukup untuk
membahagiakannya. Ajai, selama ini cikgu dah banyak bantu kau. Pak cik kau tu sayangkan darah dagingnya. Kau kena balas jasanya. Kau jangan lupa diri. Jangan keras hati! suaranya ditinggikan.
Apa saja jasanya kepada aku
Jasa menjaga dan mendidik anak buah yang tak kenang budi!
Jiwa Ajai bagai ditetak oleh kapak yang tajam. Dia terasa dengan kata-kata Gana.
Benar, dia sudah mula lupa diri. Malah, sangat mementingkan diri. Dia gagal mengenal kehidupannya sebenar. Dia sibuk mencari kepentingan diri. Hakikatnya dia jauh meninggalkan Cikgu Isa yang dianugerahi Tuhan. Anugerah paling bermakna dalam hidupnya. Dia alpa dengan dunia. Kononnya mencari sebuah kehidupan, hakikatnya semakin terkebelakang daripada restu Ilahi.
Kata-kata Pak Teh kembali menggamit sanubarinya. Tapi, ingat! Mencari kehidupan perlu dengan keimanan. Bukan dengan nafsu.
Ajai mengepam air matanya. Benar kata Pak Teh. Dia mulai sedar. Dia telah menggunakan nafsu untuk mencari kehidupan, bukan dengan keimanan.
Gana serba salah melihat Ajai yang terkebil-kebil mahu menyekat air dari sungai mata terus mengalir. Namun, sungai mata tetap
pasang. Diusap-usap belakang badan anak jati Jakun itu. Tersengguk-sengguk Ajai menahan esakan.
Maafkan aku, Ajai. Aku tak ada niat apaapa. Gana berasa serba salah.
Tak mengapa, Gana. Kau tak bersalah. Aku yang bersalah. Aku lupa daratan.
Ajai masih tidak mahu mendongak. Takut kalau-kalau kelakiannya tercalar. Dia membenamkan kepalanya di atas meja. Saat itu, bayang Cikgu Isa muncul.
Ajai mengejamkan mata. Dia mahu segalanya baru. Pulang nanti, dia akan melutut dan menangis semahunya. Seperti mana suatu ketika dahulu dia berbuat sedemikian sejurus dibawa pulang oleh Pak Teh yang menjumpainya di tengah jalan.