Lukisan Asmara 2 - 13
BAB 12

Hari terus berlalu. Musim juga hampir bertukar. Namun, pencarian Alyssa tetap berterusan. Selagi tidak ketemu calon yang sesuai, Alyssa tidak akan berputus asa. Telah ramai gadis yang ditemuinya, semata-mata untuk mencari cinta sejati kedua untuk suaminya. Namun, seringkali jua berakhir dengan kekecewaan. Kebanyakannya lebih tertarik dengan kemewahan yang ditawarkan, berbanding perkongsian hidup yang abadi dan kasih yang berkekalan sehingga ke syurga. Ada juga yang mahu memiliki Tuan Fahreen secara total, tidak ingin berkongsi dengan sesiapapun, umpama orang yang tidak sedar diri diuntung.

Manakala kesihatan Alyssa juga sering terganggu sejak akhir-akhir ini. Kepalanya selalu sahaja sakit, ditambah pula dengan masalah mencari calon madunya yang masih belum selesai. Ada ketikanya, dia berasa seperti mahu rebah. Namun, segala kesakitan itu dirahsiakan dari pengetahuan suaminya kerana tidak mahu menambah masalah yang sedia ada. Ditambah pula dengan kesibukan Tuan Fahreen yang tiada berpenghujung itu.

Semalam, Alyssa dibuai kekecewaan lagi. Sekali lagi dia dipinta untuk memenuhi kehendak-kehendak melampau yang tidak terlayan olehnya. Wanita yang menghubunginya terlebih dahulu sebelum berjumpa itu, tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia juga mata duitan, sama seperti perempuan-perempuan yang lepas. Lunak suaranya, persis wanita Melayu terakhir. Tetapi, penampilan nyatanya tidak ada bezanya langsung dari gadis kosmopolitan yang cintakan wang ringgit. Alyssa berasa bagaikan dirinya ditipu, kerana setiap wanita yang muncul punya agenda yang tersendiri.

Mengapakah begitu sukar sekali untuk menemui insan-insan yang jujur dalam dunia ni Apakah golongan tersebut sudah pupus dalam dunia yang semakin tandus ini, kesalnya.

Elly berasa kasihan melihat keadaan Alyssa yang tidak tentu hala memperjuangkan kebahagiaan suami dan dirinya sendiri, sehingga sanggup mengabaikan kesihatannya. Tuan Fahreen pula tetap dengan pendiriannya untuk tidak ikut campur dalam soal penentuan jodohnya sendiri. Malahan, dia tidak berminat untuk mengemukakan seorang pun calon pilihan hatinya. Semuanya diserahkan bulat-bulat kepada isterinya yang mentah itu. Sesungguhnya, terlalu sukar untuk mencari cinta sejati.

Elly tidak tahu bila ini semua akan berakhir. Alyssa tidak akan berhenti menyeksa dirinya sendiri, selagi belum menemui calon yang menjadi pilihan di hatinya. Sebagai sahabat, Elly sudah tidak sanggup lagi melihat Alyssa dipermainkan sebegitu sekali.

Alyssa seolah-olah memperbodoh dirinya sendiri. Dia lupa yang dia bakal merisikokan perkahwinannya sendiri jika gagal menemui perempuan yang benar-benar ikhlas.

Kau sedar tak, beb Semakin kau galak mencari, semakin kecewa yang mendatangi. Kau tak serikkah dengan perempuan-perempuan seperti Che Ros dan Nisya tu Jangan sampai suatu hari nanti, bencana yang menimpa kau lebih teruk dari apa yang telah kau lalui sebelum ini.

Alyssa hanya mendiamkan diri setiap kali permasalahan yang sama dibebeli Elly ke telinganya. Dia tahu, dia tidak punya hujah yang kukuh untuk menidakkan pendapat Elly dan sekali gus, mempertahankan kewajaran tindakannya. Tetapi setidak-tidaknya, kehampaan tidak menjuruskannya kepada rasa putus asa. Semakin banyak kegagalan yang ditempanya, semakin kuat iltizamnya untuk melaksanakan hasrat yang direncanakannya.

Aku tak nak kau kecewa lagi, ayat itulah yang sering berulang-ulang dipertuturkan Elly kepada Alyssa sebagai isyarat bahawa bukannya mudah untuk berurusan dengan ramai manusia tamak di dunia ini.

Hari itu, Elly tidak bekerja. Dia mengambil cuti sehari dua untuk merehatkan badan di samping cuba untuk mencari dan memikirkan alternatif yang sesuai untuk membantu sahabatnya itu. Alyssa perlu segera ditolong, kerana dia sedang membakar dirinya sendiri. Jika tidak, dia pasti akan menjadi abu.

Aku rasa, aku punya cara untuk membantu Alyssa.

Tiba-tiba, Elly berasakan bahawa Allah sedang melorongkan kepadanya cadangan untuk membantu sahabatnya itu. Elly mendapat petunjuk tersebut setelah dia sendiri melakukan solat hajat, demi untuk Alyssa. Entah mengapa, jiwanya bergelodak dan berpendirian yang hanya dia sahaja yang dapat membantu Alyssa menyelesaikan segala kekusutannya. Adakah ianya bakal suatu cadangan atau suatu pengorbanan

Ya Allah, ya Tuhanku, andainya ini adalah amanah-Mu untuk aku memelihara keperibadian sahabatku, aku rela ya Allah. Aku rela menunaikannya demi sebuah persahabatan yang diberkati oleh-Mu.

Elly perlu mengumpul segala kekuatan, bagi melaksanakan misinya untuk membantu Alyssa. Dia berharap agar pertolongannya ini dapat dihargai dan difahami, terutamanya oleh ibunya dan Doktor Haris. Kepada Mak Cik Markonah, disuarakan hasrat hatinya. Ibu tuanya itu menjadi insan pertama yang mendengar cadangannya untuk membantu Alyssa. Mak Cik Markonah mendengar dengan penuh teliti dan cuba untuk faham akan maksud yang tersirat di sebalik hajat anaknya itu.

Mak, adik perlukan persetujuan mak untuk ini. Mak adalah orang terpenting dalam hidup adik dan restu maklah penentu kejayaan rancangan adik ni, ujar Elly untuk membuatkan ibunya faham.

Adik rasa, betulkah keputusan adik ni Mak bukannya membantah, menyokong pun tidak. Mak sedar, selama ini Alyssalah yang telah banyak membantu kita. Dia sentiasa ada di kala kita susah dan senang. Tetapi, perlukah adik korbankan segala-galanya, demi dia

Elly terdiam. Mengapakah ibunya harus mempersoalkan perkara tersebut, sedangkan dia sendiri tahu apa yang sudah dilakukan oleh Alyssa terhadap mereka selama ini Reaksi awal dari ibunya, agak tidak menggalakkan. Tetapi, Elly tahu yang dia harus terus mencuba untuk membuatkan ibunya faham. Pandangan awal mungkin agak negatif kepada pemikiran konvensional seorang ibu tua.

Mak ingat tak masa adik kecil-kecil dulu, mak selalu cakap yang kita kena hargai budi orang pada kita. Walaupun sekecil mana budi itu, tetap kita ingati dan cuba untuk membalasnya. Inikan pula, budi yang sebesar Alyssa. Dia ibarat telah memberikan nyawa kepada kita, mak, walaupun nyawa itu milik Allah SWT. Tetapi, Allah telah mengurniakan insan semulianya untuk mendapatkan nyawa mak semula.

Kali ini, Mak Cik Markonah pula yang terdiam. Kebenaran kata-kata anak gadis tunggalnya itu, tidak mampu dia nafikan. Malahan, kepincangan dan kekurangan dalam hidup merekalah yang menjadikan Alyssa ibarat malaikat yang membantu dalam keperluan.

Tetapi, mak janganlah salah sangka. Adik lakukan semua ini bukannya kerana budinya, tetapi demi sebuah persahabatan. Adik teringin untuk melihat Alyssa bahagia setelah lama menjadi saksi penderitaannya. Sejak adik kenal dia, adik tidak pernah melihat dia gembira selain daripada berada di samping Tuan Fahreen. Di situlah dunianya dan di situ jugalah syurganya. Adik tak mahu Alyssa kehilangan semua itu, gara-gara pilihan yang salah. Mak mengerti maksud adik, kan bicara Elly.

Elly benar-benar berharap agar ibunya dapat memberikan restu terhadap perkara baik yang ingin dilakukannya itu. Selama ini pun, ibunya jarang sekali membangkang, malahan sentiasa menjadi penyokong terhadap segala tindak-tanduk Elly. Cuma, dia tidak rela Elly merana dan terkorban dalam sebuah percaturan yang diciptanya sendiri.

Habis tu, macam mana dengan Doktor Haris Sanggupkah adik kecewakan hatinya Setahu mak, dia benar-benar sayangkan adik. Jika adik teruskan hasrat adik untuk membantu Alyssa, pastinya cinta kamu berdua akan terkorban.

Mak tak perlu bimbang tentang itu. Adik akan bicarakan hal ini dengan dia. Kalau dia benar-benar cintakan adik, dia pasti akan mengerti apa yang adik cuba lakukan ini. Tetapi, adik tak akan ceritakan apa yang adik rancangkan kepada sesiapapun, sebelum ianya benar-benar berjaya dilakukan, beritahu Elly dengan tenang dan yakin.

Kalau sudah yang empunya diri membuat keputusannya, apa lagi yang boleh Mak Cik Markonah lakukan Dia tahu, niat anaknya suci lagi ikhlas. Apa yang Mak Cik Markonah harapkan, agar Elly sedar

apa yang dia lakukan ini dan apa akibatnya kepada kehidupannya dan cintanya.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Elly sudah menghubungi Alyssa. Mereka telah berjanji temu di waktu tengah hari. Tujuan Elly hanyalah satu, untuk menyampaikan cadangannya yang ikhlas itu. Alyssa yang agak lemah ketika berbicara dengan Elly di talian, tetap memberi persetujuan untuk bertemu dengannya.

Bagi Alyssa pula segala kehendak dan permintaan dari orang-orang yang terdekat dengannya harus dipenuhi walau apa jua keadaannya. Keadaan Alyssa tidak seindah kesihatannya dahulu, terutama sekali pada waktu pagi. Dia begitu lemah sekali. Kini, sakit kepala dan muntah-muntah seolah-olah menjadi makanan hariannya. Mengalahkan orang yang sedang mabuk sebab mengandung pula. Tetapi dia masih menidakkan yang dirinya itu perlu bantuan seorang doktor pakar.

Bagi Alyssa, dirinya sihat berpandukan pemeriksaan perubatan yang dijalaninya ketika dimasukkan ke hospital akibat kemalangan tempoh hari. Selepas dari itu, dia langsung tidak menjengah hospital bagi melakukan pemeriksaan lanjutan. Setiap hari, dia hanya sibuk memikirkan calon isteri buat Tuan Fahreen semata-mata sehingga melupakan tanggungjawab terhadap kesihatan sendiri.

Tepat jam satu tengah hari, Alyssa tiba di tempat yang dijanjikan oleh Elly. Sesampai sahaja dia di situ, dia melihat Elly sudah sedia menanti

kedatangannya. Makanan kegemaran Alyssa untuk makan tengah hari, iaitu nasi goreng daging merah berserta air jus oren sudah tersedia di situ. Elly yang memesannya terlebih awal, supaya sahabatnya itu tidak kelaparan sebaik sahaja dia tiba di situ.

Kenapa, beb Tiba-tiba sahaja engkau ajak kita bertemu di sini. Kita tak pernah datang ke sini sebelum ini, kan soal Alyssa yang agak teruja untuk mengetahui apakah perkara yang ingin dibicarakan oleh Elly itu.

Segala kesakitan yang dirasakan Alyssa semenjak pagi, hilang apabila melihat muka sahabatnya yang ceria itu. Wajah ria itu seolah-olah menyimpan seribu macam harapan dan keinginan yang bakal diraih bersama.

Relaxlah, beb. Apa-apa pun, kita makan dulu. Engkau belum rasa lagi makanan di sini, kan. Enak bangat, kata orang Indon, seloroh Elly.

Kedua-dua sahabat itu ketawa mesra. Elly memang bijak menghiburkannya dikala jiwanya sedang sarat dilanda kabut kehidupan yang kala-kala menjengkelkan. Namun, niat dan tujuan mereka bertemuan di situ hari itu tetap menjadi agenda utama untuk Alyssa memulakan topik pertanyaannya.

Beb, tadi engkau cakap, ada perkara penting yang hendak engkau bincangkan dengan aku. Fasal Wadi Afzankah

Secara spontan, Elly menggeleng. Nop, bukan pasal Wadi Afzan, tapi fasal Alyssa dan Tuan Fahreen.

Aku tak faham. Apa maksud engkau yang sebenarnya, beb Ada kena-mengena dengan aku dan Tuan Fahreenkah Ha, ini mesti ada berita baik. Engkau ada terjumpa calon yang sesuai untuk dijadikan isteri kedua Tuan Fahreen, kan soal Alyssa, cuba serkap jarang.

Lebih kurang begitulah.

Jawapan ringkas Elly itu, lebih menimbulkan kemusykilan di hati Alyssa. Dia tidak tahu sama ada Elly serius atau sengaja bergurau dengannya. Alyssa sedar, dia sering sahaja mengungkit perihal pencarian calon madunya kepada Elly, setiap kali mereka bertemu. Mungkin itu telah membuatkan Elly berasa muak dan malas hendak melayan cakap-cakapnya lagi. Ataupun mungkin, dia sengaja menyindir Alyssa. Bermacam-macam tanggapan muncul di fikiran Alyssa ketika itu, selagi Elly tidak memberikan jawapannya yang pasti.

Beb, cakaplah apa perkara yang sebenarnya. Engkau buat aku excited tapi suspenslah.

Alyssa mencebik, tidak senang dengan sikap berdiam diri Elly itu. Bagaimanapun caranya, dia harus membuat Elly bercerita padanya tanpa syak lagi. Lalu, dia cuba berserkap jarang.

Ha, engkau nak kahwin, ya

Pun betul juga.

Masya-Allah, mengapalah Elly menambah keraguannya lagi. Tak tertahan rasanya Alyssa menunggu jawapan Elly lagi. Bagai nak pecah dadanya dirasakan. Dari tadi, dia masih gagal memperolehi sebarang jawapan. Sekadar pengucapan ringkas dari sahabatnya itu.

Elly tersenyum ria melihat kemangguan sahabatnya itu. Sebenarnya, dia ingin lebih lama berteka-teki dengan Alyssa. Namun, tidak sampai hati pula bila melihat teman akrabnya itu terus terpinga-pinga macam Pak Pandir. Begitulah keadaan Alyssa bila berkeadaan bingung sebegitu. Memang lucu sekali air mukanya. Sejak dulu lagi, Elly amat suka melihat keadaan Alyssa sebegitu, yang menjadi penghibur jiwanya.

Beb, engkau dengar sini baik-baik. Tadi engkau tanya, aku dah jumpakah calon yang sesuai untuk jadi madu engkau. Aku jawab, ya. Lepas tu, engkau tanya pula, adakah aku ini hendak berkahwin, pun aku jawab, ya. Jadi, kalau engkau bijak, engkau boleh gabungkan kedua-duanya untuk mendapat jawapannya, ujar Elly yang masih lagi berteka-teki dengan Alyssa.

Puas Alyssa memikirkan jawapan yang pasti, sepertimana yang dimaksudkan oleh Elly. Namun, otaknya tambah buntu sehingga dia merasakan tidak mampu untuk berfikir dengan lebih jauh lagi. Namun, disebalik keserabutan fikirannya, tiba-tiba sahaja muncul satu jawapan, yang dia pasti adalah benar sekali.

Aku tahu. Engkau nak kahwin dengan Doktor Haris dan pada masa yang sama, engkau telah jumpa calon yang sesuai untuk Tuan Fahreen. Betul, kan

Masya-Allah, kenapa dungu sangat kepala otak engkau ni, Lyssa Dulu, engkau tak macam ni, tingkah Elly.

Entahlah beb, sejak akhir-akhir ini, aku merasakan yang fikiran aku tambah lembab. Lepas tu, aku mudah lupa. Tak tahu kenapa, adu Alyssa pula.

Elly mengerut dahi. Entah mengapa, dia merasakan perubahan Alyssa agak mendadak sejak kebelakangan ini, terutama sekali dari segi tahap kesihatannya. Sudah berbuih mulut Elly menasihatkannya supaya mendapatkan rawatan di hospital, namun kedegilan Alyssa membatasinya. Alyssa merasakan dirinya cukup sihat dan jika ada gangguan kesihatan sekalipun, itu hanyalah perkara yang kecil saja kepadanya.

Begini sajalah, sebelum engkau bertambah pening lagi, lebih baik aku berterus-terang sahaja dengan engkau. Aku sendiri nak menawarkan diri aku untuk bernikah dengan Tuan Fahreen. Itu pun, kalau engkau merelakan dengan hati yang terbuka. Tetapi, apa yang penting, niat aku ikhlas untuk melakukan semua itu, beritahu Elly.

Terkesima Alyssa seketika dengan penjelasan Elly. Dia melopo merenung Elly untuk kepastian.

Alyssa mula terfikir-fikir. Mungkinkah dia tersalah dengar atau tersilap faham Adakah kerana situasi kesihatannya yang tidak menentu itu membuatkannya agak samar-samar antara kenyataan dengan mimpi Malahan, dia juga tidak percaya yang Elly boleh membuat satu keputusan yang bakal memberi kesan kepada masa depannya.

Engkau seriuskah, beb

Engkau tengok muka aku ni, ada gaya-gaya macam orang sedang berguraukah

Bukan macam tu. Maksud aku, kenapa engkau boleh terfikir sampai ke arah itu Engkau sedarkah apa yang engkau cakapkan ini Engkau bersetuju untuk bernikah dengan Tuan Fahreen, maknanya engkau juga bersetuju untuk melahirkan anak untuknya, tahu tak gesa Alyssa pula.

Aku dah fikirkan semua tu, dan aku tahu apa akibatnya bila aku mengambil keputusan sebegini. Aku tak kisah itu semua beb, asalkan engkau bahagia. Aku terlalu sayangkan kau. Aku dah tak sanggup lagi melihat engkau memperbodohkan diri engkau sendiri, ke hulu ke hilir mencari calon madu.

Mungkin benar ataupun tidak salah jika Elly beranggapan sedemikian kepadanya. Keadaannya yang agak terdesak kadang kala membuatkan Alyssa kelihatan seakan-akan orang bodoh yang ke sana ke sini menjaja suami.

Memang aku berusaha ke sana sini, untuk mencari calon madu, tetapi aku tak sangka, calon itu ada di depan mata aku.

Alyssa masih kelihatan tidak percaya dengan pengakuan yang baru didengari dari mulut Elly. Bukannya dia tidak pernah terfikir untuk melakukan perkara yang sama dengan Elly, namun dia mendiamkannya demi menjaga hubungan baik dan persahabatan mereka.

Aku memang tak mahu melamar engkau, sebab aku tahu yang engkau sedang serius dengan Doktor Haris. Aku tak mahu, engkau sia-siakan perasaan Doktor Haris kepada engkau. Tambahan pula, aku tahu bagaimana perasaan engkau terhadapnya. Jangan jadikan aku dan Tuan Fahreen sebagai penghalang untuk kau berdua bersatu.

Berdebar dada Alyssa memikirkan apa yang akan terjadi dalam hubungan Elly dan Doktor Haris dengan keputusan yang diambil oleh Elly ini. Bibit cinta antara mereka baru sahaja bermula. Alyssa tidak tergamak untuk menghancurkannya demi kepentingan rumah tangganya. Kerana itulah, dia tidak pernah menagih pertolongan dari Elly sehingga sejauh itu.

Beb, engkau jangan bimbang soal itu. Aku sendiri akan membicarakannya dengan Haris. Cinta Haris dan aku tetap akan mekar kerana hanya dia yang berada di hatiku. Aku tak mungkin akan benarkan lelaki lain menghuni hatiku, selain dari dia. Aku yakin, suatu hari nanti kami akan bersatu.

Cik Nur Ellyna, engkau akan melalui satu frasa perkahwinan dengan Tuan Fahreen yang tidak memungkinkan engkau dan Doktor Haris bersatu, tingkah Alyssa pula.

Kebimbangan Alyssa membuatkan Elly tersenyum. Dia mengerti, apa yang tersurat di dalam fikiran Alyssa mengenai hubungan cintanya dengan Doktor Haris. Namun, sebagai wanita yang sudah buat keputusan, dia sudah memikirkannya lebih awal. Malahan, dia sendiri tidak pernah terfikir bahawa Doktor Haris akan menerima perkara itu dengan mudah. Namun Elly percaya, usaha murninya pasti akan disertai kejayaan.

Beb, soal aku dengan Doktor Haris, bukan masalah engkau. Soal pernikahan aku dengan Tuan Fahreen, yang perlu engkau utamakan. Aku cuma perlukan persetujuan dan restu dari engkau untuk membenarkan aku membantu engkau. Dan aku harap, engkau tak akan salah sangka dengan niat ikhlasku ini. Aku tak pernah mencintai Tuan Fahreen dan menikahinya juga bukan merupakan impianku. Aku bersetuju untuk bernikah dengan Tuan Fahreen semata-mata kerana engkau. Tiada niat lain.

Dari sinar mata Elly, Alyssa dapat mendalami niat murni sahabatnya itu. Sejujurnya, Alyssa tidak mampu menolak keistimewaan yang ada di depan matanya itu. Tawaran Elly telah menutup segala keresahannya untuk yang lain-lain. Kalau sudah tersurat yang Elly bakal berjodohan dengan suaminya, Alyssa tidak akan menolak ketentuan itu. Mungkin ada sebab Tuhan menjadikannya sedemikian. Apa yang boleh Alyssa simpulkan, ikatan persahabatan yang jujur dan ikhlas akan kekal selama-lamanya dan disimpul rapi dengan suatu ikatan yang lebih teguh.

Aku bersyukur sangat kerana punyai sahabat sepertimu, beb. Tak terbalas rasanya budi baik engkau yang terlalu memahamiku. Barangkali, kita ditakdirkan untuk berkongsi segala-galanya, termasuklah suami.

Elly tertawa kecil lalu menggelengkan kepalanya. Apa yang dimaksudkan Alyssa tidak sampai kepada perencanaannya.

Aku hanya mahu bernikah dengan Tuan Fahreen, tetapi aku tidak akan merampas suamimu, beb. Aku tak akan tergamak memisahkan kasih sayang kamu berdua, seperti mana aku juga tidak mahu kasihku dan Doktor Haris putus, ujar Elly lagi.

Apa pun jua alasan engkau, aku tetap berterima kasih kepada engkau. Sekarang ni, kau beritahu berapa sahaja hantaran yang kau mahu. Aku akan sediakan, ujar Alyssa, kali ini agak ceria.

Aku tak perlukan wang hantaran beribu ringgit. Cukup sekadar senaskhah al-Quran buat pedoman hidup dan kenangan pernikahanku dengan Tuan Fahreen nanti. Mengenai mas kahwin pula, terpulang kepada kadar mas kahwin mengikut daerah kita. Aku tak akan minta lebih dari itu.

Mulia sungguh hati Elly. Dia tidak tamak dengan harta dunia kerana dia lebih cintakan ikatan sesama manusia. Bagi Elly, wang tidak menjaminkan apa-apa. Wang tidak akan mengiringinya sehingga ke dalam kubur nanti, tetapi doa sesama manusia dan sahabat sejati akan menerangkan alam barzahnya kelak. Insya-Allah.

Cuma satu sahaja yang ingin aku minta dari Tuan Fahreen dan engkau, beb. Aku mahu engkau berdua bersetuju sahaja dengan apa yang akan aku lakukan selepas pernikahan kelak. Sentiasa ingat,

apa sahaja yang bakal aku lakukan nanti, hanyalah semata-mata untuk kebahagiaan kita bertiga.

Bersetuju tentang hal apa soal Alyssa, kembali musykil.

Aku minta maaf, beb. Aku tak boleh ceritakan lagi kepada engkau. Biarlah rahsia ini aku simpan sehingga aku bernikah dengan Tuan Fahreen nanti. Siapapun tak akan tahu rancangan aku ini, termasuklah ibuku sendiri. Dan sehingga hari itu, aku tak mahu engkau tanya apa-apa lagi pada aku, pinta Elly.

Alyssa seakan-akan terpaksa bersetuju dalam cuak. Apakah motif Elly merahsiakan rencananya Namun, Alyssa hanya menurut kata hatinya untuk mempercayai Elly.

Malam itu, Alyssa telah memanjangkan perbincangan mereka siang itu kepada Tuan Fahreen. Tuan Fahreen berasa sungguh terkejut malahan agak tergamam dengan perkembangan terbaru itu. Dia tidak pasti, apa niat Elly untuk membantu sahabatnya itu. Kemusykilan turut bersarang di hatinya, yang sebenarnya sudah tidak berdaya lagi untuk melayan permintaan untuk beristeri lagi dari Alyssa itu.

Elly tidak punya niat apa-apa, bang. Janganlah diragui keikhlasannya. Dia benar-benar mahu membantu kita untuk melahirkan zuriat abang, pinta Alyssa apabila melihat ketidak-yakinan suaminya itu.

Tetapi, bukankah sayang pernah bercerita dengan abang yang Elly sedang bercinta dengan doktor yang merawat ibunya dulu. Kenapa dengan tiba-tiba pula, cintanya itu beralih arah

Tuan Fahreen mula mengutarakan teori mahkamah jiwanya yang dianggap lebih praktikal dan logik. Sisipan perhubungan antara Elly dan Alyssa sudah termaktub sebagai sahabat sejati dunia akhirat. Mampukah kedua sahabat itu menukar perspektif masing-masing kepada hubungan sebagai madu pula

Elly tidak menyintai abang, kerana cintanya tetap utuh pada Doktor Haris. Katanya, dia tak mungkin buang Doktor Haris dari hidupnya, walaupun sudah bernikah dengan abang nanti. Entahlah, Lyssa pun tak tahu apa yang dia fikirkan, tambah Alyssa lagi.

Abang tak mahu dipersalahkan dalam hal ini nanti. Tentunya Doktor Haris akan menuduh abang sebagai lelaki berhidung belang. Apa lagi bila abang memadukan dua orang sahabat baik. Apa persepsi orang luar pula

Pendapat Tuan Fahreen itu berasas. Logiknya, Doktor Haris pastinya akan melemparkan tuduhan yang pelbagai kepadanya, apabila dia mengetahui rancangan gila kekasihnya sendiri. Tidak kira apa jua alasannya, beban itu tetap tergalas di bahu Tuan Fahreen. Bagaimana dia mahu berhadapan dengan lelaki yang begitu setia memperjuangkan cintanya itu

Lyssa tidak pernah memaksa Elly untuk menikahi abang, malahan tak terlintas langsung untuk memutuskan hubungan kasihnya dengan

Doktor Haris. Ini adalah kehendak dan permintaan Elly sendiri. Mungkin dia ada rencananya sendiri, tapi Lyssa benar-benar tak tahu. Kita tidak boleh mempersoalkan perkara tersebut sehinggalah setelah dia dinikahi abang nanti.

Abang tak mahu ada masalah besar yang timbul di kemudian hari kelak.

Perlahan-lahan, Alyssa merapatkan dirinya ke sisi suami yang sedang gundah itu. Dia tahu, Tuan Fahreen tidak mahu dilihat sebagai lelaki kejam yang sanggup menggunakan harta dan kedudukannya demi kebahagiaannya sendiri. Tambahan pula, Tuan Fahreen tidak mungkin memaksa dirinya untuk mencintai Elly kerana selama ini dia hanya menganggap Elly tidak ubah seperti adiknya sendiri. Alyssa mengusapi belakang suaminya dengan lembut dan penuh kasih sayang.

Abang, kita turutkan sajalah kehendaknya. Apa pun alasan Elly, Lyssa percaya niatnya baik dan cuba mencari jalan penyelesaian untuk kita. Elly juga berjanji yang dia tidak akan merampas kasih sayang kita berdua.

Mulut Tuan Fahreen seakan terkunci menghadapi situasi ini. Dia seperti bermimpi bila diminta untuk menikahi Elly, sahabat baik isterinya sendiri. Tuan Fahreen tidak dapat membayangkan, bagaimanakah kehidupan mereka kelak

Perasaan bimbang sudah penuh menyelaputi sanubari Tuan Fahreen. Andainya berlaku sesuatu yang tidak diingini kelak, hubungan persahabatan antara Alyssa dan Elly pastinya akan terjejas. Menjaga satu hati milik Alyssa sahaja, sudah cukup memberikan pelbagai cabaran buat Tuan Fahreen. Apa lagi bila dia harus memelihara dua hati kelak. Semakin lama, dirasakan semakin sarat perkara ini memenuhi setiap ruang nurani lelakinya. Apa sahaja yang bakal berlaku selepas ini, harus dihadapi dengan tabah dan pasrah oleh mereka bertiga.

Macam mana aku nak beritahu dengan dia ni Bolehkah dia terima Haris, aku tidak pernah berniat untuk mengkhianati janji dan cinta kita bersama.

Elly berasa sedikit tertekan untuk menghadapi kekasihnya, Doktor Haris. Berhadapan dengan Doktor Haris untuk menceritakan segala rancangan pernikahannya dengan Tuan Fahreen, tidak semudah bercerita dengan ibunya dan juga Alyssa. Doktor Haris sudah memegang hati dan mengikat cintanya. Elly bimbang, hati doktor kesayangannya itu bakal hancur apabila mendengar penjelasannya nanti.

Aku tahu, mana ada lelaki yang sanggup menerima keadaan di mana kekasih hatinya akan menikahi lelaki lain. Tetapi, aku tidak harus berputus asa dari mencuba. Mudah-mudahan, Allah melembutkan hatinya, doa Elly di dalam hati.

Hari itu merupakan hari jadi Elly. Kali ini, sambutannya agak istimewa kerana Doktor Haris telah membawanya ke tempat yang penuh makna untuk meraikannya. Tempat di mana Doktor Haris dan Elly meluahkan isi hati masing-masing untuk pertama kalinya dulu. Di tempat itu juga, Elly menerima cincin kasih dari Doktor Haris untuk disematkan di jari manisnya. Begitu besar sekali kenangan di tempat romantik itu bagi mereka berdua.

Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi sayangku Elly. Selamat hari jadi.

Nyanyian sumbang Doktor Haris itu, telah berjaya menceriakan Elly di hari istimewanya. Kek yang dibeli oleh Doktor Haris itu memang kecil tetapi amat comel sekali. Kek berbentuk hati berwarna pink itu, cukup sinonim dengan hubungan mereka berdua. Ianya melambangkan perasaan Doktor Haris terhadap Elly.

Terima kasih Haris, sebab awak ingat hari lahir saya. Saya sendiri pun lupa yang hari ini adalah hari jadi saya. Kalau awak nak tahu, ini adalah kali pertama saya raikan hari jadi saya. Thanks for this sweet memory moment.

Untuk awak, saya akan lakukan apa sahaja, bisik Doktor Haris, cukup romantis. Lalu, dia mengeluarkan sesuatu dari koceknya dan menyerahkan kepada buah hatinya itu. Suatu tanda ingatan kecil tetapi mempunyai pengertian yang amat bermakna. Elly tersenyum manja di saat Doktor Haris menghulurkan hadiah itu kepadanya.

Apa ni, awak

Hadiah istimewa untuk awak, jawab Doktor Haris pula.

Elly segera membuka hadiah istimewa dari Doktor Haris itu. Di dalamnya, terkandung seutas kalung yang cukup cantik sekali. Doktor Haris kemudiannya, meminta izin untuk mengalungkannya ke leher jinjang Elly. Jelas sekali, Elly tampak anggun dengan kalung tersebut di leher. Doktor Haris begitu teruja melihat kejelitaan Elly bersama kalung yang dipakainya itu.

Terima kasih, Haris.

Doktor Haris tidak dapat lagi menahan gelora perasaannya terhadap Elly. Semakin lama dia membiarkan cintanya sepi tanpa berpenghujung, selagi itu dirasakan peluangnya menjadi bertambah tipis untuk mendampingi Elly seumur hidupnya. Dia mahu segera mengikat gadis itu dengan satu hubungan rasmi, agar dapat dia memeteraikan cinta yang sedang mekar berbunga itu.

Elly, awak ingatkah pada Mak Senah dan Pak Sani yang menjadi ibu dan ayah angkat saya semasa di rumah anak-anak yatim dahulu Saya masih berhubung dengan mereka sehingga ke hari ini. Bagi saya, mereka sudah seperti orang tua saya sendiri. Dan semalam, saya ada pergi berjumpa dengan mereka, sebab nak minta tolong mereka pergi ke rumah awak dan bertemu dengan mak awak. Elly, saya nak masuk meminang awak pada hujung minggu ni.

Elly tergamam. Dia jadi serba-salah dengan hajat kekasih hatinya itu. Tidak disangka-sangkanya, begitu pantas sekali Doktor Haris mahu merasmikan hubungan mereka berdua dalam satu ikatan yang lebih kukuh dan abadi. Elly tahu, Doktor Haris takut akan kehilangannya. Namun, dia juga seharusnya sedar bahawa Elly tidak akan mudah mengingkari janji hatinya sendiri.

Kejutan demi kejutan yang diberikan Doktor Haris malam itu, telah menangguhkan segala hasrat dan tujuan asal Elly untuk berjumpa dengannya. Walau bagaimanapun, ianya tetap harus dilaksanakan. Elly sudah terlanjur berjanji dengan Alyssa dan Tuan Fahreen. Maka, dia harus memaktubkannya pada Doktor Haris juga.

Haris, awak tak rasakah perkara ini terlalu terburu-buru

Saya tak faham, apa maksud awak

Maksud saya, kita tak boleh lagi berkahwin. Sekurang-kurangnya tidak untuk masa yang terdekat ni.

Kenapa tidak Saya sukakan awak dan awak juga sukakan saya. Mengapa perlu ditangguhkan perkara yang baik ini. Lagi pun, kita bukannya muda lagi. Awak tak bersedia lagikah, ataupun awak tak pernah terfikir yang hubungan kita ini bakal berakhir dengan baik soal Doktor Haris.

Sekali lagi, Elly berasa sungguh serba-salah. Kesungguhan Doktor Haris hampir mematikan kata-katanya. Namun, kekuatan tetap dikumpul oleh Elly untuk memperbincangkan satu perkara yang lebih penting.

Bukan macam tu. Sebenarnya, saya punya satu tanggungjawab besar untuk dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Dan, ianya perlu kerjasama dari awak untuk bersabar menghadapinya.

Kenapa ni, Elly Awak seperti mengelak sahaja. Cuba beritahu saya, apa lagi tanggungjawab awak yang masih belum selesai itu. Mak awak Saya berjanji yang kita akan sama-sama jaga dia nanti.

Tidak Haris, bukan itu.

Semakin sesak nafas dan denyut jantung Elly untuk berterus-terang dengan Doktor Haris. Sukar baginya untuk menyampaikan satu kenyataan yang bakal meruntun hati kekasihnya. Tetapi, dia tidak boleh membiarkan Doktor Haris terus menunggu jawapan darinya kerana dia sendiri tidak tahu setinggi mana batas kesabaran lelaki itu.

Haris, saya harap awak dapat bersabar dengan apa yang akan saya perkatakan ini. Awak kena sentiasa ingat yang saya hanya mencintai awak seorang sahaja, sampai bila-bila. Saya mahu awak tahu yang kasih saya terhadap awak tidak akan berbelah bahagi, walau apa pun yang terjadi dan apa pun yang saya lakukan. Kerana setiap yang terjadi itu, punya maksud dan hikmah tersendiri dari Tuhan yang kita semua tidak tahu.

Awak buat saya cemas sajalah. Kenapa awak cakap macam ni Awak nak pergi tinggalkan sayakah Apa sebenarnya masalah awak ni Tolong berterus-terang dengan saya. Jangan buat saya terseksa begini, rayu Doktor Haris.

Luahan Doktor Haris agak keras kali ini. Pandangan matanya yang tajam, mendesak Elly untuk segera melontarkan kehendaknya. Dengan satu perasaan yang berat, Elly mula membuka mulut untuk menyusun kata.

Saya akan bernikah dengan Tuan Fahreen, tidak lama lagi.

Apa!

Tersentak Doktor Haris mendengar pengakuan itu. Dia merasakan seolah-olah sedang berada di awang-awangan apabila mendengar pengakuan dari wanita yang paling dicintainya itu. Kalau boleh, dia tidak mahu kembali berada di alam nyata sama sekali. Dia tidak tahu, sama ada Elly mahu bergurau dengannya ataupun benar-benar serius dengan kata-katanya.

Elly, tolong cakap apa yang awak beritahu tadi adalah pembohongan semata-mata. Awak sengaja cakap begitu kerana hendak menduga hati saya, kan Saya tahu, awak memang suka bergurau dengan saya. Tapi janganlah bergurau sampai ke tahap macam ni sekali.

Haris, saya tak bergurau. Saya serius dan saya maksudkannya. Ini adalah keputusan saya dan saya tak akan takut untuk mengakuinya, kata Elly, yakin.

Tapi, bukankah awak sudah berjanji untuk sehidup semati dengan saya Bagaimana awak boleh terfikir untuk bernikah dengan Tuan Fahreen, suami sahabat baik awak sendiri desak Doktor Haris.

Elly terpaksa menceritakan segala-galanya kepada Doktor Haris tentang masalah yang dihadapi oleh teman baiknya, Alyssa dan hasrat Alyssa untuk mencari pasangan baru bagi suaminya, demi seorang cahaya mata. Elly benar-benar berharap yang Doktor Haris dapat mengerti niat baiknya itu, tanpa sedikit pun mencalarkan perasaan jejaka itu.

Saya harap awak faham, Haris. Walau apa pun yang terjadi, kasih saya pada awak tidak akan berubah sama sekali.

Macam mana awak boleh kata yang kasih awak tidak akan berubah Awak akan melalui satu gerbang perkahwinan yang tidak menghalalkan awak mencintai saya. Awak tahu kan, apa maksud perkahwinan yang sebenarnya Perkongsian hidup dan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Bagaimana awak boleh terfikir sampai macam tu sekali Doktor Haris masih tidak berpuas hati lagi.

Niat saya ikhlas. Saya hanya membantu sahabat baik saya yang selama ini sentiasa berada di sisi saya. Saya tak sanggup lihat dia merana. Tolonglah faham, Haris.

Doktor Haris mengeluh berat. Dia berasa dadanya amat berat sehingga hampir menitiskan butiran kaca halus dari matanya. Namun, derita hati ditahan dulu demi penjelasan selanjutnya dari Elly.

Awak tak sanggup lihat dia merana, tetapi awak sampai hati untuk melihat saya yang menderita. Adilkah ini, Elly Saya tak percaya yang awak sanggup menyisihkan cinta saya, semata-mata kerana

mempertahankan rumahtangga sahabat baik awak. Sehinggakan awak sanggup mengorbankan hati dan perasaan awak.

Elly terkedu. Adakah ini satu luahan atau tuduhan dari Doktor Haris. Elly mengerti, walau bagaimanapun dia cuba memberikan penerangan dalam bentuk yang positif, namun penerimaannya tetap sakit di hati kekasihnya itu.

Lama juga pasangan itu berdiam diri. Niat untuk meraikan kasih sejati sempena hari kelahiran yang tercinta bertukar menjadi kemelut perasaan yang tidak dijangkakan. Namun, Doktor Haris cuba mencari titik dari sudut pemikiran yang berbeza supaya hatinya tidak menyalahkan Elly. Mungkin ada agenda lain yang tersembunyi sehingga melibatkan Elly untuk berkorban.

Saya yakin ini semua kehendak Tuan Fahreen, kan Dia yang paksa Alyssa untuk membenarkannya beristeri lagi. Lalu, Alyssa tertekan dan minta bantuan dari awak sebab dia tahu, awak tak akan hampakan dia.

Elly terkejut dengan salah sangka kekasihnya, lalu menjelaskan, Awak tak boleh tuduh Tuan Fahreen macam tu. Dia bukan jenis lelaki yang gilakan perempuan. Malahan, dia sendiri tidak pernah bersetuju dengan permintaan isterinya untuk berkahwin lagi. Ini semua adalah kehendak Alyssa sendiri. Awak tak kenal siapa Tuan Fahreen yang sebenarnya, Haris. Dia adalah lelaki yang paling baik dan menyayangi isterinya dengan sepenuh hatinya.

Doktor Haris tertawa kecil, tetapi dalam nada menyindir. Malahan, dia langsung tidak percaya bahawa seorang lelaki yang mahu bernikah dengan perempuan lain boleh membuat penyataan yang dia menyayangi isterinya dengan sepenuh hati. Mungkin lelaki sebegitu wujud. Tetapi di alam lain, bukannya di alam manusia nyata ini.

Haris, awak tak perlu bimbang. Saya hanya menikahi Tuan Fahreen untuk melahirkan zuriatnya. Tetapi cinta dan tubuh badan saya, hanya untuk awak seorang sahaja, percayalah, rayu Elly.

Cakap apakah ni Cakap orang gila Awak nak bernikah dengan Tuan Fahreen, kemudiannya nak lahirkan anak dia. Bagaimana awak boleh katakan yang tubuh badan awak hanya untuk saya seorang sahaja Cuba awak ceritakan kepada saya, bagaimana awak boleh lahirkan anak dia, tanpa sebarang hubungan badan dengannya Awak jangan lupa, yang awak sekarang sedang bercakap dengan seorang doktor. Jangan sekali-kali awak memperlekehkan saya dengan kenyataan tak berasas ini, marah Doktor Haris.

Elly terbungkam. Kali pertama dia melihat doktor hatinya naik angin. Lupa seketika akan peribadinya yang halus dan agak bersopan itu. Namun, jauh di sudut hati Elly, tetap mengharapkan pengertian dari hati murni Doktor Haris.

Kalau awak seorang doktor, awak tentu akan faham apa yang akan saya lakukan, Haris.

Apa yang awak nak lakukan Beritahu saya sekarang, desak Doktor Haris.

Sekali lagi, Elly terdiam. Dia sudah berjanji yang dia tidak akan menceritakan perkara yang sebenarnya sebelum bernikah dengan Tuan Fahreen. Biarlah semua itu menjadi rahsianya, buat sementara ini. Namun, rahsia itu tidak mungkin dapat diterima oleh Doktor Haris. Tiada siapa mampu mendesaknya untuk mempercayai kehendak Elly.

Kebisuan awak telah menjawab segala-galanya, Elly. Baru saya sedar sekarang, awak sama sahaja dengan perempuan lain. Awak gilakan wang dan harta. Kerana itu, awak sanggup kahwin dengan lelaki kaya macam Tuan Fahreen, biarpun sebagai isteri kedua. Tahniah Elly, awak telah berjaya melaksanakan dua rancangan awak. Yang pertama, awak berjaya berkahwin dengan jutawan. Dan yang kedua pula, awak telah berjaya mengecewakan saya. Saya benci awak, Elly.

Doktor Haris segera beredar dari situ, meninggalkan Elly yang bisu sendirian. Elly sedih kerana dia sudah gagal. Dia sudah gagal untuk meyakinkan buah hatinya akan kewajaran segala tindak-tanduknya. Namun, dihati Elly tetap berharap, agar suatu hari nanti Doktor Haris bakal mengerti segala niat murninya itu. Semoga api kebencian dapat digantikan semula dengan cinta.

Malam itu, Doktor Haris langsung tidak dapat melelapkan matanya. Pengakuan dan permintaan Elly yang dianggapnya melampau itu, berlegar-legar di kotak ingatannya. Hatinya bagai disiat-siat dan kemudiaannya dibakar, membayangkan betapa rosaknya ia kerana disakiti dengan janji-janji palsu.

Aku tidak akan membenarkan perkara ini terjadi. Lelaki bongkak seperti Tuan Fahreen perlu diberi ingatan.

Kemelut perasaannya terbawa-bawa sehingga keesokan harinya, ketika dia sedang bertugas. Doktor Haris tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada tugas-tugasnya kerana terlalu dibuai perasaan kecewa. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk memohon cuti kecemasan. Dalam kesibukannya, dia terpaksa. Dia tidak mahu akibat terlalu melayan perasaannya, nyawa pesakit pula diletakkan dalam keadaan berisiko.

Memandu sendirian, melanjutkan lagi buaian laranya. Tanpa dirancang, Doktor Haris menekan pedal minyak menghala ke suatu destinasi yang bertentangan dari haluan menuju ke rumahnya. Seolah-olah ada perhitungan yang perlu dilakukannya. Pencarian jawapan akan suatu tindakan dari buah hati yang langsung tidak mendapat keredaan darinya. Doktor Haris harus menyiasat puncanya. Dia tidak mahu Elly melakukan keputusannya atas rasa terpaksa atau dipaksa.

Maaf encik, Tuan Fahreen ada hal seketika di biliknya. Kalau encik tak keberatan, boleh tunggu sekejap

Doktor Haris mengangguk tanda mengerti atas penjelasan yang diberikan oleh Anom, pembantu peribadi Tuan Fahreen yang baru. Salahnya jua, kerana tidak membuat sebarang temujanji untuk bertemu dengan lelaki sesibuk Tuan Fahreen.

Maka, dia harus faham akan kesuntukan masa yang dipunyai oleh lelaki itu.

Doktor Haris duduk di sofa menunggu, begitu hampir dengan bilik Tuan Fahreen. Pintu bilik Tuan Fahreen yang agak renggang, memungkinkan Doktor Haris untuk mendengar sebarang perbualan dari dalam bilik berkenaan.

Abang masih berat lagi hendak menerima saranan sayang. Kalau benarlah sayang yang bersungguh-sungguh hendak abang berkahwin lain, janganlah diusulkan Elly kepada abang. Abang tak tergamak untuk memadukan sayang dengan dia.

Telinga Doktor Haris segera menangkap butir bicara yang sedang diperbincangkan di dalam bilik tersebut, apa lagi setelah mendengar nama Elly disebut-sebut. Dari gaya dan suara percakapan mereka, Doktor Haris dapat mengagak bahawa perbincangan itu adalah antara Tuan Fahreen dan isterinya. Lalu, dengan rasa hati yang berat untuk mengetahui, Doktor Haris terus memasang telinganya.

Tolonglah bang, janganlah macam ni. Elly dan Lyssa sendiri dah bersetuju dengan pernikahan ini. Mengapa abang pula yang masih sangsi Tolonglah sign surat permohonan pernikahan ni. Yang lain tu, Lyssa sendiri yang akan uruskan. Pleaseee bang.

Entah mengapa, inilah kali pertama Tuan Fahreen agak berat untuk menunaikan permintaan isterinya itu. Terlalu banyak perkara yang bersarang di fikirannya. Antara ingin bernikah lain dan memadukan Alyssa adalah dua perkara yang agak sukar untuk dilakukannya.

Terlalu penting sangatkah perkahwinan kedua abang ni, pada sayang Berapa kali sudah abang katakan, kita mampu hidup bahagia walaupun tanpa kehadiran zuriat.

Abang, Lyssa telah terlalu banyak mengecewakan abang sejak kita mula kenal lagi. Salah Lyssa terhadap segala nasib buruk abang selama ini. Lyssa pun tak mahu perkara jadi seperti ini. Tetapi, kalau Ellylah yang tersurat untuk bersatu menjadi keluarga kita, kita kena terima dengan reda, bang.

Rayuan Alyssa meluluhkan hati Tuan Fahreen. Itulah satu-satunya senjata Alyssa yang tidak mampu untuk Tuan Fahreen engkari dalam masa terdekat ini. Sudah agak lama Alyssa bersungguh-sungguh mahukan Tuan Fahreen bernikah baru. Sedangkan Tuan Fahreen, sedikit pun tidak bernafsu untuk bersama dengan perempuan selain Alyssa.

Rasa berat dan kerendahan hati Tuan Fahreen turut meluluhkan perasaan Doktor Haris di luar. Lalu, dia membatalkan hasratnya untuk ketemu dengan Tuan Fahreen. Jika tadi, perasaan marah dan syak wasangkanya begitu menebal. Tetapi kini, dia tahu bahawa Tuan Fahreen adalah pihak yang dipaksa, bukannya memaksa. Doktor Haris hairan, mengapakah Elly dan Alyssa yang bersungguh-sungguh benar Jawapannya hanya ada pada mereka. Namun, kasihnya pada Elly sudah dibentengi keputusan Elly tetang pernikahannya itu.

Ya Allah, Kau telah menunjukkan jalan-Mu kepadaku, maka Kau redalah hati ini menerima pernikahan ini. Maafkan aku andainya apa yang bakal aku lakukan nanti bertentangan dengan lumrah perkahwinan yang telah Engkau tetapkan. Ampuni dosa-dosaku, ya Allah. Aku tidak terniat untuk membelakangi agama-Mu yang suci. Amin, ya Rabbal Alamin.

Lama Elly bertafakur di atas sejadahnya. Dia memikirkan hari-hari terakhirnya sebelum bergelar isteri kepada Tuan Fahreen dan semestinya, madu kepada Alyssa. Semakin menjelang hari pernikahannya, pelbagai persoalan mulai menerjah fikiran Elly. Apakah dia mampu mempertahankan cintanya pada Doktor Haris Apakah dosanya kerana membelakangi fitrah sebagai seorang isteri nanti, akan diampunkan oleh Allah SWT Dan yang paling menggusarkannya, apakah Tuan Fahreen mampu menahan gelora terhadap dirinya nanti apabila sudah sah bergelar isterinya.

Namun, Elly sudah terlanjur membuat keputusan. Dia tidak mampu untuk menariknya semula. Apa yang menjadi harapannya, segala perancangannya berjalan mengikut susun atur yang telah ditetapkannya. Semoga semua pihak akan mengerti niat murninya, terutama sekali Doktor Haris.

Kini, segala persiapan sedang giat diaturkan untuk majlis pernikahan Elly dan Tuan Fahreen. Elly tidak mahu menunggu lebih lama lagi. Lebih lama dia menunggu, semakin kuat gelodakan jiwanya,

terutama sekali bila terpaksa berhadapan dengan persoalan demi persoalan dari Doktor Haris yang menjelajah jiwanya. Biarlah dia cepat-cepat bernikah dengan Tuan Fahreen, untuk melaksanakan segala hajatnya. Dia tidak mahu terus menyeksa hati insan yang sangat dia cintai. Perkahwinan yang cepat mampu menjawab segala persoalan Doktor Haris dengan segera.

Alyssa mahu majlis pernikahan dilangsungkan di mahligainya. Elly sendiri bersetuju dengan itu kerana dia sudah membuat pilihan untuk tinggal bersama mereka setelah selesai majlis pernikahan nanti. Satu lagi keputusan luar jangka yang telah dilakukan Elly. Namun, sehingga kini dia agak keberatan untuk menzahirkan rancangannya kepada sesiapapun. Apa yang penting, semua itu harus tersimpan rapi sehingga saatnya tiba nanti. Majlis pernikahan yang dirancang agak ringkas, tetapi masih tampak meriah dengan pelbagai busana dan hiasan hantaran indah yang menjadi rekaan Alyssa yang tersendiri.

Namun entah mengapa, Alyssa berasa tidak sedap hati. Semakin dekat detik pernikahan, semakin jelas kegusaran di jiwanya. Bukannya masalah cemburu atau jauh hati, tetapi Alyssa merasakan ada hati dan jiwa yang akan menderita dengan perkara ini. Alyssa tidak mahu sesiapapun terseksa di bawah kebahagiaannya. Sebelum terlambat, perkara ini perlu dibendung. Dia mahu mencari jalan penyelesaiannya, tetapi tidak tahu mahu bermula di mana.

Dan hari ini pula, hari yang dijanjikan tiba, hari pernikahan sahabatnya Elly dan suaminya yang tercinta, Tuan Fahreen. Ramai tetamu yang sudah mulai memenuhi ruang mahligai indah itu untuk meraikan majlis pernikahan Tuan Fahreen yang kedua. Mereka tidak berasa cuak ataupun hairan, kerana bagi mereka Tuan Fahreen berhak untuk beristeri lagi kerana dia mampu.

Namun sebenarnya, mereka semua tidak tahu kegelisahan yang sedang bertamu di jiwa Tuan Fahreen sendiri. Perkahwinan yang tidak dihebahkan ini hanya dihadiri oleh teman-teman rapat dan para pekerja Tuan Fahreen sendiri.

Puan, rata-rata tetamu memuji kecantikan hantaran yang puan ilhamkan ini. Kata mereka, pandai puan memilih warna-warna dan hiasan sampingan sehingga menampakkan nilai eksklusif dalam kesederhanaan, puji Mak Chom ketika mereka sama-sama menyusun hantaran di tempatnya.

Lyssa pun tak sangka Lyssa mampu lahirkan idea gubahan secantik ini. Mak Chom, Lyssa seronok sangat dengan pernikahan ini. Sebab itulah, Lyssa nak ianya nampak sempurna. Semasa majlis pernikahan Lyssa tempoh hari, Lyssa tak berkesempatan nak sediakan hantaran-hantaran yang cantik-cantik ni. Maklumlah, kahwin koboi je.

Mak Chom dapat merasai kesengsaraan di sebalik senyuman Alyssa. Dia mengerti, bukan mudah untuk seorang isteri mengizinkan suaminya bernikah seorang lagi. Sebenarnya Alyssa sedang menangis dalam ketawa. Hanya dia yang merasai keperitannya sekarang.

Perlahan-lahan, Mak Chom mengusap belakang Alyssa lalu berkata, Puan, banyakkan bersabar, ya. Mak Chom tahu, bukan mudah menerima kenyataan ini. Anggaplah segala-gala yang bakal terjadi adalah ujian dari Allah. Jangan bersedih.

Tidak, Mak Chom. Semua ini adalah pilihan Lyssa. Lyssa reda. Dan apa yang lebih penting lagi, abang dan Elly juga reda. Lyssa tak mahu apa-apa lagi, Mak Chom. Lyssa hanya mahukan kebahagiaan selepas ini.

Air mata Alyssa mulai menitis. Namun, sedaya mungkin, dia cuba menyembunyikannya dari pandangan mata Mak Chom. Alyssa tidak mahu Mak Chom melihat dan mentafsir kesedihannya kerana bimbang orang tua itu akan melihat dari sudut negatif. Biarlah dia sendiri yang menanggung gelora jiwanya.

Hari itu, Elly cantik berbaju kebaya putih susu yang dipilih khas oleh Alyssa. Kebaya rekaan salah seorang pereka fesyen terkenal di ibu negara itu, cukup indah dengan hiasan yang tidak terlalu sarat tetapi cukup kontemporari. Sesuailah dengan gadis lincah dan sederhana seperti Elly. Namun begitu, Alyssa gagal melihat sinar di wajah sahabat baiknya itu.

Sepanjang persiapan pernikahan sehinggalah ke hari pernikahan itu sendiri, Elly jarang sekali kelihatan ceria. Dia hanya mampu berkata okay sahaja, dalam kebanyakan perbincangan tentang persiapan pernikahan. Ianya jelas menunjukkan bahawa hatinya juga sarat dengan kesedihan akibat terpaksa meninggalkan kekasih hatinya, semata-mata untuk mengahwini Tuan Fahreen.

Alyssa mulai rasa bersalah kerana telah mengheret rakan baiknya itu ke dalam masalahnya. Apakah kesilapan itu dapat diputarkan semula untuk menjadi kebenaran Atau perlukan Alyssa melakukan sesuatu supaya tiada hati yang bakal terkorban, hari itu.

Puan, bunga rampai ni dah siap. Mak Chom dah suruh Leha tambahkan wangian sari mawar di dalamnya, supaya bau harumnya akan lebih terserlah. Puan suka tak

Nampak gayanya, pertanyaan Mak Chom itu langsung tidak menerima jawapan balas dari Alyssa. Sama ada Alyssa tidak mendengarnya ataupun dia sedang tenggelam dalam dunia khayalannya.

Puan, puan tak apa-apa Mak Chom tengok dari tadi puan hanya duduk termenung di sini, soal Mak Chom terus menyentak Alyssa dari lamunannya.

Ya, Mak Chom! Mak Chom cakap dengan Lyssa ke tanya Alyssa pula, tergagap-gagap.

Ha, sahlah tu. Puan ni, badan sahaja di sini. Tetapi fikiran sudah merayau entah ke mana. Mak Chom tengok, muka puan pun pucat semacam saja. Puan tak sihatkah

Tak ada apa-apa Mak Chom, cuma kepala Lyssa ni ha, sakit sikit. Badan pun rasa lesu sangat. Mungkin sebab kurang tidur malam semalam.

Maklumlah sibuk dengan persiapan majlis hari ini, terang Alyssa, masih menyembunyikan sesuatu.

Itulah puan, terlalu sibuk menguruskan majlis sampai kesihatan puan pun tak terjaga. Mak Chom tengok, dari pagi tadi puan tak jamah apa-apa makanan. Jangan begitu, puan. Nanti Tuan Fahreen dan Cik Elly dah selamat bernikah, puan pula yang terpaksa duduk di hospital sebab sakit, nasihat Mak Chom.

Kerisauan mula menerjah ke wajah orang tua itu. Mak Chom juga perasan bahawa sejak akhir-akhir ini, ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan Alyssa. Cuma, dia belum berkesempatan untuk bertanyakannya kepada Alyssa. Namun, Mak Chom berharap segala masalah dan kegelisahan itu akan berakhir setelah selesainya majlis pernikahan Tuan Fahreen dan Elly nanti.

Baguslah macam tu, Mak Chom. Kalau saya duduk di hospital, bolehlah Tuan Fahreen dan Elly bersendirian di rumah. Ha, cepatlah sikit mereka dapat zuriat, ujar Alyssa cuba berseloka.

Hish puan ni, orang nak minta sihat supaya tak perlu duduk di hospital, puan nak tempah diri ke sana pula. Kalau puan dah tinggal di hospital tu, bila masa yang Tuan Fahreen tu nak tumpukan perhatian dalam hubungannya bersama Cik Elly Dah tentu dia asyik sibuk berulang-alik hospital saja.

Alyssa tidak mahu Mak Chom terus-terusan membaca keresahan di hatinya. Dia berharap sendanya itu dapat melindungi kegusaran itu. Pada Alyssa, Mak Chom adalah seorang tua yang pandai membaca tutur dan tingkah laku orang muda sepertinya. Jika Alyssa terlalu banyak meluahkan rasa, tentu Mak Chom boleh meneliti setiap permasalahan jiwanya.

Rasanya, ada baiknya juga aku melihat Elly di atas. Dah siapkah dia Majlis akan bermula tidak lama lagi. Dengar cerita, tuan kadi pun sudah dalam perjalanan ke sini, kata Alyssa di dalam hatinya.

Alyssa mula mengatur langkahnya untuk ke bilik Elly di aras atas rumahnya. Namun, ketika dia bergerak ke kaki tangga yang betul-betul menghadap pintu utama yang terbuka luas, Alyssa terlihat kemunculan Doktor Haris di situ. Kesugulan wajahnya menceritakan segala-galanya. Alyssa sedar yang Doktor Haris pastinya tidak merelakan perkahwinan itu. Namun, dia tidak faham, mengapa Elly meneruskannya juga.

Doktor Haris yang mengenali Alyssa, terus masuk dan mendekatinya. Alyssa yang masih terkebil-kebil dengan kemunculan kekasih Elly, tidak dapat bergerak ke mana-mana. Seolah-olah kakinya terkunci di situ untuk mendangar bicara kekasih bakal madunya itu.

Assalamualaikum, Puan Alyssa.

Waalaikumsalam. Awak Doktor Haris, kan Elly jemput awak ke marikah

Tidak, saya datang atas kemahuan dan kehendak saya sendiri. Maafkan saya. Saya tidak bermaksud untuk mengganggu majlis ini. Tetapi, izinkan saya untuk bertemu dengan Elly dan berbicara dengannya, sementara masih ada ruang dan waktu ini. Saya tahu, selepas ini saya tak boleh bertemunya lagi, kerana dia sudah bergelar isteri orang. Dan saya sama sekali tidak akan mengganggu hak orang, jelas Doktor Haris, masih sugul.

Doktor Haris, naiklah ke atas berjumpa dengan dia. Selagi masih ada ruang dan waktu inilah, doktor boleh meluahkan apa yang doktor rasa kepadanya. Saya pun tidak mahu doktor terlambat dan menyesal selamanya, beritahu Alyssa pula.

Doktor Haris tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Alyssa itu. Tetapi dia berasa cukup gembira kerana diberikan kesempatan oleh Alyssa untuk bertemu dengan Elly walaupun hanya untuk sebentar waktu. Sememangnya, itulah tujuan sebenar dia muncul di majlis itu. Lalu, kakinya yang terasa berat itu terus diusung melewati anak-anak tangga bertemu kekasih hatinya yang sedang bersiap untuk bergelar pengantin baru sebentar lagi.

Doktor Haris bernasib baik kerana Elly sedang berseorangan di bilik menunggu itu, sudah siap berpakaian pengantin. Terpegun sekali dia melihat Elly di dalam busana tersebut dan merasakan yang dia sedang menyaksikan bidadari yang sedang berterbangan mengelilinginya di situ.

Assalamualaikum, Elly sayang.

Elly yang menoleh kepada Doktor Haris dan berasa amat terperanjat dengan kehadirannya.

Elly berasa serba-salah dan agak canggung untuk menghadapi detik itu. Dia tidak menyangka yang Doktor Haris akan muncul, ketika dia sedang menantikan saat untuk bergelar isteri kedua Tuan Fahreen.

Haris, kenapa awak datang Awak tak sepatutnya berada di sini.

Elly berasa sungguh bimbang dengan kehadiran itu, apa lagi bila melihat Doktor Haris semakin melangkah mendekatinya. Dadanya dirasakan seperti mahu pecah bila terpaksa menatap mata Doktor Haris yang jelas menggambarkan kesedihannya.

Saya memang tak nak datang, Elly. Tetapi entah kenapa, hati ini memaksa saya untuk ke mari dan bertemu dengan awak. Saya tak mampu melawan kehendak saya ini, kata Doktor Haris, meruntun jiwa Elly yang terus berasa sebak.

Awak tak seharusnya akur dengan kehendak hati, Haris. Kemunculan awak di sini, hanya akan menyeksa hati awak, dan juga saya.

Mata Elly sudah mula berkaca menahan sebak. Dia tidak tahu, apakah dia punya kekuatan untuk meneruskan majlis pernikahannya, dengan adanya Doktor Haris di sini. Elly tidak mahu teruja dengan pernikahannya itu, tetapi kehadiran Doktor Haris telah menggugat perasaannya dalam melaksanakan niat murninya terhadap sahabat baiknya, Alyssa. Elly sedar yang dia terlalu cintakan Doktor Haris. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana air muka lelaki itu, di kala dia menyaksikan Elly dinikahkan dengan lelaki lain nanti.

Saya tak rasa bersalah untuk berada di sini. Saya teringin untuk melihat wanita yang paling saya cintai, memakai pakaian pengantin seperti ini. Elly, awak nampak cantik sangat. Alangkah indahnya kalau saya yang menjadi orang yang akan mendampingi awak sebentar nanti.

Itu bakal terjadi, sayang. Tetapi bukannya hari ini, esok ataupun setahun lagi. Saya nak awak bersabar sedikit masa saja lagi, pinta Elly.

Bersabar Elly, macam mana saya boleh bersabar melihat orang yang saya cintai, menikahi lelaki lain Jangankan kata hari ini, esok, lusa, setahun lagi, malahan selama-lamanya, awak tak akan jadi milik saya lagi. Awak sedar tak, apa yang awak sedang lakukan ini, telah menghancurkan segala impian kita

Sekali lagi, Elly tersentak dengan nada agak tinggi yang dihamburkan Doktor Haris tanpa sedar. Sebak sekali butiran ayat yang meluncur keluar dari mulutnya, sebak lagi dua hati yang menanggung seksa akibat pernikahan itu.

Saya kecewa dengan awak, Elly. Awak kata awak cinta dan kasihkan saya. Tetapi nampaknya, awak lebih cinta dan kasihkan harta Tuan Fahreen.

Elly yang mula melihat butiran kaca jatuh berderai dari mata kekasihnya itu, terus merapati Doktor Haris dan menyeka air mata itu. Namun, dia tidak berjaya menahan sendu lelaki itu. Elly tahu, hati Doktor Haris hancur berkecai bersama impian dan harapannya. Lalu, Elly memeluk Doktor Haris untuk memberi kedamaian jiwa yang sementara kepadanya seraya membisikkan kata-kata hatinya.

Awak kena percaya dengan kata-kata saya, Haris. Saya akan tetap menyintai awak sampai bila-bila. Mungkin saya bernikah dan menjadi isteri Tuan Fahreen hari ini, tetapi saya berjanji, saya akan tetap sayang awak dan kita akan tetap terus bersama walau apa pun yang terjadi.

Elly, awak akan menempuh gerbang perkahwinan dengan bakal suami awak. Bagaimana awak nak bersama dengan saya lagi, sedangkan awak sudah menjadi isteri orang Tidak ada sebarang hukum pun di dunia ini yang boleh menghalalkan hubungan awak dan saya selepas ini. Saya tak sanggup dihina kerana menjadi pengacau isteri orang, tingkah Doktor Haris.

Dia tidak sanggup diperdaya dalam janji-janji manis Elly lagi. Jika sekarang, Elly gagal mengotakan janji setianya, apa pula bezanya selepas ini Malahan, keadaan lebih membatasinya kerana dia sudah berpindah milik ke tangan orang lain.

Saya akan tetap jadi milik awak, Haris. Awak cuma perlu tunggu, sedikit masa sahaja lagi untuk awak tahu apa yang sedang saya rancangkan. Saya yakin, perancangan saya kelak akan menggembirakan semua orang, termasuk Alyssa, Tuan Fahreen dan awak sendiri, jelas Elly lagi.

Apa yang sedang awak rancangkan

Tegas sekali pertanyaan Doktor Haris itu. Namun, Elly tetap menjawabnya dengan kebisuan. Belum masanya lagi untuk dia menceritakannya. Sekurang-kurangnya, dia harus menunggu sehingga proses pernikahan itu selesai.

Awak memang tak dapat jawab sampai bila-bila, kan Sebab, awak memang tak ada rancangan lain, selain dari mengaut keuntungan dan harta untuk diri awak semata-mata. Saya minta maaf, Elly, saya tak dapat bersabar dengan awak lagi. Pergi jahanam dengan rancangan awak tu. Ianya sedikit pun tidak akan memberikan keuntungan apa-apa kepada saya. Dan mulai hari ini, saya nak awak lupakan saya dan saya juga akan buang awak jauh dari hidup saya.

Doktor Haris segera beredar dan meninggalkan Elly keseorangan di situ. Kata-katanya sebentar tadi, ibarat sembilu menghiris segenap ruang jantung Elly. Dia terpaku di situ menahan pilu yang menyucuk hatinya. Tergamak sungguh kata-kata bisa itu menusuk jiwanya, yang sukar untuk pulih dalam sekejapan masa.

Haris, hanya Tuhan yang tahu betapa dalamnya perasaan aku terhadapmu, raung Elly di dalam hatinya.

Bagai diundang, air matanya bertamu membasahi pipinya. Keluhan dan kesahan silih berganti menghuni perasaannya. Elly tidak tahu mahu berkata apa lagi, kerana sang kekasih tidak rela memberikan peluang kepadanya lagi. Dia telah pergi meninggalkannya terdampar sepi.

Tanpa Elly sedari, Alyssa yang sedari tadi berdiri di balik dinding bilik sambil mendengar perbualan dua kekasih itu, turut terpukul dengan tindakan dan keluhan Doktor Haris terhadap sahabatnya itu. Alyssa berasa berdosa kerana telah menyebabkan dua hati merana dan menempuh gerbang perpisahan. Dugaan seperti itu tidak seharusnya ditempuh oleh Elly, semata-mata untuk membahagiakannya.

Ya Allah, aku reda di atas segala ketentuan- Mu. Andainya Engkau mengatakan segalanya tidak benar di sini, Engkau halanglah majlis ini dari terus berlangsung. Tetapi aku mohon, janganlah ditambah duri yang sedang mencecah luka di hati mereka berdua, doa Alyysa di dalam hati.

Sementara itu, di ruang tamu rumah mewah itu, sudah dipenuhi oleh ramai tetamu yang datang dari jauh dan dekat, untuk menjadi saksi kepada sebuah pernikahan yang bersejarah itu. Pernikahan yang bukan sahaja menyatukan dua insan, tetapi telah menyimpul ikatan persahabatan dengan lebih rapi lagi. Mak Chom yang menjadi antara orang yang paling sibuk menguruskan jamuan dan kendalian majlis, seperti tidak menang tangan berhadapan dengan kesibukannya. Walaupun punya ramai pembantu, tetapi orang tua itu lebih senang menyelenggara perkara-perkara yang penting sendirian.

Leha! Mak Chom menjerit kepada salah seorang pembantunya. Mana Puan Alyssa dan Cik Elly Tetamu dah ramai yang datang ni. Tok kadi pun dah nak sampai.

Tadi, saya nampak Puan Alyssa naik ke ataslah, Mak Chom. Mungkin dia nak bawa Cik Elly turunlah tu, beritahu Leha.

Mak Chom berasa lega dengan penjelasan Leha itu. Sekurang-kurangnya, tak perlulah tok kadi dan tetamu-tetamu yang hadir menunggu lebih lama nanti.

Namun, tiada siapa yang tahu bahawa Alyssa di atas, sedang bergelumang dengan perasaannya sendiri. Dia tidak tahu, wajarkah dia meneruskan majlis tersebut atau membatalkannya, demi menyelamatkan sebuah hubungan yang lebih suci murni. Walau bagaimanapun, Alyssa tidak tahu apa pula yang sedang berada di fikiran Elly, dan sebab-musababnya dia melakukan sedemikian. Apa-apa pun, Alyssa perlu mendengar kata putus dari Elly dengan segera. Dia tidak mahu sahabatnya itu menyesali tindakannya itu di kemudian hari kelak.

Mak Hendon, boleh tak tinggalkan saya dengan Elly seketika

Mak Hendon merupakan juru andam pengantin yang ditempah khas untuk mencantikkan Elly di hari bersejarahnya itu. Orang tua itu mengomel sendirian apabila sentuhan terakhirnya untuk pengatin baru itu diganggu. Tetapi, dia tidak boleh melakukan apa-apa. Kalau itu sudah menjadi permintaan tuan rumah, dia menurut sahaja. Maklumlah, dia hanya dibayar untuk melaksanakan tugasnya.

Kau nampak cantik sekali dalam pakaian pengantin ni, beb.

Hai, tengoklah siapa yang memilih dan mengilhamkannya, kalau bukan pelukis ilham seni, kawan aku yang seorang ni, ujar Elly, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Alyssa tahu, ada tangisan yang berselindung di sebalik keceriaan yang pura-pura itu. Elly mungkin boleh menipu sahabatnya itu, tetapi dia tidak boleh berbohong pada dirinya sendiri. Dia juga lupa, yang berada berhampirannya ketika itu, merupakan sahabatnya yang sudah dikenali sejak bertahun-tahun lamanya. Sama ada sengaja atau tidak, pastinya Alyssa tahu akan kesengsaraan hati sahabatnya itu.

Beb, aku nak minta supaya engkau pertimbangkan semula keputusan engkau untuk menikahi Tuan Fahreen. Aku tak mahu menyeksa perasaan engkau dan Doktor Haris, kata Alyssa, lembut dalam mengharap.

Apa yang engkau cakapkan ni Engkau tahu akan kedatangan Doktor Haris tadi, kan

Sambil mengangguk, Alyssa berkata, Aku yang benarkan dia naik ke atas jumpa engkau tadi. Dan, aku dah dengar segala-galanya. Kenapa Elly Kenapa engkau tergamak menyakitinya demi aku

Elly tersentak dengan pengakuan Alyssa. Patutlah wajahnya suram ketika masuk ke bilik itu tadi. Walau bagaimanapun, kaki Elly sudah mengatur langkah. Tak mungkin dia berpatah kembali. Janjinya tetap akan ditunaikan, walaupun badai sedang berombak untuk merintanginya. Kehadiran Doktor Haris tidak sedikit pun mampu untuk membuatkan Elly berganjak dari keputusannya.

Bukan demi engkau, beb, tapi untuk kita semua. Aku mengaku yang aku benar-benar mencintai Haris, tetapi cinta tidak semestinya memiliki, kan

Falsafah itu hanya untuk orang yang gagal dalam bercinta sahaja. Apa gunanya bercinta, kalau tidak untuk memiliki Engkau dan Doktor Haris sebenarnya ditakdirkan untuk bersama.

Elly sudah dapat mengagak, Alyssa pastinya akan berkata sedemikian. Namun, dia tetap bersabar untuk mendengar penjelasan selanjutnya dari Alyssa yang kelihatan agak sebak sehingga terhenti seketika kata-katanya tadi.

Tuhan sudah lukiskan kehidupan yang indah untuk kau berdua. Tetapi, engkau telah mencalar keindahan lukisan tersebut kerana aku. Aku adalah ibarat arang yang telah menconteng dan merosak masa depan kau berdua.

Elly terus menekup mulut Alyssa, untuk menghentikan kata-katanya. Dia tidak rela jika Alyssa terus-terusan menyalahkan dirinya sendiri.

Aku yang pilih jalan ini. Tidak ada kena-mengena dengan engkau, beb. Engkau tidak pernah memaksa aku, malahan aku yang memaksa kau untuk menerima aku sebagai madu. Jadi, tak adillah jika engkau salahkan diri engkau. Apa yang aku lakukan ini, demi kepentingan dan kebahagiaan kita semua. Pertolongan ikhlas untuk engkau dan Tuan Fahreen, di samping kebahagiaan abadi untuk aku dan Doktor Haris.

Engkau tak akan menemui apa-apa kebahagiaan dengan Doktor Haris, jika engkau menikahi Tuan Fahreen. Engkau akan selama-lamanya hidup dalam kekelaman. Aku mungkin boleh membantu

keceriaan fizikal engkau, tetapi, kebahagiaan abadi tetap datang dari dalam sini, kata Alyssa sambil tangannya menyentuh dada Elly.

Kali ini, tangan Elly digenggam erat. Alyssa kelihatan begitu berat sekali untuk meneruskan majlis pernikahan tersebut. Kebimbangan menyelubungi di setiap sudut sanubarinya.

Please beb, engkau masih punya masa untuk batalkan semua ini. Jangan kusutkan diri engkau untuk masalah yang tidak perlu engkau lalui, pinta Alyssa lagi.

Ternyata sekali, Alyssa masih tidak dapat lagi membaca apa yang tersirat di dalam hati Elly. Namun, Elly tidak menyalahkan sahabatnya itu. Malahan, dia bertekad untuk meneruskan pernikahan seperti yang dirancangkan. Elly lantas memegang tangan Alyssa, lalu dielus lembut untuk meredakan tekanan di jiwanya.

Beb, mak aku selalu berpesan kepada aku. Sebagai insan, selain dari wajib mencintai Allah, rasulnya serta kedua ibu bapanya, kita juga wajib menyayangi seseorang yang dekat dengan kita. Mak tidak pernah menyebut kekasih. Katanya, kekasih boleh datang dan pergi bila-bila masa sahaja. Tetapi, mak mengatakan yang sahabat adalah antara orang yang paling penting dalam hidup kita. Engkau telah membuktikan yang engkau adalah sahabat aku yang paling setia, beb. Aku sayangkan kau, kerana engkau adalah sahabat aku dulu, sekarang dan selama-lamanya.

Dengan tidak semena-mena, air mata Alyssa mengalir lagi. Dia berasa sungguh terharu dengan pengakuan Elly. Lalu, Elly dipeluknya dengan begitu erat sekali. Tangisan sendu mengiringi dakapan mereka yang tenggelam dalam persoalan masing-masing.

Alyssa tidak ingin tahu lagi, apa sebabnya Elly bertindak sedemikian. Apa yang penting, Elly akan kekal dalam kehidupan Alyssa buat selama-lamanya. Biarpun ribut taufan melanda, gunung berapi meletus hebat, namun ikatan persahabatan ini tidak akan goyah buat selama-lamanya.

Akhirnya, waktu petang, selepas asar, Tuan Fahreen selamat dinikahkan dengan Elly. Pernikahan itu berjalan dalam suasana yang tenang. Dengan sekali lafaz juga, Elly sah bergelar isteri kepada Tuan Fahreen. Dan, dengan lafaz itu jugalah, mereka harus melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai suami isteri yang sah.

Alyssa juga tampak tenang, apabila saksi-saksi mengesahkan pernikahan mereka. Dia sedar yang sekarang hidupnya sudah bermadu. Maknanya, dia harus berkongsi segala kasih dan perhatian suaminya dengan sahabatnya itu. Apa yang Alyssa harapkan, agar selepas ini, tiada lagi hati yang akan terguris maupun iri antara satu sama lain. Dia berhasrat membina satu rumahtangga yang bahagia bersama suami dan madunya itu.

Namun, berbeza sekali dengan harapan Elly. Segala hasratnya untuk menikahi Tuan Fahreen sudah pun berjaya. Walaupun sudah sah sebagai suaminya, tetapi hati Elly langsung tidak terdetik untuk menyintai dan menyayangi Lelaki itu. Ada baiknya jika dia berperasaan sedemikian, kerana perasaan cinta dan sayang hanya akan merosakkan segala rancangannya untuk membantu suami dan madunya, Alyssa.

Apabila hari menjelang malam, mahligai Tuan Fahreen mulai sunyi dari kebisingan tetamu yang hadir. Kebanyakan tetamu dan tetangganya sudah pulang. Begitu juga dengan Kamal dan isterinya. Tinggallah beberapa orang yang bekerja dengan Tuan Fahreen, termasuklah orang-orang gaji dan pengawal-pengawal peribadinya yang masih lagi bertungkus-lumus mengemas apa yang patut.

Alyssa juga turut meringankan tulangnya membantu mereka. Bukannya tidak mahu mengupah perkhidmatan katering, tetapi Alyssa lebih senang jika semua hidangan disiapkan oleh mereka sendiri. Tambahan pula, masakan Mak Chom jauh lebih enak dari katerer yang ada. Maka, tidak hairanlah rata-rata tetamu memuji hidangan yang disajikan.

Sudah agak lewat, barulah Alyssa berkesempatan untuk naik ke biliknya. Itu pun setelah Mak Chom menasihatinya supaya berehat setelah mendapati Alyssa begitu letih dan tidak bermaya. Mungkin kerana terlalu sibuk menguruskan majlis hari itu. Ditambah pula dengan sakit kepalanya yang tidak pernah ada surutnya.

Hai, kenapa lampu bilik aku masih menyala.

Padahal, bukannya ada orang di dalamnya. Malam ni, abang bermalam di bilik Elly.

Alyssa tersentak setibanya di aras atas mahligai itu. Dia tambah terkejut apabila memasuki bilik tidurnya. Rupa-rupanya, suaminya masih lagi menghuni bilik itu, dan dia kelihatan sedang termenung melayan perasaan di penjuru jendela. Bagaimana ini boleh terjadi Fikir Alyssa, suaminya sedang melayari bahtera malam pertama dengan Elly. Kerana itulah, Alyssa sengaja menyibukkan dirinya di bawah, sehingga malam larut. Dia tidak mahu mengganggu ketenangan pengantin baru untuk bersama memadu kasih asmara.

Namun sangkaannya meleset sama sekali. Apa yang diharap, tidak terjadi mengikut perancangannya. Buktinya, Tuan Fahreen masih lagi di situ, menunggu untuk tidur bersamanya dan bukan dengan Elly. Alyssa bimbang jikalau Elly berkecil hati dengan perlakuan suaminya itu. Jika sudah malam pertama Tuan Fahreen bersikap tidak adil terhadap Elly, bagaimana dengan hari-hari mendatang nanti Alyssa tidak boleh membiarkan perkara ini. Dia harus segera memperingati suaminya itu.

Abang, kenapa tak tidur lagi ni

Abang tunggu sayang, jawab Tuan Fahreen ringkas.

Abang tak boleh tidur dengan Lyssa malam ni. Malam ni, abang kena tidur dengan Elly. Bukankah ini malam pertama abang dan Elly Jangan rosakkan malam ini semata-mata kerana kasihankan Lyssa.

Lyssa dah izinkan abang bernikah dengan Elly, maknanya Lyssa kenalah izinkan abang bermalam dengan dia. Itukan hukum jelas poligami

Tuan Fahreen yang sedari tadi hanya memandang ke luar jendela, terus menoleh ke wajah isterinya yang tampak letih dan sugul itu. Perasaan kasihan mula menerjah ke ruangan hatinya. Tuan Fahreen tidak sanggup melihat wajah lesu itu, terbakar perasaannya apabila mendapati suaminya meniduri perempuan lain.

Abang sentiasa ada di sini untuk sayang seorang sahaja. Bukankah sayang isteri abang Sudah semestinya tempat abang di samping saying.

Tapi, Elly pun dah jadi isteri abang. Abang lupakah yang abang sudah melafaz akad sebagai suaminya dan secara langsung, abang bertanggungjawab terhadap dirinya juga Tolonglah abang, pergilah ke bilik Elly sekarang. Lyssa tak sanggup kalau Elly menuduh Lyssa pentingkan diri sendiri. Dia pun punya hak terhadap abang.

Tapi sayang...

Abang, please, rayu Alyssa, terus memotong cakap Tuan Fahreen.

Belum pun sempat rayuan Alyssa itu berakhir, pintu bilik mereka diketuk orang. Dan, apabila kebenaran diberi, pintu itu dibuka dengan perlahan-lahan.

Rupa-rupanya, Elly yang datang bertandang ke bilik madunya itu. Melihat Elly, menimbulkan seribu satu resah di jiwa Alyssa. Alyssa percaya, Elly datang untuk menuntut hak malam pertamanya. Itu tidak mustahil, memandangkan suaminya masih lagi berlegar-legar lagi di bilik isteri pertamanya. Alyssa mula rasa bersalah sangat kepada Elly. Semuanya gara-gara Tuan Fahreen, yang tidak sudi menurut kehendaknya lagi.

Aku minta maaf, beb. Aku tidak bermaksud untuk menahan abang di sini. Aku tahu, malam ini adalah milik engkau. Engkau tunggu dulu di bilik. Sekejap lagi, Tuan Fahreen akan datang kepada engkau. I promise you that, ujar Alyssa, serba-salah.

Beb, engkau jangan salah sangka dengan kedatangan aku ni. Aku sama sekali tidak bermaksud untuk mengganggu kalian berdua. Sebenarnya, aku datang ni untuk berbincang dengan engkau dan juga Tuan Fahreen, kata Elly, menyejukkan keadaan.

Abang! Mulai hari ini, engkau kena panggil Tuan Fahreen dengan panggilan abang, sebab dia adalah suamimu, tingkah Alyssa.

Elly menggeleng, sekali lagi menimbulkan kehairanan pada jiwa Alyssa.

Beb, panggilan itu adalah hak eksklusif engkau, sebagai satu-satunya isteri yang dicintainya. Aku tidak layak untuk itu.

Apa yang engkau cakapkan ni, Elly Engkau dan abang telah pun bernikah. Mahu atau tidak, engkau kena terima kenyataan yang abang ini adalah suamimu. Kita akan berkongsi kasih sayangnya

bersama, tidak kira apa pun yang terjadi, tegas Alyssa.

Alyssa semakin sangsi dengan Elly. Apakah yang sebenarnya berada di dalam hatinya sebelum dan sesudah dia menikahi Tuan Fahreen Perlakuannya di hari malam pertamanya, amat mencurigakan. Elly sedikit pun tidak kisah, walaupun tidak didekati suaminya sendiri. Jadi, untuk apa mereka bernikah, jika sebilik pun tidak sudi

Elly yang masih lagi mampu tersenyum melihat kebingungan Alyssa itu, lalu berkata, Beb, malam ini, aku akan berterus-terang dengan engkau, apa sebabnya aku menikahi Tuan Fahreen. Aku sedikit pun tidak mempunyai perasaan kasih kepadanya, apa lagi untuk merampas dia dari engkau. Aku hanya mahu membantu engkau berdua, supaya tidak kehilangan kasih antara satu sama lain. Pada masa yang sama, aku masih lagi mahu memelihara cintaku terhadap Doktor Haris. Maafkan saya Tuan Fahreen, kerana bakal menjadi isteri yang tidak setia kepada tuan.

Apa yang engkau cakapkan ni, Elly Engkau buat aku semakin peninglah, kata Alyssa.

Alyssa memegang pangkal kepalanya yang sedang berdenyut-denyut itu. Semakin sakit pula kepalanya dirasakan. Tuan Fahreen pula, masih membisu, bersedia menunggu apa yang bakal diceritakan oleh isteri keduanya itu.

Lyssa, aku menikahi Tuan Fahreen bukan untuk disentuhi. Aku telah berjanji pada diriku sendiri, yang cinta dan tubuh badanku adalah untuk orang yang aku cintai iaitu Doktor Haris, kata Elly.

Habis tu, buat apa nikah kalau bukan untuk disentuhi Bagaimana pula engkau nak beri zuriat pada Tuan Fahreen, kalau engkau tak benarkan dia bersama dengan engkau

Sayang, boleh tak bertenang dulu Dengar apa yang hendak Elly katakan. Bukankah dia ajak kita bertiga berbincang pujuk Tuan Fahreen.

Sakit kepala Alyssa semakin bertambah kuat. Berdenyut dengan lebih kerap lagi. Dia sudah tidak sabar untuk mengetahui apa yang bakal dibicarakan oleh madunya itu. Tetapi, kebimbangan tetap mengintai ruang hatinya. Dia takut jika Elly bermaksud melakukan sesuatu yang gila pula.

Aku minta maaf sebab banyak berahsia dengan engkau, beb. Masalahnya, aku telah berjanji pada diri aku sendiri, yang aku tak akan pecahkan rahsia rencana aku ini, sebelum aku menikahi Tuan Fahreen. Aku takut engkau membantah rancangan aku. Tapi percayalah, apa yang bakal aku lakukan nanti, demi kepentingan kita semua, termasuk Doktor Haris.

Elly, boleh tak awak berterus-terang sahaja dengan kami Sebenarnya, saya juga sudah bertambah musykil dengan rancangan awak ini.

Kali ini suami Elly pula bersuara. Jika Alyssa terdiam kerana kebingungan sehingga sakit kepalanya, Tuan Fahreen pula mengambil-alih tugas menyoal. Malahan, sejak dari awal lagi Tuan Fahreen mengesyaki bahawa Elly punya agendanya yang tersendiri. Namun, Tuan Fahreen tidak mahu terus berserkap jarang sebelum mendengar akan kepastiannya.

Maafkan saya tuan, kerana membuat kamu berdua tertanya-tanya. Sebenarnya, saya bercadang untuk menggunakan teknik IVF, bagi melahirkan anak Tuan Fahreen, beritahu Elly, tenang.

Teknik IVF Maksud kau, bayi tabung uji soal Alyssa, hairan.

Yup. Aku dah fikirkan perkara ini semasak-masaknya. Dengan teknik IVF, Tuan Fahreen tidak perlu menyentuh aku untuk mendapatkan zuriat. Kami hanya perlu jumpa pakar, dan mereka yang akan selesaikan masalah kita. Aku cuma mahu menumpangkan rahim aku untuk mengandungkan dan melahirkan anak kamu berdua. Alyssa, aku tidak mahu mengambil-alih semua tugas-tugas engkau pada Tuan Fahreen. Aku hanya melengkapkan apa yang engkau tidak mampu beri padanya sahaja.

Tapi, takkanlah kau nak melanggar hukum Islam Perkahwinan menuntut nafkah zahir dan batin. Takkanlah kau nak buat hukum kau sendiri. Kau tak takut pada dosakah

Alyssa berasa begitu teruji sekali. Begitu besar pengorbanan yang mahu Elly lakukan itu. Alyssa dan Tuan Fahreen, sama sekali tidak menyangka yang Elly sanggup meminjamkan rahimnya, untuk menyimpan bayi mereka selama lebih sembilan bulan.

Kalau begitu, apa perlunya engkau menikahi Tuan Fahreen Engkau sendiri yang tak mahu dia menyentuh kau, kan Bukankah itu merupakan suatu penyeksaan yang bakal engkau tanggung nanti tanya Alyssa, yang masih kurang berpuas hati.

Beb, tujuan aku menikahi Tuan Fahreen, hanya untuk menghalalkan rahim dan benih aku, digunakan bagi melahirkan anak kamu berdua. Aku tidak mahu melanggar hukum-hakam Islam, walaupun niat aku yang sebenarnya, hanya mahu membantu kamu berdua. Cuba engkau renung sendiri ke dalam mata suamimu itu, Alyssa. Dia tidak punya kekuatan untuk bersama dengan perempuan lain, selain dari engkau. Engkau bayangkanlah, apa yang akan terjadi, kalau dia menikahi perempuan yang sembarangan Engkau tidak akan dapat apa yang engkau hajati, sebaliknya engkau dan suami engkau yang bakal kehilangan harta benda pada perempuan-perempuan yang tak guna itu. Sebab itulah, aku betul-betul nak membantu engkau, dan aku merahsiakan dahulu perkara ini. Aku bimbang, kalau engkau tahu perkara ini lebih awal, engkau mungkin tidak akan bersetuju.

Masih tiada persetujuan yang keluar dari mulut Alyssa. Dia masih samar akan niat sebenar Elly melakukan itu. Dia bukan curiga, cuma kurang memahami. Lalu, muka Tuan Fahreen ditenungnya, bagi menagih sebuah jawapan. Kali ini, Alyssa akan membiarkan suaminya pula yang membuat pilihan, persetujuan di tangannya.

Abang setuju sekali dengan rancangan Elly,

sayang. Thats a brilliant idea. Cuba sayang bayangkan, orang pastinya akan terkejutkan Elly sudah berjaya melahirkan anak, padahal dia masih lagi dara.

Alyssa menjadi bertambah pening lagi dengan persetujuan Tuan Fahreen itu. Namun, sebagai orang ketiga dalam hal itu, nampaknya dia tidak mampu lagi untuk mencegah. Kalau keputusan mereka sudah bulat, nampaknya dia menurut saja. Malahan Alyssa sedar, dia tidak seharusnya turut campur dalam urusan suami-isteri itu.

Ya Allah, semoga engkau mengampunkan dosa mereka. Sesungguhnya, aku tidak berdaya lagi untuk membimbing mereka kerana mereka sudah dewasa dan ada keputusan sendiri, luah Alyssa di dalam hatinya.

Dan malam itu, Tuan Fahreen tidur dengan nyenyak sekali kerana dia berasa cukup senang sekali. Dengan pengakuan dan perancangan Elly, dia tidak perlu resah memikirkan soal hubungannya dengan Alyssa lagi. Elly telah menyerahkan semua haknya sebagai isteri kepada Alyssa. Sekarang ini, secara amnya, Tuan Fahreen hanya bertanggung jawab dalam soal material yang perlu disediakan untuk kemudahan Elly.

Ya Allah, ampuni aku kerana melanggar fitrahku. Sesungguhnya, aku tidak mampu untuk mendampingi wanita selain Alyssa. Namun, aku berjanji padamu bahawa aku akan menjadi pahlawan dan pembela yang sejati untuk kedua wanita yang istimewa itu.

Berselang sehari, mereka telah mengadakan temujanji dengan Doktor Arsyad, dari unit perbidanan, di salah sebuah hospital swasta yang agak terkemuka di ibu kota. Kebetulan pula, Doktor Arsyad adalah rakan sekerja Doktor Haris, yang baru sahaja beberapa bulan berpindah tugas dari Hospital Kuala Lumpur ke hospital swasta tersebut. Elly mengenali Doktor Arsyad pun ketika dia hadir bersama Doktor Haris di salah satu majlis makan malam, yang diadakan khusus untuk kakitangan hospital tersebut.

Saya tak sangka langsung, yang hal sebegini pun boleh wujud. Saya hairan dengan awak ni, Puan Elly. Berhari-hari Doktor Haris monyok kerana kamu berkahwin dengan Tuan Fahreen, semata-mata untuk IVF ni Tetapi, disebabkan awak dan Tuan Fahreen adalah pasangan yang sah di sisi agama, maka saya pun terpaksalah merelakan kerja gila ini. Nampak gayanya, awak memang nak mencipta sejarah, Elly. Dengan menjadi wanita pertama yang datang untuk melakukan IVF hanya setelah tiga hari berkahwin, kata Doktor Arsyad, ketawa.

Sudah bertahun-tahun Doktor Arsyad menjadi pakar perbidanan, inilah kali pertama dia mengendalikan kes sebegini. Namun, atas permintaan rasmi dari Tuan Fahreen, dia harus merahsiakan perkara ini dari pengetahuan umum. Apa yang menghairankannya, mereka bertiga seperti sahabat sejati, yang beriringan untuk menyokong antara satu sama lain, ke mana sahaja mereka pergi.

Sungguh aneh keluarga ini, bisik Doktor Arsyad di dalam hatinya, tetap tertawa.

Doktor, boleh tak terangkan dahulu kepada kami, proses-proses yang perlu dilalui menggunakan kaedah IVF ni tanya Tuan Fahreen.

Doktor Arsyad mengangguk. Sudah semestinya dia akan menerangkan prosedur-prosedur yang bakal dilakukan. Sesungguhnya, pesakit-pesakitnya punya hak.

Tuan Fahreen, proses ni taklah serumit mana pun, malahan sudah diguna pakai sejak bertahun-tahun lamanya. Hasilnya juga, tidak menghampakan. Mula-mula sekali, Puan Elly akan menjalani rawatan kesuburan bersama kami. Apabila telurnya matang, ia akan dikeluarkan dengan bantuan ultrasound. Satu jarum khas pula, akan dimasukkan ke dalam kilang telurnya untuk disedut keluar dari situ.

Alyssa mulai berasa ngilu. Pada pendapatnya, proses itu agak sukar dan mungkin menyakitkan.

Kemudiannya, kami akan mengambil sperma dari Tuan Fahreen dan akan disatukan dengan benih Puan Elly, untuk disenyawakan di makmal. Embrio yang berjaya dihasilkan, akan dimasukkan kembali ke dalam rahim Puan Elly menggunakan satu tiub khas menerusi pangkal rahimnya, jelas Doktor Arsyad.

Doktor, agak-agaknya, berapa lamakah embrio itu akan berada di makmal, sebelum dimasukkan kembali ke dalam rahim saya soal Elly seperti tidak sabar.

Antara hari kedua hingga kelima. Tapi saya lebih suka memasukkan embrio yang berusia lima hari ke dalam rahim pesakit saya, kerana ianya memberikan peluang yang lebih tinggi untuk seseorang wanita itu hamil, jawab Doktor Arsyad lagi.

Nampaknya, proses IVF tidaklah serumit yang disangka. Namun, ianya tidak dapat dinilai dengan hanya berkomunikasi secara verbal. Kalau melalui proses praktikalnya, mungkin ada sedikit kerumitan. Alyssa percaya, apa sahaja kaedah yang digunakan, pastinya akan mengundang risiko kesakitan dan dia tidak rela jika Elly terpaksa menanggung itu semua, demi dia.

Doktor, adakah pesakit akan berasa keperitannya, semasa proses menyedut telur keluar dari kilangnya Saya tak percaya, proses itu semudah yang doktor kata. Saya tak mahu Elly menderita kesakitan kerananya.

Alyssa masih lagi bimbang, namun segera ditenangkan oleh Elly dan Tuan Fahreen.

Prosedurnya sama sahaja seperti proses mengambil sampel darah, tetapi hanya lima belas minit sahaja. Ya betul, pesakit akan merasakan kesakitan sepanjang tempoh itu. Tetapi, Puan Alyssa tak perlu risau kerana kami ada menyediakan ubat tahan sakit bagi pesakit-pesakit yang tidak tahan ataupun takut. No worries, tiada risiko untuk terjadi apa-apa semasa proses ini, beritahu Doktor Arsyad lagi.

Sekali lagi, keyakinan Tuan Fahreen dan Elly tidak mungkin dapat disatukan dengan kebimbangan Alyssa. Tuan Fahreen dan Elly meyakini dengan sepenuhnya yang mereka boleh menimang cahayamata menggunakan kaedah tersebut. Malahan keberkesanannya sudah terbukti dan cepat.

Tetapi, Alyssa tetap merasakan bahawa ada risiko yang tersembunyi di sebalik semua itu. Malahan, setiap apa yang dilakukan di dunia ini, pastinya akan mengundang risiko, jika Tuhan berkehendakkannya begitu. Doktor hanyalah manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan. Kalau sudah karmanya tertulis sedemikian, maka itulah yang akan terjadi.

Sayang, janganlah fikir negatif sangat. Cuba rasional sikit. Insya-Allah, segala-galanya akan berjalan dengan lancar, pujuk Tuan Fahreen.

Betul tu, beb. Doktor Arsyad ni, bukannya setahun dua dalam bidang ni. Dia telah mencipta banyak kejayaan manis untuk ibu-ibu di luar sana. Please, berikan keyakinan kepadanya untuk buat kerja dia, tambah Elly pula.

Sekali lagi, sememangnya Alyssa merasakan yang dia tidak punya kuasa untuk menghalang segala-galanya. Hak membuat keputusan, tetap terletak di tangan Tuan Fahreen dan Elly. Mereka berhak melakukan sesuatu demi kelangsungan generasi keturunan mereka. Alyssa hanya penumpang, yang mengharapkan simpati kedua orang kesayangannya itu untuk memberikan secebis rasa kasih terhadap seseorang yang bernama anak.

Pertemuan dengan Doktor Arsyad tidak memakan masa yang lama. Namun, informasi yang mereka dapat berkenaan IVF itu, cukup lengkap dan jelas sekali. Dengan bantuan Doktor Arsyad juga, Elly sudah boleh mulai menjalani rawatan kesuburannya pada keesokan harinya. Jika segala-galanya berjalan dengan lancar, dalam masa beberapa minggu lagi, dapatlah mereka melihat hasilnya, sama ada berjaya ataupun tidak.

Menerusi pemeriksaan dan ujian yang dilakukan terhadap Elly, nampaknya dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencapai keputusan yang positif dari kaedah tersebut. Walaupun kemungkinan untuk gagal pada percubaan yang pertama tetap ada, namun itu bukanlah masalah utamanya. Mereka masih boleh mencuba lagi untuk kali kedua atau seterusnya, kerana Tuan Fahreen terlebih dari mampu untuk menampung segala kos rawatan tersebut. Lagi pun, apalah gunanya harta yang melimpah ruah seperti itu, jika hasrat untuk mempunyai anak tidak dapat dilaksanakan. Semua itu bukannya kehendak Tuan Fahreen dan Elly, tetapi sebenarnya adalah impian Alyssa untuk melihat suaminya bahagia.

Setelah segala proses dan pemeriksaan di hospital selesai dengan lancarnya hari itu, mereka bertiga pun melangkah keluar dari situ untuk berangkat pulang. Esok, Elly sudah punya temujanji dengan mereka dan Alyssa telah berjanji untuk menemaninya. Malah, Alyssa akan menemankan Elly sepanjang rawatannya di situ bagi memberi sokongan kepada teman baiknya itu. Mereka tidak kisah selagi mereka masih bersama, walaupun tanpa kehadiran Tuan Fahreen.

Terima kasih, beb. Aku tak sangka perngor

Lukisan Asmara 2_ 6.1.14.indd 448 2/18/2014 10:39:29 AM 449

banan kau begitu besar sekali. Kau sanggup harungi semua kepayahan demi aku, ujar Alyssa ketika mereka beriringan jalan keluar dari hospital tersebut.

Beb, tolonglah, jangan sebut lagi pasal tu. Aku tak nak nanti, niat ikhlas aku tak mendapat tempat di sisi Tuhan. Manakan cukup nak menampung dosa aku yang bertimbun-timbun tu, seloroh Elly.

Kau yang sanggup, kan Tanggunglah kau dengan Tuan Fahreen.

Sayang, Allah itu Maha Adil dan Maha Mengerti. Tidak ada kepastian tentang dosa atau pahala. Semuanya itu adalah hak-Nya. Selagi kita sedar dan memohon ampun kepadanya, insya- Allah, sampuk Tuan Fahreen pula.

Ketika mereka bertiga sedang berjalan ke kawasan letak kereta hospital sambil berbual mesra, mereka terdengar nama Elly dipanggil oleh seseorang. Suara itu begitu dikenali oleh Elly. Dengan tidak semena-mena, Elly rasa berdebar kerana jantungnya berdegup dengan begitu kencang sekali. Dia mencari kekuatan untuk berhadapan dengan empunya suara tersebut.

Assalamualaikum semua. Maaf kalau saya mengganggu kamu bertiga.

Doktor Haris merenung mereka satu per satu, terutama sekali Elly. Tuan Fahreen sedikit pun tidak berasa cemburu dengan pertemuan dua pasang mata yang saling mencintai antara satu sama lain itu, walaupun dia sudah sah sebagai suami Elly.

Malahan, dia gembira kerana merasakan cinta yang hadir antara pasangan muda itu adalah tulus dari sanubari mereka sendiri.

Tuan Fahreen, saya ingin meminjam isteri tuan untuk seketika. Ada perkara yang ingin saya bicarakan dengannya. Saya harap ianya tidak menjadi keberatan kepada, tuan, pinta Doktor Haris dengan penuh harapan.

Tak apalah, saya izinkan. Walaupun dia ni isteri saya sekarang, tetapi hatinya tetap pada kamu, Doktor Haris. Saya harap, awak boleh jaga dia dengan baik selepas ini dan jangan sekali-kali sakiti hatinya lagi.

Keizinan yang diberikan oleh Tuan Fahreen itu, menerbitkan satu rasa kesyukuran dalam diri Doktor Haris khususnya, dan juga Elly. Barulah Doktor Haris sedar yang Tuan Fahreen bukanlah seperti yang disangkanya. Benar kata Elly, Tuan Fahreen adalah seorang lelaki yang budiman dan penuh dengan timbangrasa. Jika diukur dengan dirinya, Tuan Fahreen seperti berada jauh di atas langit sana, langsung tidak layak untuk diperbandingkan dengan manusia kerdil sepertinya. Doktor Haris berasa cukup berdosa kerana telah banyak bersangka buruk terhadapnya.

Apa lagi yang awak hendak, Haris Awak nak tambah lagi ke, kata-kata indah awak yang menyakitkan hati tu. Tak cukup awak mencincang lumat hati saya, tempoh hari tanya Elly, semasa mereka berada di kafe hospital tersebut.

Tuan Fahreen dan Alyssa sudah pun berangkat pulang, dan membiarkan Elly bersama Doktor Haris meneruskan bicara hati mereka, berdua sahaja. Itu pun setelah Doktor Haris memberikan kata janji kepada mereka untuk menghantar Elly pulang setelah berbincang dengannya nanti.

Saya minta maaf, Elly. Saya terlalu menurut kata hati tempoh hari, tanpa sedikit pun memikirkan perasaan awak. Saya tahu awak terguris dan terluka. Hukumlah saya, kalau itu boleh menyembuhkan luka di hati awak.

Minta maaf memang semudah kata, tetapi luka yang terpalit di hati ini, tak mungkin sembuh dengan segera, ujar Elly, masih merajuk.

Sebab itulah, saya nak ketemu dengan awak, sebab saya nak cuci luka itu agar tidak berparut. Elly, saya hanya nak menyatakan yang saya masih cintakan awak dan berharap untuk hidup bersama awak, suatu ketika nanti, akui Doktor Haris.

Cahaya cinta yang masih belum terpadam, sebenarnya telah banyak membantu Elly meneruskan hidupnya dengan memberikan kemaafan kepada kekasih hatinya itu. Tetapi, sifat jual mahal masih tetap ada. Sebagai wanita, Elly merasakan yang dia punya harga diri yang tidak mudah diperkotak-katikkan walaupun oleh manusia yang dia cintai. Dia berhak untuk menghukum Doktor Haris agar tidak mudah menuturkan kata-kata bisa kepadanya lagi.

Saya tahu, awak jumpa dengan Doktor Arsyad tadi. Dia telah menceritakan segala-galanya kepada saya. Saya tak sangka, bahawa inilah rahsia yang

awak pendamkan sebelum bernikah dengan Tuan Fahreen. Saya betul-betul minta maaf. Kalau saya tahu, saya tak akan menuduh awak yang bukan-bukan, Elly.

Kebal sekali rasa bersalah Doktor Haris. Dia malu atas sikap tidak dewasanya bila dia sanggup menghina dengan kata-kata yang menggambarkan kemarahannya pada Elly. Namun, jauh di sudut hatinya tetap berkata-kata. Andailah dia tahu permasalahan itu sejak awal lagi, tentulah kecelaruan itu tidak akan wujud.

Terlalu besar pengorbanan awak, tetapi saya tidak pernah mahu mengerti dengan apa yang awak lakukan ini. Malahan saya seksa jiwa awak, dan saya perlekehkan cinta awak.

Saya sudah berikan bayangan kepada awak, Haris. Bukankah telah saya katakan, bahawa cinta dan tubuh badan saya, hanya untuk awak. Saya tak akan izinkan, mana-mana lelaki menyentuh saya, selain dari awak. Sepatutnya, awak sudah boleh mengagaknya, bila saya mengatakan sedemikian. Awak seorang doktor, Haris. Takkanlah perkara seperti inipun, awak tak boleh fikir, sehingga sanggup awak tuduh saya ini mata duitan, tingkah Elly.

Doktor Haris tahu yang kekasihnya itu masih marahkan dia. Doktor Haris tidak menyalahkan Elly kerana dia berhak untuk berasa sakit hati, kecewa, terluka dan akhirnya merajuk. Sebelum ini, Doktor Haris yang bersalah kerana tersilap terjah. Akibatnya, hubungan mereka jadi taruhan pada hati yang kecewa.

Elly, saya sanggup lakukan apa sahaja demi sebuah kemaafan dari awak. Tapi tolonglah mengerti, yang saya hanya mencintai awak seorang. Perasaan cinta inilah, yang telah membuatkan saya bertindak secara tidak rasional terhadap awak. Saya betul-betul menyesal. Tolonglah Elly, maafkan saya, ujar Doktor Haris, sambil memegang tangan Elly dengan penuh rasa kasih.

Elly melihat Doktor Haris benar-benar tulus dalam melafazkan maafnya. Memang benar, lidah yang tak bertulang miliknya itulah yang menjadi senjata pemusnah hubungan mereka. Namun, sebagai manusia, Elly berhak memberikan kemaafan, bukannya menghukum.

Mulai esok, saya akan menjalani rawatan kesuburan di sini. Saya akan tinggal bersama Tuan Fahreen dan Alyssa untuk beberapa ketika, sehingga saya berjaya melahirkan anak melalui teknik IVF ini. Sanggupkah awak tunggu saya sepanjang tempoh itu

Elly, jangan katakan sepanjang tempoh tersebut, seumur hidup pun, saya tetap akan tunggu awak. Saya yakin yang awak akan jadi milik saya suatu hari kelak. Mulai hari ini, saya sendiri akan turut menemani awak melalui segala proses untuk mendapatkan bayi tersebut. Asalkan awak sentiasa ada di sisi saya, saya rela.

Elly benar-benar gembira dengan janji kekasihnya itu. Tanpa disangka, ayat sakti dari Doktor Haris itulah yang telah mengundang

kemaafan darinya. Elly berjanji, walaupun apa yang terjadi kelak, kesetiaannya pada Doktor Haris tidak akan mudah renggut. Hanya maut yang akan memisahkan mereka.

Haris, Tuan Fahreen telah berjanji tidak akan menyentuh saya sepanjang saya tinggal di rumahnya. Saya tahu, yang dia akan berpegang kepada janjinya sebab dia tak akan pernah melukai hati Alyssa. Saya cuma meminjamkan rahim saya untuk melahirkan anaknya sahaja. Tuan Fahreen juga telah memberikan keizinan untuk kita terus berhubungan antara satu sama lain, asalkan kita menjaga batas kesopanan kita sebagai mukmin. Saya tidak mahu mendatangkan dosa kepadanya. Walau apa pun yang terjadi, saya adalah isterinya sekarang.

Doktor Haris mengerti segala-galanya. Namun dia tidak kisah, asalkan dia diberi ruang untuk menjaga kekasih hatinya itu. Biarlah rahim Elly sahaja yang dipinjamkan, tetapi dia tidak akan merelakan jika hati dan perasaan Elly turut dipinjamkan.

Baru saya teringat. Awak ada mengatakan yang awak hanya membantu Tuan Fahreen dan Alyssa untuk mencapai kebahagiaan mereka. Tetapi kebahagiaan abadi awak, tetap bersama saya. Awak memang seorang wanita yang hebat, Elly. Awak telah berjaya membahagiakan tiga hati sekali gus. Saya kagum dengan awak.

Penghargaan yang diberikan Doktor Haris itu, menyebabkan perasaan Elly berbunga dengan mekar sekali. Elly bersyukur sangat, niat ikhlasnya telah mendatangkan kebaikan kepada semua orang. Benar

kata orang, jika kita berniat baik sesama manusia dan ikhlas sesama sendiri, kita akan bertemu jalan yang sejati dan diredai.

Tetapi, Elly masih sedar yang dia perlu menjaga batasannya setiap kali bersama dengan Doktor Haris, agar tidak mendatangkan sebarang dosa dan kemurkaan. Elly tidak mahu dosa yang ada menjadi lebih bersiri, sebelum dia sempat bertaubat dan memohon keampunan dari Yang Maha Kuasa.