MATANYA berasa begitu berat sekali. Namun, kerisauannya menegah dia dari terus terlena. Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi, namun kedua insan yang ditunggunya masih belum tiba di muka pintunya. Siang tadi, dia dikhabarkan oleh dua sahabat itu, yang mereka telah memulakan perjalanan pada lebih kurang jam lima setengah petang. Jika dikira, sudah lebih sepuluh jam mereka dalam perjalanan, tetapi mengapa mereka masih belum tiba lagi. Kampung Elly, bukannya jauh sangat. Lebih kurang dua jam perjalanan ke Kuala Lumpur. Kalau mereka berhenti rehat pun, takkan begitu lama sekali. Mungkinkah mereka singgah ke mana-mana atau menghadapi masalah kerosakan di pertengahan jalan Tetapi, mengapa mereka tidak menghubunginya Aduh, resah sekali hati Roziana memikirkan Alyssa dan Elly yang masih tidak berada di depan matanya. Ke manakah mereka pergi Apa yang sedang terjadi pada mereka Adakah mereka sedang berdepan dengan masalah Pelbagai prasangka buruk, mula bermain di fikirannya.
Apa yang harus dilakukannya Dia cuba menghubungi kedua-dua talian tangan mereka, tetapi tidak aktif senja tadi. Ataupun, perlukah dilaporkan kepada pihak berkuasa Pasti mereka tidak mahu menerima laporannya kerana kehilangan Alyssa dan Elly, belum pun mencecah dua puluh empat jam. Lagi pun, atas alasan apa yang mahu diberikan kepada pihak polis nanti Dia tidak pasti sama ada mereka hilang, diculik ataupun ditimpa bencana. Dengan tiba-tiba, timbul kebimbangan di hati Roziana bahawa kedua-dua sahabat itu, mungkin mendapat kemalangan. Namun, mesti dia akan dimaklumkan kerana Alyssa telah menukarkan alamat di kad pengenalannya kepada alamat rumah Roziana. Segala maklumat Roziana, termasuk nombor telefonnya ada tersimpan di dalam tasnya. Mustahil tidak ada orang yang mahu mengabarinya, andai kata mereka ditimpa kemalangan. Atau, mungkinkah kereta yang mereka naik terbabas, langsung tergelincir jatuh ke dalam gaung. Pasti tiada siapa tahu kecuali ada orang yang menjumpainya. Pelbagai spekulasi bermain di fikirannya.
Adusss...tidak masuk di akal langsung. Hai Alyssa, Elly, ke mana kamu berdua dah pergi, ni Mengapa seorang pun tak call aku ni Risau sungguh dibuatnya. Kalau ada apa-apa perkara yang buruk terjadi pada mereka berdua, macam mana Aduh, buntu, buntu aku dibuatnya,
keluh Roziana sendirian. Dia berlega-legar di ruang tamu rumahnya. Kalau dia sempat duduk pun, hanya bertahan seketika. Selepas itu, dia bangkit semula untuk berlegarlegar lagi. Perbuatannya itu, sudah cukup untuk menceritakan kerisauannya yang terlampau. Roziana tidak tahu siapa yang harus dia hubungi atau adukan perkara itu. Kedua-dua Alyssa dan Elly, hanya sebatang kara di Kuala Lumpur ini. Hanya dia sahajalah tempat mereka mengadu. Ketika sedang runsing memikirkan Alyssa dan Elly, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang tidak di kenalinya. Orang itu telah memberi informasi tentang kehilangan gadis remaja itu.
Hello, ini Cik Roziana, ke Saya, Hazmat. Saya tahu apa yang telah terjadi kepada Alyssa. Boleh tak Cik Roziana keluar sekarang dan jumpa saya di Jalan Gasing, sebab kita hendak pergi menyelamatkan mereka,
jelas suara lelaki di hujung talian itu. Roziana seakan mengenali suara tersebut, namun dia masih sangsi.
Saya tak kenal dengan encik ini, macam mana saya nak percaya Entah-entah, encik ni sengaja nak mengenakan saya. Ingat senang ke saya nak percaya dengan lelaki yang secara tiba-tiba ajak saya keluar dan jumpa dia
Terserah pada Cik Roziana. Saya hanya menjalankan tugas. Majikan saya yang minta untuk bertemu dengan Cik Roziana di tempat itu. Cik kena cepat. Saya bimbang, takut kalau-kalau kita terlambat untuk menyelamatkan mereka berdua. Hubungi saya dengan nombor yang tertera pada handphone Cik Roziana ini apabila cik tiba di tempat tersebut,
terang lelaki itu lagi, sebelum mematikan taliannya. Berkerut dahi Roziana memikirkan akan benar salahnya, berita yang dia terima sebentar tadi. Benarkah panggilan yang diterima dari lelaki itu, bertujuan untuk membantunya Jika dia tahu di mana Alyssa dan Elly, mengapa dia tidak maklumkan sahaja kepadanya. Mengapa mereka perlu bertemu di luar Atau, mungkinkah sesuatu yang lebih buruk lagi sedang terjadi kepada kedua mereka
Ya Allah, berikanlah petunjuk kepadaku. Jika benarlah keputusan yang aku ambil ini, engkau lindungilah aku dari sebarang masalah. Engkau selamatkanlah Alyssa dan Elly. Aku berharap, keadaan mereka tidak seburuk yang aku sangka, ya Allah.
Roziana sempat menunaikan solat, bagi memohon petunjuk dari yang maha kuasa. Dia sudah mengambil keputusan untuk keluar bertemu dengan lelaki yang menelefonnya, tadi. Biar apapun yang akan terjadi nanti, dia reda sahaja. Semoga Allah melindunginya dari sebarang mara bahaya. Apa yang penting sekarang adalah kepastian tentang keselamatan Alyssa dan Elly. Ketika dia baru sahaja hendak mencapai kunci kereta dan membuka pintu rumahnya, Roziana sekali lagi dikejutkan dengan panggilan telefon. Nombor yang tertera, masih nombor yang sama dengan nombor yang memanggilnya sebelum itu. Tetapi, kali ini, kedengaran satu suara lelaki yang lain pula yang berkumandang di talian telefonnya. Roziana mengerutkan dahinya lagi, semakin pasti bahawa sesuatu yang buruk sedang menimpa Alyssa dan Elly, ketika itu.
Ya Allah, apa pula ini,
tangis hatinya. Ketika itulah begema suara di hujung talian meminta dia agar segera tiba ke lokasi yang dijanjikan.
Cik Roziana, kita tak punya banyak masa lagi. Kami dapat informasi bahawa Alyssa akan diseludup ke negara jiran pada esok malam.
Cecair klorofom yang ditekupkan di mukanya ketika mahu dipengsankan tadi, masih terasa bahang panasnya di sekeliling mulut dan pangkal hidungnya. Matanya pula terasa pedih, sukar untuk dibuka, apa lagi untuk melihat keadaan sekelilingnya. Dalam keadaan yang sukar untuk melihat, dia menguatkan juga dirinya untuk menegakkan kepalanya. Tangan dan kakinya berikat, menyukarkan pergerakannya.
Ya Allah, di manakah aku ini. Tolonglah bukakan mataku ini, supaya aku dapat melihat keadaan sebenar yang sedang menimpaku,
pinta dan doanya. Secara tiba-tiba, datang kekuatan yang menyuntikkan semangatnya untuk dia menggagahkannya diri membuka matanya. Syukur, dalam kepayahan akhirnya dia berjaya. Dalam kesamaran, dia dapat melihat dan mengagak bahawa dia sedang berada di sebuah gudang yang agak usang, seperti sudah lama tidak digunakan. Kayu-kayu terpakai dan besi-besi buruk berselerakan di sekitarnya. Akhirnya suatu cahaya tersuluh pada muka sahabatnya, Elly yang masih tidak sedarkan diri. Elly tersadai di tepi sebatang paip besar juga dalam keadaan kaki dan tangannya terikat, tidak jauh dari tempat dia berada.
Ya Allah, Elly, di situ rupanya engkau. Elly bangun! Engkau tengoklah, apa yang telah terjadi pada kita berdua ni. Mengapa kita ada di sini Siapa yang bawa kita ke sini, ha
jerit Alyssa pada Elly yang kelihatan cuba menggerakkan dirinya apabila tersedar akibat jeritan sahabatnya itu. Apabila membuka matanya, Elly turut terperanjat dengan apa yang dilihatnya juga. Dia juga dapat melihat wajah Alyssa yang berada tidak jauh darinya dengan jelas sekali.
Beb, kat mana kita sekarang ni Mengapa kita dibawa ke sini Bukankah tadi, ada orang serang kita dekat kereta. Tapi, mengapa mereka buat begini pada kita, beb
ujar Elly dengan suara menggeletar.
Aku tak tahu, Elly. Apa yang aku tahu, aku rasa takut sangat sekarang ni. Kita ada buat salah apa-apa kut, sampai kita di kurung di sini,
rintih Alyssa.
Eh beb, jangan-jangan mereka nak bunuh kita, kut. Sebab tu mereka bawa kita ke sini. Engkau tengoklah keadaan tempat ni, macam nak roboh sahaja. Jangan-jangan, mereka saja nak kita terperangkap dalam ni, tak Ataupun, mereka dah rancang nak bakar kita di sini. Alamak matilah kita, beb. Macam mana dengan mak aku Siapa nak jaga dia
jerit Elly lagi sambil mula bergenangan air mata. Alyssa hanya memerhatikan sahaja perlakuan Elly itu. Tiba-tiba pulak dia jadi lemah semangat sebegitu. Alyssa nampak jelas akan ketakutan yang terpancar di mata Elly. Dia tidak pernah melihat Elly sepanik itu. Alyssa perlu mencari kekuatan untuk dirinya dan membina semula semangat dalam diri Elly. Kalau Elly tidak mampu melakukannya, dia harus boleh.
Elly, jangat menggelabah sangat, beb. Bawa bertenang. Kita tak boleh berputus asa sekarang. Kita mesti cari jalan untuk keluar dari sini. Atas alasan apa dan siapa yang bawa kita ke sini, kita figure out kemudian saja. Yang penting, kita mesti cari pertolongan yang terdekat dengan kita. Come on Elly, sekarang, kita kena cari sesuatu yang tajam macam gunting atau serpihan kaca supaya kita dapat leraikan ikatan pada tangan dan kaki kita ni,
ujar Alyysa setelah mendapat semangatnya semula. Dengan terbongkok-bongkok dan terengsotengsot, kedua sahabat itu cuba mencari alatan seperti yang disebutkan oleh Alyssa, sebentar tadi. Sudahlah kaki dan tangan terikat, mulut dan kepala sahajalah yang berfungsi untuk menggapai apa yang diperlukan. Dalam mereka tercari-cari, tiba-tiba daun pintu diselak oleh seseorang. Tanpa sempat mereka bertindak dengan lebih jauh lagi, beberapa orang lelaki dan seorang wanita muncul di hadapan mereka.
Alyssa tidak dapat mengecam kesemua lelaki tersebut, tetapi perempuan yang kerempeng itu Perempuan itu amat dikenalinya kerana dia adalah mamanya sendiri, Mariana. Tapi, mengapa Mariana begitu berbeza fizikalnya Dan yang penting, apakah hubung kait Mariana dalam hal dia dan Elly diculik dan dikurung sebegitu rupa. Nampaknya, masalah mereka sekarang menjadi semakin rumit untuk Alyssa rungkaikan. Apa lagi Elly, yang masih termangu-mangu dengan kehadiran lelaki-lelaki tersebut bersama ibu Alyssa. Ketika itulah, seorang lelaki berjeket kulit, tinggi dan mempunyai susuk tubuh yang besar bersuara,
Cik Alyssa, tentu awak terkejutkan dan tertanya-tanya bagaimana awak boleh berada di sini. Kalau awak nak tahu, nama aku, Jeffrey Liew. Kebanyakan orang yang berurusan dengan aku, panggil aku Tauke Jepp. Aku tidak jahat, aku suka tolong orang. Tapi, aku orang berniaga. Kalau sudah berniaga mesti mahu untung, maaa....Aku ada bisnes di merata ceruk KL. Salah satu business aku ialah kasi orang pinjam wang dengan bunga yang berpatutan. Kalau sudah pinjam, mesti mahu bayar, kan
Hoi, apa kena-mengena aku dengan business engkau Aku tak pernah pinjam duit engkau dan aku tak pernah cari hal dengan engkau. Mengapa engkau kurung aku dengan kawan aku di sini
jerit Alyssa meminta kepastian. Kali pertama memandang Tauke Jepp saja, sudah timbul rasa benci yang meluap-luap di hatinya.
Ha ha ha, awak memang tak ada hal dengan aku dan tidak pernah pinjam duit aku. Tetapi, tentu awak kenal sama perempuan yang sudah macam mahu mampus itu, kan Kalau awak lupa, mari aku kasi ingatkan. Itu, awak punya mama, namanya Mariana. Itu Mariana, sudah tipu aku punya wang. Sudah angkat aku punya wang tetapi dia tidak ada wang mahu bayar aku balik. So, dia suruh minta sama awak,
terang lelaki Cina itu lagi.
Kalau dia yang berhutang, mengapa aku pula yang kena bayar Engkau mintalah sama dia. Untuk pengetahuan engkau, aku tak ada kena-mengena dengan dia lagi,
jawab Alyssa. Mariana hanya mampu memandang Alyysa dengan pandangan yang sayu. Dia tidak menyangka bahawa Alyssa sudah membuangnya.
Woi, perempuan. Mana awak letak awak punya otak Kalau awak sebagai anak tak boleh bayar, siapa lagi yang nak bayar Awak suka ke tengok awak punya mama ini mati kena bunuh
tanya Taukeh Jepp pula. Alyssa hanya merenung mamanya. Apakah yang telah dilakukannya sehingga lelaki Cina itu mendendaminya sebegitu sekali Tidak pasal-pasal, dia terlibat dalam isu ini. Namun, seperti kata lelaki itu, statusnya sebagai anak tetap kekal tidak kira bagaimana keadaan hubungan mereka berdua. Dia tetap sama-sama bertanggungjawab untuk diheret ke dalam permasalahan ini. Kalau diturutkan hati, dia tidak mahu membantu apa-apa pun. Tetapi apabila terpandangkan keadaan Elly yang didapati cedera di kepalanya, Alyssa terpaksa beralah. Kasihan dia melihat Elly yang tidak fasal-fasal turut menjadi mangsa keadaan itu.
Baiklah, aku akan cuba bayar, segala hutang Mariana pada engkau. Tetapi, engkau kena beri aku masa. Aku akan cuba jual rumah milih arwah papa aku, tapi aku perlu waktu yang lama. Engkau tentu tahu kan, proses penjualan rumah bukannya sekejap,
ujar Alyssa. Alyssa benar-benar berharap agar hasil jualan rumah peninggalan papanya itu, cukup untuk menampung hutang-hutang Mariana pada Taukeh Jepp. Dia berasa sayang sangat hendak menggadaikan rumah tersebut. Itulah satu-satunya, harta peninggalan papa untuk dirinya. Namun begitu, harta boleh dicari, tetapi jika sesuatu perkara buruk terjadi pada Mariana, dia tentu akan kesal untuk selama-lamanya. Belum sempat, Tauke Jepp meneruskan katakatannya, gudang itu tiba-tiba diserbu oleh sekumpulan lelaki lain. Kali ini, lelaki-lelaki tersebut seperti kelihatan cuba untuk menyelamatkan mereka. Tetapi yang peliknya mereka bukan polis atau mana-mana pihak berkuasa. Mereka hanyalah sekumpulan pengawal peribadi. Alyssa seperti mengenali sesetengah dari mereka, terutama sekali yang berdiri di depan sekali.
Tauke Jepp, kami datang sini bukan untuk cari gaduh sama awak. Kami datang untuk buat perhitungan dan menyelesaikan masalah mereka semua. So, kita tak perlu bergaduh atau berbunuhan di sini,
ujar Hazmat, ketua kumpulan itu dengan tegas sekali. Ketika itulah munculnya Tuan Fahreen, di tengah-tengah kekalutan itu. Terlopong mulut Alyssa dan Elly apabila terpandangkan majikan mereka itu. Di dalam hati, mereka tertanya-tanya apa pula perkaitan antara Tuan Fahreen dengan kumpulan Tauke Jepp Keadaan menjadi bertambah kusut sekarang. Tuan Fahreen segera mencampakkan sebuah beg pakaian selepas mengambilnya dari salah seorang pengawalnya seraya berkata,
Dalam beg itu ada sejumlah wang, sebagai cagaran untuk kami menebus kesemua yang telah awak culik. Selebihnya akan kami serahkan sebaik sahaja awak membebaskan kesemuanya. Jumlah penuh, seperti mana yang telah Puan Mariana berhutang pada awak dicampur dengan bunganya sekali. Dan mulai dari sekarang, saya tidak benarkan awak ganggu mereka lagi. Jika awak ingkar, saya akan gunakan kuasa yang ada pada saya untuk mengarahkan pihak berkuasa membongkar segala kegiatan haram awak selama ini. Selepas itu, awak boleh tinggal untuk seberapa lama di penjara. Kalau nasib awak tidak baik lagi, awak bakal mati di tali gantung atas kes-kes jenayah yang pernah awak lakukan.
Tuan Fahreen, saya tahu, awak orang berkuasa. Tapi, awak jangan masuk campur saya punya hal. Saya jaga, saya punya line, awak jaga awak punya businesslah,
ujar Tauke Jepp dengan keras.
Saya tidak pernah terfikir untuk masuk campur hal awak dan urusan perniagaan awak. Tetapi, bila awak sudah kacau orang yang ada kena-mengena dengan saya, saya tidak akan berdiam diri. Awak boleh cari pasal dengan orang lain, tapi bukan dengan mereka atau orang-orang saya. Awak ingat kata-kata saya ini baik-baik. Kalau awak tak mahu rugi dan ditahan pihak polis, awak ambil sahaja wang yang saya beri itu dan lepaskan mereka semua,
ugut Tuan Fahreen lagi. Terdetik rasa kagum Alyssa terhadap majikannya. Dia tidak menyangka, sehingga sebegitu sekali pengorbanan Tuan Fahreen terhadap anak-anak buahnya. Akhirnya, setelah berbincang bersama koncokonconya, Tauke Jepp bersetuju untuk membebaskan Alyssa, Elly dan Mariana. Mereka mengambil wang yang dibayar oleh Tuan Fahreen. Oleh kerana Tuan Fahreen merupakan orang yang berpegang pada janji, baki wang tersebut tetap diserahkan pada Tauke Jepp walaupun dia berjaya membebaskan ketiga-tiga mereka dengan lebih awal. Kalau dia mahu menganiayai Tauke Jepp, mudah sahaja. Dia hanya perlu melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, hanya dengan satu panggilan sahaja. Namun, dia tidak mahu wujud dendam di kemudian hari nanti. Lagi pun wang tersebut adalah milik Tauke Jepp, walaupun ianya tidak berpatutan, kerana dia telah mengenakan kadar bunga yang amat tinggi sekali. Setelah dibebaskan, Alyssa dan Elly saling berpelukan antara satu sama lain.
Ucapan terima kasih kepada Tuan Fahreen, tidak henti-henti meniti di bibir mereka. Di kawasan luar gudang lama itu juga, sudah tersedia menunggu adalah Roziana. Pada mulanya, Alyssa merasa pelik bagaimana Roziana boleh berada di situ. Terus sahaja wanita itu memeluk Alyssa dan Elly dan mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana mereka telah terselamat dari sebarang kejadian buruk. Mariana yang turut berada di situ, hanya memandang sayu, ke arah mereka. Selepas membebaskan Alyssa dan Elly, Tuan Fahreen tidak berbicara sepatah kata pun kepada mereka. Ucapan terima kasih yang diucapkan mereka, juga tidak disambut. Alyssa berasa cuak dengan sikap majikannya itu. Selalunya, dia tidak lokek untuk membalas satu dua kata untuk setiap pengucapan yang diterimanya. Namun, hari itu dia membisu seribu bahasa. Arahan hanya diberikan melalui orangorangnya terutama sekali Abang Mat Selesai memberikan arahan kepada Abang Mat, Tuan Fahreen pun melangkah masuk ke dalam keretanya lalu meluncur pergi. Abang Mat segera mendapatkan wanita-wanita yang ada di situ, untuk menyampaikan arahan Tuan Fahreen kepada mereka. Kesemua mereka berbicara antara satu sama lain setelah mendengar kata-kata Abang Mat, kecuali Mariana yang hanya berdiam diri sejak sedari tadi. Dia seolah-olah sudah tahu apa yang bakal berlaku selepas itu.
Abang Mat, sebenarnya kita nak ke mana selepas ini Mengapa Tuan Fahreen tak tunggu kita semua
tanya Elly.
Tuan Fahreen tunggu kita di suatu tempat. Abang Mat tidak dibenarkan bercerita tentang apa-apa lagi, buat masa ini. Kita semua kena bertolak sekarang juga. Silakan semua dan Cik Roziana, boleh serahkan kunci kereta kepada salah seorang orang kami. Dia akan pandu kereta Cik Roziana dan hantar ke rumah .Cik boleh naik kereta bersama kami,
arah Abang Mat dengan suara yang teratur.
Kalau dah awak ambil kereta saya, macam mana kami nak balik nanti
tanya Roziana dengan ragu-ragu.
Jangan bimbang, Cik Roziana. Kami akan hantar semua pulang ke rumah, nanti,
jawab Abang Mat, lagi Mereka semua segera memenuhi kereta MPV Toyota Vellfire, bersama-sama dengan Abang Mat. Ke mana destinasi yang mereka hendak dibawa, masih kekal tanda tanya. Sepanjang perjalanan, Mariana hanya tunduk mendiamkan diri. Sepatah perkataan pun, tidak terpacul keluar dari mulutnya. Air mukanya, jelas terpancar rasa bersalah dan sesal yang tidak terhingga. Dia malu hendak berhadapan dengan mereka, terutama sekali, Alyssa anaknya sendiri. Roziana bersimpati dengan Mariana ketika itu. Dia teringin untuk menyelami hati wanita sugul itu. Dia tahu bahawa Mariana sedang dirundung derita, memandangkan fizikal Mariana yang tampak kritikal sekali. Kebetulan pula, mereka duduk bersebelahan di dalam MPV tersebut. Alyssa dan Elly hanya melayan fikiran mereka sendiri, di ruangan belakang kereta.
Kak Mariana apa khabar Sudah agak lama kita tak bertemu. Rozi tengok akak dah lain macam sangat, sekarang ni. Akak sakit ke
Roziana memulakan bicara.
Akak okey, Rozi. Cuma, akak tak berapa sihat,
jawab Mariana, ringkas. Dia kelihatan seperti enggan diajak berbual. Roziana tahu, Mariana menyimpan terlalu banyak kisah duka. Mungkin juga sekarang, dia sedang sengsara dalam hidupnya. Walaupun kesal dengan apa yang telah dilakukan oleh Mariana terhadap Arwah Sulaiman dan anaknya, Alyssa, namun sebagai wanita, dia berasa kasihan dengan nasib Mariana. Suasana sepi kekal sehingga mereka tiba di destinasi. Rupa-rupanya, mereka di bawa ke banglo mewah Tuan Fahreen. Pada mulanya, Alyssa tidak tahu bahawa mahligai indah itu milik majikannya, sehinggalah dimaklumkan oleh Abang Mat. Setelah mereka semua dipersilakan masuk dan dijemput duduk, Tuan Fahreen yang sedari tadi menunggu mereka di ruang tamu, membuka satu fail. Dia masih kekal diam tanpa memandang mereka semua yang baru tiba.
Mengapa dia ni Dia masih marahkan aku atas insiden tadi ke Tapi, bukan salah aku pun. Aku tak pernah minta, diculik. Semua ini adalah berpunca dari mama. Aku yang tak tahu apa-apa ini pun, terlibat sama,
getus Alyssa di dalam hati.
Baiklah, tujuan saya membawa kamu semua ke sini, adalah untuk membuat perhitungan terhadap perkara yang terjadi, tadi,
ucap Tuan Fahreen, memulakan bicara. Kali itulah, baru dia mengangkat mukanya dan memandang semua orang yang berada di hadapannya.
Puan Mariana, telah menandatangani satu perjanjian dengan saya, sebelum ini. Dan sekarang, masanya untuk dia kotakan segala apa yang dijanjikannya, sebagai balasan atas apa yang saya lakukan untuk tolong menyelamatkan keadaannya,
ujar Tuan Fahreen dengan lebih tegas lagi. Alyssa jadi bertambah cuak mendengar kata-kata Tuan Fahreen itu. Dia hairan, bagaimana mamanya boleh mengenali Tuan Fahreen, sehingga melakukan satu perjanjian dengannya. Mungkinkah, mamanya pernah berhubungan dengan Tuan Fahreen Ataupun, mungkin mereka berkenalan ketika Tuan Fahreen mengunjungi kelab dangdut, tempat mamanya bekerja. Maknanya, Tuan Fahreen pernah menjadi pelanggan mamanya. Tetapi, apa yang dia tahu, Tuan Fahreen ini, bukannya jenis orang yang gila berhibur. Namun, dia sendiri tidak yakin kerana dia tidak begitu mengenali Tuan Fahreen, selain dari sebagai majikannya.
Maksud tuan tu apa Apa yang mama dah janji pada tuan And then, apa pula hubungan tuan dengan mama. How do you know each other
soal Alyssa, tidak sabar untuk mendapatkan jawapan, tanpa perlu mendengar penjelasan dengan lebih lanjut lagi.
Alyssa, maafkan mama. Mama tahu, mama bersalah. Mama dah lakukan banyak dosa terhadap Lyssa dan arwah papa. Tapi, mama terpaksa,
kata Mariana dalam mengandungi tangisan.
No, itu bukan jawapan yang Lyssa mahukan. Please, somebody please explain to me, what is it all about. Apa perjanjian sebenar yang tuan dah buat dengan mama saya ini Dan, apa kaitannya dengan insiden yang terjadi kepada kami dengan perjanjian you all
desak Alyssa lagi.
Cik Nurul Alyssa, minta bersabar dahulu, boleh tak Biar tuan habiskan, apa-apa yang dia hendak jelaskan,
sampuk Abang Mat, meredakan keadaan Alyssa yang sekali lagi kelihatan panik. Roziana dan Elly hanya berpandangan antara satu sama lain. Mereka turut keliru dengan apa yang berlaku. Apa kaitannya pula dengan mereka, sehingga mereka turut diheret ke situ. Apa pun, mereka hanya menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut Tuan Fahreen. Roziana mengusap-ngusap belakang Alyssa, sebagai tanda menyuruhnya bersabar.
Alyssa, Tauke Jepp yang menculik kamu dan Elly tadi, merupakan ketua kumpulan sindiket samseng dan lintah darat yang paling digeruni di KL ni. Mama kamu, Puan Mariana, telah terlalu banyak berhutang dengannya. Kerana itu, dia telah diancam oleh kumpulan tersebut dengan pelbagai ugutan,
kata Tuan Fahreen, memulakan cerita.
Jadi, saya telah menawarkan bantuan kepada Puan Mariana untuk melangsaikan segala hutang-hutangnya itu. Wang-wang tersebut, telah kami berikan kepada Tauke Jepp, di hadapan kamu semua tadi.
Kali ini, Alyssa benar-benar merenung mamanya, Mariana, dengan pandangan yang marah dan mata yang bulat. Perbuatan Mariana telah membuatkannya berasa bertambah kesal dan benci kepada wanita itu.
Mama, mama tahu tak apa yang telah mama lakukan ini Perbuatan mama telah menyebabkan Lyssa dan Elly hampir terbunuh, tahu tak Lyssa sendiri tak faham, bagaimana mama boleh berhutang begitu banyak kepada sindiket haram itu, sedangkan mama punya pendapatan sebagai penyanyi kelab dangdut. Mamapun bukannya ada tanggungan lagi. Lyssa dan arwah papa, tak pernah sedikit pun minta wang dari mama. Jangan-jangan mama ni, berjudi tak Tak pun mama hisap dadah
leter Alyssa bertalu-talu. Tiada jawapan dari mulut Mariana. Segala tuduhan Alyssa itu, benar belaka. Bagaimana dia boleh menafikan semua itu. Kusut jiwanya dan longlai perasaannya, apabila segala perbuatan jahatnya terbongkar dihadapan anaknya itu. Bagaimana untuk dia menagih kasih Alyssa lagi kalau segala perbuatannya selama ini hanya mengguris perasaan gadis itu.
Dan sekarang, mama berani minta tolong dari bos Lyssa pula. Dari mana mama tahu bahawa Tuan Fahreen ini adalah majikan Lyssa Mama sengaja gunakan kesempatan ini, untuk menjatuhkan air muka Lyssa. Sekarang mama tolong beritahu pada Lyssa, bagaimana Lyssa hendak berhadapan dengan bos Lyssa sendiri, nanti
semakin bertalu soalan deras dari Alyssa. Mariana, sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi. Semburan api kemarahan Alyssa telah cukup membuatkan dia berasa amat menyesal dengan apa yang berlalu.
Lyssa, jangan cakap macam itu. Tak baik marahkan mama Lyssa sendiri. Kita tak tahu apa masalah dia. Kita juga tidak tahu apa yang telah terjadi pada dia dan apa yang dia deritai. Jangan bersikap sebegini, dik, takut nanti, jadi anak derhaka pula!
pujuk Roziana menenangkan keadaan.
Kak Rozi, masalah mama adalah diri dia sendiri. Bagaimana Lyssa boleh jadi anak derhaka kepadanya, sedangkan dia tidak pernah terima Lyssa ini sebagai anak kandungnya
sambung Alyssa, masih tidak berpuas hati.
Selama ini, Lyssa tidak pernah susahkan dia, dalam apa perkara sekali pun. Semuanya, Lyssa yang buat sendiri. Arwah papa pun, tidak pernah kacau hidup dia. Tetapi, apa yang dia telah lakukan kepada kami Kalau dahulu, dia telah menyebabkan papa menjadi manusia dayus, sekarang dia telah menyebabkan Lyssa, hampir kehilangan nyawa, tahu tak
Kali ini, Roziana juga telah terkunci mulutnya. Dia dan Ellylah yang menjadi saksi kepada kesengsaraan dan kesedihan yang dilalui oleh Alyssa, selama ini. Dia tahu, kali ini telah bertambah satu lagi kedukaan di hati Alyssa, apabila namanya bakal dijaja di tempat dia mencari rezeki. terlukis. indd 216 11/2/2012 8:57:58 AM 217
Alyssa, saya berjanji bahawa, perkara ini tidak akan diketahui oleh rakan-rakan kamu di pejabat. Saya akan pastikan, apa yang terjadi hari ini tidak akan sampai ke pengetahuan mereka. Andai kata, salah seorang dari pekerja saya, cuba menyebarkan perkara ini, saya akan jadi orang pertama mengenakan tindakan kepada mereka,
janji Tuan Fahreen pula. Ada sedikit kelegaan di wajah Alyssa, ketika itu. Namun, ia masih belum dapat meredakan perasaan malunya terhadap Tuan Fahreen. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan Tuan Fahreen selepas ini.
Alyssa,
tiba-tiba terdengar Mariana mula bersuara. Suaranya perlahan dan menggeletar.
Mama minta maaf kerana selama ini mama telah gagal menjadi mama seperti yang Lyssa mahukan. Mama sudah berlaku kejam pada anak mama sendiri. Ada perkara yang mama harus katakan juga pada Lyssa dan mama berharap Lyssa dapat menerimanya dengan tenang.
Apa lagi, mama Mama nak beritahu yang mama dah jual Lyssa untuk tampung segala hutang mama tu
terpacul soalan panas dari mulut Alyssa. Mariana dan Tuan Fahreen kelihatan agak terkejut dan berpandangan antara satu sama lain. Bagaimana Lyssa boleh mengagak sesuatu perkara yang belum lagi diperkatakan kepadanya. Namun, Alyssa hanya tunduk. Kali ini, mungkin dia akan pasrah sahaja dengan apa sahaja yang akan dikatakan oleh mamanya.
Lyssa, hutang mama pada samseng-samseng tu, bukannya seratus dua, mahupun seribu dua. Hutang mama pada mereka telah mencecah hampir dua juta ringgit, termasuk bunganya sekali,
Mariana hampir menangis. Tiada tanda-tanda terkejut di muka Alyssa, malah dia kelihatan bosan dengan apa yang berlaku.
Masa mama minta Tuan Fahreen tolong selesaikan dahulu hutang-hutang itu, kami telah memasuki satu persetujuan dan diikuti dengan perjanjian. Perjanjian itu telah memaktubkan bahawa, Tuan Fahreen akan membantu mama menjelaskan hutang-hutang itu dahulu dan mama tidak perlu membayar kepadanya semula dengan syarat.....dengan syarat...mmmmm...dengan syarat...
suara Mariana tergagap-gagap dan semakin menggeletar.
Syarat apa mama Boleh tak, tolong beritahu dengan sejelas-jelasnya Lyssa dah naik fed-uplah dengan perangai mama ni,
bentak Lyssa.
Syaratnya, Alyssa mesti menikahi Tuan Fahreen dengan segera, sebaik sahaja, Tuan Fahreen mengeluarkan wangnya untuk membayar segala hutang-hutang mama itu. Pernikahan perlu dijalankan dalam masa tidak sampai dua puluh empat jam, bagi mengelakkan Alyssa lari meninggalkan kami dan perjanjian kami,
sambung Mariana seperti telah hampir putus nafasnya. Kali ini, barulah semuanya benar-benar terperanjat. Alyssa, mahupun Roziana dan Elly tidak percaya bahawa wujudnya perjanjian seperti itu. Dan kali ini, giliran Tuan Fahreen pula direnung oleh Alyssa, menagih penjelasan selanjutnya.
Alyssa, saya sudah arahkan orang-orang saya untuk mempersiapkan segala kelengkapan pernikahan kita. Pernikahan akan dijalankan pada petang ini, selepas asar. Jika Alyssa tidak mahu mengikut arahan untuk bernikah dengan saya, Puan Mariana akan dianggap sebagai ingkar perjanjian dan saya boleh mendakwanya di mahkamah. Sekarang, keputusan di tangan Alyssa sendiri,
jelas Tuan Fahreen dengan suara yang jelas dan tenang.
Mama, perjanjian apakah ini Mama dah gila ke Sanggup mencagarkan anak sendiri demi kepentingan mama. Maknanya, sekarang ini, Lyssa ini, sebagai penebus hutang mamalah, ya
bentak Alyssa lagi.
Dan, Tuan Fahreen. Saya tidak sangka, bos yang selalu saya hormati dan saya sanjung selama ini, sanggup menggunakan kesempatan terhadap kami. Saya tahu, tuan berharta dan punya banyak wang, tetapi tidak bermakna yang tuan boleh membeli maruah kami seperti sampah. Tuan tak ubah seperti serigala yang memakan daging mangsa yang lemah,
marah Alyssa melepaskan kekecewaan kepada Tuan Fahreen pula. Abang Mat yang tidak bersetuju dengan segala tuduhan Alyssa itu, mula mencelah,
Nurul Alyssa, tolong jaga sikit perkataan awak itu. Awak sedar tak, awak sedang berhadapan dengan siapa sekarang Jangan sesuka hati menghina Tuan Fahreen. Dia bukan seperti yang awak sangka.
Cukup tu Abang Mat. Tak perlu kita nak bertelagah lagi di sini. Yang penting sekarang, adalah jawapan dari Alyssa. Saya nak dengar sendiri dari mulut Alyssa, sama ada dia setuju atau tidak untuk meneruskan pernikahan dengan saya,
sampuk Tuan Fahreen pula. Dia tidak mahu perbincangan itu menjadi hangat dan seterusnya membuntukan jalan penyelesaiannya. Roziana hanya mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menolong Alyssa, mahupun Mariana. Segalanya telah jelas tertulis dalam dokumen perjanjian dan telah ditandatangani oleh Mariana di hadapan peguam Tuan Fahreen sendiri. Jika dia menyuruh Alyssa mengabaikan sahaja perjanjian itu, pastinya Mariana akan didakwa. Silap-silap dia bakal merengkuk dalam penjara. Orang berpengaruh seperti Tuan Fahreen, boleh melakukan apa sahaja yang dia mahukan. Namun, jika dipaksa juga Alyssa untuk mematuhi arahan perjanjian itu, pasti dia akan sengsara kerana terpaksa menikahi seseorang yang tidak dicintainya. Alyssa pasti kecewa kerana menjadi barang dalam perjanjian itu. Mariana akhirnya bangun dari kerusi yang didudukinya dan terus melutut di hadapan Alyssa,
Alyssa sayang, mama tahu, mama adalah manusia yang paling tidak berguna di muka bumi ini. Mama telah berlaku kejam terhadap anak mama sendiri. Kerana itulah, Allah telah menurunkan bala kepada mama, sehingga mama jadi seperti ini. Mama mohon, andai ada rasa kasih dan simpati dalam diri Alyssa, kasihanilah mama. Tolonglah patuhi perjanjian yang telah dimeterai dengan Tuan Fahreen. Mama sudah tua, sakit dan tidak berdaya. Berikanlah peluang kepada mama untuk menghadapi sisa-sisa hidup mama dengan kembali ke jalan yang benar. Sekurang-kurangnya, tidak di penjara. Tolonglah, mama merayu pada Alyssa. Tolonglah mama, sayang,
tangis Mariana. Kemarahan Alyysa sudah sampai ketahap maksima. Dia melihat orang-orang sekelilingnya kecil dan kerdil sahaja. Kalau boleh dia ingin menghilangkan diri serta-merta dari tempat itu. Rayuan Mariana membuatkan Alyssa berbelah bahagi. Jika diturutkan hati, mahu sahaja dia melangkah keluar dari rumah besar itu dan membiarkan sahaja mamanya bergelumang dengan kesalahan, kerana perjanjian bodoh yang dibuatnya itu. Namun, sebagai anak, dia sedar yang dia masih punya tanggungjawab dan tidak akan selesai selagi mamanya masih ditimpa masalah. Air mata yang tadi sudah berhenti mengalir kembali dengan deras. Setelah puas berfikir, akhirnya dengan perasaan yang berat, Alyssa membuat keputusan,
Baiklah, kalau dah itu kehendak mama, Lyssa akan laksanakan. Tetapi, bukan kerana kasih pada mama, tetapi kerana simpati pada mama yang nampak macam merana ini. Tuan Fahreen, saya setuju untuk bernikah dengan tuan, tapi seperti mana tuan mengenakan syarat kepada mama, saya juga bakal mengenakan syarat kepada tuan dan harap tuan akan mematuhinya, seperti saya. Lagi satu, saya mahu supaya pernikahan ini dijalankan secara rahsia dan tidak ada sesiapa yang boleh mengetahuinya kecuali kita-kita yang berada di sini. Syarat saya yang lain-lain itu akan saya beritahu selepas upacara pernikahan kita selesai.
Semua yang berada di situ, nampaknya bersetuju dengan keputusan Alyssa. Roziana dan Elly pula berharap agar Alyssa tahu apa yang sedang dilakukannya. Sedikit masa lagi, Alyssa bakal bergelar isteri kepada jutawan muda itu. Dan tentu sekali, mereka berharap agar Alyssa dapat menerima keadaan itu dengan jiwa yang terbuka. Seperti yang direncanakan, pernikahan kedua mempelai, Tuan Fahreen dan Alyssa berlangsung tepat selepas asar, di Masjid Wilayah Persekutuan, sebuah masjid yang tersergam indah di tengah Bandar raya. Alyssa kelihatan manis, berbaju kebaya lama milik arwah ibu Tuan Fahreen. Kebaya bersulam songket berwarna putih keemasan itu, dipakai ketika majlis pernikahan kedua ibu bapa Tuan Fahreen, lebih tiga puluh tahun yang lalu. Manakala Tuan Fahreen juga kelihatan segak berbaju melayu dengan warna yang sedondon dengan Alyssa.
Dengan sekali lafaz, Tuan Fahreen akhirnya sah bergelar suami kepada Nurul Alyssa. Pernikahan yang hanya disaksikan oleh Puan Mariana, Mak Chom, Roziana, Elly, sahabat baik Tuan Fahreen iaitu Kamal serta beberapa orang pengawal Tuan Fahreen itu, berlangsung dalam suasana yang tenang dan damai. Hujan renyai-renyai turun membasahi halaman masjid menaikkan rasa dingin di kalangan hadirin di situ. Alam juga, seolah-olah turut merestui pernikahan itu. Tuan Fahreen menghadiahkan sebentuk cincin emas putih bertatah berlian indah, berharga puluhan ribu ringgit, kepada Alyssa ketika upacara membatalkan air sembahyang. Selepas menyarungkan cincin tersebut ke jari manis Alyssa, Tuan Fahreen mengambil kesempatan mengucup dahi wanita yang sudah sah bergelar isterinya itu.
Mahu atau tidak dengan rasa terpaksa, Alyssa menyambutnya dengan mencium tangan suaminya itu, mengikut adat dan tata tertib pernikahan dalam Islam. Tuan Fahreen turut mencium tangan Mariana yang kini bergelar ibu mertuanya, sebagai tanda memohon restu namun perkara yang sama tidak dilakukan oleh Alyssa. Dia berasa jijik dan meluat melihat muka Mariana, apatah lagi membenarkan wanita itu mencium dan memeluk dirinya. Mariana hanya mampu mengalirkan air mata dengan kelakuan Alyssa itu. Ketika di perkarangan masjid, Marianalah orang yang pertama, meminta izin untuk pulang. Dia tidak sanggup untuk terus berhadapan dengan pandangan sinis Alyssa. Baginya, setiap pandangan Alyssa itu mencerminkan kemarahan yang begitu meluap-luap atas segala yang berlaku.
Tuan, saya minta diri dulu, ya. Saya nak balik sekarang,
ucap Mariana dengan suara perlahan.
Tapi, mama hendak ke mana Jemputlah ke rumah saya dahulu, tinggal di sana untuk beberapa malam,
pelawa Tuan Fahreen pula. Mariana berasa terharu apabila menantu barunya itu, menitipkan panggilan mama untuknya. Dia tidak menyangka, orang yang baru dikenalinya itu sudah menjadi sebahagian dari keluarganya. Walaupun berasa bersalah kerana terpaksa menyerahkan anaknya kepada Tuan Fahreen, namun Mariana reda dengan jodoh dan ketentuan itu dan berharap Tuan Fahreen akan sentiasa melindungi Alyssa.
Tak boleh tuan, saya tidak layak untuk berada di sana. Tentu Alyssa tidak suka. Tuan sendiri tahu kan, bagaimana hubungan saya dengan dia sebelum ini. Malahan, dengan apa yang telah terjadi hari ini, saya tak rasa yang dia akan maafkan saya dengan sebegitu mudah. Jadi, saya rasa, lebih baik jika saya pergi sahaja dari sini. Saya tak akan ganggu kehidupan Alyssa lagi,
ucap Mariana dengan suara bergetar.
Jangan cakap begitu, mama. Walau apa pun yang terjadi, air dicincang takkan putus. Hubungan anak dan ibu pun ada pasang surutnya, mama. Saya percaya, suatu hari nanti, Alyssa pasti akan memaafkan mama,
pujuk Tuan Fahreen.
Tidak tuan. Tuan tidak tahu, bagaimana sebenarnya hubungan saya dengan anak saya itu. Alyssa tak akan maafkan saya, sampai bila-bila. Saya pun tidak begitu berharap yang dia akan terima saya semula dalam hidupnya. Apa yang penting, sekarang ini saya berasa sungguh senang hati sebab dia telah menjadi isteri Tuan. Saya berdoa semoga tuan berdua hidap bahagia. Saya mohon, tuan jagalah Alyssa baik-baik. Janganlah tuan cari saya lagi selepas ini. Sampaikan salam saya buat Alyssa,
ujar Mariana lagi dengan rasa sebak yang membuak-buak. Jelas sekali, Mariana tidak mahu berada di situ walau seminit lagi. Dia tidak mampu untuk terus berhadapan dengan Alyssa. Kegelisahan Mariana itu, dapat dibaca oleh Tuan Fahreen dan dia dapat mengagak bahawa ada masalah yang telah lama bersarang di dalam hubungan kedua beranak itu. Tuan Fahreen akhirnya mengarahkan salah seorang pengawalnya untuk menghantar Mariana pulang, namun dia sempat berpesan kepada Mariana,
Jika mama punya apa-apa masalah, jangan segansegan untuk berhubung dengan saya. Saya janji, saya tidak akan kenakan syarat lagi seperti sebelum ini. Lagi pun mama pun dah jadi ibu mertua saya. Saya minta maaf, jika perbuatan saya agak keterlaluan terhadap mama dan Alyssa.
Tuan Fahreen sempat mencium tangan ibu mertuanya, sebelum Mariana berlalu pergi. Dari kejauhan, Tuan Fahreen memandang dengan penuh simpati, akan keadaan ibu mertuanya itu. Hayunan langkahnya yang longlai dan tubuhnya yang terlalu kurus itu, cukup untuk menceritakan penderitaan yang sedang ditanggungnya. Tuan Fahreen yakin, suatu hari nanti dia pasti akan mengetahui apakah sebenarnya yang telah terjadi pada Mariana dan Alyssa. Kini, segala-galanya telah selesai dan jika mengikut kebiasaannya, pastinya pengantin lelaki akan membawa pulang pengantin perempuan ke rumahnya. Tuan Fahreen telah meminta supaya Mak Chom dihantar pulang terlebih dahulu kerana majlis makan malam perlu diuruskan oleh Mak Chom bagi meraikan pernikahannya. Walaupun, jemputannya terhad namun makan malam itu cukup bererti bagi Tuan Fahreen.
Kak Rozi dan Elly, jemputlah ke rumah saya malam ini. Ada jamuan kecil-kecilan di sana. Harap, sudi-sudikanlah, ya
pelawa Tuan Fahreen sopan. Roziana dan Elly saling berpandangan. Kemudiannya, mereka merenung pula ke wajah Alyssa. Air muka Alyssa langsung tidak kelihatan ceria dari mula majlis tadi, sehinggalah sekarang. Namun, apabila mengenangkan jemputan ikhlas dari Tuan Fahreen itu, mereka akhirnya menganggukkan kepala tanda setuju. Mungkin ada perkara yang boleh mereka rungkaikan di rumah Tuan Fahreen nanti. Walau bagaimanapun, Alyssa segera menyapa mereka dan memandang ke muka Tuan Fahreen lalu berkata,
Tuan, saya ada perkara yang hendak dibicarakan dengan tuan. Tapi, saya minta agar kita bercakap berdua sahaja.
Roziana dan Elly yang mendengar kata-kata Alyssa itu, seperti telah ditunjukkan arahan untuk beredar dari situ. Lalu, langkah mereka diaturkan sebagai mematuhi kehendak Alyssa itu.
Ada perkara apa yang Alyssa nak bicarakan Apa kata kalau kita bicarakan di rumah saja nanti,
jawab Tuan Fahreen.
Saya tak boleh tunggu sampai ke rumah, tuan. Perkara ini harus dibincangkan sekarang juga di sini. Tetapi saya minta cuma kita berdua sahaja. Takkanlah dengan saya pun tuan nak takut sampai terpaksa panggil pengawal peribadi sekali. Jangan bimbang, saya tak akan aniaya tuan ataupun bunuh tuan,
sindir Alyssa lagi sambil matanya mengerling ke arah Abang Mat, yang masih setia menunggu majikannya. Tuan Fahreen faham akan maksud Alyssa yang mahukan agar perbincangan itu hanya bertentang empat mata sahaja. Lantas dia mengarahkan Abang Mat agar beredar dari tempat itu untuk sementara waktu. Abang Mat akur akan perintah majikannya itu, walaupun agak curiga dengan kehendak Alyssa itu. Namun dia percaya bahawa Alyssa tidak mungkin melakukan perkara yang tidak elok kepada suaminya itu.
Ada apa Alyssa Oh ya, sebelum itu, saya, mmmm....abang. Alyssa boleh panggil saya, abang, sebab kita dah sah sebagai suami isteri. Abang nak minta maaf kerana perbuatan abang memaksa Alyssa menikah dengan abang, agak keterlaluan. Abang harap kita lupakan pasal kejadian hari ini dan mulakan hidup baru selepas ini. Abang harap...
kata-kata Tuan Fahreen terhenti di situ apabila terus disampuk oleh Alyssa.
Tuan Fahreen, tidak akan ada harapan untuk kita. Saya tidak pernah bersetuju mahupun rela dengan pernikahan ini, sebab saya tidak pernah cintakan tuan. Tuan jangan lupa bahawa saya hanyalah bahan dagangan yang menjadi mangsa pada kerakusan orang seperti tuan dan mama saya sendiri. Kalau saya tidak reda dengan pernikahan ini, maka saya tidak akan paksa diri saya untuk terima segala-galanya,
ujar Alyssa dengan suara tegas. Tuan Fahreen kelihatan sedikit kaget mendengar kata-kata Alyssa itu. Mungkin dia tidak menduga katakata seperti itu akan keluar dari mulut wanita yang baru dinikahinya.
Tuan telah menikahi saya mengikut syarat yang tuan kenakan dalam perjanjian dengan mama. Tuan jangan lupa, sebelum kita bernikah tadi saya sudah sebutkan bahawa saya juga punya syarat-syarat sendiri. Saya sudah memenuhi syarat tuan dan saya harap tuan juga akan turuti syarat saya.
Tuan Fahreen sudah dapat merasakan sesuatu perasaan yang tidak enak. Dia jadi hampir terlupa dengan permintaan Alyssa sebelum itu kerana perasaan terujanya untuk bernikah dengan Alyssa. Kali ini, Tuan Fahreen sedar, bahawa dia harus mengotakan janjinya terhadap segala syarat Alyssa nanti.
Apa syaratnya Cakap sahaja, Alyssa. Abang akan tunaikan,
ujar Tuan Fahreen, ringkas dan tenang.
Syarat pertama, saya mahu tuan rahsiakan pernikahan kita ini, sampai bila-bila. Saya akan terus bekerja di pejabat tuan dan hubungan kita, kekal sebagai pekerja dan ketuanya. Saya tidak mahu sebarang hak keistimewaan diberikan kepada saya yang boleh mendatangkan syak wasangka dalam kalangan rakan-rakan saya. Syarat kedua, saya tidak akan tinggal serumah dengan tuan. Ketiga, saya berhak melakukan apa sahaja dan tuan tidak boleh menyekat kebebasan saya sebagai seorang individu. Dan syarat yang terakhir, kita menikah sebagai suami isteri hanya di atas kertas, seperti mana termeterinya perjanjian antara tuan dan mama saya, juga di atas kertas. Saya tidak akan menjadi isteri tuan, atau dalam erti kata lain, saya tidak akan melayan kehendak nafsu tuan. Saya harap, tuan dapat menunaikan syarat-syarat saya ini dan kita akan bawa haluan masing-masing selepas ini. Saya tidak akan pergi ke rumah tuan dan saya rasa tak perlulah segala jamuan yang tuan telah rancangkan, sempena pernikahan ini. Semua itu, tidak memberi sebarang makna kepada saya,
jelas Alyssa dengan suara yang tenang dan lancar. Agak berat juga untuk Tuan Fahreen menerima syarat-syarat Alyssa itu. Dia tidak menyangka sama sekali, Alyssa begitu berani mengemukakan syaratsyarat yang sedemikian kepadanya. Namun, dia tidak mampu menolaknya.
Baiklah, kalau dah begitu yang Alyssa mahukan, abang akan ikut. Alyssa tentu tahu yang abang ini jenis orang yang berpegang teguh pada janji. Abang akan tunaikan segala janji-janji abang, seperti mana abang mahu orang lain menunaikan segala janji mereka pada abang. So, things become fair and square now, right
ujar Tuan Fahreen, masih lagi tenang dalam berhadapan syarat-syarat Alyssa itu. Alyssa hanya memandang sinis akan kesudian Tuan Fahreen mengabulkan segala permintaannya itu. Jauh di sudut hatinya, dia berasa puas kerana dapat mengenakan Tuan Fahreen sebagai membalas dendam terhadap segala perbuatan Tuan Fahreen terhadapnya.
Padan muka engkau! Engkau hanya boleh memiliki aku atas kertas sahaja. Jangan harap engkau dapat sentuh tubuh badanku ini,
ejeknya di dalam hati. Di rumah Tuan Fahreen pula, segala hidangan telah disediakan oleh Mak Chom dan pembantupembantunya sebagai meraikan Tuan Fahreen dan Alyssa. Pelbagai juadah telah tersedia termasuk juga makanan kegemaran Tuan Fahreen iaitu rendang ayam kampung, hidangan yang menjadi pilihan Tuan Fahreen sejak kecil lagi. Walau bagaimanapun, hidangan itu tinggal sepi apabila Tuan Fahreen mengarahkan jamuan itu dibatalkan serta-merta. Tiada sambutan dan tiada lagi keraian yang bakal berlangsung di rumah besar tersebut. Roziana dan Elly juga telah diarahkan untuk terus dihantar balik ke rumah mereka bersama Alyssa. Apa yang sebenarnya telah berlaku hanya Alyssa dan Tuan Fahreen sahaja yang tahu, ketika itu. Mak Chom sempat menunggu kepulangan Tuan Fahreen malam itu. Dia pulang agak lewat. Apa yang meresahkan Mak Chom, apabila kepulangan Tuan Fahreen masih lagi sendirian seperti hari-hari sebelumnya.
Tuan, apa dah jadi ni Mana pengantin perempuannya Bukankah sepatutnya dia dibawa pulang malam ni
tanya Mak Chom dengan penuh hati-hati. Dia bimbang akan mengguriskan perasaan majikannya.
Dia tak akan tinggal di sini, Mak Chom. Dia punya kehidupannya sendiri, dan tidak akan ada apaapa hubungan dengan saya,
jawab Tuan Fahreen, tenang.
Masya-Allah, bukankan tuan dan puan sudah sah bernikah dan tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Mana boleh kata, ada kehidupan yang sendiri kerana tujuan perkahwinan itu adalah menyatukan lelaki dan perempuan di dalam satu kehidupan sebumbung. Bukannya hidup berasingan, macam ni,
bebel Mak Chom. Mak Chom bimbang, mahligai indah itu bakal menyembah bumi kerana asasnya yang tidak berapa kukuh. Asasnya adalah cinta dan jika cinta itu gagal hadir dalam alam suami isteri, maka mutiara yang seharusnya bertunas, menjadi hempedu. Mak Chom juga merasakan bahawa rumahtangga Tuan Fahreen dan Alyssa bakal menempa suatu gerbang yang pelik, yang jarang terjadi di muka bumi yang fana ini. Bagi Tuan Fahreen, membuat syarat tidak sepayah menerimanya. Namun, segalanya dianggap sebagai cabaran dalam tekadnya menyunting bunga berduri yang sebenarnya telah lama menikam kalbunya. Tuan Fahreen sedar, ada keistimewaan yang tersirat di sebalik keharuman dan keindahan mawar berduri itu yang tidak ada pada bunga-bunga lain. Keistimewaan mawar itu kerana kembangnya bakal bertahan lebih lama berbanding mawar yang dipagari.
Bahang kepanasan masih berterusan di rumah rumah teres milik Roziana. Semenjak pulang masing-masing hanya mampu duduk berasingan dengan memikirkan hari yang telah mereka lalui dengan pelbagai kejadian, cubaan dan cabaran. Mereka masih belum dapat merungkai akan hal yang berlaku sama ada ianya mimpi, direncanakan, takdir atau sesuatu peristiwa yang bakal ada sekuelnya. Alyssa masih berasa marah, sedih dan kecewa kerana dirinya telah diperdagangkan tanpa relanya. Jika dahulu, mamanya telah mengisi kamus kebenciannya, kini ianya telah ditambah oleh seorang lagi penghuninya iaitu Tuan Fahreen. Rasa hormat dan kagumnya terhadap lelaki yang sudah mengikat tali sebagai suaminya itu, jadi hancur bagai debu. Dia tidak sangka, bahawa sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Tuan Fahreen sebelum ini, mempunyai visinya yang tersendiri. Puas Alyssa mencari-cari sebabnya, mengapa dia yang jadi pilihan Tuan Fahreen untuk dijerat di dalam sangkar emasnya. Mengapa tidak perempuan lain yang jauh lebih suka dan gilakan Tuan Fahreen. Namun, hanya Tuan Fahreen seorang sahaja yang punya jawapannya.
Eh beb, perjanjian dan syarat apa yang telah engkau buat dengan Tuan Fahreen ni, ha Sudahlah bernikah pun berdasarkan perjanjian. Selepas bernikah, kamu berdua memasuki beberapa fasa syarat pula. Cuba engkau fahamkan aku sikit, macam mana engkau boleh terlepas kandang, pada malam pertama engkau ini Tuan Fahreen boleh biarkan engkau pergi, macam tu saja
tanya Elly, setelah agak lama mereka semua membisu melayan perasaan masing-masing. Roziana yang baharu sahaja keluar dari dapur sambil mengangkat tiga cawan kopi panas untuk mereka juga sependapat dengan Elly.
Betul tu Lyssa, akak sendiri tak faham, apa yang sebenarnya telah terjadi Tentang hal yang Lyssa terpaksa bernikah dengan Tuan Fahreen tu, akak fahamlah. Tetapi, bab yang Lyssa kenakan syarat pada Tuan Fahreen itulah, yang buatkan akak confuse. Apa sebenarnya yang terjadi ni, dik
Alyssa hanya merenung tajam muka Roziana dan Elly. Mahu sahaja dia tumpahkan kopi panas yang tertampung di atas ribanya kerana perasaan marahnya kepada Tuan Fahreen yang masih belum surut. Mungkin kalau Tuan Fahreen berada di situ ketika itu, mukanya pasti menjadi mangsa simbahan kopi panas itu. Tidak tahu bagaimana hendak diungkapkan perasaan marahnya, hanya air muka yang menceritakan segala-galanya.
Kak Rozi, Elly, Lyssa tak boleh terima segala apa yang terjadi pada diri Lyssa, begitu sahaja. Lyssa benarbenar berdendam pada mama dan Tuan Fahreen. Biarkan Tuan Fahreen tu rasa, apa yang Lyssa rasa sekarang ini. Dia hanya boleh memiliki bayang-bayang Lyssa, tetapi bukan tubuh Lyssa,
jawab Alyssa setelah lama berdiam diri.
Tak baik macam tu, dik. Tak baik berdendam. Apa lagi, kalau orang yang kita dendami itu adalah mama dan suami kita sendiri. Tak cium bau syurga, dik. Sebaiknya, Lyssa reda dengan apa yang berlaku ini. Anggap ini sebagai dugaan dari Allah dan tentunya ada hikmah di sebalik segala-galanya,
nasihat Roziana.
Reda kata Kak Rozi Macam mana Lyssa boleh reda dengan nasib yang menimpa Lyssa ini, yang direka cipta oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab itu. Mereka buat Lyssa ini macam barang dagangan yang boleh dijual beli, tanpa sedikit pun memperdulikan perasaan Lyssa. Di mana letaknya maruah mereka sebagai seorang manusia Seorang manusia, yang kononnya menempa simpati dari anak sendiri, padahal tunduk kepada permasalahan dirinya sendiri. Yang seorang lagi tu, kononnya berjiwa halus, mahu membantu insan lain, namun mencari kesempatan untuk menjerat orang yang tidak dapat ditaklukinya dengan hartanya. Biarkan Tuan Fahreen tu rasa, betapa siksanya jiwanya selepas ini. Lyssa hanya isterinya pada kertas, tetapi Lyssa tidak akan benarkan dia sentuh tubuh badan Lyssa ini, dan Lyssa tidak akan jadi isteri yang menghiasi kamar tidurnya. Biar dia rasa, sudah menjadi seorang suami tetapi tidak memiliki isteri,
jerit Alyssa melepaskan rasa marah yang terbuku. Roziana dan Elly begitu terkejut sekali dengan kata-kata Alyssa itu. Mereka tidak sangka bahawa Alyssa begitu berani memeterai syarat seumpama itu dengan Tuan Fahreen. Nyata sekali, mereka masih sangsi dengan keadaan Alyssa itu.
Aku tak percayalah, beb. Mana ada buaya yang tolak bangkai. Mana ada lelaki yang tolak wanita, apa lagi kalau tubuh badan engkau tu, sudah jadi halal pada dia. Benda yang haram pun orang santak, inikan benda yang halal. Aku tak percaya yang Tuan Fahreen tu, tidak akan sentuh tubuh badan engkau seperti yang engkau minta. Tak masuk di akal langsung,
tingkah Elly.
Terpulang kepada engkau. Mungkin perjanjian ini pelik pada engkau, tetapi ianya tetap wujud dalam hal aku dan Tuan Fahreen. Engkau bakal jadi saksi untuk menyaksikan bahawa syarat ini benar-benar akan terlaksana,
kata Alyssa lagi. Bingung Roziana dan Elly, dibuatnya. Alyssa bersetuju pada dasarnya untuk menikahi Tuan Fahreen tetapi menentang dalam terang. Wujudanya syaratsyarat yang pelik dalam kehidupan Alyssa, umpama menunggu buah yang seperti mahu gugur, namun masih teguh tergantung pada dahannya. Mengapa Alyssa tidak menuntut cerai sahaja dari Tuan Fahreen Mengapa dia sendiri yang menggantung dirinya sedemikian rupa Bagi mereka, Tuan Fahreen tidak rugi apa-apa kerana mematuhi syarat-syarat pelik Alyssa itu kerana dia seorang lelaki dan punya kuasa untuk mendapatkan wanita yang lain. Tetapi, tidak buat Alyssa. Selagi dia bergelar isteri kepada Tuan Fahreen, sama ada dalam senyap atau nyata, dia tidak wajar melakukan apa-apa termasuk untuk menikahi lelaki lain. Jikalau Tuan Fahreen mahu mengingkari dari mematuhi segala syarat Alyssa, pastinya Alyssa tidak punya apa-apa kuasa untuk menidakkan hak Tuan Fahreen tersebut.
Aku rasa dalam hal ini, orang yang untung memanglah engkau pada dasarnya, beb. Tetapi, orang yang rugi pun tetap engkau. Buatnya Tuan Fahreen itu, gantung engkau tak bertali macam mana Barulah engkau tu jadi seperti kepala tertarik ke langit, tapi kaki terpacak di bumi. Engkau hendak ke mana sahaja pun tak boleh, beb. Katakanlah, suatu hari nanti engkau jatuh cinta dengan pilihan hati kau, bagaimana engkau hendak meneruskan hubungan baru engkau itu sedangkan engkau masih berstatus isteri kepada Tuan Fahreen,
tanya Elly dengan penuh kemusykilan. Banyak persoalan yang sedang bermain di fikirannya ketika itu.
Tentulah aku akan minta cerai dari dia. Apa yang nak disusahkan sangat
jawab Alyssa, ringkas.
Cakap memanglah senang, beb. Hari ini, kita cakap benda macam tu, mudah untuk kita lakukan. Tapi bila dah sampai masanya nanti, berbagai kemungkinan boleh terjadi. Engkau tahu tak, perbuatan engkau yang seperti ini boleh mendatangkan dendam kepada Tuan Fahreen. Dia boleh gantung engkau seumur hidup tau, kalau dia mahu. Macam mana engkau nak meneruskan kehidupan kau, beb Apa sahaja yang engkau lakukan nanti, tetap tidak mendapat restu Allah. Bagaimana engkau nak hidup bahagia
Tiada lagi istilah bahagia untuk aku sekarang ini. Kegembiraan aku sudah mati dibunuh oleh mama dan Tuan Fahreen. Aku nekad untuk lakukan apa sahaja, asalkan Tuan Fahreen akan ceraikan aku, satu hari nanti, walaupun dosa yang akan aku taburkan pada dia. Sampai berapa lama dia sanggup jadi lelaki dayus Aku bencikan dia sekarang, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku tak mungkin maafkan dia untuk selama-lamanya,
ujar Alyssa lalu terus menghilangkan diri ke kamarnya. Roziana berasa agak cemas apabila mendengarkan jawapan berani dari Alyssa itu. Terlalu benci Alyssa pada Tuan Fahreen. Roziana tidak tahu bagaimana Alyssa mahu menghadapi hari-hari mendatangnya dengan wujudnya perasaan seperti itu. Dia bimbang, kelak akan memakan diri Alyssa sendiri kerana Alyssa masih muda, banyak lagi perkara suka duka yang bakal diharunginya.