Song masuk dengan memakai baju tidur.
SONG: Tuan dah gila ke
GALLIMARD: Cik Puan song..
SONG: Datang ke sini tengah-tengah malam selepas 2 bulan..
GALLIMARD: Saya datang nak..
SONG: Tak boleh ke ketuk pintu perlahan sikit Tuan menakutkan Shu fong dan jiran-jiran semua dah mula meninjau-ninjau dah tu.
GALLIMARD: Saya naik pangkat. Menggantikan ketua saya.
SONG: Jadi apa kena mengenanya dengan saya
GALLIMARD: Awak butterfly saya.
SONG: Apa yang tuan merepek ni
GALLIMARD: Jawab soalan saya sekarang juga. Adakah awak sudi menjadi butterfly saya
SONG: Perlu ke saya jawab soalan yang tuan dah lama tau jawapannya
GALLIMARD: Saya nak awak jawab betul-betul, bukan berkias-kias.
SONG: Saya tak akan jawab soalan tuan tu.
GALLIMARD: Betul Itu jawapan awak
SONG: Tuan tau perasaan saya kan
GALLIMARD: Saya hanya tau satu perkara.
SONG: Iaitu
GALLIMARD: Dalam surat yang awak hantar pada saya hari ni..
SONG: Tolonglah. Jangan.
GALLIMARD: Saya seperti manggadaikan maruah saya untuk tuan.
SONG: Bersyukurlah sebab saya masih ada tenaga untuk menulisnya.
GALLIMARD: Saya tau..
SONG: Saya tak sepatutnya berterus terang.
GALLIMARD: Tapi kalau apa yang awak cakap tu betulbetul ikhlas dari hati awak..
SONG: Cukup!
GALLIMARD: Cuma ada satu jawapan saja. Pendek dan tepat. Tak perlu nak bermadah-madah. Katakan..
SONG: Saya tak akan!
GALLIMARD: Adakah awak ini butterfly saya (senyap. Gallimard mendekati Song dan menyentuh rambutnya) Jawab dengan jujur dari hati. Saya tak mahu awak menipu lagi. Dan saya tak mahu lagi cakapcakap tentang maruah lagi. (senyap) SONG: Ya. Saya lah butterfly tuan.
GALLIMARD: Jadi, saya juga akan berterus terang dengan awak. Saya naik pangkat hari ni kerana awak. Awak dah mengubah hidup saya, diri saya. Dan saya tak mahu lagi berselindung di balik rahsia. Butterfly, saya cintakan awak. (gallimard mencium butterfly dengan rakus. Butterfly menolak gallimard) SONG: Perlahan-lahan tuan..tolong.. saya tak pernah GALLIMARD: Tak pernah
SONG: Tak..
GALLIMARD: Sejuk
SONG: Ya.
GALLIMARD: Kita cuba ya.. perlahan-lahan.. (gallimard mula menyentuh song, baju tidurnya mula terbuka) SONG: Tolong.. saya.. jangan buka baju saya..
GALLIMARD: Tapi..
SONG: Tolong tuan.. jangan menakutkan saya.. saya orang Timur..ingat..
GALLIMARD: Oh.. ya.. awak masih suci..
SONG: Ya suci.. tapi saya tau macamana nak melayan lelaki. Kami dari kecik memang dah di ajar oleh makmak kami ..
GALLIMARD: Oh ya
SONG: Saya janji tuan tak akan menyesal. Tutup lampu, boleh (gallimard bangun dan menuju kea rah lampu. Song senyum) SONG: Tuan gallimard
GALLIMARD: Ya, butterfly
SONG: Vieni, vieni!
GALLIMARD: Ke sini, sayangku
SONG: Ah! Dolce notte!
GALLIMARD: Malam yang indah.
SONG: Tutto estatico damor ride il ciel!.
GALLIMARD: Dengan adanya cinta, syurga akan penuh dengan gelak ketawa! (gallimard memadam lampu.pentas gelap)