DIARI CINTA ROMEO - 13
Hari ni cuaca panas. Bahang. Duduk dalam bilik macam duduk dalam ketuhar. Bila aku bangun tidur, baju aku basah. Berpeluh. Pergi swimming pun okay jugak ni. Rendamkan badan, hilangkan panas badan. Mesti syok.

Aku : Wey Amir, kau free tak hari ni Mesti freekan. Jom pergi swimming. Panaslah, lain macam je hari ni.

Amir : Aku free je hari ni. Okay jugak tu. Cuba kau mesej Shaz. Mesti dia nak jugak tu.

Aku : Aku dah mesej dia. Dia okay je.

Amir : Okaylah kalau mcam tu. Nak pergi pukul berapa ni

Aku : Kita gerak lepas Zuhur. Lepas Asar kita blah. Kalau nak, lepas mandi tu kita pergi Warung Ibu yang dekat Pantai Dalam terus. Boleh Dinner. Lepas swimming mesti lapar.

Amir : Okay set. Dalam pukul 2.00 nanti tunggu aku dekat lobi.

Aku : Okie dokie =)

Aku keypad lock handset. Nasib baik ada kawan nak pergi swimming. Tak tahanlah panas hari ni. Bahang. Nak duduk tak senang, nak baring tak senang. Hari ni je dah dua kali aku mandi. Nanti nak pergi pun aku mandi lagi sekali. Aku isi air dalam botol, aku masukkan inner dengan tight dalam beg. Dompet, kad matrik, kad residen semua aku dah siapkan. Tunggu masa nak pergi.

Amir dan Shaz. Aku rasa diorang belum lagi aku ceritakan dalam diari ni siapa diorang ni sebenarnya. Ceh, macam artis pulak nak kena cerita biografi dulu. Amir ni classmate dengan CapitalM merangkap orang tengah antara aku dan CapitalM. Kira dia ni junior akulah. Asal Sarawak. Aku rapat dengan dia pun sebab capitalM. Lagipun dia budak hoki jugak. Jadi kitorang selalu training sama-sama. Samalah jugak dengan Shaz ni. Cuma yang membezakan dia dengan Amir, dia asal Sabah dan dia bukannya classmate CapitalM. Tapi dia jugak jadi orang tengah aku. Sebab dia rapat dan kenal dengan family CapitalM ni. Dia banyak tolong aku. Tapi kalau ada apa-apa, aku suka cakap dengan Shaz ni. Sebab dia tak kecoh dan pandai simpan rahsia. Walau apa-apa pun, aku selesa kawan dengan diorang ni. Selalu buat aku gelak. Tengok diorang gaduh macam anjing dengan kucing. Ada je yang tak kena.

Sebelum pergi, aku telefon CapitalM. Tentang hubungan kami, kami bahagia, hubungan kami dah semakin baik okay. Kami dah makin matang. Kiranya masing-masing dah tahu apa nak buat kalau ada masalah datang. Kami akan duduk bincang, cari jalan keluar. Duduk bincang di sini bukan bermakna kami kena duduk dalam satu tempat yang sama macam KLCC dan duduk bincang. Itu dulu. Guna telefon pun boleh. Dan kami bukan macam dulu. Saling menyalahkan dan tak fikir panjang. Lama, baru dia jawab,

Assalamualaikum. Awak buat apa Lambatnya nak jawab Aku

Waalaikumussalam. Sorry-sorry, saya tengah bersiap tadi. Roommate ajak teman dia keluar, beli barang CapitalM

Tak beritahu Fiz pun nak keluar Aku

Baru ingat tadi nak mesej dulu. Dah awak telefon. Janganlah marah CapitalM

Hee, mana marah. Saja je tanyalah sayang. Dah makan Solat Aku

Semua dah. Awak CapitalM

Dah. Pukul berapa nak keluar ni Aku

Kejap lagi, pukul 2.00 CapitalM

Eh samalah. Tu yang Fiz telefon ni. Fiz nak keluar jugak. Dengan Amir dan Shaz. Pergi swimming dekat pool sebelah Stesen U tu Aku

Amboi. Pergi swimming bagai. Yela, orang pandai berenangkan Eh nanti awak keluar dululah. Malulah nak jalan sekali CapitalM

Ee perasan. Siapa entah nak jalan sekali dengan awak tu Aku

Yelaaaaaa.. CapitalM

Eh merajuk pulak. Haa. Takdelah awak. Fiz tahu, nanti Fiz jalan dulu. Tapi nanti nak gerak, mesej Fiz dulu okay Aku

Baik. Awak jaga diri CapitalM

Jangan risau. Takde buaya dekat kolam tu. Awak pun jaga diri. Jangan balik lambat. Jaga diri, jaga hati, jangan bagi sesiapa curi. Miss you Aku

Cubit nanti, baru tahu. yela Fiz, miss you too CapitalM

Aku tersenyum nipis. Bahagia. Berbunga-bunga hati aku. Secara tak lansung membawa pergi mendung kelabu yang telah lama mendiami hati ni. Sejak kehadiran dia, banyak yang aku belajar tentang erti kehidupan ni.

Kalau dulu aku sangka, cinta itu hak mutlak manusia, tapi kini aku dah salah. Cinta tu milik Allah. Dia hanya mengurniakan pada orang yang dia mengkehendaki sahaja. Dan dulu aku sangka, jodoh itu milik manusia yang sedang bercinta. Tapi aku salah. Jodoh itu ketentuan Allah. Kita sebagai manusia sekadar mampu merancang sahaja.

Shaz : Fiz, kitorang dah dekat lobi ni. Mana kau

Aku baca mesej tu. Aku tengok jam. Pukul 2.15. Ya Allah, aku dah lambat. Berangan punya pasal. Pantang baring sekejap, terus berangan. Nasib baik tak terlelap. Aku terus capai beg, matikan kipas. Kunci pintu bilik. Masuk lif, aku tekan butang G.

Sorry-sorry aku lambat. Aku dah siap tadi. Tunggu korang mesej je Aku

Yela tu. Entah-entah dah tidur Amir

Takdelah Aku

Eh, Maridah pun keluar jugakkan Shaz

Amboi. Mana tahu Jangan lebih-lebih Shaz Aku

Haa, jangan risaulah. Tadi dia beritahu. Jangan risaulah Shaz

Hee, tahu takut Aku

Amir gelak. Semua pelik. Hambar. Takde yang lawak pun. Kami ingat kami lambat. Rupa-rupanya CapitalM lagi lambat. Entah buat apa. Dari tadi tak siap-siapa lagi. Perempuan-perempuan. Sampai Stesn U, kami beli 100 plus dan roti. Buat alas perut. Sebenarnya masing-masing tak makan lagi. Tapi kalau aku cakap dengan CapitalM yang aku tak makan lagi, mesti dia membebel. Takpelah, bohong sunat.

Lepas bayar, kami pun apa lagi, teruslah terjun. Lega sangat. Nyaman je rasa. Macam-macam gaya kami buat. Mujur hari tu orang tak ramai walaupun hari ni hari Ahad. Jadi rasanya kolam tu kami yang punya. Aku tengok adalah tiga empat orang budak tengah mandi-mandi dekat kolam kanak-kanak. Macam-macam gaya kami buat. Lipat gunting, pusing-pusing belakang. Macam-macam gaya kami buat. Entah-entah apa je,

Kau hati-hati sikit. Nanti Maridah nampak. Dahla kolam ni sebelah je dengan Stesen U Amir

Dia dah pergi ke Biarlah dia nampak aku. Baru dia nampak badan aku yang gagah ni. Dengan inner ni, seksi sikit. Haa Aku

Amboi, melobi nampak Amir

Aku terus terjun. Berderai air. Sebenarnya kejap je kami dalam kolam tu. Setengah jam pertama, gagah lagi. Lepas satu jam, masing-masing menggigil. Masing-masing bersidai tepi kolam. Macam anjing laut. Excited je lebih. Last-last, tak tahan sejuk. Kami ada lagi satu jam untuk dihabiskan. Kalau tak, rugi je kami bayar. Shaz keluarkan kamera antik dia. Bateri pun kena ikat getah. Kalau tak, nanti tertanggal. Tapi kira okaylah tu ada kamera. Sebab kamera antiklah, ada kenangan antara aku, Amir dan Shaz. Aku panggil budak-budak tadi. Aku suruh Shaz tangkap kami melompat. Budak-budak ni pun apa lagi, suka bukan main. Macam-macam aksi ada. Gembira. Tiada apa yang menyerabutkan kepala.

Penat. Kami keluar setengah jam awal. Tak tahan sejuk. Lagipun masing-masing dah kepenatan. Lepak kejap dekat Stesen U, makan keropok lekor. Panas-panas. Sungguh nikmat dan mengasyikkan.

Lepas ni nak pergi mana Shaz

Kita pergi Carefour Bangsar South dulu. Kita Asar dekat sana. Jam pun dah pukul 4.45 ni. Lepas tu baru direct kita terus ke Warung Ibu. Senang. Malam nanti tak payah keluar lagi. Aku rasa korang pun dah tak nak keluar malam ni. Kepenatankan Aku

Okay-okay Shaz

Gambar tu nanti jangan upload dekat mana-mana pulak. Seksi Aku

Haa, tadi bangga sangat kalau seksi Amir

Bangga dengan CapitalM je. Haa Aku

Shaz senyum. Dia ni memang. Pemalu sikit. Malu-malu anjing. Ala-ala sopan sikit. Tapi kalau dah memekak, pening kepala dibuatnya.

Panas petang tu masih lagi terik. Memeritkan kulit kami. Walaupun jam dah hampir pukul 5.00 petang, rasanya seperti masih lagi tengah hari. Aku pening. Perubahan suhu mendadak dalam badan aku. Dah panas-panas, kena sejuk balik bila masuk Carefour. Boleh demam aku macam ni. Lepas tengok-tengok barang, baru kami ke Warung Ibu. Balik nanti baru beli, sebab nanti balik kami kena lalu Carefour jugak.

Aku tengok handset, ada mesej. Tak perasan aku. Ni mesti dari CapitalM,

CapitalM : Awak, nanti kalau awak dah balik beritahu ye.

Kan betul. Dari dia. Aku tak balas. Sampai Warung Ibu nanti baru aku reply. Sekarang aku nak gerak ke sana. Susah nak mesej sambil berjalan ni. Sampai sana, Warung Ibu tak bukak. Kecewa. Kami berjalan sejauh ni semata-mata nak makan Warung Ibu tapi tak bukak. Mestilah hampa. Warung Ibu ni sebenarnya biasa-biasa je tapi apa yang membuatkan warung ni popular ialah nasinya yang banyak. Kebiasaanya satu hidangan tu boleh dimakan untuk dua orang pada harga yang biasa di kedai lain. Dan selalunya bila makan dekat sini, aku tak pernah habis. Oleh kerana masing-masing lapar dan tak makan dari pagi, Warung Ibu jadi pilihan kami.

Bila Warung Ibu tak bukak, Jasmine, kedai sebelah Warung Ibu jadi pilihan kami. Nak tak nak, kenalah jugak makan mana yang ada. Jangan nak memilih dan cerewet sangat. Aku order sirap limau dengan ais kosong. Haus gila,

Aku : Awak, saya dekat Warung Ibu ni. Dengan dioranglah. Lepas makan, baru balik.

CapitalM : Haish, berjalan je. Tak penat ke

Aku : Penatlah sayang. Sebab tu lah makan sekarang. Nanti malam tak payah keluar lagi. Sayang pergi mana tadi

CapitalM : Ada je jawapan dia. Saya pergi MJ tadi. Roommate nak beli apa entah.

Aku : MJ Micheal Jackson

CapitalM : Aah Micheal Jackson. Cubit nanti baru tau. Masjid Jameklah. Ada je nak kenakan orang.

Aku : Haa, alau gurau-gurau pun tak boleh. Jepun menjajah ke makcik Nak marah-marah je tau. Haa

CapitalM : Tengok tu, kenakan orang lagi. Mana ada, orang okay jela ni

Aku : Haa, okay-okay. Awak dekat mana ni Dah makan

CapitalM : Saya dah balik ni. Makan dekat caf je nanti.

Aku : Aik, awalnya balik. Ingat tadi awak dekat luar lagi.

CapitalM : Lepas beli barang, balik terus. Bukan ada nak buat apa-apa lagi. Malaslah nak jalan-jalan. Penat. Tak macam orang tu.

Aku : Sindir nampak. Yela-yela, lepas makan ni Fiz terus balik

CapitalM : Jangan lambat tau.

Aku : Ye, sebelum Maghrib, Fiz sampai

CapitalM : Baik. Jaga diri tau

Aku : Baik sayang. Sayang pun jaga diri. Miss you baby.

CapitalM : Miss you too =)

Lepas setengah jam, baru makanan kami sampai. Air pun dah habis kami minum. Amboi kedai ni, orang tak ramai. Tapi lambat macam full house je. Pukul 6.45 baru kami gerak balik. Dekat Bangsar South ada satu taman. Cantik sangat. Taman ni tersorok. Taman antara bangunan-bangunan baru. Cantik sangat. Aku tahu pun dari Shaz dengan Amir. Dia yang tunjuk dekat aku masa aku bawak diorang makan ayam golek tempoh hari. Kalau ada siapa nak buat shooting kahwin, boleh buat dekat sini. Tak ramai yang tahu.

Sampai kolej, terus azan. Amir dan Shaz terus ke surau. Aku terus naik bilik. Tak selesalah. Badan melekit. Sebab tu aku tak ke surau terus. Sampai bilik, baru aku mandi, Maghrib dan baca Al-Quran. Malam ni aku nak rehat je. Kepenatan. Banyak berjalan. Lagipun esok dah mula kelas. Oh Monday Blues.

Macam biasa, sebelum tidur mesej-mesej dulu dengan CapitalM. Bercerita tentang apa yang aku buat sepanjang hari ni. Memang memenatkan. Tapi kegembiraan hari ni takkan aku dapat dari mana. Terima kasih sayang. Terima kasih Amir dan Shaz. Sayang koranglah