CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 13
PAGI itu Che Jah menyuruh Idlan hantarnya ke pasar. Dalam perjalanan, pandangan Che Jah menangkap kelibat seorang gadis amat dikenali.

Lan, berhenti!

Idlan terpinga. Brek ditekan secara mengejut, Kenapa, mak

Che Jah memuncung, Ika tu... cuba pergi tengok apa masalahnya

Idlan panjangkan leher. Dia nampak Ika berjalan keliling skuter sambil garu kepala.

Motor dia rosak, kut

Kalau dah tahu, Lan tunggu apa lagi Pergi turun dan tolong dia, arah Che Jah dengan senang hati.

Idlan mengeluh malas. Mengingatkan hal semalam, dia berat hati nak membantu gadis itu. Hatinya masih berbekas rasa sakit.

Sempat lagi Lan termenung Che Jah menujah perlahan bahu Idlan.

Malaslah, mak.

Semalam dia bergaduh dengan Ika. Hari ni, dia tak ada mood nak tolong gadis sombong tu.

Kenapa dengan Lan ni Tak usahlah campur hal kamu berdua yang lepas tu. Ika tengah ada masalah. Kebetulan kita kenal dia, bantulah apa yang patut. Takkan nak biar dia sorang diri tepi jalan tu Bahaya, tahu tak Cepat, pergi. arah Che Jah lagi dengan sedikit ceramah free. Susah betul nak membantu. Bukan luak pun status Idlan sebagai suami orang kalau setakat nak tanya apa masalah dengan motor Ika.

Idlan bergerak perlahan. Lambat-lambat tali pinggang keledar ditanggalkan.

Yalah...

Sedar dengan kemunculan Idlan, Ika berlagak biasa.

Nak ke mana Dingin cara Idlan bertanya.

Kelas menjahit.

Kenapa dengan motor

Entah. Tiba-tiba mati. Dingin juga jawapan Ika melantun keluar. Tak ada masa lain ke Idlan nak muncul Tengah motor buat hal, tiba-tiba tunjuk muka. Macam hero penyelamat keadaan.

Idlan garu kepala dengan hujung jari. Dalam soal ni, dia bukan pakar nak menolong. Apa dia boleh buat untuk bantu Ika, hanya dengan menumpangkan Ika ke tempat nak dituju.

Mari abang hantar. Tinggalkan motor kat kedai Abang Nik... Idlan memuncung ke arah gerai makan Nik Asmawi. Kebetulan lokasinya tak jauh dari tempat mereka berdiri.

Ika menilik jam. Lima belas minit lagi kelas akan bermula. Sedar dia terlambat, mahu tak mahu, dia terpaksa bersetuju. Lagipun, dia nampak Che Jah ada dalam kereta. Jadi, taklah nanti dia kurang selesa apabila hanya berdua dengan Idlan.

Ika nak pergi kelas menjahit ke Soal Che Jah sejurus kereta bergerak.

Ya, makcik... jawab Ika dari tempat duduk belakang.

Kenapa motor Ika tu, rosak ye Soal Che Jah lagi sambil memerhati Ika melalui cermin pandang belakang. Manis dan sopan sekali. Kalaulah jadi menantunya...

Aah... rosak, Ika menjawab ringkas.

Tak ada modal nak jawab panjang lebar. Kalau berdua dengan Idlan, tahu pula mulutnya bercakap macam murai. Bila Che Jah ada sama, bisu terus dibuatnya.

Habis tu balik nanti dengan apa Tak puas Che Jah menyoal selidik.

Balik dengan teksilah agaknya. Naik bas pun boleh.

Tak payahlah naik kenderaan awam. Biar Abang Idlan saja pergi ambil Ika, ya Che Jah pandai-pandai membuat usul.

Ika resah di tempat duduk sementara Idlan tak memberi apa-apa reaksi dengan cadangan ibunya. Dia tak kisah kalau jadi driver Ika pada hari ni. Inilah peluang sekali lagi dia nak berbaik dengan Ika.

Mungkin Ika sajalah yang ambil kisah. Maklumlah, semalam mereka berperang mulut. Seorang macam petir, seorang lagi macam guruh berdentum-dentum. Ika siap tanggalkan cincin dan beri amaran supaya dia berhenti mengganggu.

Lan, tengahari nanti pergi ambil Ika dan hantar dia balik rumah, sambung Che Jah berbaur arahan.

Idlan menoleh sekilas pada ibunya. Tak terkecuali mencuri pandang ke arah Ika melalui cermin sisi. Kaku saja gadis itu. Berbeza dengan semalam. Tertelan batu agaknya Ika hari ni.

Saya tak kisah. Mungkin Ika yang tak mahu, balas Idlan kepada ibunya.

Eh, apa pula tak mahunya, Ika Che Jah berpaling.

Memandang Ika yang tersenyum.

Ika tak nak susahkan Encik Idlan, makcik.

Encik Idlan Tawa kecil Che Jah meletus bersama gelengan kepala. Berencik-encik pula budak ni. Panggil saja Abang Idlan.

Ika diam tak membalas. Habis modal nak menyanggah kata-kata Che Jah. Sesekali perhatian tertumpu pada Idlan yang leka memandu. Melihat Idlan dari belakang, terdetik perasaan halus yang dia tak fahami. Dengan badan tegap dan ketinggian cukup sempurna untuk seorang lelaki, naluri perempuannya kini berasa lain macam.

Ika menggeleng berulang kali. Dia membuang pandang ke sisi bagi menghindar perasaan asing yang sedang menjalar ke seluruh tangkai hati. Dada dipegang kemas. Aneh dengan apa yang dirasa. Belum pernah hatinya dijentik dengan rasa asing begini.

Tiba di Pasar Besar Siti Khadijah, Che Jah turun dari kereta.

Lan pergi hantar Ika cepat, arah Che Jah dan terus berjalan memasuki pasar.

Idlan berpaling ke arah Ika. Buat pertama kali, mata mereka bertentang. Cukup lama hingga timbul rasa serba salah. Kedua-duanya beralih pandang serentak. Idlan berdeham keras. Ika turut melakukan hal yang sama. Perasaan aneh tadi bertamu semula. Ika tak mengerti dengan apa yang dia alami. Idlan juga begitu. Masing-masing nampak kekok.

Ermmm... Ika, mari duduk depan. Tak apalah, Encik Idlan, Ika menolak.

Panggil encik lagi Dah lupa tadi mak abang pesan apa

Tak habis-habis nak berencik budak ni. Formal tak sudah-sudah.

Ika berdecit. Kuat bunyinya. Biar Idlan tahu dia tak suka memanggil Idlan dengan panggilan mesra. Abang Idlan. Blueekk... muntah hijau! Perasaan asing tadi terus ditolak ke tepi.

Abang kata mari duduk depan. Tahu kan, Ika dah lambat

Okeylah, jawab Ika sepatah. Dengan gaya malas dia membuka pintu kereta.

Kedua-duanya membisu selepas lima minit kereta meluncur di jalan raya. Untuk ceriakan suasana, Idlan pasang radio. Nyanyian Rossa bersama kumpulan Ungu berkumandang. Lagu Kupinang Kau Dengan Bismillah menjadi halwa telinga.

Apabila melodi intro jamah pendengaran, bibir Ika mengukir senyum. Itu adalah lagu kegemarannya. Dia jadikan lagu itu sebagai nada dering telefon bimbitnya.

Saya suka lagu ni spontan kata-kata itu meniti di bibir.

Idlan menoleh seakan tak percaya Ika terlebih dulu mewujudkan komunikasi.

Betul Ika suka

Ye la... betullah...

Idlan mencebik. Pura-pura sangsi. Macam tipu aje...

Tak percaya pula dia.

Buktikan. Idlan sembunyi senyum. Nampaknya Ika mula selesa nak berbual-bual.

Okey. Baiklah. Cuba Encik Idlan call saya sekarang.

Encik lagi Idlan merengus halus.

Ika tersedar. Lupa sekejap dengan pesan Che Jah. Ish, segannya nak panggil dia Abang Idlan. Kalau tak berabang, tak boleh ke

Idlan tahu Ika tak mahu memanggilnya begitu. Dia pun tak nak paksa. Biarlah Ika selesa dengan apa saja panggilan untuknya.

Kenapa suruh abang call Tuannya ada depan mata. Duduk sebelah abang lagi. Nak call buat apa Usik Idlan dengan senyum nipis. Dia tahu apa tujuan Ika menyuruh dia buat begitu. Tapi, sengaja dia buatbuat bodoh.

Ika mencuka, Tadi dia juga minta bukti. Bila kita nak tunjuk bukti, dia cakap macam tu pula.

Idlan tertawa halus, Okeylah. Abang call.

Dia mengambil sikap mengalah. Nampaknya Ika nak main macam budak-budak. Baiklah, akan diikutkan rentak Ika.

Telefon bimbit dalam poket baju, ditarik keluar. Nombor Ika dicari dan terus membuat panggilan. Lagu serupa yang berkumandang di radio kini berbunyi di telefon bimbit Ika.

Kan Haaa... orang cakap tak nak percaya. Itulah buktinya. Teruja Ika bersuara. Mesra tiba-tiba dengan Idlan.

Sekarang baru abang percaya. Ika suka lagu ni

Bukan lagu ni aje. Semua lagu Rossa Ika suka, jawab Ika dengan suara penuh minat.

Ceria bukan main wajahnya apabila bercerita mengenai artis kegemaran hinggakan tak sedar dia membahasakan diri sebagai Ika. Hilang terus membahasakan diri sebagai saya setiap kali berbalah dengan Idlan.

Idlan senyum lebar. Rasa macam tak percaya Ika tiba-tiba mesra begini. Kalau dia tahu dari awal Ika kalah dengan artis dari seberang tu, dah lama dia perdengarkan lagu-lagu Rossa di telinga Ika. Biar hilang terus marahnya.

Okey. Nanti abang belikan CD terbaru Rossa. Ika nak Idlan cuba memancing. Mana tahu kalau pancingnya tersangkut. Dia nak tahu sejauh mana Ika masih memarahinya.

Tersedar dirinya terlajak, Ika membalas, Eh, tak apalah.

Idlan tunjuk muka tak senang apabila Ika menolak. Dia tidak mahu perang dingin ini berterusan. Dia mahukan penyelesaian segera.

Janganlah macam tu. Sampai bila Ika nak marah abang Kita kawan, okey

Ika berdeham perlahan. Kenapa tiba-tiba dia berbual mesra dengan Idlan. Suami orang tu. Ika mengingatkan dirinya.

Kawan pun tak mahulah. Dia menolak separuh hati. Separuh lagi, dia mula senang dengan permintaan Idlan.

Nak berkawan Tak salah kut, kalau cuma kawan. Ika gigit hujung jari dan mula berfikir.

Idlan mengeluh panjang. Keras betul hati Ika. Tak cair langsung walau dirayu. Dagu digaru-garu perlahan. Ada lagi perkara nakal terlintas dalam fkiran.

Baiklah. Kalau Ika tak nak terima abang sebagai kawan, abang nak bawa Ika lari ke Siam. Kita menikah kat sana. Lagipun, sempadan dah tak jauh. Idlan tak sudah-sudah mengusik Ika.

Okey. Kita kawan! Bengang Ika menjawab dan terus bersetuju.

Susah sangat. Nak ajak berkawan pun payah anak Mak Wan ni. Sampai nak kena ugut. Idlan tersengihsengih. Terasa diri menang berkali-kali dalam menangani sikap Ika yang masih keanak-anakan.

Eh, dah nak sampai. Abang Idlan berhenti kat depan tu jelah. Jari telunjuk Ika lurus diangkat ke satu arah.

Bukan ke jauh lagi dari tempat Ika belajar Kenapa nak berhenti kat situ Dahi Idlan berkerut.

Pelik dengan permintaan Ika.

Ika gigit bibir. Baru tersedar mulutnya terlepas memanggil Abang Idlan. Tapi, tak dipedulikan khilaf itu kerana dia sedang berkira-kira tentang masalah lain.

Kalau Idlan berhentikan kereta depan bengkel menjahit, Ika risau kalau Mek Jijah terpandang. Nanti jadi gosip murahan. Bukan dia tak tahu mulut Mek Jijah. Suka menyebarkan berita tak sahih. Kepochi sangat minah tu.

Alah, berhenti ajelah. Ika bertegas. Dia turut memegang stereng. Bimbang kalau Idlan tak mahu berhenti.

Idlan panik dengan tindakan Ika. Sabarlah. Nanti kereta ni masuk longkang!

Ika tersengih malu. Segera dia lepaskan stereng dan cuba bertenang. Panik betul dia. Mana tak panik kalau dari jauh dia macam ternampak-nampak seperti susuk tubuh Mek Jijah. Ish, perasaan aje kut!

Idlan tekan brek. Sejurus kereta berhenti, Ika tanggalkan tali pinggang keledar.

Belajar rajin-rajin, pesan Idlan dengan senyum kecil apabila Ika membuka pintu kereta.

Ika balas senyum Idlan. Berasa lucu dengan pesanan itu. Macamlah dia budak-budak nak pergi sekolah.

Tengahari nanti abang datang ambil Ika.

Terima kasih sebab tolong hantar Ika, ucap Ika sebelum beredar.

Idlan tersenyum dan mengangguk sekali dua. Dari tingkah laku dan percakapan, dia tahu Ika makin selesa dengannya. Mungkin hati Ika dah sejuk dan tak marahkan dia lagi atas kesilapan lalu. Kalau tak, masakan Ika bercakap mesra begitu Air muka Ika turut berubah. Tidak mencuka macam selalu.

SEPERTI dijanjikan Idlan, Ika menunggu lelaki itu menjemputnya apabila kelas menjahitnya tamat. Mek Jijah pulang awal hari ini dan tak sempat berbual lama. Ika berasa lega. Kalau tak, tentu Mek Jijah dan Idlan akan bertembung. Selepas itu, mulalah Mek jijah akan menyoalnya macam-macam. Tak sanggup dia nak hadap soalan dari minah tu.

Bibir mengukir senyum tak semena. Pagi tadi dia makin selesa apabila berbual dengan Idlan dalam kereta. Lelaki itu bukan teruk sangat. Baik orangnya. Cuma, percakapannya kadang-kadang agak nakal sedikit. Itu yang buat Ika tak suka.

Sebagai perempuan normal, dia mengaku Idlan memiliki rupa paras menarik. Sempat dia mencuri pandang wajah Idlan dari sisi. Kesempatan itu selalu diambil ketika Idlan leka memandu. Tapi, sayang Idlan ada isteri. Dia tak boleh biarkan dirinya leka setiap kali melihat wajah Idlan. Apabila dah leka, dia takut nanti hatinya berbunga-bunga. Bila dah berbunga, sudah tentu namanya jatuh cinta.

Ika...

Ika tersentak. Habis melayang imaginasinya terhadap Idlan apabila tuan badan berdiri depan mata.

Abang Idlan. Bila sampai Tak sedar pula Ika.

Dari tadi abang tengok Ika senyum sorangsorang. Kalau orang lain nampak, tentu mereka kata Ika tak siuman.

Ika mencebik. Dia tarik muka ketat. Geram apabila Idlan mengutuk. Dia berdiri dan beredar meninggalkan Idlan.

Idlan melangkah laju untuk menyaingi langkah

Ika.

Nak ke mana Jom naik kereta. Abang hantar balik rumah.

Ika berhenti. Dia mendongak sedikit, Boleh ke orang tak siuman tumpang kereta Abang Idlan

Idlan tepuk dahi. Mungkin kata-katanya tadi menyinggung perasaan Ika, Takkan merajuk Abang guraulah...

Ika menyilang tangan ke dada. Nampak malas nak melayan Idlan. Baru saja nak rasa selesa kalau Idlan tunjuk muka. Sekarang bila dah muncul, Idlan pula tak sudah-sudah menyakat.

Okey. Abang minta maaf. Boleh Ika naik kereta sekarang Nanti abang pujuk. Lembut bicara Idlan hingga menerbitkan senyum di bibir Ika.

Ika menurut kata. Perlahan dia melangkah menghampiri kereta. Idlan berjalan di belakang, tersenyum senang dengan penerimaan Ika.

Nampaknya, Ika semakin jinak.

Ika, panggil Idlan. Fokus pada pemanduan sedikit terganggu apabila Ika berdiam diri.

Erm...

Hari dah petang. Ika lapar tak Idlan memancing. Dia sebenarnya nak makan berdua dengan Ika. Sambil itu, bolehlah mereka berbual lama. Lepas tu, dia nak bawa Ika bersiar-siar. Pusing-pusing bandar Kota Bharu, okey juga.

Ika meraba perut. Terasa lapar tiba-tiba. Sebelum Idlan bertanya, elok saja perutnya tak bunyi apa-apa. Sekarang, dah berdondang sayang pula. Ish, perut dia dah pandai mengada-ada. Nak cakap ke tak

Kalau lapar, kita berhenti makan dulu. Kalau tak lapar, abang hantar Ika balik rumah terus. Idlan buat keputusan serta-merta apabila Ika diam tak memberi jawapan.

Err... entahlah.

Entah Idlan garu kepala.

Nak kata lapar, tak lapar. Nak kata tak lapar, lapar... Ika tutup mulut. Dia tahan senyum.

Takkan perut sendiri tak tahu lapar ke tak Ika ni macam-macamlah. Hati Idlan tercuit dengan tingkah

Ika.

Nakal juga Ika ni rupanya.

Macam nilah... kita pergi makan dulu. Lepas makan, abang nak singgah kedai CD.

Abang Idlan nak buat apa pergi kedai CD

Nak beli CD...

CD lagu

Ya. CD lagu.

Ika mencebik. Apalah Abang Idlan ni. Zaman sekarang, orang tak beli CD dah. Kalau nak dengar lagu, download aje kat internet. Entah-entah, kedai CD pun dah tak ada.

Ika ni banyak cakap pula. Ramah juga budak Ika ni kalau kena caranya. Terdetik kata-kata itu di hati Idlan. Dia bukan tak tahu apa yang Ika katakan. Selalu juga dia memuat turun lagu-lagu dari internet dan memindahnya ke dalam pendrive atau memory card untuk dimasukkan ke pemacu USB dalam kereta.

Abang tahu. Tapi, abang nak beli CD Rossa untuk Ika. Mungkin ada lagu kompilasi dari penyanyi tu. Nanti, tak perlu susah-susah Ika nak cari dalam internet. Lagipun, dalam internet bukan semua lagu orang upload elok-elok. Kadang-kadang orang sengaja buat khianat. Lain yang kita jumpa tajuk lagu, lain pula kita dengar lepas download, terang Idlan sedikit panjang.

Ika senyap. Betul juga kata-kata Idlan. Pernah beberapa kali dia terkena dengan apa yang Idlan jelaskan. Lain yang dia download, lain pula lagunya keluar. Memang geram tahap tak ingat.