CARTA HATI - 13
BALIK saja dari butik tersebut, tidak henti-henti Zairis merungut tentang telefon pintarnya.

Sepanjang dia memandu, bibirnya asyik membebel saja.

Hesy, tak pasal-pasal telefon aku jatuh. Retak pula tu. Nak betulkan satu masalah pula, kata Zairis.

Pemanduannya semakin dipercepatkan, laju membelah jalan raya yang disinari dengan lampulampu neon. Ketika itu, waktu malam baru memulakan tirai. Zairis jeling sekilas ke arah Syakila.

Ni semua kau punya pasalah! Tak pasal-pasal, Syakila yang dipersalahkan.

Dahi Syakila sedikit berkerut. Kenapa aku pula

Apa yang aku dah buat

Sebab kaulah telefon aku retak!

Kerutan mula terpamer pada dahi gadis itu. Retak Aku sentuh telefon kau pun tak. Kau jangan nak salahkan orang lain kalau berpunca dari kau sendiri!

Zairis mengeluh berat. Sabar ajelah aku dengan kau ni

Aku pun dah lama bersabar dengan kau! Tibatiba suara Syakila naik satu oktaf.

Janganlah marah Suara Zairis mula bertukar perlahan. Memang salah aku. Baru Zairis sedar, semua itu berpunca dari silapnya juga.

Tahu pun!

Tapi

Tapi apa Masa tu

Masa tu apa

Errmm, tak ada apa-apa.

Suasana kembali sunyi sepanjang perjalanan. Zairis hanya diam dan tidak meneruskan bicara lagi.

SAMPAI saja di apartment, kelihatan kelibat Zainura sudah berada di hadapan pintu. Apabila gadis itu menoleh

Zairis! Zainura bergegas menuju ke arah Zairis. Langsung tidak mendekati Syakila terlebih dahulu.

Tak sangka boleh terjumpa dekat sini. Sukanya saya! Suara gedik sudah mula kedengaran. Tersenyumsenyum Zainura melihat Zairis.

Kejap ya. Saya bukakan pintu dulu. Zainura berlalu ke arah pintu semula.

Kan aku dah cakap, tak payah naik atas! Tulah, degil sangat!

Zairis menoleh apabila Syakila berbisik keras di telinganya.

Suka hati akulah! Aku ni seorang yang prihatin.

Bukan macam kau!

Prihatin Kau nak prihatin dekat siapa Siapa lagi Kaulah! Aku tak nak tanggung risiko. Buatnya kau jadi mangsa ragut ke, mangsa rogol ke, aku tak nak bertanggungjawab!

Satu cubitan hinggap pada lengan Zairis.

Mulut kau macam longkang, kan Kalau terjadi betul-betul, siapa yang nak selamatkan

Entah, mana aku tahu. Yang pasti

Yang pasti apa

Bukan aku!

Tak gentleman langsung. Patutlah aku tak minat orang macam kau ni. Walaupun famous, tetap tak minat

Terpulang kaulah nak minat ke tak. Zairis segera meninggalkan kawasan itu. Dia langsung tidak menghiraukan Zainura yang mempelawanya untuk masuk.

Minah ting tong tu Tolonglah. Tak rela dia nak melayan! Nanti dia terikut-ikut perangai gedik gadis itu pula.

TELEFON bimbitnya bernyanyi minta dijawab. Melihat pada skrin, Syakila merungut sendirian.

Entah apa lagilah mamat tu nak Tak cukup lagi ke semalam tu dah seharian mereka habiskan masa bersama tadi Lambat-lambat panggilan tersebut dijawab.

Ada apa kau telefon ni soal Syakila.

Panggilan di sana tidak berbalas. Hanya sepi sahaja. Beberapa minit berlalu, barulah mempunyai sahutan.

Kau tertinggal beg plastik dekat kereta aku ke

Hahh

Pekak betullah!

Beg apa Beg sekolah Dalam keadaan mamai, Syakila bertanya. Yalah, dah pukul berapa sekarang Mamat ni memang mengganggu betullah! Pagi-pagi buta dah telefon dia. Tadi tak cakap pula pasal ni.

Tulah, cakap tak serupa bikin! Kata prihatin, hmm prihatinlah sangat!

Apa yang kau melalut ni Beg sekolah buat apa Kau ingat, aku ni penjaga kau ke Hujung tahun, temankan kau beli barang sekolah. Macam tu

Kalau bukan beg sekolah, beg apa Cakaplah cepat. Aku mengantuk ni!

Beg plastik ni hah. Turun kejap. Ambil beg ni. Dalam tu kan, ada baju untuk kau pakai masa majlis tu nanti.

Kau gila ke suruh aku turun malam-malam buta macam ni Tak beranilahh! Suara Syakila mula tenggelam timbul. Matanya yang terpejam, cuba dibuka sedaya upaya. Fikirannya sekarang terbayang untuk sambung tidur aje. Nikmatnya!

Jangan pentingkan dirilah! Turun cepat. Letih aku menunggu orang yang tahunya membuta aje!

Apa pula membuta Kau tak nampak ke semua orang tengah tidur Tak nampak ke sekarang waktu malam Kau ni, spesis apa Burung hantu ke

Cepatlah, datang sini!

Yalah. Huh!

Klik! Panggilan dimatikan. Syakila segera keluar dari bilik, lalu menuju ke luar apartment. Dia turun ke bawah. Kelibat Zairis yang menunggu di tepi kereta dihampiri.

Mana beg plastik tu

Ni hah Zairis memberikan beg plastik tersebut kepada Syakila.

Okey, ada apa-apa lagi

Tak ada

Kau jangan cakap tak ada. Lepas ni, aku tak nak diganggu. Aku nak membuta puas-puas. Syakila hendak berlalu, tapi suara Zairis yang tiba-tiba bergema lagi buat langkahnya terhenti.

Temankan aku

Hah

Temankan aku

Hah

Pekak!

Apa kau cakap Cakap perlahan sangat.

Memanglah aku tak dengar!

Temankan aku Suara dijelaskan sedikit. Kenapa pula Dah pukul 3 pagi ni Zairis merapatkan dirinya dengan Syakila.

Temankan aku, sekejap saja.

Baliklah. Pergi tidur, nanti adalah yang menemankan.

Bodoh! Loyar buruk pula!

Nak suruh orang temankan, tapi cakap kasarkasar. Apahal

Ermm kau temankan aku, boleh Nada suara Zairis mula bertukar lembut.

Sebab apa aku kena temankan Syakila turut membalas dengan nada lembut. Dah macam shooting untuk satu dramalah pula.

Aku tak boleh tidur.

Tak boleh tidur, makan pil tidur

Kau nak bagi aku mati ke

Minum air milo

Tak nakkk aku nak kau temankan aku. Itu saja.

Zairis mengukir senyum perlahan-lahan.Boleh, kan

Tidak sedar, ada beberapa orang wartawan yang bersembunyi di situ. Sedang menangkap gambar yang kononnya bakal menjadi bual bicara orang ramai.

Aikk, wartawan pun tak tidur ke Jadi burung hantu pula Sanggup betul!